Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 07, 2005

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

masih bercuti?? Qa hanya sempat menghabiskan masa di laman ayahbonda 4 hari.. kemudian dah pulang ke UIA.. masih banyak tanggungjawab perlu dibereskan.. terutama persiapan UIA sebagai tuan rumah Pertandingan Debat antara IPT kali ke 3 Ogos nanti..

result dah kuar.. Alhamdulillah..nak kata puas hati tak jugak, tapi result tu tak jauh macam yang dijangka.. Allah beri ikut kesungguhan n usaha.. n kena belajar n tingkatkan azam dan iltizam lagi.. moga sem depan lebih baik dari sem2 sebelumnya..

semalam ke darul kutub.. jenguk2 buku2 yang dijual sehingga 70 % sempena stock clearance..so sempatla tangkap terjemahan "la tahzan" - sebuah kitab yang popular.. lebih istimewa, edisi untuk wanita.. jeling2 'la tahzan' yang umum tue... insya Allah nak beli jugak esok... harga asal rm19.80 kat sini dapat rm10.70.. okla tu, mana nak cari??? kitab2 lainpun banyak gak lagi.. so amik kesempatan nie mencari n memiliki apa yang dirasakan perlu..


::Rahsia Surah Al-Kautsar::

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

-wallaua'lam-

No comments: