hidupku,matiku,ibadahku,untukMU Rabbal 'Alamin اللهم ارزقنا الجنة وما يقربنا إليها من قول اوعمل ، وباعد بيننا وبين النار وبين ما يقربنا إليها من قول أو عمل اللهم اجعلنا من الذاكرين لك ، الشاكرين لك ، الطائعين لك ، المنيبين لك يا الوهاب يا الرزاق لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Total Pageviews
Friday, June 30, 2006
educational trip to india (part II)- ada apa dengan taj mahal..?
21 jun 2006
Seawal pagi, kami check out dari hotel dan breakfast… perjalanan dari Jaipur diteruskan ke Agra yang jaraknya lebih kurang 250km.. sekali lagi, sepanjang perjalanan, reality kehidupan masyarakat India kehidupan,, sepanjang jalan, kami dapat melihat kawasan kering kontang dan kawasan perkampungan tradisional masyarakat India. Dengan binatang seperti unta dan keldai sebagai kenderaan tuggangan, kehidupan mereka masih dalam keadaan dhaif. Kelihatan juga pam2 air ditepi2 jalan yang menjadi sumber bekalan air mereka. Dan seperti perjalanan dari Delhi ke Jaipur, sepanjang perjalanan ditemui individu2 yang sesuka hati mereka membuang air kecil@ besar di tepi2 jalan.. sungguh menyakitkan mata…
Rumah2 tradisional India pula diperbuat daripada jerami dan ada juga yang dibuat daripada najis lembu yang dikeringkan..
Sepanjang perjalanan juga, amat sukar menemui tandas.. even kalau ada stesen minyak, belum tentu ada tandas.. sampaikan kalau ada peserta yang perlu ke tandas dan jumpa stesen minyak, pemandu pelancong kami akan bagitau ‘let me check first’.. (patutla diorang membuang sesuka hati jer..)
Di pertengahan jalan menuju Agra, setiap peserta diwajibkan menyanyikan satu lagu.. ni kerja pemandu pelancong kami (en Ishfaq) la.. dan memandangkan aku duduk depan sekali.. akula yang terkena dulu.. ish..ish.. ada ka pulak suruh aku nyanyi.. try nak excuse pun tak dapat.. aku tau la kat sana dah lama tak ujan.. nak suruh ujan la nie.. huhu.. dengarr jerla serangkap lagu rasa sayang tue… dan akhirnya, semua peserta wajib menyanyi.. macam2 lagu keluar. Ada nyanyi lagu happy birthday, ada gak nyanyi lagu negeri kedah..lagu uia pun ada. hehe.. aper2 jerla korang nie..
Di pertengahan jalan juga, kami melalui sebuah perkampungan yang terkenal sebagai pusat pelacuran. Deretan rumah2 di tepi jalan dengan wanita2 berpakaian cantik dengan aksi menggoda berdiri dihadapannya… menurut ishfaq, kegiatan pelacuran adalah haram di India namun selepas beberapa prosedur ia ‘dihalalkan’ oleh pihak penguatkuasa tempatan kawasan itu.. ( sebenarnya, kadar rasuah di sana tinggi.. dengan duit, segala2nya dibolehkan..)
Kami dibawa mengunjugi Fatehpur Sikri. Jika Jaipur dikenali dengan ketamadunan pemerintahan Rajashtan yang beragama Hindu, Agra pula kaya dengan peninggalan sejarah kerajaan moghul yang beragama Islam (termasuk shah jehan). Fatehpur Sikri dibina oleh salah seorang raja Moghul iaitu Akbar Khan. Di dalamnya terdapat sebuah masjid yang menurut seorang penduduk setempat melakukan solat berjemaah setiap kali waktu sembahyang.. lagi sekali, di kawasan ini, penjaja memburu kami dan apabila menjejak kaki ke dalam bas, barula dapat menarik nafas lega dari buruan mereka..
Tengahari itu, kami tiba di bandar Agra dan selepas makan tengahari, kami check in di Holiday Inn Agra.. selepas solat, perjalanan diteruskan ke destinasi yang paling mengujakan- Taj Mahal. 1km sebelum tiba di Taj Mahal, kami perlu menaiki bas khas yang disediakan. Bas ini menggunakan gas asli. Keadaan ini bagi mengelakkan pencemaran di kawasan taj mahal.. lebih kurang 100m sebelum taj mahal, kami dikehendaki berjalan kaki.
Pemeriksaan keselamatan dilakukan di pintu masuk Taj Mahal. Taj Mahal mempunyai 4 pintu masuk utama.. semua pintu ini berwarna merah.
Akhirnya,dalam cuaca panas mencecah 44 darjah celcius.. taj mahal berada di depan mata.. macam tak percaya jer.. selama ini aku tak pernah bermimpi akan sampai ke salah sebuah binaan ajaib di dunia ini. Lambang cinta shah jehan kepada isterinya- mumtaz ini berdiri megah menyambut kami. Subhanallah, sungguh cantik. Binaan yang dibina dari marmar putih ini direka bentuk oleh Isa khan, seorang arkitek dari iran.
Sejarahnya… raja shah jehan merupakan putera mahkota salah seorang raja pemerintahan Moghul. Pertemuan pertama kali dengan seorang gadis Iran- Arjuman Banu membuatkannya jatuh cinta kepada gadis tersebut. Namun, Raja Moghul ketika itu menghalang kerana Arjuman Banu bukan dari keturunan raja. Shah Jehan berkeras dan tetap mengahwini Arjuman Banu dan memberinya gelaran mumtaz . mereka kemudiannya menetap di Iran. Ketika raja Moghul sakit, baginda meminta Shah Jehan pulang ke Agra namun Shah Jehan mengenakan syarat bahawa dia hanya akan pulang jika mereka menerima mumtaz dan akan pulang bersamanya. Raja Moghul menerima syarat tersebut dan merekapun pulang ke Agra. Selepas ayahandanya mangkat, shah jehan mengambil alih pemerintahan kerajaan Moghul.
Diriwayatkan bahawa pasangan ini tidak pernah berpisah lebih dari sejam.. mereka sentiasa bersama.. bahkan dalam setiap meeting shah jehan bersama pembesar2 negara, mumtaz akan turut serta dan sering memberi cadangan2 bernas.. mereka dikurniakan 14 orang anak tetapi yang hidup hanya 6 orang sahaja..
Ketika ingin melahirkan anak ke 14, mumtaz sakit teruk.. dan ketika itu doctor mengesahkan dia sukar diselamatkan.. sebelum meninggal dunia, mumtaz membuat 3 permintaan kepada suaminya.. pertama- supaya menjaga anak2 mereka dengan baik, kedua- membina binaan sebagai tugu cinta mereka, supaya seluruh dunia mengetahui betapa agungnya cinta mereka dan ketiga- supaya berkahwin lain selepas kematiannya.
Selepas mumtaz pergi, shah jehan menunaikan janjinya menjaga anak2 dengan baik. Dan membina binaan taj mahal ( palace of crown) yang mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan. Namun baginda tidak menunaikan janjinya yang ketiga- untuk berkahwin lagi kerana tidak dapat melupakan mumtaz. Binaan taj mahal ini dibina di taman yang menjadi tempat pertama kali shah jehan bertemu mumtaz..
Kami bertanya ishfaq berkenaan kisah yang mengatakan shah jehan memotong tangan isa khan- arkitek taj mahal dan pekerja2 yang terlibat dalam pembinaannnya.?
menurut ishfaq, itu semua tidak benar kerana shah jehan adalah seorang yang sangat penyayang. “memotong tangan’ di sini adalah secara majazi- maksudnya, beliau meminta isa khan menandatangani perjanjian tak akan mereka binaan yang lebih cantik dari taj mahal dan baginda memberinya ganjaran.. so ;memotong tangan’ di situ maksudnya dengan perjanjian tersebut, isa khan tidak boleh lagi menggunakan kepakarannya untuk membina binaan lain..
Apa istimewanya taj mahal?
-dibina dari marmar putih. Taj Mahal sangat cantik apabila disimbah cahaya bulan pada waktu malam (tapi kami tak dapat tengok coz lawatan pada waktu siang,lagipun taj mahal dibuka untuk awam sampai kul 5 petang shj)
- terdapat ukiran 9 jenis bunga di dinding taj mahal, antaranya bunga ros,teratai, orkid, matahari.
-di dalam taj mahal terdapat makam mumtaz dan shah jehan. Makam mumtaz berada di tengah2 binaan. Jika berdiri ditengah2 makam, akan kelihatan ianya lurus hingga ke pintu masuk utama.Kedua2 makam ini dikelilingi pagar yang berbentuk taj (crown) sebab itu ia dinamakan taj mahal. Di sekeliling makam, diukir dengan ayat2 suci al-quran. Ukiran bukan dengan kaedah ukiran biasa tetapi dengan teknik ‘potong dan cantum’..
-pintu masuk taj mahal juga diukir dengan ayat2 suci al-quran, sekali imbas, ukiran ini sama dari atas hingga ke bawah. Sebenarnya, ayat2 al-quran di atas saiznya lebih besar dari di bawah supaya jelas dibaca. Ayat2 ini juga menggunakan kaedah ‘potong dan cantum’
-marmar putih sangat cantik terutama apabila disuluh cahaya. Ia akan memantulkan cahaya di seluruh kawasan.
