Salam.. Ramadhan karim.. wallahuakram..lama tak menulis.. exam tinggal 1 paper.. ni baru pas classical references.. alhamdulillah.. beberapa peristiwa untuk dikongsi dan disyukuri bersama..
::8okt 04::
.. a journey to sabak bernam.. umah bro. faizal ngn kak su n sorang kawan abg faizal.. nice journey.. pertama kali sampai ke kawasan belah sana.. bestnya.. terasa sapaan angina selat melaka (teringat pulak org melaka) J .. dibawa ke bno (bagan nakhoda omar).. Tanya abg faizal.. bagan tu apa?? O.. upa2nya bagan tu tempat nelayan bawak naik ikan.. so sempat la berposing ngn diorang.. maklumla kak su kan bakal journalis ..
on d way pergi jugak sempat singgah ke kubur arwah ayah abg faizal yg meninggal awal tahun nie.. al fatihah.. kasih seorang ayah mendidik ank hingga berjaya.. ( teringat kat somebody.. hm.. nasibmu hampir sama ngan nasib abg faizal… al-fatihah jua buat insan itu).. sampai umah abg faizal.. baiknya mak dia.. rasa cam dah kenal lama.. gitu gak akak dia.. seronok lagi dapat jumpa baby…
on the way balik.. menikmati pemandangan indah.. sawah padi yang menghijau… subhanallah.. sempat turun bendang posing lagi…
dapat tengok laut yang membiru n sawah yang menghijau.. tenang sket rasanya.. hilang sket tekanan dekat2 nak exam nie.. kata orang- 3 menda yang kalau kita tengok sejuk hati n dapat pahala: laut, wajah kedua ibubapa n kaabah.. wallaua’lam..
moral of the story: ukhwah itu indah.. Ar rahim.. campakkan dalam hati kami kasih sayang keranaMu…
special thanks:: abg faizal, kak su n kuarga
::9 oktober o4::
A.. B.. C.. uncle n aunty amik gambar ngn budak2 tadika TS di taman KLCC :-)
Engkau tiba bagaikan pelangi..
bercahaya namun tak berseri..
Tapi cukup menghiburkan hati ini..
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa detik yang berlalu
Bagai pelangi petang kaukan pasti
Pergi jua…
Thanks 4 everything…
::10 oktober 04::
9.30 pagi bersama member2 comrade yang sebilik tu.. ke tangga besar uia menyambut anak2 orang asli dari pos redong, perak.. adik2 darjah 4 5 n 6 tapi.. kecik2 nya adik2 nie.. mereka diiringi seorang cikgu dan 2 pegawai org JHEOA tapah.menurut pegawai terbabit, anak2 OA ni pertama kali dibawa keluar meninjau kehidupan Bandar.. kampung mereka terletak jauh di pedalaman.. so first time expose dunia luar..mereka dibawa ke KLCC, Pusat Sains , Muzium etc.. patutla masih terpinga2 mereka dan malu2.. mula2 diorang sampai En. Radzi (STAD) ada.. tapi ada hala lain yang tak dapat dielakkan so diamanahkan pada kami untuk entertain adik2 nie.. so terpaksala QA jadi pemandu pelancong ( ke pemandu pelencong??) tak rasmi… membawa pereka berpusing di tempat2 menarik sekitar uia.. sambil diberi amanah untuk memotivativasikan diorang…
moral of the story: bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini… walau susah mana sekalipun masih ramai lagi yang susah.. nak belajar contohnya.. masih serba ada.. berbanding adik2 nie.. masihkah nak merungut mengeluh.. ??
::15 OKT 04::
1 RAMADHAN.. RAMADHAN KARIM.. WALLAHUAKRAM..
pagi: exam translation.. past uterus pulang ke TS.. nak berbuka puasa bersama keluarga di rumah…
pergi cari sofea.. dah besar budak nie.. comelnya.. geram sungguh.. n walaupun tak faham dia nak cakap apa.. ramah betul menegur macam nak bercerita/bertanya.. cutenya.. n faham bahasa.. bila tanya je .. 'mama mana??" terus jer sedih n buat muka kesian dia.. takperla.. nanti mama dapat tukar penang lehla sofea tinggal ngn mama n papa yer.. sian la wan dia kena tinggal..
::19 okt::
balik ke gombak semula.. ada 2 paper menunggu.. n persediaan ke kg. pelantok.. tunggu.. pengalaman berpuasa bersama orang Asli 25-30hb nanti… selamat beramal n mencari cahaya Ramadhan…
salam…
No comments:
Post a Comment