Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Sunday, August 31, 2008

selamatla semua..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tahniah dan selamat hari graduasi buat kawan-kawan semua. Selamat melangkah membawa tangungjawab sebagai modal insan membawa kemajuan pada agama,bangsa dan negara.

Hari konvokesyen UIAM tahun ini berbeza, dengan jubah baru dan mortar board menggantikan songkok dan tudung yang dililit logo UIA. Kiranya tahun lalu, saat saya meraikan hari graduasi adalah kali terakhir digunakan pakaian begitu.

Setahun berlalu, rasa cepat benar masa berlalu. Kini saya masih dalam pengajian master. 10 subjek sudah tamat diambil. Alhamdulillah. Kini dalam proses menulis tesis. Mudah-mudahan dipermudahkan semua.

Hari graduasi- saya sukakan aromanya. Melihat wajah ceria dengan jubah graduasi, aroma manis hari graduasi sering membangkitkan semangat. Rasa yang mneyelinap ke seluruh pelusuk jiwa ketika hari graduasi mencetus azam. Saya ingin bergraduasi lagi. Tahun depan, Insya Allah, dengan jubah ‘double stripes’. Dan saya ingin mengulanginya lagi, bergraduasi untuk kesekian kalinya pada masa akan datang, Insya Allah.

***
Selamat hari merdeka. Tiada ertinya laungan merdeka itu jika hati dan minda kita masih dijajah.

***
ahlan ya Ramadhan Kariim..
Bulan yang sentiasa dirindui.. moga permulaan jihad ini- di bulan Ramadhan yang mulia menjanjikan keazaman dan kekuatan.

Ramadhan kali ini, saya akan lebih banyak berada di laman ayahbonda. Bersama keluarga menunaikan ibadah puasa dan lebih penting- menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak/ cucu.

Saya rindui ramadhan, ketenangan dan keharmonian yang ada di dalamnya. Jihad kali ini - Allahummamthirna sobra..

Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah!

Ramadhan Kariim..

Tuesday, July 08, 2008

perjuangan sebenar bermula

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

beberapa percubaan menaik turun gambar walimah pipah tidak berjaya..

maka boleh lihat di fotopages saya.. klik sini >>> my album

agak sibuk.. tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini..
Alhamdulillah, result exam dah dapat.. semua subje telah dilalui n keputusannya berwarna warni.. Hamdan Lillah..

mudah-mudahan mudah urusan saya menyiapkan tesis..

Allahu Al-Musta'an..

Saturday, June 21, 2008

Hamdan lillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
Usai sudah maadah (subjek) untuk pengajian master saya. Subjek terakhir- Modern Linguistic 2 telah saya jalani peperiksaannya jumaat lalu. Mengharapkan keberkatan jumaat selepas 2 hari sebelum peperiksaan kesihatan saya tiak berapa baik yang menyukarkan proses ulangkaji.

Pagi jumaat usai subuh, 2 jam yang amat bermakna apabila kesihatan saya pulih sepenuhnya lalu saya meanfaatkaannya untuk study.

Alhamdulillah, menunggu natijahnya, saya berdoa semoga keputusannya baik, lantas mengekalkan pointer saya dan memungkinkan saya menjadikan pinjaman Yayasan Pahang saya sebagai biasiswa.

Usai maadah. Fokus saya menyiapkan tesis. Insya Allah, moga semuanya berjalan lancar. Minggu ini ada misi ke Pos Tuel. 20- 30 JUn. Tapi saya tidak berkesempatan mengikuti sepenuhnya kerana ad tanggungjawab lain. Tapi saya akan ke sana juga, 27-30 nanti, Insya Allah.

Buat pejuang yang akan ke Pos Lebir, selamat berjuang! Moga Allah berkati perjuangan kalian.

Gambar walimah pipah akan diposkan kemudian, Insya Allah..

Thursday, June 05, 2008

naik jangan tak naik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam kelas terakhir Debat Bahasa Arab Untuk Tahap Permulaan bagi semester ini. Seperi biasa, aktiviti koko akan berhenti 2 mingu menjelang peperiksaan akhir. Apa maknanya? Maknanya musim exam sudah tiba. Moga rajin2 la diri ini mengukir jaya untuk 1 subjek terakhir ini, Insya Allah. Alhamdulillah, saya mengutip banyak sekali ilmu sepanjang kelas tersebut.

Saya masih ingat kelas minggu lepas. Tiada perdebatan pada kelas itu, tetapi saya membuka sesi perbincangan untuk isu-isu semasa dan isu panas ketika itu adalah tentang keputusan perebutan Batu Putih yang memihak kepada Singapura. Rancak perbincangan dalam Bahasa Arab mengupas isu ini. Lebih rancak bila salah seorang pelajar adalah dari Singapura. Tapi tenang-tenang saja. Tajuk itu dikupas dengan baik tanpa emosional. Malam itu juga ada seorang pelajar dari Kuliyah Arkitek (KAED). Beliau telah meninggalkan bahasa Arab 4 tahun lalu tapi cukup bersemangat menyertai perbincangan. Gembira sekali saya melihat perkembangan ini.

Malam tadi, sekali lagi kami mengupas isu semasa dan pastinya isu minyak harga naik menjadi pilihan. Panas perbincangan. Selain itu, isu taraf hidup di beberapa negara dikongsi bersama. Gulchan dan Sevgi- adik beradik Altundal warganegara Turki- menceritakan traf hidup di sana. Hafiz-warganegara Bangladesh- berkongsi tentang negaranya. Hanan yang pernah belajar selama 4 tahun di Indonesia menceritakan tentang republik tersebut. Mubin yang pernah ikuti Educational Trip ke China dengan pemerhatiannya, dan saya sendiri berkongsi pengalaman saya melawati India.

Cukup menarik perbincangan tersebut. Gembira saya menambah ilmu. Disamping masing-masing memperbaiki bahasa Arab. Ruang yang luas diberikan kepada Gulchan untuk bercerita hal ehwal di Turki. Sangat sedih saya mendengar Muslimah di sana dilarang memakai hijab di mana-mana institusi pendidikan. Bersyukur berada di sini, masih ada kebebasan mempraktikkan ajaran agama.

Kelas berakhir sem ini. Sem depan masih belum diketahui khidmat saya akan diteruskan atau tidak. Tapi apa yang diperolehi sem ini amat berharga sesungguhnya. Alhamdulillah. Allahu Akbar!

***
Harga minyak naik lagi. Naiklah. Tarif Elektrik juga naik Julai depanPasni harga barang lain pasti naik juga. walau dalam akhbar dikatakan bahawa akan dikawal harga barang. Walaupun tidak mengambil jurusan ekonomi, saya juga tahu bahawa kos pengangkutan yang melibatkan minyak pastinya, dan kos pengeluaran yang melbatkan elektrik tentunya akan menentukan harga barang. So, mungkinkah harga barangan akan turun jika kosnya naik? Maka akan naiklah harga barang nanti. Bila semua naik, apa yang turunnya? Jawapan saya>>>> Esok-esok orang yang dinaikkan ke atas waktu PRU baru-baru ini kita turunkan pulak. Terima Kasih kerajaanku!

