Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 17, 2005

bingkisan kenangan buat akak tersayang

Kasih sayangmu bersama kami…
Bingkisan kenangan buat yang tiada.. moga tenang di sisi Ar-Rahman..

Semuanya basih basah dalam ingatan.. zaman kanak2 yang cukup indah.. masa tu sebelum pindah ke rumah yang mak n abah beli di Taman Saga.. kami sekeluarga menyewa di rumah mak Nah di Kg. Gajah Mati.. my mom kerja sebagai kerani di pjabat Telekom Mentakab.. seawal 7 pagi dah keluar dari rumah.. my dad pulak masa tu bertugas sesi petang di SEMEKEME.. so, aku n adik2 lebih bayak habiskan masa di rumah mak nah (yang aku panggil mak).. selepas abah keluar dari rumah kira2 kul 12 sehingga tunggu mak balik pukul 5 lebih.. tapi selalunya dari pagi lagi kami dah ada di rumah mak nah..
Kak Mawar anak ke 5 mak Nah.. tiap2 hari aku dan adik2 akan tunggu dia balik dari sekolah… selepas form 5, kak Mawar tak menyambung pelajarannya di mana2.. sebaliknya dia tolong mak n abah bukak gerai di hadapan rumah.. mula2 Cuma jual ABC dan pisang goreng…
Sambil2 tu, kak mawar membantu mak menjaga aku dan adik2 yang lain- mimi, ipi n izzati.. dari aku kecil lagi.. sampaila keluarga aku bertambah besar.. dan adik2 yang lain turut membesar di tangan kak mawar n mak nah…
Kak mawar akak yang sangat penyayang..melimpah ruah kasih sayangnya.. yang aku masih ingat, kami adik beradik selalunya makan bersuap.. dia yang suapkan.. sampai aku darjah satu.. masih lagi makan dari suapannya.. dan dia sangat manjakan kami adik beradik.. bagi aku yang tak ada kakak, kak Mawar adalah kakak terbaik aku..
Masih juga aku ingat.. kalau hari cuti, pagi2 kami akan ikut pergi ke kebun.. terutama musim jagung mula boleh dituai.. kebun tu jauh dari rumah..aku membonceng motor yang dia tunggang.. pernah jugak sekali aku berdegil nak pergi kebun tu naik basikal..jenuhla mengayuh sebab terlalu jauh.. kadang2 berhenti mengheret basikal coz naik bukit..dan dia dengan sabarnya sekali sekala berhenti untuk menunggu aku.. hmm.. orang degil punya pasal.. sampai memang sampai tapi letih tak usah nak cerita.. bukan dekat perjalanan.. lalu pulak kawasan hutan, naik bukit turun bukit…
Tapi tiap kali dapat mpai ke kebun tu aku sangat seronok… pemandangan yang cantik.. kami sama-sama kutip jagung.. kemudian berenti dan bakar jagung.. bila jumpa ubi kayu, atau pisang pun kami akan bakar.. berlari-lari di kawasan kebun perkara biasa.. biarpun berbirat betis dek lalang.. dan jeritan mak yang bising, kami tak hiraukan.. sekali-sekali menjerit di tengah hutan menghalau kera… dan paling seronok, berkubang di sungai Semantan.. sampai bising mak ajak balik tapi degil tak nak balik…
Itu kisah di kebun.. kat belakang rumah yang kami sewa, abah gemuk ( panggilan kami untuk ayah kak mawar) memebuat kolam ikan.. dan diseberangnya pulak ada paya.. petang2 kami pergi memancing.. kadang2 bawak bekal maggi/ ubi kayu/ jagung n masak di tepi kawasan tu.. di situ aku dah mula kenal ikan talapia, potak dsb.. seronoknya…
Sekali sekala aku bantu kak mawar di kedai (mengganggu sebenarnya).. perniagaan dia makin besar.. dari geraimkecil kepada gerai yang mula jual makanan panas.. mee goreng, nasi lemak.. beberapa meja dah mula ada di kawasan gerai..
Di situlah banyak aku menghabiskan zaman kanak2ku.. indah.. membesar bersama kasih sayang mereka..
1996- keluarga kami pindah di Taman Saga.. aku n adik2 pun dah mula sekolah.. abah pulak dah bertugas di Wosto so tak ada masalah bagi kami.. pagi ke sekolah sama abah n tengah hari abah balik dia jemput kami dulu.. walaupun begitu, hubungan aku adik beradik dengan keluarga kak mawar tak pernah renggang, maklumla jarak Gajah Mati n Taman Saga bukan jauh sangat.. hujung minggu, kami akan tidur di sana.. Kak Mawar pulak dah bekerja sebagai pembantu di Pra Sekolah.. sebab dia pandai masak.. memang kadang2 aku pelik tengok dia masak.. main campak2 jer tapi hasilnya.. hmm takleh lupa rasa mee goreng/laksa/mee kari dia…
Masa pun berlalu.. masing2 meningkat dewasa.. perniagaan kak mawar makin maju.. dah mula buka kedai runcit.. abah n mak membantu..
2000 kak Mawar bertunang.. aku tak dapat datang coz masa tu mewakili sekolah ke MASISUPA di Pekan.. tapi 2 3 hari sebelum tu sempat dia bercerita tentang bakal suaminya-abg Sham Rupa2nya masa sekolah di Simpang Pelangai (ikut along yang mengajar di situ) abg Sham adalah kisah cinta monyetnya.. abis sekolah, semua berakhir.. dan tak terduga satu hari (beberapa bulan sebelum bertunang) panggilan dari Abg Sham setelah sekian lama terpisah menjadi titik tolak jodoh mereka.. Alhamdulillah, penghujung tahun itu mereka selamat bergelar suami isteri..
Masa kian menghambat.. aku pun kian sibuk dengan hal sendiri.. namun sesekali rindu menjengah pada keluarga di sana, hujung minggu pulang ke rumah kak Mawar.. masih aku dimanjakan walau kian dewasa.. berbaring atas riba mak.. perkara biasa bagi aku walau masa tu dah berusia belasan tahun.. mak pun kian tua.. 2001.. kak mawar melahirkan neesha..comel.. sebijik muka dia.. n sangat keletah.. walaupun dah berkeluarga, kak mawar masih menghuni rumah itu bersama mak n abh yang makin menginjak usia.. apatah lagi lepas kak mas n kak ima (adik2 kak mawar) melanjutkan pelajaran ke UPM dan USM.. hanya mereka penghuni tetap rumah tu..
Setiap kali hari raya, kami berkongsi resepi kuih raya.. kadang2 buat kuih raya sama2.. kak mawar tetap tak berubah.. sangat rajin melayan kami adik beradik..
2003.. selepas 2 bulan hakim dilahirkan, baru aku sempat melihat putera comel kak mawar.. sebijik muka abg Sham.. lengkap kebahagiaan kak Mawar dengan sepasang anak.. tapi yang paling aku terkejut adalah melihat kak Mawar sendiri..badannya naik mendadak.. kalah Erra Fazira dalam Cinta Kolesterol.. sedangkan dia orang yang kecil molek.. bila aku tanya kenapa, dia sendiri tak pasti.. katanya mungkin kerana perubahan hormon selepas bersalinkan Hakim.. dan berat badannya naik waktu dalam pantang lagi…
Hari berlalu.. tiap kali jumpa dia.. berat badannya masih sama.. katanya dah jenuh makan ubat kuruskan badan tapi masih tak berjaya…
Lama kelamaan, aku dikhabarkan berita dia menghidap sakit ganjil.. malam2 mimpinya ngeri.. ada orang nak bunuh dia, ada orang kejar dengan parang.. macam2 adegan ngeri menjadi teman tidur sampai dia tak sanggup nak tidur! Selera makanpun berkurang.. tapi peliknya badannya tak kurus.. sebaliknya terus naik..
Then, keadaan kian teruk.. dia mula rasa bisa2 di badan.. mak, abah n abg Syam berusaha mengubati.. bwak pergi rawatan tradisional.. selepas jampi, keluar 5 batang jarum dari perut kak mawar.. menurut bomoh tu, ada org dengki dan tujukan kak mawar dengan .. jarum2 tu dicucuk pada katak tu so kak mawar yang rasa bisanya.. (wallahua’lam).. elok sekejap.. tapi tiap2 malam dia masih dihantui mimpi2 yang menakutkan.. badan pun tak surut2..
Dugaan datang lagi.. seluruh badan gatal2.. neesha (masa tu 3 tahun n Hakim (1tahun) ) duduk di kiri kanan mamanya membawa sikat.. tolong garukan bila mana tengok mamanya tak tahan.. sekali lagi bawa pergi berubat.. kali ini keluar 5 ekor ulat bulu..
Sejal hari itu, sakit kak mawar kian menjadi2.. dia tak boleh baring.. nak berjalan pun susah dek kerana badan yang berat.. dunianya hanya di atas kerusi malas.. mak kian kurus menjaga dia saban hari.. malam dia takleh tido.. tidurpun dalam keadaan duduk.. oleh kerana terlalu lama duduk n beban badan yang berat, kulit2 mula melecet.. bila nak bangun, kulit yang melecet melekat pada kain batik dan bila ditarik kain batik tu, jeritan kak mawar menghiasi ruang rumah.. siksa! Sungguh siksa… aku yang menyaksikannya hanya mampu menitis air mata…
