Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
ini kisah Imam Abu Hanifah. beliau mengadu pada ibunya tentang kepayahan dalam menghafal dan memahami ilmu. lalu mereka bermuhasabah. apa dosa? apa silap? hingga terhijab barakah.hingga jadi susah. jenuh mecari dan mentafsir, mencari di mana silapnya.. lalu teringat Ibu Imam Hanifah..
Ibu Imam Hanifah merupakan seorang Tukang Jahit.keluarga Imam Hanifah keluarga yang miskin. di rumah mereka cuma ada satu lampu. maka pada waktu malam, lampu tersebut digunakan Imam Hanifah untuk mentelaah pelajaran. sementara ibu Imam hanifah menjahit pada waktu malam dengan menumpang cahaya lampu dari rumah jiran sebelah..
maka bermuhasabahlah ibu imam hanifah bahawa selama ini, beliau memberi rezeki kepada anaknya dari hasil jahitan yang menumpang cahaya lampu jiran sebelah tanpa keizinan. maka inilah punca terhijabnya barakah dalam ilmu si anak..
moral of the story:;
lihatlah,para salafussoleh.. soal halal haram, soal barakah sangat diutamakan. dari sebesar2 perkara hingga sekecil2 perkara..kalau ikutkan apa sangatlah salahnya menumpang cahaya lampu jiran sebelah yang memang sedia terpasang??tapi di situlah iman.inilah buah taqwa.sentiasa menjaga sumber rezeki. agar barakah tidak terhijab..
maka sama2 kita muhasabah.jangan selalu inginkan yang mudah.kerana yang mudah itu kadang2 hilang barakah.maka hilanglah nikmat sebenarnya.biarlah kita bersusah.yang penting ada barakah.dan itulah nikmat sebenarnya...
'JIKA KAMU BERSYUKUR, PASTI AKU AKAN TAMBAH NIKMATKU KEATAS KAMU, JIKA KAMU KUFUR, SESUNGGUHNYA AZABKU AMAT PEDIH' (SURAH IBRAHIM)
ditambahkan nikmat, tidak semestinya pada bilangan, tetapi lebih beruntung jika ditambah pada manfaat dan berkatnya.. rezeki secupak jadi segantang..
rezeki maknawi- dikurniakan rasa tabah, dimengertikan penghayatan redha,dilazimkan taubat,lebih beerti dan bermakna dari segala2nya..
No comments:
Post a Comment