Wednesday, April 23, 2008

syukur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..
keputusan peperiksaan semester lepas penuh dengan warna-warna yang berterbangan.. CGPA pun naik.. Alhamdulillah..
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
La Hawla wala Quwwata illa billah..

Sunday, April 20, 2008

penantian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Esok, selepas jam 6 petang, keputusan peperiksaan semester lepas akan diketahui, boleh diakses di website UIA. Debaran jua. Moga warna-warni bertebangan. Hasbiyallahu la ilaaha illa hua, 'alaihi tawakkaltu wahua rabbul 'arsy al-azim

Saturday, March 29, 2008

bunga kebahagiaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, paper jumaat lalu dilalui dengan baik. HAmdan Lillah, Allahu Akbar yang memudahkan semuanya.



Sabtu

Ke Serendah. Rumah Pak De (Sepupu mak) yang mengadakan majlis kesyukuran sempena kelahiran cucunya yang kedua. Ke sana menaiki kereta dengan Ipi my brother. 'puak-puak' Jambu Rias berkumpul di sana.



Jambu Rias- kampung kelahiran saya. Kampung bonda yang menjadi sempadan antara daerah Bentong dan Temerloh. Kaum keluarga belah emak saya ramai di sana. Saudara mara sebelah abah pula mendiami Temerloh. Dari Kg Gantok, Kg Songsang dan Kg Paya Pulai, antara tempat bermukimnya saudara mara sebelah abah.

Kembali kepada agenda hari ini. Jam 2.30 petang, kami ke Putrajaya.Lebih tepat lagi- Hospital Putrajaya. Ziarah Piktam yang baru menjalani pembedahan Syafakallah.


Dalam perjalanan pulang, hujan lebat + jam merencatkan perjalanan. Kereta pula tiba-tiba mengeluarkan bunyi aneh. Terus singgah di kedai membaiki kereta di Kajang. Lama juga di situ. Pulang ke UIA, jam 6.30 baru sampai. Mujur sudah selesai menunaikan solat Asar di Hospital tadi.



Penat. Agenda esok untuk pulang ke Jambu Rias mungkin terpaksa dibatalkan.



***

Kes Raja Petra disaman NC UUM rupa-rupanya ada kaitan dengan bekas Presiden SRC UIA- Akh Muhtar Suhaili <<


****


jom jalan-jalan..


1) Pameran Buku Antarabangsa, PWTC. 4-13 april 2008


2) Pameran Wanita n Kuasa Iman (kalau tak silap nama rasmi dia gitula) , Muzium kesenian Islam, April ni juga...



*****


Must grab! Buku hasil nukilan Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. (saya pun belum sempat menghabiskan bacaan. After exam, Insya Allah)


ANda bakal berkahwin atau berhajat untuk mendirikan 'masjid'? Sudah berkeluarga dan ingin menjadi suami/isteri soleh/solehah? Dambakan keluarga yang sakinah? dapatkan buku ini. Bunga Kebahagiaan. RM20.oo only.




****

jumpa lagi nanti.. doakan paper terakhir nanti najah. Ameen..

Wednesday, March 19, 2008

Tamma bihamdillah

1 selesai. 4 menanti. Moga diberi ketenangan dan dipermudahkanNYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah.. usai pengajian semester ini. Syukur yang amat padaNYA.


Semalam- kelas terakhir.Alhamdulillah, ini bermakna semester pendek nanti (april-jun), berbaki 1 subjek sahaja. Semester akan datang, cuma tinggal penulisan tesis untuk diselesaikan. Semalam saya membentangkan Khuttah Bahast (Research Proposal) dalam kelas Tahlil al-Akhta' (kerana tesis itu berkaitan dengan Error Analysis). Alhamdulillah, dari segi teknikal dan manhajnya (method) tiada masalah, cuma memerlukan sedikit penambahan maklumat pada diraasah sabiiqah (literature review). Selebihnya kesilapan minor dari segi lughah (bahasa). Sekarang, proposal itu di tangan Ust Ibrahim Al-Farisi untuk (tashih al-akhta') proof reading.


Sem pendek nanti, sambil menghabiskan 1 subjek, akan digunakan sepenuhnya untuk mengumpul bahan dan mula menulis tesis. Moga-moga tiada masalah dan jika ada, diberi kekuatan untuk saya menghadapinya, Insya Allah.

Alhamdulillah, selesai subjek pertama siang tadi.
Menggembirakan, soalan subjek Turuq at-Tadris tadi- soalan keduanya adalah soalan tentang perbandingan antara Problem Based Learning (Tariqah Hal al-Musykilah) dan Project Based Learning (Tariqah al-Masyru'). Senyum saya melihat soalan ini kerana ini adalah tajuk maqalah final project saya! Alhamdulillah.. Soalan yang lain juga, ok. Soalan wajib tentang perjalanan pengajaran subjek bahasa dan Khuttah Tahdir Ad-Dars (Persediaan mengajar). Juga soalan aplikasi- memberi 1 method yang sesuai untuk pengajaran bahasa Arab dalam pelaksanaan sistem JQAF. Lalu saya memilih audio lingual method (Tariqah Sam'iah Syafahiah) , beserta hujah serta falsafah aplikasi cara tersebut. Soalan selainnya- method untuk aplikasi pengajaran maharah intajiah (output skills) untuk peringkat universiti. Lalu saya memilih Problem Based Learning, Project based Learning, Ta'allum At-Ta'aawuni (colleberative learning) dan Tariqah Al-Munaaqasyah untuk aplikasi pada pengajaran maharah al-kitaabah (writing skill). Alhamdulillah, diberi kemudahan menjawab dengan baik, lenguh tangan menulis dalam masa 3 jam tanpa henti, dengan jawapan dalam 10 mukasurat tersebut. Mudah-mudahan najah milik saya, Insya Allah.Moga diberinya ketenangan untuk menghadapi 4 subjek yang berbaki nanti, amiin..



SALAM MAULIDUR RASUL

Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa'ala aalihi waman tabi'ahum biihsaanin ila yaum addin.

Ya Allah, moga kami diberi kekuatan meneladani peribadi mulia Baginda, menyusuri jejak perjuangan yang ditinggalkan baginda dan mengaplikasi sirah gemilang baginda..

Buat semua warga IIUM, selamat menghadapi peperiksaan Akhir semester ini. Ma'at Taufeeq wanNajah..

Allahummaj'alna min annaajihiin wal faaizin fi dunia wal akhirah... Ameen..