Walau dalam tak berdaya itu, tiap kali dia rasa dia sihat, dia akan minta nasi.. bukan untuk dia makan tapi untuk disuapakan pada anak2 nya yang masih kecil.. mujurlah Hakim N Neesha tak banyak kerenah.. mereka seolah2 memahami penderitaan mama mereka… saban malam neesha tidur di sisi kak mawar.. bila tengok kak mawar takleh tido.. Neesha pasti terjaga dan bertanya.. kenapa mama??
Pelbagai usaha dilakukan untuk mengubati kak mawar.. pergi hospital, tak sakit apa2.. bawak berubat tradisional.. semua nya sama.. puncanya dari seseorang yang dengki perniagaan kak mawar maju.. dan tujukan dia .. tapi kerana terlalu kuat, bomoh2 lain tak boleh nak lawan… kalau elokpun sekejap sahaja.. pastu mesti ada cara lain pulak yang dibuat.. dan yang pasti aim org tu Cuma satu- kak mawar mati..
Selepas raya hujung tahun lepas.. kak mawar sihat sikit.. dah boleh bergerak.. dan seperti biasa dia yang memang tak boleh duduk diam mula sibuk dengan persiapan perkahwinan kak ima-adik bongsunya.. waktu raya.. aku masih ingat lagi.. dia n keluarga datang ke rumah.. aku masak mi masa tu.. kak mawar minta aku buatkan mi yang lain untuk dia.. yang tak ada ayam coz dia pantang makan ayam.. aku pun buatkan.. puas coz masa kecik2 dia selalu masakkan aku mee goreng.. mungkin tak sama ngan kelazatan mee dia tapi aku puas..
Masa kak Ima kahwin,, kak mawar sihat.. walaupun kelihatan amat susah untuk dia membawa diri coz badan yang besar, dia tetap ceria menerima adik ipar baru.. semua benda dia nak buat.. aku tidur di rumahnya 3 malam membantu persiapan perkahwinan..
Hari kak ima dinikahkan, aku dan kak mawar sama2 sibuk ,menyiapkan lauk pengantin.. bergurau senda di dapur.. macam2 yang kami bualkan.. dia hanya duduk di atas kerusi sambil tangannya ligat membuat kerja.. aku pula bergerak ke sana ke mari memasak ikut arahannya.. masih aku ingat senyum n guraunya yang terserlah sifat penyayangnya.. (kali terakhir aku jumpa kak Mawar)
Sempat juga aku berbual dengan mak mertua kak mawar.. sempat dia bercerita.. dia sangat sayangkan kak mawar coz dia senang menyesuaikan diri dengan semua orang dan sangat penyayang.. walaupun sakit, sedaya upaya dia cuba menjaga neesha n hakim semampunya… melihat kak mawar pada hari itu yang kian sihat, kami sama2 berdoa moga dia betul2 sembuh sepenuhnya…
Cuti tahun baru Cina, suara ceri kak mawar kusambut dalam kerinduan, dia ajak datang rumah untuk kenduri kesyukuran hari lahir hakim ke 2.. aku tak dapat pergi coz kak kin ajak pergi umah dia.. masa hari perkahwinan kak kin.. so mak abah n adik2 jer pergi ( inilah kali terakhir aku dengar suara kak Mawar)
Sabtu 5hb.. mak menelifon memberitahu keadaan kak mawar semakin teruk.. mak minta aku carikan kalau2 ada ustaz di UIA yang boleh tolong ubatkan.. kesibukan menghambat dan aku masih dihantui rasa bersalah coz tak boleh bantu kak MAwar..
Petang sabtu tu, mak bawa kak mawar ke Raub berubat di sana.. sepanjang perjalanan, tak habis2 dia bercerita tentang anak2nya.suami, Mak ayah dan adikberadiknya yang sentiasa ambil berat sejak dia sakit.. dia juga bagitau nak pergi hospital pakar untuk buat pemeriksaan sekali lagi.. my mom bagitau aku akan balik seminggu ( revision week) so kak mawar minta aku temankan dia ke hospital pakar.. dia juga minta izin mak untuk bawa aku ke rumah barunya (berhampiran rumah aku di Taman Saga) coz dia dalam proses berkemas untuk pindah ke situ.. ) nAlhamdulillah, malam tu selepas balik berubat dr Raub kak Mawar tidur lena..
2 hari lepas tu abah bawa kak mawar ke hospital untuk buat pemeriksaan kalau ada sakit lain.. lagi sekali, doktor sahkan dia tak hidap apa2 penyakit.. dan abah nak bawa lagi dia ke hospital pakar.. tapi tunggu aku balik dulu..

