Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Engkau belum tiba, tetapi sudah kurasai sedih pemergianmu...

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu.Malas.hehe..ada banyak yang nak dikongsi tapi tidak tahu mengapa, 2 3 bulan ini,saya lebih suka membisu.Bukan di blog ini shaja,malah juga dengan orang sekeliling. Bercakap bila perlu.Sindrom apakah?? Saya pun tak tahu.

1.
Surau baru. Hari kedua,imamnya Imam Kecil.Bukan Imam Muda ye. Darjah 5. Bagus bacaannya. Bila dapat tahu dia pelajar Al-Mukmin,sungguh saya bangga. Alhamdulillah,generasi Al-Mukmin terus berbakti walau di usia jagung.

2.
Surau Baru lagi. Dia baru keluar dari penjara. Di sana,dia belajar serba sedikit tentang agama yang sebelum ini tidak dipelajarinya. Dia ingin menjadi manusia. Saat berjemaah, dia membaca doa usai solat. Doa dalam bahasa melayu cuma, doa yang dibaca para banduan. Penuh dengan ratapan keinsafan. Saya mengaminkan dalam keharuan. 2 hari ini, tiap kali masuk waktu solat,dia mengalunkan azan. Semalam, ada 'orang tua' meminta dia jangan melaungkan azan lagi. Alasannya: dia orang jahat.

Terkesima. Sampai bila masyarakat ingin berubah?? Manusia itu, seperti iman sifatnya berubah-ubah. Ada masa naik,ada masa turun. Manusia boleh berubah sekelip mata. Jika dia benar-benar ingin berubah, mengapa peluang itu ditutup? Kita bawa dia ke jalan Allah, itu fitrah dia. Kenapa dihalang kerana semalam yang hitam? Sedang Allah Maha Pengampun, mengapa kita tidak meminjam sifat itu agar berpaksi dalam diri. Angkuh benarkah kita bahawa hanya kita manusia yang mulia? Sesal. Maka untuk itu, saya tidak hairan mengapa selalunya penagih yang keluar dari serenti kembali bergelar penagih. Atau banduan keluar dari penjara kembali bergelar penjenayah. Antara asbabnya: didikan masyarakat masih di takuk lama. Bersangka buruk yang mengakibatkan masa depan insan lain terpesong dek kerana pandangan dan wasangka buruk itu.

3
Kisah masyarakat lagi. Baby F yang comel. Tapi bernasib malang. Ibu bapanya bercerai kerana keluarga ayah tidak menyukai ibunya. Bercerai saat usianya baru beberapa bulan.Sekarang usianya 6 bulan. Maka tinggallah dia bersama neneknya dan atuknya yang sudah tua.Ibunya mencari rezeki di ibu kota. Seringkali neneknya perlu ke hospital untuk mengambil darah kerana penyakit kencing manis. Maka setiap kali itu, saya menawarkan untuk menjaga baby F. Dia sangat baik. Tidak banyak kerenah. Malam tadi,usai Insyak,neneknya ke hospital.Saya bawa dia ke rumah. Bermain dengannya seketika, kemudia matanya semakin layu. ditepuk-tepuk di atas tilam, terus tertidur. Subhanallah, baik sungguh dia, mudah menjaganya.

4.
Penempatan:?? Penantian satu penyiksaan.Moga ada sinarnya tidak lama lagi.

5.
Ramadhan datang lagi, ia baru ingin menjelma tetapi saya sudah rasai sedih akan pemergiannya. Ramadhan tahun ini teristimewa. Moga jadi yang terbaik buat diri. Mohon keampunan dari semua yang mengenali, agar saya melangkah ke dalam bulan keberkatan ini dengan suci dan dapat kembali kepada fitrah saat Syawal tiba nanti. Alhamdulillah,dengan izinNYa,rezeki Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya akan saya perolehi lagi.Ya Allah,amat besar nikmat itu buat saya. Selamat berpesta ibadah buat semua.
رمضان كريم

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan yang kian pergi..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kian menginjak Ramadhan ini
Muhasabah diri
masih belum puas dinikmati
Moga2 ada ruang bertemunya lagi
di laluan hari nanti

Ramadhan terakhir di Taman Ilmu dan Budi
Ada sendu bertamu di hati
Ada doa berlagu tak henti
Ada suara hati yang tak didengari
Ada rindu yang ingin dilunasi
Hanya padaNYA munajat diri

اللهم أنت العفو الكريم تحب العفو فاعف عنا

***
GRADUAN UIAM SYAHID DI PALESTIN
BACA DI SINI >>>>>>>

Tuesday, September 08, 2009

Ramadhan ini..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga sejahtera semuanya.. Dah lama saya tidak mengemaskini 'rumah' ini.. Agak sibu dengan rutin harian (alasan klise)....

Sungguh masa amat mencemburui dan Ramadhan perlahan-lahan kian menginjak.. tidak sampai separuh bulan lagi akan pergi meninggalkan kita...

Ramadhan ini.. banyakkan berdoa...
dan saya terus berdoa moga diberi kesejahteraan buat semua ahli keluarga tercinta.. Moga diberi ketabahan buat kami (khususnya bonda dan ayahanda serta adinda-adinda) menghadapi satu demi satu dugaan dalam hidup)
Moga dipemudahkan tiap urusan.. Moga dikeluarkan di tempat keluar yang baik, dan dimasukkan di tempat masuk yang baik....
Moga diberi kekuatan dan ditambahkan iman.. moga diampunkan segala dosa..
Moga dipermudahkan rezeki... diluaskan Rahmat dan kemapunan, dibebaskan dari azab api neraka...

Begitulah kita hamba.. amat banyak yang ingin diminta dari DIA kerana sesungguhnya tidak ada kekuatan melainkan dari DIA
لا حول ولا قوة إلا بالله

Ramadhan tahun ini...
Masih beresempatan bersama keluarga tercinta...
Ramadhan tahun hadapan..
Belum tentu masih ada di dunia fana
Jikapun masih ada...
Entah 'tercampak' ke dunia mana....

اللهم ادخلني مدخل صدق واخرجني مخرج صدق وانزلني منزل صدق

Thursday, September 04, 2008

Alhamdulillah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, saya telah menghantar proposal tesis (proposal baru..) ke qism tadi.. (department). Berikutnya, saya akan melalui satu sesi munaqasyah (viva) untuk proposal tersebut di hadapan 5 panel termasuk musyrif saya Dr Yasir. Berdebar juga. Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.


Sementara menunggu sesi tersebut, saya ingin melakukan persediaan rapi supaya dapat mempertahankan tajuk ini kelak ketika sesi viva. Saya juga diberi homework oleh Dr Yasir, beberapa perkara yang perlu dilakukan sekarang.


Antarnya- berlatih menaip dengan laju.


Kata Dr Yasir- tengoklah blogger, mereka menulis panjang sekali, mereka menaip dengan laju, itu satu kemahiran yang perlu dipelajari. Saya cuma tersenyum. Saya sudah memiliki blog ini sejak hampir 4 tahun yang lalu. Ya, kemahiran menaip dalam rumi boleh dikatakan laju, cuma kekadang tersalah taip. Dan saya berazam memiliki kepantasan sama untuk menaip dalam bahasa Arab pula.


Saya tersenyum kerana Dr Yasir tidak tahu bahawa saya juga tergolong dalam 'blogger' ;-) shh.. jangan beritahu beliau kewujudan blog ini ok? ;-)


Tajuk tesis saya- biarla rahsia dulu setakat ini. Saya akan bagitahu usai sesi munaqasyah nanti. Tetapi penulisan dan kajian ini melibatkan Debat Bahasa Arab... Satu kajian yang diharap membantu meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur di dalam Bahasa Arab, Insya Allah.


***

Saya ingin kongsikan laman web ini- ada banyak video berbahasa Arab boleh dimuat turun, nasyid-nasyid arab serta khutbah. Ini sebuah you tube yang islamik.




***


Adik-adik peserta kem bahasa Arab SMK Tasik Puteri bertanyakan gambar program lalu.