Thursday, March 13, 2008

...musim exam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

doakan segalanya dipermudahkan

.. masih ingin tenang dalam kekalutan
..masih ingin senyum dalam keributan
..masih ingin damai dalam tekanan

<< tengok jadual sebelah ni.. musim exam tiba lagi.. ALLAHUMMA YASSIR...

http://www.cfkeep.org/users/atikah/allughah

website yang dibina untuk final project educational teknologi ( perlu tukar encoding kepada unicode (UTF-8) untuk difahami. Tangah2 malam merakam suara/adjust gambar + ambil gambar (jam dalam bilik jadi mangsa) untuk siapkan.. tak seberapa pun tapi banyak ilmu baru dipelajari ketika menyiapkannya..

ok.. mata saya semakin berpinar2.. kerana tidur yang tidak terjaga.. ;-)

..masih ingin tenang...

Saturday, February 23, 2008

Translation project

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sorotan seminggu
Jumaat petang-ambil bas KL-Kuantan untuk hadiri exam perjawatan awam di PSDC Kuantan pada esoknya. Tiket jam 8mlm. Mata tidak mengantuk langsung. Maka ditemani my rafiq (laptop) mengulangkaji beberapa perkara sebagai persediaan ujian esok

sabtu
exam 9pg-5ptg.
Jam 6-bas dari kuantan ke Temerloh bergerak. Sampai di Temerloh 8 malam.

Ahad
kenduri kahwin jiran belakang rumah. Kena masak hidangan untuk pengantin. Mak pula perlu ke Terengganu untuk hadiri kursus jam 12 tengahari. Maka memasak 'hentam sajerla' dengan bantuan mak cik-mak cik jiran beberapa orang.

petang-balik UIA.

** Translation Project**

Kesibukan kenduri, tak sedar ada panggilan dari DR Akmal. Malam itu baru saya tahu, Dr Akmal memanggil kerana dia sedang mencari team penterjemah untuk menterjemah buku Arab-BM.

Kata ustaz- dia akan jadi editor. Tapi kerjanya urgent. Perlu siapkan sebelum Rabu kerana terjemahan itu akan dicetak untuk satu seminar Ahad (25hb 2 ) nanti.
Buku itu untuk menentang ajaran2 Syi'ah. Ustaz memohon bantuan saya dan rakan2. Saya berfikir panjang. Khamis pagi ada exam. Namun memikirkan tanggungjawab pada masyarakat saya menerima.Menurut Dr Akmal,seminar ahad nanti dibuat berikutan menularnya ajaran Syiah di kalangan pelajar UIA. Tanggungjawab.tanggungjawab. Tegarkah saya lari dari tangungjawab ini?

Maka petang isnin, jam 5, kami diberi teks untuk terjemahan. Seorang (6 penterjemah semuanya) diberi dalam 20 muka surat. Perjanjian- jam 10 malam hari itu, 10 muka surat pertama perlu diemelkan pada ustaz.

Bekerja, menterjemah dengan tekun. Perlukan tumpuan dan skil yang amat tinggi. Tajuk tentang syiah. lebih-lebih lagi banyak petikan dari kitab-kitab lama. Ayat klasik. Berpusing ligat minda berfikir. Jam 10 malam, Alhamdulillah 10 muka surat pertama selamat dihantar kepada ustaz. Rehat sebentar dan study untuk exam pula.

Rabu- menterjemah baki muka surat, usai bahagian saya, membantu pula rakan-rakan yang belum siap. Sebelum jam 12, semuanya perlu siap. Esok ustaz perlu edit. Jam 10 pagi khamis, terjemahan itu akan dihantar ke syarikat penerbitan.

Khamis- exam. Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya. Namun masih ada tugasan menunggu. Menyambung perjuangan.

Ahad 25hb febuari
Seminar / Talk tauhd (terutama penentangan terhadap Syiah) akan disampaikan oleh seorang ulama dari Mekah yang juga penulis buku 'Risalah ila ikhwanina As-Syiah'
930 pagi
masjid UIA
1000 naskhah buku di atas (terjemahan) akan diedarkan secara percuma


*honororium kerja terjemahan ini memang lumayan, kerana sifatnya yang 'urgent'. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Yang utama, secebis sumbangan untuk masyarakat.

Wednesday, February 06, 2008

hamdan lillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.
Segala pujian hanya milikMU yang memudahkan segalanya..

Pengesahan dari Department- subjek MOdern Linguistic 2 akan ditawarkan semester pendek akan datang. Alhamdulillah, it is really a good news for me. Maknanya untuk semester pendek ini (april-jun) saya akan menghabiskan baki 1 subjek, melengkapkan semua 10 subjek bagi pengajian Master ini. Ini juga bermakna pada sem seterusnya (julai-nov) saya akan menumpukan kepada penulisan tesis. Punya masa yang panjang sebenarnya ( 2 sem ) untuk menyiapkan tesis, tapi lagi cepat siap lagi bagus..

'ala kulli hal, padaNYA dimohon kekuatan menempuh tiap cabaran mendatang.. Allahumma Yassir..

TanpaMU kutak berdaya...

Monday, February 04, 2008

kenaikan harga barang vs hadiah hari lahir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sedari dulu, saya selalunya meletakkan peruntukan sekian sekian ringgit untuk perbelanjaan bulanan. Amalan ini berterusan hingga kini, masih saya letakkan peruntukan bulanan untuk perbelanjaan. Dan kadarnya masih sama seperti saya mula-mula mengambil ijazah dahulu. Namun baru-baru ini, saya menyedari kesukaran berbelanja mengikut peruntukan tersebut.

Puncanya- kenaikan harga makanan di kampus. Sem ini, jarang saya makan tengahari di kawasan centre (laman kampus), waktu tengahari, terutamanya rabu dan khamis (hari kelas penuh) jarang sekali saya ambil makanan tengahari, gara-gara kesuntukan masa atau kesibukan dengan kelas/tugas di perpustakaan. So, yang temudah adalah minum susu/ makan roti utuk alas perut, sementara menunggu kelas tamat pada petang. Hari-hari selebihnya, jika saya tidak ke mana-mana, menghabiskan masa membuat tugasan di bilik, saya akan membeli makanan di kafe mahaallah yang harganya lebih mudah berbanding d kawasan kampus.

Minggu-minggu sudah, bila saya lebih senang menghabiskan masa di maktabah (library), saya makan tengahari di kampus, juga makan petang di kampus.. baru saya sedari, betapa harga makanan telah naik! Jika sebelum ini, hidangan lengkap (nasi) boleh dibeli dengan harga RM3, sekarang tidak mungkin lagi. Begitu juga dengan makanan ala carte, tiada harga makanan pada RM2.50 lagi, dan kebanyakannya RM3.50 dan ke atas. Harga minuman- tidak sempat pula saya selidiki kerana saya lebih suka minum air masak/air suam sahaja, bawa bekal dari bilik. Memang dari dulu, saya jarang minum air manis. Ditambah pula azam tahun baru- no more ice. Mengurangkan minuman berais. So, jika harga air minuman naik, rasanya tidak memberi kesan pada saya.

Berbalik kepada kenaikan harga makanan, memangla amat dirasakan. Dan nampaknya, peruntukan kewangan seperti dahulu sudah tidak relevan lagi. Dengan menilik baki pinjaman Yayasan Pahang setelah ditolak yuran, dicampur wang gaji kerja part time office Asiah dulu dan elaun Chief Facilitator, ditolak belian buku-buku dan belanja, berkerut dahi saya memikirkan pengurusan kewangan saya sem ini. Sebolehnya, saya tidak mahu memohon tambahan ‘biasiswa PAMA’ sepanjang pengajian master ini.

Pinjaman YP sendiri bukanlah banyak mana, ditolak yuran, Cuma berbaki lebih kurang RM500 sahaja. Cuma rezeki agak murah sem ni, dengan beberapa kerja sampingan yang dibuat, adala side income untuk saya merasai titik peluh sendiri meyara kehidupan.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan sebaik-baik pengharapan! Saya pulang ke rumah jumaat lalu, ingin menghabikan masa hujung minggu bersama keluarga. Kepulangan saya ‘dinanti’ sepucuk surat dari Yayasan Pahang yang membawa berita gembira. Kenaikan kadar pinjaman. YP memberi kenaikan, tambahan RM1000 setiap satu semester, bermula sem ini. Alhamdulillah, rasanya tidak perlu berfikir panjang menerima tawaran ini, umpama jawapan kepada ‘kekerutan dahi’ saya minggu ini. Tambahan pula, pinjaman YP tidak diiringi caj tambahan/bayaran perkhidmatan seperti pinjaman PTPTN. Dan jika diizinkanNYa, saya akan berusaha kuat menukarkan segala pinjaman itu kepada biasiswa, setelah medapat result cemerlang dalam mengajian master ini Insya Allah.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat atas kurniaanNYA. Dan lebih istimewa, surat YP itu bertarikh 24 Januari 2008. sempat saya katakan pada emak dan adik saya- ni hadiah hari lahir ni. Dan sempat jua adik saya membalas spontan, sinis- ‘ hadiah hari lahir ke, hadiah nak pilihanraya?’. ;-p

Petang itu jua, saya menerima mesej Mdm Asiah- pensyarah yang sudah beberapa kali saya masuk menggantikan kelasnya apabila ia menghadiri conference, bertanyakan jika saya ‘free’ untuk masuk beberapa kelasnya minggu depan ( saya selalu mengambil peluang ini untuk belajar, mendapatkan pengalaman, tambahan pula, amat senang bekerja dengan madam Asiah yang sangat baik hati + dapat side income).

Boss saya di Mahallah Asiah juga menelefon petang itu, menawarkan kerja part time di sana,kerana mereka memerlukan staff sokongan untuk beberapa bulan ini. Alhamdulillah, saat-saat begini, rezeki itu sentiasa ada.

Juga tawaran menjadi MC Bahasa Arab closing ceremony Ummatic Week petengahan Febuari nanti dengan bayaran yang agak lumayan.

Lalu, saya harus memilih yang terbaik. Study tetap keutamaan saya, kerja-kerja sampingan lain tidak seharusnya menjejaskan pengajian. Yang penting, setiap yang dilakukan, tidak seharusnya menjadikan wang sebagai matlamat. Saya ingin memberi nilai tambah sebanyak mungkin pada ASK (Attitude,Skill, Knowledge) supaya boleh sentiasa memberi manfaat pada semua, Insya Allah.

Ya, apa jua, saat ini, saya bersyukur yang amat. Sememangnya DIA sentiasa ada dalam tiap keresahan ini. Allahu Akbar! Allahu Al-Musta’an.

Thursday, January 31, 2008

Kisah dari nama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sebenarnya saya berhajat menulis entry ini smpena ulangtahun saya yang ke 24, dedikasi buat mak dan abah yang memberikan saya nama ini.

Alkisahnya, sebelum dilahirkan dan mendapat tahu ‘saya’ adalah perempuan, emak dan abah berhajat menamakan saya dengan nama Fatihah. Kerana saya adalah puteri ‘pembukaan’ mereka. (yang sulung abang). Namun entah bagaimana, ketika dilahirkan, nama itu bertukar menjadi ‘Atikah’, maka sehingga hari ini, masih kekal (hatta yaumul qiyamah, saya akan dipanggil dengan nama itu, Insya Allah).

Kali pertama saya menulis nama dalam bahasa Arab (jawi) adalah ketika berada di Tadika Al-Mukmin, ketika usia saya 6 tahun. Ejaannya- ‘ain alif ta kaf ha.

Dan sejak itu, versi nama saya dalam tulisan jawi sering diubah-ubah, terutamanya digantikan huruf ‘kaf’ dengan ‘qof’- menjadikan ejaan ruminya- atiqah. Seringkali bertukar mengikut pendapat ustaz itu dan ustaz ini, katanya ejaannya begini, yang itu pula kata begini, saya hanya tersenyum, terpulang, sementelahan saya sendiri tidak mengetahui yang benarnya, waima dalam hati saya amat menyukai ejaan ‘kaf’ kerana ditulis rumi atu jawi, sebutannya sama, dan ‘kaf’ sifat hurufnya lebih lembut, mudah untuk lisan Melayu, dan juga kerana sifat ‘qaf’ agak keras . Even dalam ‘ilmu dalalah Arab sendiri, perkataan yang agak keras selalunya menunjukkan makna (keras, susah, dahsyat) Cth: Qubur, Qiyamah-

Tapi setelah saya belajar, akhirnya saya jumpa bukti dan hujah kenapa saya harus mengekalkan ejaan nama itu dengan ‘kaf’. Jika dirujuk Mu’jam Arabi Asasi, bab huruf ‘ain, akan dijumpai perkataan ;ain alif ta kaf ha: dirujuk kepada 2 orang sahabiah pada Zaman Rasulullah, iaitu 1) A‘mmatur Rasulullah S.A.W- (Ibu Saudara Rasulullah SAW) ‘Atikah Abdul Mutalib dan ‘Atikah Binti Zaid. Maknanya, nama itu adalah nama klasik arab dan membawa cerita tentang tokoh sahabiah tersebut. Namun maklumat yang saya jumpa lebih banyak berkisar tentang ‘Atikah bnti Zaid sementara kisah ‘Atikah ‘ammaturrasul amat jarang diceritakan (saya akan cuba menggali sejarah itu nanti, Insya Allah)


::‘Atikah; kisah kecantikan yang melalaikan dan isteri Para Syuhada::