Khamis 10 mac- kak mawar tak boleh tidur semula.. malam tu, my mom jumpa kak mawar n bagitau aku akan balik n akan temankan dia.. mak aku juga bagitau nak ke KL coz mak ada kursus.. kak mawar Cuma senyum.. esok abah n abg Syam nak ke raub ambil bomoh yang ubatkan dia sabtu tu..

Jumaat 11 mac- pagi pas subuh kak mawar bagitau abg Syam ada 2 orang ustaz berpakaian putih nak datang hari nie.. Abg Syam mengiyakan dan mengatakan dia akan ambil ustaz dari raub tu lepas jumaat nanti.. abg Syam minta izin nak pergi kerja.. kak mawar izinkan.. bila abg Syam tutup pintu, dia marah dan kata ustaz nak masuk nanti susah..
11 pagi.. kak mawar minta dimandikan.. mak tinggal sorang masa tue.. cepat2 mak panggilkan sepupu dia tolong pimpin dia ke bilik air.. n mandikan dia… pas mandi..dia tanyakan anak2 dia n adik beradik dia… masa tu ramai ada dekat dia..
Kul 12.45.. orang yg ramai keliling dia mula balik.. kaum lelaki –abang2,abah n ayah sedara dia) ke masjid untuk tunaikan solat jumaat. Kak mawar tinggal dengan mak..
Kak mawar panggil mak dan minta mak baringkan dia ( pertama kali dia berbaring sejak 2 tahun dia sakit) sebaik dia berbaring, dia menghela nafas terakhirnya dan berbaring buat selama2nya….

-------------------------------------------------------------------------------------------------------kau pergi jua tinggalkan kami bersama kasih sayangmu.. melihat hakim n neesha, hati disayat pilu.. tambah lagi mendengar suara comel hakim bertanya papanya sehari selepas arwah pergi- papa, mama tidur lagi ker??
Melihat neesha yang seiras arwah, aku jadi rindu.. di mana2 terasa dia ada bersama kami… juraian air mata mak yang kian dimamah usia menambah pilu jiwa.. menungan jauh Abg Syam mencari bayang isteri tersayang yang dicintai sejak bangku sekolah.. pandangan pilu abah, kak ima n kak mas melemaskan aku… 2 hari masih aku menjejak kenangan bersama kak mawar di rumah itu..
Akakku sayang, semoga bersemadi dengan tenang.. kasih sayangmu bersemadi di hati kami.. seharum namamu, seharum itulah kasihmu menghiasi hidup kami, terus harum selagi nyawa kami masih di bumi..sebelum kami menjejakimu nanti..
BUDI DAN KASIHMU BERTAKHTA DI HATI….


No comments: