Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 31, 2007

barakah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ini kisah Imam Abu Hanifah. beliau mengadu pada ibunya tentang kepayahan dalam menghafal dan memahami ilmu. lalu mereka bermuhasabah. apa dosa? apa silap? hingga terhijab barakah.hingga jadi susah. jenuh mecari dan mentafsir, mencari di mana silapnya.. lalu teringat Ibu Imam Hanifah..

Ibu Imam Hanifah merupakan seorang Tukang Jahit.keluarga Imam Hanifah keluarga yang miskin. di rumah mereka cuma ada satu lampu. maka pada waktu malam, lampu tersebut digunakan Imam Hanifah untuk mentelaah pelajaran. sementara ibu Imam hanifah menjahit pada waktu malam dengan menumpang cahaya lampu dari rumah jiran sebelah..
maka bermuhasabahlah ibu imam hanifah bahawa selama ini, beliau memberi rezeki kepada anaknya dari hasil jahitan yang menumpang cahaya lampu jiran sebelah tanpa keizinan. maka inilah punca terhijabnya barakah dalam ilmu si anak..

moral of the story:;
lihatlah,para salafussoleh.. soal halal haram, soal barakah sangat diutamakan. dari sebesar2 perkara hingga sekecil2 perkara..kalau ikutkan apa sangatlah salahnya menumpang cahaya lampu jiran sebelah yang memang sedia terpasang??tapi di situlah iman.inilah buah taqwa.sentiasa menjaga sumber rezeki. agar barakah tidak terhijab..

maka sama2 kita muhasabah.jangan selalu inginkan yang mudah.kerana yang mudah itu kadang2 hilang barakah.maka hilanglah nikmat sebenarnya.biarlah kita bersusah.yang penting ada barakah.dan itulah nikmat sebenarnya...

'JIKA KAMU BERSYUKUR, PASTI AKU AKAN TAMBAH NIKMATKU KEATAS KAMU, JIKA KAMU KUFUR, SESUNGGUHNYA AZABKU AMAT PEDIH' (SURAH IBRAHIM)

ditambahkan nikmat, tidak semestinya pada bilangan, tetapi lebih beruntung jika ditambah pada manfaat dan berkatnya.. rezeki secupak jadi segantang..
rezeki maknawi- dikurniakan rasa tabah, dimengertikan penghayatan redha,dilazimkan taubat,lebih beerti dan bermakna dari segala2nya..

hijrah..

january yang istimewa..
1 january- permulaan tahun baru masihi 2007
20 january- 1 muharram- permulaan tahun baru hijrah 1428
24 january- permulaan hari untuk usia ke 23


hijrah.detik terbaik untuk aku hijrah ke lebih baik.hijrah ini mengharap cintaMU.

6 tahun bermukim di situ, kurasai kasihMU dalam duga n duka. dan tahun ini, hijrah menggamit. lambaian cintaMU terasa dekat di situ. dan 'keizinanMU' lewat dinihari itu meyakinkan. lampu hijau untuk aku hijrah.

hijrah untuk cintaMU. dan andai ada kesusahan,kumohon dimudahkan, dalam redha dan kasih sayangMU. restuilah hijrah ini, dalam syariah dan keizinanMU.peliharalah hijrah ini. kumohon kebaikan darinya. ku berlindung dari segala kejahatannya.. permudahkanlah YA Rahim..


menginjak usia
24 january 1984- 24 january 2007

terima kasih mak
23 tahun lalu
24 january
21 rabiul akhir 1404
jerit perih mak melahirkan anakmu
masa berlalupantas menderu

23 tahun kini anakmu melihat bumi
terima kasih mak

titisan susu tak terbeli
kasih dan sayang tak terperi

terima kasih abah
tulang empat kerat
mencari rezeki
menyuap nasi di mulut anakmu ini

maafkan anakanda
tersalah tafsir
khilaf memahami
tersentuh hati
terlawan kata
terguris hati bonda dan ayahanda

doakan anakmu
dilindungi kasihNYA
dilingkungi berkatNYA
didakapi cintaNYA
kerana mengharungi dunia
impian dan harapan
anakanda tak berdaya
menjauhi kelekaan

pagi2 24 january.. sms buat mak dihantar.. terkelu lidah untuk bicara dengan mak.. hanya sms jer yang aku mampu hantar... love u so much!! moga masih ada hari2 mendatang untuk aku luahkan kerinduan dan kasih sayang ini buat seorang insan yang mengandung, melahirkan, dan membesarkan aku.. terima kasih mak. moga hidup mak sentiasa diberkati.!
ALLAHUMMAGHFIRLII WALIWALIDAYYA.. WARHAMHUMA KAMA RABBAYAANI SOGHIIRA..


terima kasih buat semua yang mengingati hari ini, yang mengucapkan doa via sms, my blog, friendster mahupun yang mengucapkannya secara langsung.. moga tiap doa kalian dimakbulkan.. moga Allah merahmati kalian atas budi dan kasih sayang kalian.. terima kasih buat max, shariah, iqbal, pijan n aishah yang buat surprise dengan kek coklat 'get married soon' di lipis dulu.. so sweet.. tak terbalas jasa kalian..



buat diri
selamat ulangtahun kelahiran ke 23
muhasabah diri
tazkiyah hati
apa yang engkau cari??
INNA SOLAATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL 'ALAMIN..
sedetik bertambah usia.. kian hampir bertemu DIA...!


entry tertangguh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



:;19 january::

:preparation DRIC:

aku, husni, mok ana, n syidah ke Kuala Woh, Perak untuk persiapan terakhir Dakwah n Research Induction Course (DRIC) Comrade 2007 yang akan bermula esok. selepas menyerahkan surat makluman program di Ibu Pejabat Polis Tapah, kami ke Kuala Woh untuk meninjau tempat penginapan. petang itu juga, kami ke Pejabat Hutan Daerah tapah untuk bayaran tempat penginapan. sampai di UIA hampir 8.30 malam, terus ke briefing n final touch program di Lt1 Hs. aku perlu buat report untuk Biro Preparation n Technical.. terima kasih banyak2 kak yati coz banyak uruskan hal pinjam meminjam barang2 dengan masjid, ROVAS, Stad n lain-lain.. briefing tamat dalam kul 10 malam.. balik bilik n packing untuk program yang bermula esok..

:::DRIC (20-22 january 2007) :::
seawal pagi, aku dah ke OR untuk uruskan barang2 yang nak bawa.. Alhamdulillah semuanya settle dengan cepat atas bantuan ahli2 yang lain.. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing..


Alhamdulillah, DRIC kali ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. antara menda penting yang menarik:

;;my group::

tahniah buat adik2 group BATEQ semua.. korang memang best.. n sporting.. setiap sesi LDK, respon diorang sangat bagus.. dan setiap perbincangan sangat bernas.. perbahasan tiap LDk berlangsung dengan baik.. moga adik2 semua akan meneruskan jalan ini.. Insya Allah..

::perang::
menghayati semangat mempertahankan agama tercinta. sangat banyak pengajaran yang dikutip.. pertempuran dalam hujan antara pihak baik (peserta) n pihak jahat (committee) berlangsung dengan hebatnya. semangat juang masing2 sangat tinggi untuk mempertahankan panji.. semangat perang terasa meluap2 di kalangan peserta. kesungguhan mereka membebaskan Tok Batin yang ditawan dengan strategi perang yang berkesan telah mengalahkan committee.. dan lebih mantap, setiap peserta berjaya mengadaptasi ikhtibar perang uhud- jangan lalai dengan kemenangan- dan di situlah kejayaan sebenar.. tahniah semua..!!

::durian::
thanks Pok lan yang belanja durian.. memang best makan durian kampung.. teringat durian kat umah wan.. huhu.. nikmat! Alhamdulillah


::ukhwah::
terasa ukhwah ini begitu bermakna..

Hadis Riwayat abu Dawud:"apabila seorang Muslim mengasihi saudaranya, maka hendaklan dia meluahkan kepada saudaranya itu"
maka dengan ini ingin kuluahkan, sesungguhnya aku mencintai kalian kerana Allah.. dan masih terasa genggaman tangan sewaktu lagu 'akrab persahabatan' n 'selamat Berjuang' dilagukan, betapa sesungguhnya uhkwah ini indah. dan saat Doa Wehdah, ikrar kita disatukan. kala doa Rabitah dibaca, hati2 kita disatukan.. Insya Allah, ini jalan kita. susah payah, pahit getir perjuangan ini, seperti yang telah dilalui bersama sebelum ini akan terus kita lalui lagi. Moga kasih sayang Allah mengiringi ukhwah ini, Insya Allah


::forum::
aku, abg zul, lyn n syud perlu mempersembahkan forum- back up untuk speaker yang tarik diri last minute. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat, persiapan dilakukan dan dari respon semua, matlamat n mesej yang ingin disampaikan berjaya. forum bertajuk'COMRADE: Dakwah @ research?" mengupas tentang peranan comrade sebagai badan yang menyampaikan dakwah n menjalankan kajian terhadap orang asli. turut disentuh adalah pendekatan yang digunakan dalam menjalankan kedua2 gerak kerja tersebut dan halangan/cabaran yang perlu dihadapi. kupasan abg Zul tentang ukhwah dalam comrade menyusur kembali peristiwa2 penting yang memanifestasikan eratnya ukhwah dalam comrade- waktu suka dan duka..







sesi forum..