ATIKAH BINTI ZAID AMR BIN NUFAIL
Dia termasuk penyair wanita bangsa arab,memiliki kecantikan yang menawan,kesempurnaan dan akhlak yang baik.Pemikirannya juga jitu dan pendapatnya cemerlang.Syairnya banyak berkisar menggalakkan Muslimin berjuang, terutama memberi semangat kepada suaminya yang keluar berperang.
Dia berkahwin dengan Abdullah bin Abu Bakar As-Siddiq.Abdullah sangat memuliakan,menghormati dan menjaganya.Terleka dengan kecantikan dan cintanyakepada Atikah, Abdullah melalaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Masjid tidak lagi dikunjungi tiap kali waktu solat, meninggalkan solat jemaah yang selalu dilazimi. Mengetahui keadaan itu, Abu Bakar menyuruh anaknya menceraikan Atikah. Dalam berat hati, dia menurut.Namun penceraian ini membuatkan Abdullah sakit.Lalu dia mengubah sebuah syair yang meluapkan rasa cintanya kepada Atikah.Lalu Abu Bakar menyuruhnya untuk rujuk kembali. Lalu Atikah dan Abdullah belajar dari kesilapan lalu, supaya tidak meletakkan cinta antara mereka melebihi cinta kepada Allah.


::tadabbur: Cinta Allah sentiasa teratas. Bercinta dengan makhluk, tanyakan pada diri, adakah cintu itu melalaikan kita dari memenangi cintaNYA??

Tatkala mereka berdua sudah rujuk,Abdullah menghadiahkan sebidang kebun,dengan syarat,Atikah tidak berkahwin lagi jika dia sudah meninggal dunia.Ketika Abdullah meninggal,maka Atikah merasa sangat tertekan dan terseksa. Lalu datang lamaran dari Umar Al-Khattab untuk memperisterikannya.
Maka ketika Umar binAl-Khattab melamarnya,dia menceritakan masalah kebun itu dan syarat dari Abdullah.Umar menyuruhnya agar meminta fatwa kepada Ali bin Abu Talib.Ali berkata,"Kembalikan kebun itu kepada keluarga Abdullah,sesudah itu berkahwinlah lagi!"Maka dia pun berkahwin dengan Umar.
Setelah Umar binAl-Khattab meninggal dunia dan sudah habis masa iddahnya,dia berkahwin pula dengan Az-Zubair bin Al-Awwam. Dan ketiga-tiga suaminya tadi meningal kerana dibunuh/syahid.
Setelah Az-Zubair meninggal dan masa iddahnya sudah habis,dia dilamar Ali bin Abi TALIB.Dia mengirim utusan untuk menemui Ali,dengan mengatakan,"Sesungguhnya aku tidak boleh membiarkan dirimu anak pakcik Rasulullah,dari pembunuhan".Namun Ali menjawab,"Siapa yang menyukai mati syahid di masa mendatang,hendaklah dia berkahwin dengan Atikah,".Ini kerana memang semua suaminya meninggal dalam keadaan terbunuh.
Kemudian dia dinikahi Al-Husain bin Ali.Ketika Al-Husain terbunuh,Atikahlah yang pertama kali mengangkat pipinya dari tanah dan membersihkannya.Sesudah itu Atikah hidup menjanda.Maka Abdullah Bin Umar pun pernah berkata,"Barangsiapa menghendaki mati syahid,hendaklah menikah dengan Atikah".Atikah meninggal dunia sekitar tahun empat puluh hijrah.

Akan datang: Syair ‘Atikah bt Zaid dalam Hamasah Abi Tammam dan
Kisah ‘Atikah b. Abdullah (Ummu Maktum) ; ibu si buta yang syahid

- itu kisah sejarah, untuk diambil ikhtibar dan pengajaran, dan saya ingin menjiwai, semangat dan ‘khidmat cemerlang’ atikah R.A buat keluarga, dan ummah seluruhnya.

TADABBUR; Sejarah. Kita belajar darinya, namun harus juga ditanya diri, sejarah apakah yang ingin kita lakar dalam usia yang terhad ini, untuk jadi bekalan ‘saham’ di sana?



::Hadiah buat diri::

2minggu lalu, selepas presentation taqwim+ juhud yang diletak menjaykan workshop SLEU: mendapatkan 2 buku- 1) Ketika Cinta Bertasbih 2- sambungan lalu untuk karya cemerlang seterusnya dari Kang Abik
2) Pendidikan Rabbani-mengenal Allah melalui ilmu dunia (Prof Sidek Baba)

Tapi belum berkesempatan menamatkan keduanya, dihimpit tugasan pelajaran.

Minggu ini- selepas midterm dan presentation- esok saya kan pulang ke rumah, sudah terhidu aroma laman ayahbonda yang sudah lama tidak dinikmati (last balik- raya haji). Adik-adik di rumah sudah mula bising, bila kak Ngah nak balik? Dan bila dikhabarkan saya akan pulang jumaat (esok) si Bongsu Izyani sudah mula menghitung hari,menanti pulangnya saya. Dan saya sendiri, amat rindukan keletah dan hilai tawa mereka sesungguhnya, rindu mengucup tangan mak dan abah, merasai kasih sayang mereka dan keluarga dalam teratak keluarga kami yang sederhana.

13 & 15 feb- mid term lagi, dan hadiah buat diri yang seterusnya adalah menghadiri kursus kahwin 16 & 17hb.. (ambil kursus je, bila,siapa,di mana- persoalan2 yang belum ada jawapannya)- Wallahu ‘alam apa yang terbaik, Insya Allah.

::Antara 2 cinta::
Perlu istikharah, memilih dua cinta. Dua-duanya amat saya cintai, dua-duanya punya sumbangan tersendiri.

Perbincangan dengan ustaz-ustaz, hasil bacaan,menilai kemampuan- sudah ada 2 tajuk tesis yang berlegar dalam kepala. Kedua-duanya punya sumbangan,kedua-duanya majal (bidang) yang saya cintai. Cintai amat.bukan sikit-sikit. Dan keduanya memberi makna. Lalu, antara 2 cinta ini, saya harus memilih satu, satu lagi- mungkin dijadikan kajian ilmiah untuk kepentingan dan sumbangan bersama, jika saya punya kelapangan, Insya Allah. (atau ‘simpan’ untuk PHD )

Istikharah. Akan istikharah . Memilih tajuk tesis. Buat masa sekarang, mengumpul bahan dan menulis proposal. Sebaik result exam sem ini keluar nanti,proposal terus dimajukan, Insya Allah. Moga dimudahkan semua, Allahu Al-Musta’an.

Saturday, January 26, 2008

hari2 lalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

::workshop SLEU::
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, dan terima respon yang baik dari participants. yang penting mereka belajar dan dapat manfaat dari workshop tersebut. One of the said:

Both of you did a good job, gave you best shot and it really help.

Alhamdulillah, pujian selayaknya milik Allah yang memudahkan semuanya. Allahu Akbar.


