Seminggu sebelum berlalunya Ramadhan.. Cepat sungguh masa berlalu.. Masih belum puas menikmati Ramadhan tahun ni..
Penantian satu penyiksaan.. sungguh, namun saya cuba menyibukkan diri dari memikirkan hal itu.. Banyak yang saya pelajari sepanjang duduk di rumah, lebih kurang 4 bulan ni. Selain menjaga wan, menyelesaikan 'edit' tesis, saya mencuba pelbagai jenis masakan, membuat sulaman pada tudung dan menjahit manik pada baju, selain 1 projek untuk 'hari itu'. TV? saya bukanlah orang yang suka menonton TV..Maka masa saya banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti lain.
Menjaga Wan yang sudah uzur adalah satu tanggungjawab. Kalau dia sihat, ok je. Tapi kalau dia sakit n tak berdaya disebabkan demam,pening kepala atau sakit perut, dia akan merengek seperti budak kecil dan sebolehnya dia mahu sentiasa ada di hadapan matanya. Maka benarlah firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 54:
الله الذي خلقكم من ضعف ثم جعل من بعد ضعف قوة ثم جعل من بعد قوة ضعفا وشيبة يخلق مايشاء وهو العليم القدير ( الروم:54)
"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa."
Maha Suci Allah, dahulunya,kita dilahirkan dengan serba kekurangan dan tidak berdaya. Menjadi bayi,apakah yang mampu kita lakukan? namun kasih sayang dan belas kasihan Allah amat luas, dititipkan sayang itu dalam hati kedua ibu bapa kita, lalu mereka dengan penuh kasih sayang memelihara kita, memberi segala keperluan makan dan minum.
Kemudian kita dewasa, serba tahu dan boleh melakukan pelbagai perkara. Maka gunakanlah masa 'kuat' itu sebaiknya. Mungkin juga ketika usia kuat itu jugalah, kita pula memainkan peranan ibu bapa kita dulu, menjaga anak-anak. Dan jangan lupa juga kepada mereka yang telah kembali menjadi lemah. Mungkin ibubaa kita, mungkin nenek kita, saat kita 'kuat' ini, jagalah mereka sebaiknya. Lalu kemudiannya, kita juga akan kembali lemah. Mungkin ketika itu kita juga akan perlu bergantung kembali kepada orang lain. Maka begitulah roda dan pusingan kehidupan, sunnatullah yang membuktikan kekuasaanNYA..
Lalu kesempatan yang ada ini, moga-moga saya menggunakan kekuatan yang dikurniakan Allah sebaiknya, kerana kelak nanti,saya akan kembali lemah dan tidak berdaya.. Saat itu bila tiba dan masih dipanjangkan usia, tentulah belas kasihan dan kasih sayangNYA lah yang akan membantu menghabiskan sisa usia...