So gambar-gambar lain boleh dimuat turun di sini >>> http://dhiyauqalbii.fotopages.com/

***

Selamat menambahkan amalan.. Ramadhan Kareem

Wednesday, September 03, 2008

tenang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ramadhan yang dirindui..
semoga kita menjadikanya ruang dan madrasah untuk 'recharge' rohani dan iman.. bukankah iman itu sifatnya berkurang dan bertambah..

Ramadhan di laman ayahbonda mendamaikan..

Khamis
Berjumpa Musyrif (supervisor) untuk perbincangan tesis. Pergerakan tesis yang agak lambat mengundang 'ceramah motivasi' dari Dr Yasir. Huh, memang salah sayapun yang banyak menunda kerja. Lalu saya menelan satu persatu motivasi, mempositifkan diri dan membina azam. Insya Allah akan saya sahut cabaran itu. Dan tentunya, kekuatan dan keazaman ini moga-moga kental berpanjangan.

Khamis petang- Sabtu

Berada di The Rock- Hulu Yam untuk kem bahasa Arab bersama adik-adik SMK Tasik Puteri. Saya tahu dan yakini, DIA tahu perancangan terbaik untuk saya. Tidak rugi saya ke sini walau mulanya agak ragu-ragu untuk pergi kerana pergerakan tesis yang membeku. Alhamdulillah, di sini saya dikurniakan mutiara yang amat berharga.

Ahad
saya pulang ke mentakab bersama adik. Singgah di Jambu Rias, rumah nenek saudara. "berkenalan' dengan anak saudara yang baru lahir. Firdaus namanya. Baru sebulan lebih. Suka betul cium baby. Aroma yang harum, suci. Menginsafi fitrah diri yang lahir tiada dosa tapi membesar dengan deretan dosa dilakukan..

Isnin
Satu Ramadhan. Kami berkumpul sekeluarga. Kecuali Abg Long dan Kak Long. Ceria laman ayahbonda.. Alhamdulillah. moga kami mensyukuri nikmat kasih sayang ini.

Selasa.
Cerita tentang Ayih lagi- anak kecil yang dijaga jiran saya ketika umminya kerja. Sebaik nampak kelibat saya, Ayih menyeringai. Mak Ngah! Jeritnya.

Tika saya ingin pulang ke rumah, pelbagai alasan diciptanya supaya pengasuhnya- yang dipanggil 'emak'- mengizinkannya mengikut saya.

'Bolehlah Ayih ikut mak ngah? Ayih tak sayang mak, ayih sayang mak ngah'
'Bolehlah ye mak? rumah mak tak best, rumah mak ngah best'

dan ini alasan yang buat saya tergelak besar..

'Bagilah Ayih pergi rumah mak ngah? Ayih bukan anak mak,. Ayih anak Mak Ngah'

hehe.. apa-apajela Ayih ni.. Lalu saya membawanya ke rumah. Bila umminya datang menjemput, pelbagai alasan pula yang dibuat supaya uminya membenarkannnya tinggal dengan saya. Hingga akhirnya saya diseret Ayih masuk ke dalam kereta Umminya, dan saya menutup pintu, sambil AYih yang di dalam kereta menjerit-jerit kemarahan.

Ok Ayih, kita jumpa minggu depan k..?

***
Ramadhan ini banyak mengingatkan saya ramadhan lalu. Kala itu sem pertama pengajian master saya. 'Ribut' melanda hebat. Namun Ramadhan yang hadir dengan keberkatan menghadiahkan ketenangan luar biasa, Alhamdulillah. Sem itu dilalui penuh gemilang. Tetapi yang lebih mengesankan adalah tarbiyah ramadhan yang banyak mempengaruhi keazaman dan kekuatan.

dan Ramadhan tiba lagi. Lalu saya bisikkan pada hati- apalah ertinya 'ribut dunia' itu jika dibandingkan dengan apa yang telah DIA beri selama ini? Lalu saya berazam mengabaikan segalanya.. bukankah ada tanggungjawa yang lebih penting? dan episod ini telah berulang kali saya hadapi.. bukankah di kala tenang itu diragut, DIA sentiasa ada menghadiahi ketenangan yang jauh lebih hebat, dan kedamaian hati yang tidak terungkapkan??..