Selepas puas bergambar di Taj Mahal, kamipun menuju ke destinasi seterusnya.. time for shopping.. kami dibawa ke kedai yang terkenal dengan hand made pashmina shawls..
Pashmina? Sound familiar for the girls right? Ala, kain selendang yang lilit2 tue.. actually, perkataan pashmina berasal dari kashmir. Iaitu bulu bahagian bawah leher biri2. bahagian itu diambil dan ditenun untuk dibuat selendang. ia dianggap istimewa kerana bahagian di bawah leher itu tidak pernah terkena cahaya matahari, so bulu biri2 di disitu berkualiti tinggi,
Tapi selalunya pashmina yang ada kat Malaysia tu bukan yang original.. pashmina asli mencecah harga ratusan ringgit sehelai.. seperti yang terdapat di kedai yang kami pergi tu.. lagipun hand made.. memang cantik dan halus..
Selepas itu, kami dibawa pula ke kilang marble (marmar).. di sini kami ditunjukkan demonstrasi bagaimana membezakan marble putih asli (binaan taj mahal) dan marble tiruan dari kapur.. model taj mahal yang dibina dari marble putih asli dijual di sini dengan harga yang murah.. so ramai yang membeli.. ( rasa2 leh buat lampu waktu black out tue.. letak lilin bawah dia.. mesti terang seluruh kawasan rumah yang black out)
Kami pulang ke hotel dan menikmati makan malam… ramai juga yang sambung shopping di kedai2 di bawah hotel.. aku pula lebih senang berehat di bilik.. masih mengenang memori indah di Taj Mahal.. ;-p
Wednesday, June 28, 2006
pics..
sebahagian gambar telah di upload
http://dhiyauqalbii.fotopages.com
yang lain akan menyusul, insya Allah..
educational trip to India (part 1)
India
Juga dikenali sebagai- HINDUSTAN & BHARAT
Meliputi 27 negeri
Terdapat ><>Agama: 7 agama utama
80%Hindu
10% Muslim
Kristian
Sikh
Buddha
Janisme
Geografi
Semasa lawatan- musim panas.
Keindahan alam- Kashmir (kawasan pergunungan)
Goa (kawasan pantai)
Pendidikan
-Penduduk India lebih mengutamakan sekolah swasta than sekolah kerajaan kerana mempunyai system yang lebih baik
-terdapat > 100 universiti di India, Top University- Jawalharal Nehru University (JNU)
::Antara fakta menarik::
- rakyat India terlalu ramai dan ramai yang tidak mempunyai rumah. Kebanyakan mereka menjadi penghuni setia jalanan, taman-taman. Yang memiliki rumah pula hanyalah sekadar pondok-pondok buruk di tepi jalan. Jika anda melihat rumah2 besar dalam cerita Hindustan, itu hanya terdapat sebilangan kecil sahaja dan di Bandar Mumbai sahaja!
- Ramai rakyat India bekerja sebagai pengemis. Perjalanan agak tidak selesa kerana kami sering diburu pengemis. Agak menakutkan juga. Selain lari dari peniaga-peniaga jalanan yang ‘memaksa’ kami membeli barangan mereka.
- Jalanraya di India membingitkan telinga! Ini kerana undang-undang jalanraya mereka- jika ingin memotong, sila bunyikan hon. So sepanjang perjalanan, bunyi hon kedengaran.sangat menyiksakan telinga. Dan jalanraya India merupakan ‘open road’, anda dapat saksikan kereta lembu, kereta unta, kereta keldai, babi hutan, anjing turut melalui jalanraya selain kenderaan biasa dan ‘auto’ (tuk tuk). Yang menarik juga, wanita tidak perlu memakai helmet ketika menunggang atau membonceng motorsikal!
- Kenderaan awam di India menggunakan natural gas so selamat dari pencemaran udara
- Sebuah lori minyak bergerak di jalanraya dengan kelajuan 40km perjam
- Harga petrol di India = 1 liter = RM7 (takda subsidi kerajaan)
- Waktu kerja sector awam- 10pg-5ptg tetapi lazimnya, pekerja hanya akan berada di pejabat antara 11pg-4 ptg sahaja, sejam awal dan akhir adalah waktu perjalanan ke tempat kerja yang dikira sebagai ‘office hour’
::catatan perjalanan::
min ra'yii.. fi tadabburii
19hb Jun 2006
7pg-depart from iium to KLIA.. sepanjang perjalanan, menerima msg dr rakan2 n guru2 tersayang.. thanks.. doa mereka mengiringi perjalananku..