::Majlis Pengislaman Orang Asli Bkt Kala::
Alhamdulillah, seramai 14 Orang Asli Bukit Kala, termasuk Tok Batin memeluk Islam. Majlis dipimpin YB Parlimen Gombak, Dato' Dr Rahman. Pada majlis tersebut, saya menjadi MC bidan terjuan. Allhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Moga-moga selepas ini ramai lagi orang Asli di sana akan memeluk islam, Insya Allah

Saturday, January 12, 2008

hujung minggu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sabtu.. hari cuti.. tapi macam biasa la, bagi seorang saya.. cuti ke tak cuti,sama ajer.. hidup ini terlalu singkat untuk 'bercuti-cuti' sahaja..

Sabtu pagi, siapkan kerja untuk presentation next week.. untuk subjek evaluation of arabic as second language textbook.. masih belum siap.. maklumla, dapat tajuk 'universal charecteristics in evaluating languages textbooks. (dalam arab).. jenuh nak mencari criteria ni, untuk bahasa2 utama dunia..

dan siapkan untuk workshop juga..
power point terutamanya, nak kena buat betul2.. yang saya belajar sejak dulu2- be profesional, even dalam power point (ni tak ramai orang ambil ihtimam)

pas zuhur- ke bukit kala.. program dakwah+maal hijrah dengan saudara baru di sana..
sekadar 'kacau-kacau- jer.. kacau orang masak. kacau adik2 main, sempat kenal2 dengan beberapa saudara baru.. antaraya kak aisyah yang baru masuk islam 2 hari lepas..

pas asar- hujan turun,patutnya ada riadah.. malam nanti tak ada aktiviti besar, kebanyakan aktiviti hanya akan bermula pagi esok. so, saya decide untuk pulang ke uia, ada beberapa kerja jugak yang nak diselesaikan.

just received the message from mok ana yang ada di bukit kala- mereka memerlukan khidmat saya untuk jadi MC majlis penutup esok. majlis formal. ada YB Gombak lagi.. mula-mula saya terima, nak bantu diorang, then baru teringat.. saya masih batuk-batuk.. malam lagi teruk (kerana cuaca sejuk) so, rasanya better panggil orang lain, takut ganggu kelancaran majlis..

so, just wait and see.. tak leh berlama-lama.. ada kerja menanti..
sok pagi-saya akan ke bukit kala semula. 'merempit' dengan si Fatihah..
Esok pagi ada family day.. teringin nak join acara netball- persahabatan dengan belia kampung.. dah lama tak main ni..

****
hari ini dan hari esok
terima kasih kerana tidak memaksa
terima kasih kerana memahami
hari-hari esok
saat ingin aku pergi
pasti jawapan itu aku beri


***
rindu nak balik rumah..
adik-adikku sayang..
jangan nakal-nakal...

Tuesday, January 01, 2008

selamat tahun baru masihi 2008

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

A-suh
Z-ahir dan batin
A-gar
M-antap

T-ekun
A-nggun
H-arapan
U-saha
N-ekad

B-eriman
A-ktif
R-ilex
U-ntung

2008..?

*copy from my inbox. A message from a friend wishing me a happy new year.

Azam tahun baru? Rasanya sama aje dengan semua orang, mengharapkan tahun 2008 ini lebih baik dari sebelumnya. Sebenarnya, lebih senang mengungkai azam di awal muharram nanti (bersamaan 10 januari). Apapun, untuk tahun ini, saya mengharapkan:

1) study- harap untuk tamatkan pengajian MA tahun ini. Walalu berbaki 2 sem lagi (hingga April 2009), berharap untuk menamatkan penulisan tesis menjelang hujung tahun ini. Next sem, (July-okt09) berbaki 1 subjek dan penulisan tesis. Cuti panjang sem 3 nanti (April-jun08) saya ingin menumpukan kepada penulisan research proposal,penyerahan dan perbincangan dengan lecturer (permohonan untuk mengambil baki 1 subjek pada sem 3 ditolak). Insya Allah, moga dibukakanNYA jalan-jalan kemudahan, diberi kekuatan dan keazaman serta keazaman. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Al-A’liyy Al-A’zhim.
2) Masih lagi tentang study. Hope to finish my MA with 1st class honor. Dengan usaha dan keazaman,Insya Allah, tiada apa yang mustahil. Azam untuk tidak membayar pinjaman Yayasan Pahang. (syarat perjanjian-kecemerlangan melunaskan hutang).
3) Lesen kereta. Hehe. Ni azam tahun-tahun sudah. Tapi sampai sekarang belum terlaksana. Masa dan sumber yang ada, lebih diperlukan untk hal-hal lain yang lebih penting. Hopefully, sebelum tamat pengajian MA ni, dah ada lessen, sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Lagipun ambil lesen atas tiket ‘student’ lebih murah,masa belajar fleksible,
4) Doing dakwah works actively. Siapa tahu,tahun-tahun akan datang, di ‘block’ dari involve in this kind of activities. Untung sabut tenggelam, untung manusia tak siapa pun tahu…
5) Be a better muslimah..

Saturday, December 01, 2007

semalam yang indah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..
seminggu ini berlalu penuh keindahan..
saya telah melalui perjalanan yang jauh, beratus-ratus (mungkin mencecah ribuan ) kilometer di jalan darat.. perjalanan dalam seminggu ini ( kl-ketereh,kelantan-kuala krai-jeli (pos sg rual)-melalui jalan grik ke perak-sg siput utara (pos kuala mu)-kl)..
dari laluan jalan persekutuan, lebuh raya pantai timur,lebuh raya utara selatan, hingga ke jalan tanah merah yang berselut di celah-celah banjaran titiwangsa, yang hanya boleh dilalui 4wd, dengan jasad bagai dilambung-lambung sepanjang perjalanan, yang juga laluan Pak Belang mencari rezeki.