Lalu.. tenanglah hati.. teruskan senyuman.. dunia dan seisinya, serta derita yang melingkari cuma sementara.. pandang jauh untuk tersenyum dan gembira.. jauh itu di sana- pertemuan denganNYA.

**
Renungan..
ruginya Ramadhan kita tanpa tahajud walau 2 rakaat.. sedang kita telah bangun untuk bersahur..
ruginya waktu berbuka tanpa titipan doa, sedang bukankah telah DIA janjikan, waktu berbuka itu mustajab doa..

***
Noktah.

Tuesday, October 09, 2007

menjelang syawal..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

menjelang aidilfitri...
minggu lalu saya menghadiri AGM ANnual General Meeting) Arabic Debating Club, IIUM.. bersama iftar sekali..

buat pimpinan baru, selamat mejalankan amanah dengan penuh dedikasi.. buat adik Nazirul Mubin dan Sarah,selamat meneruskan lestari khidmat ADC untuk warga iium, Insya Allah..

saat bertemu Syaza (Vice President sesi lepas)tergambar ceria di wajahnya, tanda lega melepaskan amanah ini kepada penggantinya selepas memikulnya untuk satu sesi.'lega,tapi masih banyak perlu dilakukan,' ulasnya ringkas.. dan saya mengerti perasaannya, itulah yang saya rasakan, saat menyerahkan jawatan itu kepadanya, setahun yang lalu..

ADC berusia 4 tahun kini, bermula dengan Nazri (1st president), Azhan, diikuti radzi dan kini Nazirul Mubin.. dengan bantuan kak Fatihah (1st VP), saya,syaza dan kini Sarah, saya mendoakan moga ADC terus maju,memberi khidmatnya buat warga IIUm, dalam menyebarkan BA. moga adik2 ni akan datang dengan idea-idea baru, selari dengan tuntutan masa yang amat mementingkan softskills...


Petang tadi, iftar bersama comradeans, sebelum kebanyakannya pulang berhari raya keesokannya.. macam biasa, bila comradeans bertemu, meriah dan ceria.. ukhwah ini dieratkan engan berkongsi kegembiraan waktu berbuka.. sebelum berpisah, ucapan salam lebaran,saling bermaafan dan berkirim salam sesama keluarga. Insya Allah, jumpa lagi AGM COMRADE+ Majlis Sambutan Aidilfitri 21 oktober nanti...

saya akan pulang ke mentakab esok (rabu malam,selepas iftar).. Insya Allah, rumah bonda akan dipenuhi semua adik beradik (8orang + kakak ipar) menjelang jumaat nanti.. dan macam biasa, sejak wan tinggal bersama kami dan merayakan aidilfitri di taman saga, laman ayahbonda akan menerima kunjungan sanak-saudara, rakan taulan.. moga ukhwah dan silaturrahim ini erat dengan kehadiran syawal..

"kasihilah mahkluk di bumi,nescaya kamu akan dikasihi makhluk dilangit'
'barangsiapa yang tidak mengasihi,dia tidak akan dikasihi'

Friday, October 05, 2007

lukisan jiwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

seminggu terakhir di bulan Ramadhan.. apa khabar puasa kita? tadarus sampai ke mana? malamnya,berhias rayuan cintaNYA? atau masih berkabung dengkur yang panjang?
terisikah makna sabar? terertikah makna syukur? dan kala mereka berlumba mengejar mahmudah, masihkah kita tegar memegang mazmumah? moga malam-malam terakhir di bulan kekasih ini, kian giat kita merayu cintaNYA...

***
jumaat,sayyidul ayyam yang tenang.. kelas taqwim wal ikhtibar berakhir jam 6 petang, agak meletihkan, 3 jam kelas tanpa henti di petang ramadhan begini. lalu dibisikkan pada diri, kuatlah, mujahdah ramadhan ini cuma sedikit jika dibandingkan para Sahabat dalam ghazwah badar,atau juang mereka dalam Fathu Makkah.. dan bukankah janjiNYA- barangsiapa meneroka satu jalan untuk menuntut ilmu, akan dimudahkannya jalan ke syurga. JannahMu.. apa lagi yang lebih hebat dari kurniaan itu???

usai solat asar di masjid, saya ke Bazar Ramadhan uia.. membeli juadah berbuka, nasi dan lauk pauk sekadarnya. kuih muih serba sedikit untuk dibawa ke bilik Che da, hari ini,janji saya untuk iftar bersamanya, juga bersama Sarah. rindu dengan mereka, kekangan masa pengajian master ni, agak jarang berjumpa mereka, teman sebilik lewat perjuangan undergraduate dulu. dan pastinya ada keropok lekor,kerana saya tahu, che da amat gemarkan juadah ni. orang terengganu la katakan.. dan petang tadi, iftar kami bersama-sama,terlerai rindu pada mereka...

*****

ramadhan ini, banyak khabar gembira yang saya terima.. Jannah dan Masud bakal bergelar ibu dan bapa.. khabar gembira dari sarah dan jah (ehem ehem).. dan pelbagai lagi.. saya tumpang gembira untuk semuanya.. Insya Allah, moga dikumpulkan kalian dalam kasihNYa.. buat sarah dan jah.. Maha Suci Allah, moga terhapus segala air mata kini, dan sesungguhNya, DIA telah beri kurniaan yang lebih baik kan?? doa saya sentiasa mengiringi kalian...

****
aidilfitri menjelang.. persiapan??ala kadar aje.. takda perasaan sangat nak beraya.. masih punya banyak tugas perlu diselesaikan.. lagipun,dah tua begini,pengertian raya dah berkurang.. kegembiraan itu hadir bila berkumpul bersama keluarga serta rakan taulan,mengeratkan hubungan yang dibatasi masa dan tugas masing-masing,mengeratkan ukhwa dan persaudaraan..

baju raya-siap lepas raya,gara-gara lewat tempah. tupun awalnya saya tak merancang nak beli baju baru, tapi bila mak dah belikan kain pasang,tempah ajala. siap 30hb (bukan baju raya ni,baju periksa-coz waktu tu tengah final exam dah).. pun, still have 3 pasang baju yang baru sekali dipakai.. baju 'boria' yang sekali dipakai masa walimah abang long jun lalu, jubah yang saya pakai waktu terima ijazah,dan baju kurung Pahang yang kak long jahitkan,baru sekali dipakai malam apresiasi COMRADE dulu.. hmm.. more than enough tu..

kuih raya n juadah lain- macam biasa,tradisi keluarga, semuanya home made. dari kuih muih,lemang,ketupat dsb.. bab kuih, tahun ni saya serahkan pada mimi,adik saya yang sedang bercuti di rumah.. coz saya hanya akan pulang 2 hari sebelum raya so tak tahulah,maybe tak sempat nak buat kuih dah... cuma masih harap sempat untuk menganyam ketupat,dan tolong emak buat lemang.. ura-ura mak kata, tahun ni beli aje lemang tue.. saya faham,kesihatan mak yang tak berapa baik,abah pun dah tak berapa larat.. tapi wan dah mula bising-bising, sempat bisik kat saya-"ngah balikla awal sikit, wan tak nak makan lemang beli.. tak sedap.."

semuanyamasih bergantung pada keadaan.. masih berharap, diberi kesihatan yang baik dan kekuatan.. sempat berbakti, untuk juadah sekeluarga dan tetamu...

*****
ini 'amaran' dari Asma' sejak awal sem,mula-mula daftarkan diri dulu. katanya- Please my dear, jangan lemah semangat.. aku amik master ni,aku seronok tengok ko sentiasa bersemangat, kalau kau down,aku down jugak"

dan malam semalam- sewaktu bertandang di bilik mereka, my dear Asma' said-cepat nasihatkan aku n kak siti,kitorang tengah down ni. ada orang kata macam-macam pasal course yang kita amik ni..