::selamat hari lahir::
buat kak yati, roomate, coursemate n classmate.. selamat hari lahir yang ke 25 (23 january) moga Allah merahmati hidup kak Yati dan membalas tiap budi n jasamu dengan kasih sayangNYA, insya Allah..


::muhasabah::
ketenangan.. itulah yang kurasa sepanjang berada di sini.. Kuala Woh-kawasan rekreasi di tepi sungai.. deruan air, cicipan burung.. udara yang segar, tak henti berzikir memujiMU.. subhanallah.. indah ciptaanMu.. Maha Suci Engkau yang tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.. dan dalam ketenangan ini, aku bermuhasabah diri, hari terakhir menjelang berinjaknya usia.. Ya Allah, moga rahmatMu sentiasa mengiringi.. kasih sayangMU- itu yang kuidami..


belajar dari alam... tafakkur dan tadabbur..











:::TOUR DE PAHANG::: (24-25 JANUARY 2007)

Pagi itu, usai urusan memulangkan barang2 yang dipinjam dengan ROVAs/stad/masjid, kami beramai2 melawat kak engku di hospital. ALhmadulillah, kak engku dah boleh keluar petang tu.. moga cepat sembuh.. jangan malas2 makan ubat n ikut nasihat doktor k!

selepas menghantar kak engku pulang ke uia, Tour de pahang dimulakan. aku, shariah, aishah n dik pijan menaiki kereta yang dipandu iqbal sementara max dengan motornya. rombongan berhenti solat di masjid besar bentong dan meneruskan perjalanan menuju rumah max di kg kuala semantan, Raub.
kg max terletak dalam DUN Batu Talam. so kemeriahan pilihanraya terasa dengan kebanjiran ramai orang luar serta poster2 pilihanraya. namun itu bukan sebab kami ke sini..

banjir.peringatan Allah untuk manusia. rumah max sendiri teruk dilanda banjir.menurut max, tak pernah rumahnya dilanda banjir seteruk itu. kalau ikutkan, rumah max bertiang tinggi. tapi air masih menaiki dalam rumah hingga paras betis. masya Allah, tak dapat dibayangkan betapa tingginya paras air.. banjir meniggalkan kesan dahsyat. tanaman2 musnah. binatang ternakan lari. ada rumah yang dihanyutkan. dek kerana runsing memikirkan bencana tersebut, mak max sendiri dimasukkan ke hospital kerana darah tinggi.. mujurnya, musim itu musim pilihanraya. maka bantuan dari pelbagai pihak senang diterima..


sampai di rumah max, kami membantu mencuci kesan selut di lantai.. sambil2 memasak untuk makan malam. hampir pukul 10 malam,kerja2 pembersihan diberhentikan dan kami makan malam.. esoknya, pagi-pagi lagi kami mengundur diri, dik jae sedang menanti kedatangan kami..


' dan kami akan uji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda,nyawa, tanaman (buah-buahan) , dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un'. mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk'(al-baqarah 155-157)


kami sampai di Kg. Relong, Padang Tengku lebih kurang 11 pagi.. Alhamdulillah, jae dah semakin beransur pulih. dah boleh berjalan walau terencot-encot. sambil masak beramai2, berbual dengan mak jae'- ustazah salmah n ayahnya yang baru pulang menunaikan haji. mendengar cerita2 menarik di tanah suci. moga mereka mendapat haji mabrur, insya Allah.


mak jae- ustazah salmah kukenali sejak di tingkatan 4, sewaktu seminar JUJ subjek Hadis SMA.. dan kali kedua kami berjumpa waktu 1st time jae dikejarkan ke hospital Gua Musang selepas sakitnya menyerang ketika kami mengadakan IPTA di Pos Tuel.. Alhamdulillah, tiap kesusahan itu rupa2nya mengeratkan ukhwah antara kami dan keluarga kami. sementelahan Ustazah salmah merupakan bekas Pengetua SMA padang Tengku, maka perbualan juga berkisar tentang SMA di Pahang yang serumpun dan seakar.. moga ukhwah yang terjalin diberkati..

selepas berehat dan bersantai di rumah jae, perjalanan diteruskan lagi.. kereta berpusing2 di bandar Kuala Lipis.. hati tertanya kenapa?? rakan2 yang lain menjawab acuh tak acuh.. rupa2nya mereka mencari kedai kek.. n surprise!!

di kampung Kuala Lanar (rumah nenek pijan), kawan2 meraikan hari kelahiranku yang ke 23.. terima kasih semua.. i really appreciate it. terharu sangat.. kek coklat dengan doa 'get married soon' huhu korang nie, ader2 ajer?? amin.. moga2 doa korang terkabul. kalau ada adala, kalau tak ada nak buat macam mana?? ;-)

destinasi seterusnya- Taman Saga. mula2, aku bercadang untuk naik bas dari Bentong sahaja dan terus pulang ke rumah, tak nak susahkan diorang. then iqbal the driver kata tak apa, diorang hantar sampai umah.. syukran jaziilan.. maafla susahkan korang jer.. kami melalui jalan K/lipis-Jerantut- Mentakab. sempat juga max mengimbau kenangan di TAHAP sewaktu lalu di depan sekolah tersebut.

sampai di rumah lebih kurang 7 petang. hidangan mi kari menanti. dan usai makan n solat, kawan2 meninggalkan aku dan menuju ke rumah nenek pijan di kg. sanggang seberang..
nice journey with all of you. moga Allah memberkati kebaikan kalian n memberkati ukhwah ini, insya Allah



:;ihtifal mukmin- 27 january 2007::

sejak seminggu lalu, mak mengkhabarkan tentang majlis ini. ihtifal (majlis penyampaian hadiah) untuk Pusat Pengajian Al-Mukmin. my brother (Amran Munawar) akan menerima hadiah n mempersembahkan nasyid dalam acara tersebut. dan awal2 lagi dia bagitau, aku perlu hadir ke majlis tersebut dan jika tidak, dia tak nak ambil hadiah dia.

diberi kesempatan kembali menjenguk Mukmin adalah satu kegembiraan sebenarnya. kehadiran bekas2 pelajar ke Mukmin sangat menggembirakan ustaz2 dan ustazah. hinggakan beberapa kali namaku disebut dalam ucapan aluan Pengarah Lembaga Mukmin yang juga Mudir ku dulu- Ust Ibrahim. bertemu dengan guru-guru juga satu kegmbiraan. doa restu mereka mengiringi kembara ilmu, hingga hari ini kami berjaya.


dan 11 tahun meninggalkan mukmin, masih banyak memori bersemadi di sini. didikan Mukmin, sungguh istimewa. menjadi acuan melahirkan insan-insan soleh berjiwa besar. dan hari ini, aku sedari betapa acuan mukmin banyak mebentuk diri. terima kasih mak abah yang menghantar aku ke sini, terima kasih guru-guru yang jasanya tak ternilai. syukur ya Allah, kesempatan dan laluan ini yang KAu takdirkan untuk aku..Alhamdulillah

majlis ini bukan setakat majlis ihtifal, tapi juga majlis ilmu. Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Zaidi b. Ramli- Timbalan mufti Negeri Sembilan, penuh berisi. tentang ilmu, tentang akhlak, tentang barakah. satu tazkirah buat jiwa dan hati.

Monday, January 15, 2007

lagi.. gambar TOT



konon-konon sibuk ambil maklumat penting..eh anak sapa tue??

sesi bergambar di taman (??) sebelum balik..
mainboard2 yang didera..
brdebar2.. baca surat cinta masing2

amboi2.. sengih2 nampak baca 'surat cinta'

more pictures??? akan di download kemudian.. Insya Allah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

from KLCC with..SUBHANALLAH

ahli rombongan tunggu train..
subhanallah.. unik dan kreatif- jam
kereta kebal sejak 8 hijrah..
penyuling air mawar
peralatan prubatan dahulu kala

pantas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Subhanallah.. pantas betul masa berlalu..

hari ini, sudah separuh bulan januari..
tanggal ini, sudah separuh semester ini dilalui..
dan hari ini, tinggal kira2 sembilan hari sebelum saya menginjak usia baru..

sebetulnya banyak sekali yang saya ingin coretkan di sini.. tapi minggu lepas, cubaan menulis di blog terbantut sebaik saja entry yang sangat panjang siap ditaip tiba2 hilang kerana masalah teknikal.. dan lepas itu, tak ada mood lagi ingin menulis..