Dan musafir kali ini, melengkapkan cuti semester selama 3 minggu yang 'tiada cuti' bagi saya. hanya hari ini, ya, hari ini sahaja dalam masa 21 satu hari ini, saya bercuti. itupun sekadar merehatkan diri, mengambil panadol dan tidur. Kepala yang pening, badan yang mula sakit-sakit (mungkin kerana perjalanan yang panjang,rehat yang tidak cukup)

pulang dari perjalanan yang panjang itu, saya sampai di kampus Taman Ilmu dan Budi jam 9malam. Keesokan paginya (semalam) terus masuk ofis. kerana cuti yang lama (4 hari) kerjapun banyak, apatah lagi pelajar akan mula mendaftar esok, hanya jam 7 malam, saya keluar dari ofis.

dan esok, seawal pagi harus berada di ofis, hingga jam 7 petang, kerana hari esok warga uia akan mula pulang dan mendaftarkan diri untuk semester II 2007/2008. dan saya perlu berada di ofis-menguruskan pendaftaran mereka ke Mahallah Asiah.

perjalanan seminggu yang panjang ini, tidak dinafikan, amat meletihkan. namun di sebalik semua itu, saya amat syukuri kesempatan yang diberiNYA. dalam perjalanan yang panjang itu, semangat saya berkobar meneruskan perjuangan ini, tiada kesal, tiada sesal. Yang ada hanya keinginan yang kuat, dan harapan, moga diizinNYA saya meneruskan perjuangan ini di masa-masa akan datang, Insya Allah.

kisah perjalanan yang panjang ini, akan saya nukilkan di sini nanti. Mohon permisi merehatkan diri dulu. Fizikal ini perlu bersedia memulakan sem baru, Isnin ini.
Mentalnya- sudah cukup bersedia, malah berkobar-kobar memulakan sem baru. Moga kekuatan dariNYA akan terus bersama.

dan sem yang lalu, keputusan peperiksaan diterima dengan penuh kesyukuran. la hawla wala quwwara illa billah. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu Akbar!.. NikmatMu ini sungguh bermakna. Tak terluah kesyukuran ini. Malu. Malu dengan diri sendiri, yang menerima begitu banyak nikmatMU, namun masih banyak juga kekhilafan yang dilakukan. A'la kulli hal, keputusan ini terus membakar semangat, untuk saya terus melakar jaya pada sem-sem mendatang. Moga dimudahkan semuanya, Insya Allah..

mohon permisi. nampaknya perlu menelan panadol lagi..
kepala sudah kembali berpusing-pusing..

Tuesday, October 30, 2007

muhal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..
selesai satu paper..
Alhamdulillah
dapat menjawab dengan baik..
cuma pening-pening..
dan 2 hari 2 malam tidak dapat tidur..
inila penyakit yang biasa datang malam-malam exam..
bukan kerana sibuk membaca
atau sengaja ingin berjaga
tapi mata yang tak boleh lelap..

badan dan otak yang penat seharian menelaah
tapi mata tetap tidak mahu pejam..

pasni lega sikit coz next paper 9hb nanti..
so hopefully dalam masa ni, perjalanan malam kembali normal..

*****
update entry minggu lepas:

jumaat petang, saya pulang ke rumah. Naik bas di Greenwood, turun di Bentong, ke Office mak, kemudia pulang dengan mak ke rumah. Jam 7.15 malam sampai rumah. After Maghrib, terus siapkan bahan-bahan untuk buat mee goreng basah. Ada tetamu istimewa- siapa lagi kalau bukan Cik Fatimah dan adiknya Adnan.. Fatimah janji nak datang after tahu saya balik ke rumah hari tu.

Sampai mereka di rumah,banyak yang kami bualkan.. sehingga mereka pulang, terluah rindusaya pada sahabat yang sorang ni. Oh Sarah, kak tikahtak ikuti rombongan mereka berkonvoi beramai-ramai raya dulu. Saat itu, telah pulang ke kampus, membuat persiapan peperiksaan. Sangat cemburukan mereka kerana berpeluang meneruskan tradisi berkonvoi beramai-ramai, hingga ke Sanggang- rumah ust Ibrahim. (MUdir kami waktu di MUkmin)..

Jika diimbas aktiviti konvoi raya waktu kecik-kecik dulu, memang best. Kami beramai-ramai dengan menaiki bas! jarak perjalanan agak jauh, tapi seronok bertukar-tukar bas menuju ke destinasi demi destinasi. Jika rumah pertama adalah rumah Fatimah@Sarah di Kg Lebak, rumah terakhir pasti rumah saya di Taman Saga. begitulah sebaliknya saban tahun. Naik bas, dan jika rumah itu jauh ke dalam, kami berjalan beramai-ramai dari simpangnya. (macam rumah Ust Osman di Kg Tok Embun, atau rumah Ustazah Hamdah adik beradik di Kg Paya Luas)..

so sweet.. sekarang, konvoi naik kereta la pulak... masing-masing dah ada kereta..
tapi kenangan yang dulu itu tetap manis.. Dalam kenangan itu, ada kerinduan buat sahabat- Allahyarhamah Ridzunaidah Hj Nordin yang meninggal beberapa tahun dulu kerana kemalangan jalanraya... Moga dia tenang di sisi Pencipta..

***
Sabtu pagi- saya ke Mukmin.. ada 2 perkara yang penting untuk ke sana.
1) jamuan raya, so kesematan pulang, dapat berjumpa dengan guru-guru yang masih ada di sana, dalam mood raya ni, tak dilepaskan..
2) Tujuan tugasan. Dalam satu tugasan subjek Syllabus Design, saya diminta mengkaji silibus bahasa Arab mana-mana sekolah. dan saya memilih AL-Mukmin. bukan sekadar untuk tugasan, tapi hasil kajian boleh saya utarakan pada pihak sekolah untuk perbaiki mutu PnP bahasa Arab di sana..

meriah jamuan raya... adik-adik semua melaram dengan baju raya masing-masing (termasuk adik-adik saya). Ustaz ustazah pun sama.. macam-macam kueh raya dibawa adik-adik ni, sampai tak terhabis..

urusan tugasan juga berjalan dengan sempurna. Rupa-rupanya, sejak pelaksanaan J-QAF di sekolah rendah kebangsaan beberapa tahun lalu, Mukmin telah menggunakan silibus Kementerian. Yang bagusnya, ada buku teks yang tersusun dan lengkap dengan buku aktivitinya sekali. Yang tak bagusnya, tentulah kerana silibus ini jauh lebih rendah dari tahap yang digunakan sebelum ini, terutama pada zaman saya- generasi-generasi terdahulu Al-Mukmin.

Sempat jua berbual lama dengan Ust Osman tentang perkembangan Mukmin dan bekas-bekas pelajarnya. Di hujung perbualan, ustaz Osman telah mengeluarkan 'sesuatu' yang mengimbau kenangan di Mukmin. Saya dan adik- Mimi yang menemani saya hari itu ketawa melihatnya.. apa dia??
nex entry ok.. Sarah, this will be something speacial for you.. ;-)
k, saya ingin pulang dulu, rehatkan diri..
akan bersambung..



***
mungkin
yang terbaik
keluar dari kepompong yang membelit
kerana muhal
mendusta diri

*muhal- perkataan arab yang bermaksud mustahil.amat mustahil

Thursday, October 25, 2007

planning

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Exam-30hb
ass submit before-30hb
jemputan jamuan raya Dr Rahmah di Mahallah Maryam-malam ni (khamis)
Jemputan Open House Jannah & Mas'ud- petang esok (jumaat)
jemputan jamuan raya Al-Mukmin- lusa (sabtu)

saya sedang menyusun atur agenda untuk memenuhi kesemuanya, Insya Allah, moga dipermudahkan semua.. dah nampak jalan ni..
till then..