buat my dear asma', kak siti khadijah,shaifura n aisyah.. my coursemates sekarang.. jangan sekali-kali putus asa.. we just in the beginning of the journey.. pedulikan kata orang yang memperkecilkan kita dan apa yang kita buat.. percayalah, ini jalan kita, bila Allah tentukan kita di sini,maknya ad sesuatu yang baik untuk kita di sini..nak belajar,nak tuntut ilmu, apapun bidang,apapun takhassus, yang penting kita letakkan usaha.. bila kita belajar untuk jadikan diri orang berilmu, rezeki dunia akan datang sendiri.. bukankah janjiNYA,barangsiapa meneroka satu jalan untuk cariilmu,akan dimudahkan jalan menuju jannahNYA??

yag penting bukan ilmu itu, yang penting nilaian yang kita kutip dari ilmu.. tak terasakah nikmatNYA,bila kita baca alunan quran,atau mendengarnya,kita memahaminya, dan terasa seperti seruan itu ditujukan satu persatu kepada kita,kerana kita memahami bahasanya...

dan saat kita pelajari tentang taqwim dan ikhtibar, kita kembalikan kepada diri,tiap ujian Allah pada kita,adakah kita susuli dengan mutaba'ah (follow up) di mana kita sebenarnya, bukankah ciri penting ikhtibar itu adalah disusuli dengan follow up untuk islah??

tidak ternampakkah maknanya,bila belajar ilmu lughah an nafis atau psikolinguistik itu,betapa kita punya teori untuk dipraktikkan bila menjadi ibu kelak,bagaimana iktisab lughah di kalangan anak-anak,dan bagaimana seharusnya dikembangkan akal mereka sejak kecil..

dan kita pelajari syllabus design, tentang peri pentingnya ahdaf (objektif), mawad,turuq tadris dan taqwim untuk menjayakan manhaj.. kita kembali kepada diri, setiap hari,bagaimana kita mentatbiqkan manhaj iman dalam diri, jelaskah kita dengan ahdafnya (tujuannya),bagaimakah kita praktikkannya,cara apakah kita sampaikannya untuk diri dan orang lain,dan adakah kita sering muhasabah dan taqwim diri kita atas manhaj iman itu???

dear friends..
jangan sekali-kali berputus asa, tiap kesusahan ini, inilah perjuangan kita.. dan masih banyak kesusahan yang kan kita tempuh kelak.. tapi percayalah..
inna ma'al 'usri yusra..

dan kerana definisi 'najah' itu tiada takat ukurannya, kita berhak berusaha, 'najah' apa sebenarnya yang kita kejar dalam hidup ini..
mereka yang berkata..biarkan mereka terus berkata..
hidup ini.. tak seharusnya disandarkan dengan pujian
dan tak seharusnya di lemahkan dengan kejian
tapi setiap cabaran yang mendatang..
cukuplah usaha kita,dan tawakkal kita padaNYA
faiza 'azamta,fatawakkal 'alallah!

*****
sebenarnya,saat ini, saya menulis kerana keresahan...
ada sesuatu yang mengannggu fikiran..
Ya Allah, kumohon keberkatan dan kemuliaan ramadhan ini
di ungkaikan setiap simpulan
diberi pengertian setiap kekusutan
dihadirkan jawapan setiap persoalan
biar tenang resah di dada
biar hilang kabut di jiwa..

*****

tadabbur:: kita sering berdoa.. dalam sujud,usai solat..
berdoalah tiap masa dan ketika.. kerana doa yang sebati dalam jiwa akan melahirkan 'power of soul'.. di situlah lahirnya keterikatan jiwa dengan Ar-Rahman, dan penggantungan pada kekuasaanNYA... Allahu Akbar..

jangan tinggalkan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Jangan tinggalkan aku
tanpa keinsafan
tanpa pengertian
tanpa keampunan

jangan tinggalkan aku
tanpa kejayaan
tanpa ketaqwaan

dan kelak bila kau pergi
pemergianmu ditangisi
para Illiyyin dan muqarrabin
sebelum bertemu lagi
11 purnama mendatang
moga masih ada kesempatan
meluah cinta di musim mendatang
belajar pengertian taqwa
meneguk madu cinta
malam bercahaya
lebih hebat dari seribu bulan..