9pg- check in
11.00- depart to bangkok dengan Indian Air..
Seat di sebelahku (tepi tingkap) kosong, so aku beralih tempat ke situ.. Sepanjang perjalanan, aku menikmati keindahan awan.. pesawat membelah awan.. keindahan alam manifestasi keagunganNYA. Sewaktu melintasi laut, dari udara, pantai kelihatan seperti garis putih yang sangat halus yang memisahkan laut membiru dan daratan. Alhamdulillah, aku diberi peluang menikmati keindahan ciptaanMu
1220thari(waktu Bangkok)-, sampai di Bangkok International Airport..sewaktu kapal terbang mendarat, tak terasa langsung bahawa bumi sedang dibasahi hujan.. dan sebaik selamat mendarat, barulah terasa ‘air mata awan’ menyambut ketibaan kami… and after about 45 minutes there, perjalanan diteruskan ke Delhi.. kali ini, aku perlu beralih ke seat asal coz penumpang untuk seat yang aku duduk dari KL tadi naik di Bangkok, seorang wanita warganegara India yang ingin pulang ke Delhi selepas urusan kerja di Bangkok.. Sempat berbual seketika dengannya sebelum aku melelapkan mata.. antara lain, dia bertanya tentang hijab yang aku pakai dan mempersoalkan adakah ia wajib? Tidakkah akan mendatangkan masalah untukku memakainya kerana cuaca yang panas..
Aku membalas bahawa ia wajib bagi wanita Muslim dan aku tidak rasa panas kerana aku telah biasa memakainya..
Dan dia masih ingin mempertikainya. Katanya cuaca di Delhi tidak sama dengan cuaca di Kuala Lumpur.. dengan berdiplomasi aku katakan bahawa aku telah dimaklumkan dari awal tentang cuaca panas di Delhi dan telah bersedia menghadapinya…
Perjalanan selama hampir 4 jam ini terasa membosankna kerana aku tak dapat lagi menikmati keindahan awan.. selepas mengerjakan solat jama’ zohor n asar, aku terlelap..
4.30 ptg, pesawat yang kami naiki selamat mendarat di Indra Ghandi International Airport. Cuaca panas dan berdebu.hampir sejam, urusan di Aiport selesai .. Wakil Moghul Travel sedia menunggu. Kami disambut dengan kalungan bunga tahi ayam.
Selepas itu, kami terus dibawa ke India Gate yang merupakan tugu bagi pahlawan2 india yang terkorban sewaktu perang dunia dan perang India-Pakistan. Kawasan ini dipenuhi pengunjung yang majoritinya rakyat tempatan.. rasa tak selesa mula bertamu bila pengemis2 dan penjaja jalanan ‘memburu’ kami.. pelbagai cara yang dilakukan supaya kami membeli jualan mereka. Rimas. Dan pengemis yang pelbagai wajah juga cuba meraih simpati…keisan juga tengok kaum wanita membawa baby mereka meminta simpati.. namun seperti kata pemandu pelancong kami.. jika kami menghulur kepada seorang, beratus yang lain akan dengan segera mengerumuni kami pula.. so hanya mampu memandang..
selepas bergambar di kawasan India Gate, kami menuju pula ke tempat2 lain..
Destinasi seterusnya adalah Rumah Presiden dan Parlimen India. Kami mengambil gambar dari dalam bas sahaja.. dan terus menuju ke The Connaught Hotel untuk Check in.
Selepas berehat seketika, kami dibawa ke The Waves- sebuah restoran yang menyediakan makanan halal untuk ldinner. Dalam perjalanan, hujan turun. Setelah sekian lama Delhi tidak menerima hujan, kedatangan kami membawa hujan, macam kebetulan pulak. Bak kata pemandu pelancong kami ‘Thanks Malaysian to bring rain”. Malam itu, hidangan nasi, roti nan dan mutton curry mengisi dinner kami.. dan aku mula berfikir.. untuk beberapa hari ini, pastinya kari akan menjadi santapan utama…
20hb Jun
Hari ini adalah hari lahir my sis- MIMI yang ke 20. dah wish in advance masa kat KLIA semalam.. dan hari ini juga merupakan hari lahir arwah kak mawar. Moga dia tenang di sana. I miss her so much..
Seawal pagi, kami check out dan breakfast. Perjalanan diteruskan ke Jaipur yang terletak lebih kurang 256 km dari Delhi.jalanraya di Delhi sedang mengalami kerja-kerja pembaikan sebagai persediaan menjadi rumah sukan Komanwel 2010 nanti. Sepanjang perjalanan, Ishfaq (pemandu pelancong) menceritakan serba sedikit tentang Negara India. Sepanjang perjalanan juga, aku menghayati pemandangan reality kehidupan masyarakat India. Yang pasti kehidupan mereka jauh lebih dhaif dari kehidupan masyarakat Malaysia. Ramai penduduk yang tidak memiliki rumah. Malah jika mereka memiliki rumahpun, keadaannya sangat dhaif. Cuaca panas menjadikan tanah kering kontang. Tak banyak warna hijau yang kelihatan. Dan yang amat menyakitkan mata adalah kerana keadaan persekitaran yang kotor. Lebih menyakitkan, sepanjang perjalanan kelihatan individu2 individu yang membuang air kecil @ air besar merata2. sungguh menjijikkan. Mula-mula, aku ingatkan Cuma sebilangan sahaja yang bersikap begitu tapi lama kelamaan, aku mula faham bahawa this is their attitude coz sepanjang perjalanan, inilah yang kelihatan.
Keadaan jalanraya yang sesak dan agak teruk ( seperti jalan2 kampung) membuatkan perjalanan begitu panjang dan memenatkan. Tengahari itu, kami tiba di Jaipur dan terus check in di KK Royals Hotel. Selepas lunch. Kami dibawa melawat Amber Fort.
Amber Fort merupakan istana raja Rajashtan yang dibina lebih 400 tahun yang lalu dan terletak di puncak bukit. Untuk sampai ke istana ini, kami menaiki gajah. Sesekali, terdapat jurugambar2 memanggil dan merakamkan perjalanan kami menaiki gajah .Ngeri juga bila memikirkan betapa perlahannya gajah itu bergerak membawa kami menelusuri cerun bukit yang agak curam ( seekor gajah dua orang).. Namun, ini adalah salah satu pengalaman yang manis. Sampai di atas, sekali lagi penjaja jalanan memburu. Rimas rasanya..
Istana ini merupakan manifestasi keunggulan tamadun Rajashtan. Antara yang menarik adalah system penghawa dingin zaman dahulu. Disebalik sebuah dinding yang berlubang-lubang, dibina kawasan tadahan air dan apabila angin bertiup, angin yang sejuk itu akan masuk melalui celah2 lubang. Kawasan sekitar ditutup dengan langsir yang tebal bagi mengekalkan kesejukan di sekitar kawasan.
Aku juga terpegun melihat design dinding dan siling yang dipenuhi marmar putih dan cermin, apabila malam, lilin dinyalakan dan seluruh kawasan menjadi terang oleh cahaya yang terbias. Aku dapat bayangkan betapa cantiknya keadaan itu.. selain itu, carpet juga akan selalu ditukar warnanya so pantulan cahaya dari warna carpet akan mewarnai ruang. Hmm.. mesti ceria hidup bila rumah kita tiap2 minggu bertukar warna..??
Di Amber fort juga, diriwayatkan bahawa mereka sangat menjaga maruah wanita kaum kerabat raja.. mereka tidak boleh mendedahkan diri kepada umum.. untuk itu, dibina tingkap-tingkap kecil untuk mereka melihat upacara keramaian dari tingkat atas amber Fort. Turut dibina adalah Female Garden- taman untuk 12 isteri raja rajashtan bersantai ditemani kaum2 wanita kerabat diraja. Landskap taman ini berbentuk origami dan serupa dengan bentuk origami di dinding Amber Fort.
Dari amber fort juga, dapat dilihat great wall of India dan sebuah istana yang menempatkan the biggest canon in the world.
Ketika turun dari Amber Fort, jurugambar2 mengejar kami dan ‘memaksa’ kami membeli gambar instant yang dirakam ketika menaiki gajah tadi.. ada yang membeli, ada yang buat tak tahu jer.. dan ada pula yang ‘menyorok’ bagi mengelak dikesan sebagai individu yang dirakam dalam gambar2 tersebut..
Selain merasai pengalaman menaiki ‘kereta gajah’, kami juga menaiki kereta kuda ketika dibawa mengunjungi sebuah muzium di Jaipur. Kami diturunkan di hadapan muzium tersebut dan dengan menaiki kereta kuda, kami dibawa mengelilingi muzium tersebut
Seterusnya, kami di bawa ke Pink City- bandar Jaipur. Keseluruhan bangunan di pusat bandar ini dicat dengan warna pink pada tahun 1876 a.d bagi menyambut kedatangan Putera Albert. Terdapat 6 pintu utama untuk memasuki bandar ini. Kami turut melintasi HAWA MAHAL ( female palace)- iaitu istana tempat kerabat diraja wanita ditempatkan ketika lawatan putera tersebut. Pada ketika itu, kerabat diraja wanita tidak dibenarkan mempamerkan wajah mereka di khalayak so di istana ini, dibina tingkap2 kecil supaya mereka dapat melihat temasya yang berlaku sepanjang lawatan putera tersebut dari tingkap istana.
Sebelum pulang ke hotel- time for shopping.. kami dibawa ke kedai yang menjual saree.. memang cantik2 belaka.. tapi harga pun boleh tahan.. aku membeli beberapa pasang yang dikirim kenalan…
Selesai bershopping saree.. bila bas mula bergerak meninggalkan kedai tersebut.. tetiba muncul jurugambar di Amber Fort yang nak jual gambar yang tak dibeli oleh sebahagian kami.. Ya Allah.. sampai ke sini dia mengejar kami.. tapi usahanya tetap gagal coz masih ada gambar yang gagal dijual.. yerla..dia ambil gambar kami secara sukarela.. tiba2 nak paksa beli pulak..
Bas berjalan menuju ke hotel.. selepas makan malam di hotel, kami dihiburkan dengan persembahan puppet show.. melucukan aksi2 puppet tue... Dan kenangan di Jaipur ditutup dengan pengalaman yang menghiburkan itu…
akan bersambung.. part II
Tuesday, June 27, 2006
great experience
Alhamdulillah
saya dah selamat kembali
great experience and gain knowledge
Alhamdulillah
Insya Allah saya akan postkan pengalaman di sana nanti..
sekembalinya ke Malaysia
saya rindukan masakan Melayu
perut saya sudah sebu dengan kari..
Alhamdulillah
pulang ke rumah
saya dapat menikmati
ikan patin masak tempoyak
gulai lemak labu
sambal belacan
dan pelbagai masakan melayu lagi...
akan kembali ke UIA dalam masa terdekat ni
coming soon
Islamic Practical Teaching for Aborigines..
Saturday, June 17, 2006
::usiaku..::
saya terbaca coretan syud di blog tentang kisah usianya.. hmm menda yang sama juga terjadi pada saya...
::mass gathering volunteers IIF::
.. saya atikah.. 4th year barb.. rasanya sumer leh panggil kak tikah..
>> ala.. akak ker? tak sampai hati nak panggil akak.. macam baru 2nd year jer...
::ronda2 gerai2 IIf::
..ha.. adik nie, sekolah tingkatan baper yer??
..erk.. akak, saya dah habis sekolah, student uia..
eh yer ker?? dari jauh akak tengok adik ni jalan2 akak ingat budak sekolah lagi..
::dinner IIF::
(waktu makan, semeja dengan en azhar (Eringan kasih sdn bhd) dan isterinya
adik ni dah berapa lama kat uia?? baru first year..?
eh, takderla en azhar, saya dah masuk 4th year dah..
la.. yer ker?? macam muda jer lagi..
hmm.. usia...?? mudakah aku?? pepun.. okla..
** artikel ini pasti menjeleskan org2 yang perasan muda macam shukri.. ;-p
hari ini
assalamualaikum...
alhamdulillah dah habis exam..
sempat jua pulang ke laman ayahbondA memohon restu mereka sebelum bermusafir..
ramai yang tertanya2 camner saya leh pegi india..
actually s-dev anjurkan educational trip ke sana'
then setiap society nominate calon masing2..
dan dalam banyak2 pencalonan tu, ada 20 orang yang terpilih, kebanyakannya leaders of the society.. alhamdulillah, saya terpilih..
saya akana ke sana isnin ni, dari uia 6.30 pagi-kumpul di tangga besar.. (kalau sapaer2 bangun awal nak say goodbye bolehla.. :-) )
kul 8.30 kami perlu berada di klia n flight kul 11.30 pagi.. transit di bangkok n perjalanan mengambil masa 6-7 jam..
antara aaktiviti nanti akan lawat univ. jawahral nehru (betul ke eja nie)..- the biggest univ di india.. then ke taj mahal n beberapa lagi tempat2 bersejarah di sana (meliputi 3 bandar yang jauh antara satu sama lain >250km.. iaitu delhi, jaipur n agra
skop lawatan n lawatan lebih kepada kajian budaya, sosio eknomi, infrastruktur (mcm rnd masuk kg pulak).. n kami diberikan tugas untuk buat report hari2 lawatan ke sana... dan dalam lawatan ke univ nanti, tumpuan lebih kepada student activities di sana..
matawang, jkita lebih tinggi = rm 100 = 1180 rupee..
masa- india lewat 2 jam 30 min
suhu kat sana tengah tinggi- min 40 djh celcius
siang lebih panjang dari siang, subuh masuk kul 330 pagi..
memandangkan cuaca panas di sana.. kami dinasihati supaya membawa pakaian yang bersesuaian.. saya pun pening kepala.. hm.. baju2 kurung saya semuanya yang sesuai di cuaca malaysia.. yang leh bertahan ketika berulang alik dengan berjalan kaki di panas terik matahari malaysia,.. camner yer..??
k.. nanti yang lain saya akan kongsi bila pulang, insya Allah..
teruja jugak nak pergi.. coz tak pernah bermusafir sejauh ini..
pun kekadang ada rasa bimbang.. mana tau pas ni tak balik ke bumi msia dah.. tak dapat jumpa korang2 semua yang best2 belaka... yerla, ajal maut kat tangan DIA
pepun, saya nak minta maaf kat max.. sian awak kena settle hal IPTA sorang2.. saya minta maaf banyak2.. pun dekat shariyah.. thanks banyak setlekan hal2 IPTA..
pada kak engku.. jangan sedih2.. maybe kami jauh di mata kak engklu tapi kak engku sentiasa di hati kami..
pada nadiah.. selamat bermusafir ke acheh.. bantu la semaksimum mungkin apa yg termampu untuk saudara kita di sana..
buat kawan2 semua.. minta maaf dari hujung kaki hingga hujung stokin wangi kalau ada silap salah sepanjang kenal korang nie.. terlebih gurau, terlebih usik dsb.. mohon keampunan atas segala2nya..
perkenalan n pengalaman dengan korang one of the most sweet memories in my life.. love all of u fillah...
mohon doakan perjalanan saya selamat pergi dan kembali,, insya Allah ada rezeki n panjang umur kita akan jumpa lagi...
k semua.. maybe ni cataatan last saya before pergi..
tak tau naper.. sayu jer rasa nak pergi ni..
doakan saya yer..
salam ukhwah abadan abada...
coretan pengalaman
INTERNATIONAL ISLAMIC FAIR 2006
PWTC, K.LUMPUR (9-11 JUN 2006 )
QA antara volunteers dari UIA for that fair. Alhamdulillah banyak pengalaman+ ilmu diperolehi sepanjang program tersebut. Ramai yang tak tahu bahwa prog yang dianjurkan oleh Saba Islamic Media dgn kerjasama penganjur2 lain ni bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek HOTEL AL-QURAN.. projek ini untuk lawan projek HOTEL BIBLE.. Orang kristian dah bekalkan bible di hotel2 seluruh dunia so inilah masanya utk kita pulak bertindak .. di manakah kitab suci kita..??
EXHIBITION
TERDAPAT >< 150 booth yang dibuka sepanjang 3 hari pameran.. sepanjang 3 hari tersebut, Qa bertugas di kaunter pendaftaran. Sehari sebelum pameran dibuka (8 jun) adalah hari yang paling sibuk coz the exhibitors mula dating untuk pendaftaran n set up booth diorang.. so macam2 kerenah manusia dilihat..
Hari2 berikutnya takderla busy sangat.. coz pengunjung2 tak perlu mendaftarkan diri.. just trade visitors jer yang perlu daftar n diberi tag.. so kaunter pendaftaran tersebut lebih kepada information kaunter.. perpun, nice to have the experience in communication dgn macam2 jenis manusia…
CONFERENCE
Sempena pameran nie, 2 days conference berlangsung dengan speakers2 yang mantap2 belaka from all over the world.. tajuk2 meliputi tajuk Islamic economy, world affairs, humanity and islam, media and freedom dsb.. kalau untuk orang luar, fees sebanyak rm500 n students rm250/… tetapi sebagai committee, kami berpeluang untuk mendengar beberapa slot..
Antara yang sempat Qa ikuti adalah slot ekonomi islam yang antaranya membincangkan topic ‘islamic banking- reality and possibility’, “gold dinar- what n why” , and tentang Islamic heritance.. mula2 blur gak coz tajuk ekonomi.. at least dapat la gambaran sikit2 apa yang dibicarakan.. qa tertarik dengan tajuk dinar emas.. teentang kenapa perlaksanaannya penting.. . antaranya kerana tak der risiko coz emas tak jatuh nilainya.. so if s.thing berlaku, mcm perang dsb.. pemilik terakhir tak akan rugi.. sebaliknya bila guna w3ang kertas, bila berlaku perang, pemilik terakhir tanggung kerugian coz nilai jatuh n takde harga..
Then yang paling teruja adalah slot muslim and media. Speaker pertama adalah Prof Dr Amin Rais (Indonesia) yang membincangkan isu ‘mainstream Media’s role in Oppression’.. masa sesi soal jawab, ada peserta Tanya Pak Amin tentang isu Abu Bakar Basheer yang ditahan.. so dapatla gambaran sebenar teentang tipu helah musuh2 islam nie..
Dan yang paling teruja adalah bila next speaker- Ms Yvonne Ridley( journalist dari UK) membentangkan tajuk Islam & Freedom of expression.. siapa tak kenal Yvonne ridley? Beliau adalah wartawan UK yang ditahan Taliban dan Alhamdulillah, memeluk Islam selepas dibebaskan Puak Taliban sekitar tahun 2003.. sekarang beliau merupakann antara pejuang2 yang berusaha membebaskan belenggu ‘ISLAMOPHOBIA’ ynag melanda Barat melalui tulisan2 nya yang berani n banyak mengecam white house n kuncu2nya terutamanta Tony Blair.. speech dari Yvonne ridley cukup lantang dan berani.. tanpa gentar seliau mengecam bush n blair.. meremang bulu roma dengar.. rasa semangat sangat..peserta sentiasa bertepuk tangan mendengar lontaran2 cemuhan beliau terhadap amerika n kuncu2nya.. sesekali dewan seminar gamat dengan laungan takbir peserta..
Dan speaker terakhir slot ni adalah dari Islam Channel UK.. –sebuah stesen TV di UK yang ditubuhkan semata2 untuk islam.. yang memperjuangkan islam n nilai2nya di tengah2 kemodenan UK.. hebatkan? Antara kejayaan terbesar stesen ini adalah menganjurkan conference di UK yang bertajuk ISLAMOPHOBIA IN THE WEST- untuk menghuraikan n membersihkan imej islam yang dikaitkan dengan terroris terutama selepas peristiwa sept 11.,dan seminar ini telah mengumpulakan 25 ribu peserta muslim n non muslim seluruh eropah untuk mengetahui apakah islam agama terroris.. turut disiarkan sedutan seminar tersebut.. barakalllahu fiikum.. moga islam terus mekar di sana..
Sebenarnya qa terlepas satu sesi yang paling menarik pada sebelah pagi.. coz masa tu ada kerja di kaunter pendaftarn.. slot world affairs and global issue.. slot ini membincangkan isu islam n terrorisme, tentang tragedy sept 11 dan kesannya.. yang paling menarik, pendedahan bahawa sept 11 adalah agenda amerika sendiri untuk mengaitkan islam dengan keganasan, seorag penulis- Jimmy walter telah mengumpulkan bukti2 saintifik bahawa sept 11 adalah perancangan white house sendiri, bukannya dirancang oleh osama bin laden.. dan mereka sedang membawa isu ini untuk membuka semula penyiasatan tragedy ini..
Antara yang menyokong usaha ini adalah mr William Rodriguez- last survivor 9/11 yang dipercayaai org terakhir keluar dari wtc sebelum ia runtuh.. beliau turut memberi bukti2 mendakwa bahawa kejadian ini adalah propaganda white house semata2.
Alhamdulillah qa sendiri dapat CD tentang hal ni n hand out sepanjang pembentangan kedua2 speaker.. sape2 berminat bolehla contact me..
CHARITY DINNER
Alhamdulillah, qa n 4 orang kwn2 lain dpat tiket free untuk dinner malam tue.. tapi tak sempat menikmati konsert sepenuhnya coz bergegas balik ke uia.. maklumla, ‘ciderella’ kena balik before 12 mid night ;-)
Perpun, thanks Allah for this great experience.. dapat kenal kwn2 baru lagi.. yang selam ni tak pernah kenal.. berhadapan dengan kerenah manusia yang macam2 n dapat ilmu..
Hamdan lillah ‘ala kulli hal..
Wednesday, June 07, 2006
alhamdulillah
Alhamdulillah
dah selamat a.long n kak pae ditunangkan.. meriah majlis ari tue.. my family (11 kereta n 2 van) berkonvoi dari temerloh ke kuanyan.. termasuk jiran2, sepupu2 n mak2 sedara...
Alhamdulillah..
rombongan sahabat2 dari uia-terengganu-uia terselamat dalam kemalangan jalanraya tempoh hari.. walau bila tengok keadaan kereta (kereta terbalik, tayar pecah, cermin depan belakang pecah) sesungguhnya hanya dengan kuasa Allah mereka trselamat dan hanya mengalami luka2 ringan.. Alhamdulillah mereka masih selamat
Alhamdulillah..
QA terpilih mengikuti EDUCATIONAL TRIP to India under s-dev 19-23 hb nanti.. doakan perjalanan selamat pergi dan pulang..
n kepada semua, jemput2lah ke INTERNATIONAL ISLAMIC FAIR di PWTC 9-11 hb ni.. QA ada kat sana.. kat kaunter registration (i'm on of the volunteers from IIUM)
dan kepada semua.. selamat menghadapi final exam
maattaufiq wannajah
Ilalliqa'..