:: selamat hari lahir::

istimewa untuk sahabat2 sekalian-din @ fathi (3hb), jah (4hb),safawati (ummu amira)-7hb,jalaluddin(8hb), hasnah al-hafizah(9hb) n kak engku(13hb)..

selamat hari lahir.. moga bertambahnya usia seiring dengan kematangan n ketaqwaan kepada Allah.. moga bertambah keberkatan dalam hidup, dipermudahkan impian dan cita2 serta diberi kebahagiaan selalu..

ulangtahun kelahiran>> sedetik hampir bertemu Tuhan..

:;pemeran kesenian dan sains dalam tamadun Islam (betul ke nama nie?))::

jumaat lepas, berkesempatan pergi ke KL convention centre melawat pameran yang diadakan. Alhamdulilah, memilih waktu yang tepat coz kalau pergi sabtu dan ahad, tak dapatla nak menghayati sepenuhnya coz lautan manusia membanjiri pameran tersebut pada hari sabtu n ahad berikutnya.. rombongan saya, k.yati, che da, mok ana, lin n
shud@sinchan pergi waktu tengahari, sebaik che da habis kelas..

subhanallah.. sesungguhnya benar, sains islam mendahului zaman.. cuma orientalis menenggelamkan nama mereka n menggantikan dengan nama puak-puak mereka untuk menenggelamkan juga kehebatan Islam..

apapun, banyak benda yang saya pelajari.. tambah2 bagi orang yang 'buta' sains macam saya.. bagusnya kalau dapat bawak adik-adik bongsu saya-yani n
munawar@mamat ke sini..

::training of trainers::

saya diprtanggungjawabkan sebagai Program Coordinator merangkap biro modul dalam program induksi untuk saf kepimpinan baru COMRADE ini.. jenuh jugak nak pikir modul terbaik untuk capai objektif- group binding biro, group binding mainboard sendiri dan pengetahuan prosedur program. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. lokasi program (tasik UIA-belakang Maryam) yang agak privacy juga menyumbang kepada kelancaran... sesungguhnya dalam keadaan sekeliling yang cantik tak berapa cantik tu, sesi 'min qalbii' terutamanya memberi ruang meluahkan isi hati masing2 dan mengikat kepercayaan pada sahabat2 seperjuangan..

thanks n maaf banyak2 pada semua..

"Ya Allah satukan hati2 kami dengan rahmat dan kasih sayangMu"


::countdown::


hari2 terakhir di tangga ke 22..
muhasabah diri..
sungguh Ya Allah, rahmatMU melangit luas
namuh sedikit aku bersyukur
dan dosaku menggunung tinggi
namun keampunanMU tak bertepi..

Kau datangkan pelbagai ujian
dan kurasai kasih sayangMU dalam ujian2 itu..

Kau kurniakan aku peluang menjelajah muka bumiMU
menghayati keindahan Taj Mahal
lambang cinta agung seorang suami
PERCUMA- tanpa pernah aku impi..

Kau kurniakan aku kejayaan dan keyakinan
di sebalik dugaan yang menghimpit diri
dan manisnya kejayaan itu kurasai hingga kini

Kau kurniakan aku kepetahan
belajar dan terus belajar
hingga hari ini
mencetus keyakinan dan menambah potensi diri

Kau kurniakan aku sahabat2 yang baik
sentiasa di sisi..dalam riang dan dalam sepi..
Sungguh, andai kuhitung nikmatMU
pasti tak mampu kuhisabi..

dan di penghujung usia ke 22 ini..
nikmatMu kian bertambah
keyakinan diri
ketenangan hati
semakin hari kian tinggi

dan di penghujung usia ini,
di awal tahun baru ini
mentari yang sinarnya berseri-seri
Kau kurniakan dalam kelam yang tersembunyi

dan kumohon
alangkah indahnya andai mentari itu kekal menyinari
hari ini, hari esok, dan bila aku bertemuMU nanti
alangkah indahnya
'andai mentari itu Kau jadikan aku yang memiliki
dan andai
mentari itu sinarnya cuma sebentar
kurniakan mentari yang lebih berseri
agar aku tahu makna kesyukuran
agar lebih kurasa nikmat kasihMU..
dan di penghujung usia ini..
aku masih menghitung hari..

Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku menentukan nasibku endiri..
walau dalam sekelip mata cuma..
atau lebih singkat dari itu...


Monday, January 08, 2007

renungan..

Tuesday, January 02, 2007

kullu 'amin waantum bikhair

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

SALAM AIDIL ADHA
SELAMAT TAHUN BARU..

'wajah baru', semangat baru...
i'm coming..

KULLU 'AMIN WAANTUM BIKHAIR..!!