Ya Allah, jangan Engkau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri
walau sekelip mata
atau sedikit dari tu..
Ameen..

Friday, October 05, 2007

lukisan jiwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

seminggu terakhir di bulan Ramadhan.. apa khabar puasa kita? tadarus sampai ke mana? malamnya,berhias rayuan cintaNYA? atau masih berkabung dengkur yang panjang?
terisikah makna sabar? terertikah makna syukur? dan kala mereka berlumba mengejar mahmudah, masihkah kita tegar memegang mazmumah? moga malam-malam terakhir di bulan kekasih ini, kian giat kita merayu cintaNYA...

***
jumaat,sayyidul ayyam yang tenang.. kelas taqwim wal ikhtibar berakhir jam 6 petang, agak meletihkan, 3 jam kelas tanpa henti di petang ramadhan begini. lalu dibisikkan pada diri, kuatlah, mujahdah ramadhan ini cuma sedikit jika dibandingkan para Sahabat dalam ghazwah badar,atau juang mereka dalam Fathu Makkah.. dan bukankah janjiNYA- barangsiapa meneroka satu jalan untuk menuntut ilmu, akan dimudahkannya jalan ke syurga. JannahMu.. apa lagi yang lebih hebat dari kurniaan itu???

usai solat asar di masjid, saya ke Bazar Ramadhan uia.. membeli juadah berbuka, nasi dan lauk pauk sekadarnya. kuih muih serba sedikit untuk dibawa ke bilik Che da, hari ini,janji saya untuk iftar bersamanya, juga bersama Sarah. rindu dengan mereka, kekangan masa pengajian master ni, agak jarang berjumpa mereka, teman sebilik lewat perjuangan undergraduate dulu. dan pastinya ada keropok lekor,kerana saya tahu, che da amat gemarkan juadah ni. orang terengganu la katakan.. dan petang tadi, iftar kami bersama-sama,terlerai rindu pada mereka...

*****

ramadhan ini, banyak khabar gembira yang saya terima.. Jannah dan Masud bakal bergelar ibu dan bapa.. khabar gembira dari sarah dan jah (ehem ehem).. dan pelbagai lagi.. saya tumpang gembira untuk semuanya.. Insya Allah, moga dikumpulkan kalian dalam kasihNYa.. buat sarah dan jah.. Maha Suci Allah, moga terhapus segala air mata kini, dan sesungguhNya, DIA telah beri kurniaan yang lebih baik kan?? doa saya sentiasa mengiringi kalian...

****
aidilfitri menjelang.. persiapan??ala kadar aje.. takda perasaan sangat nak beraya.. masih punya banyak tugas perlu diselesaikan.. lagipun,dah tua begini,pengertian raya dah berkurang.. kegembiraan itu hadir bila berkumpul bersama keluarga serta rakan taulan,mengeratkan hubungan yang dibatasi masa dan tugas masing-masing,mengeratkan ukhwa dan persaudaraan..

baju raya-siap lepas raya,gara-gara lewat tempah. tupun awalnya saya tak merancang nak beli baju baru, tapi bila mak dah belikan kain pasang,tempah ajala. siap 30hb (bukan baju raya ni,baju periksa-coz waktu tu tengah final exam dah).. pun, still have 3 pasang baju yang baru sekali dipakai.. baju 'boria' yang sekali dipakai masa walimah abang long jun lalu, jubah yang saya pakai waktu terima ijazah,dan baju kurung Pahang yang kak long jahitkan,baru sekali dipakai malam apresiasi COMRADE dulu.. hmm.. more than enough tu..

kuih raya n juadah lain- macam biasa,tradisi keluarga, semuanya home made. dari kuih muih,lemang,ketupat dsb.. bab kuih, tahun ni saya serahkan pada mimi,adik saya yang sedang bercuti di rumah.. coz saya hanya akan pulang 2 hari sebelum raya so tak tahulah,maybe tak sempat nak buat kuih dah... cuma masih harap sempat untuk menganyam ketupat,dan tolong emak buat lemang.. ura-ura mak kata, tahun ni beli aje lemang tue.. saya faham,kesihatan mak yang tak berapa baik,abah pun dah tak berapa larat.. tapi wan dah mula bising-bising, sempat bisik kat saya-"ngah balikla awal sikit, wan tak nak makan lemang beli.. tak sedap.."

semuanyamasih bergantung pada keadaan.. masih berharap, diberi kesihatan yang baik dan kekuatan.. sempat berbakti, untuk juadah sekeluarga dan tetamu...

*****
ini 'amaran' dari Asma' sejak awal sem,mula-mula daftarkan diri dulu. katanya- Please my dear, jangan lemah semangat.. aku amik master ni,aku seronok tengok ko sentiasa bersemangat, kalau kau down,aku down jugak"

dan malam semalam- sewaktu bertandang di bilik mereka, my dear Asma' said-cepat nasihatkan aku n kak siti,kitorang tengah down ni. ada orang kata macam-macam pasal course yang kita amik ni..

buat my dear asma', kak siti khadijah,shaifura n aisyah.. my coursemates sekarang.. jangan sekali-kali putus asa.. we just in the beginning of the journey.. pedulikan kata orang yang memperkecilkan kita dan apa yang kita buat.. percayalah, ini jalan kita, bila Allah tentukan kita di sini,maknya ad sesuatu yang baik untuk kita di sini..nak belajar,nak tuntut ilmu, apapun bidang,apapun takhassus, yang penting kita letakkan usaha.. bila kita belajar untuk jadikan diri orang berilmu, rezeki dunia akan datang sendiri.. bukankah janjiNYA,barangsiapa meneroka satu jalan untuk cariilmu,akan dimudahkan jalan menuju jannahNYA??

yag penting bukan ilmu itu, yang penting nilaian yang kita kutip dari ilmu.. tak terasakah nikmatNYA,bila kita baca alunan quran,atau mendengarnya,kita memahaminya, dan terasa seperti seruan itu ditujukan satu persatu kepada kita,kerana kita memahami bahasanya...

dan saat kita pelajari tentang taqwim dan ikhtibar, kita kembalikan kepada diri,tiap ujian Allah pada kita,adakah kita susuli dengan mutaba'ah (follow up) di mana kita sebenarnya, bukankah ciri penting ikhtibar itu adalah disusuli dengan follow up untuk islah??

tidak ternampakkah maknanya,bila belajar ilmu lughah an nafis atau psikolinguistik itu,betapa kita punya teori untuk dipraktikkan bila menjadi ibu kelak,bagaimana iktisab lughah di kalangan anak-anak,dan bagaimana seharusnya dikembangkan akal mereka sejak kecil..

dan kita pelajari syllabus design, tentang peri pentingnya ahdaf (objektif), mawad,turuq tadris dan taqwim untuk menjayakan manhaj.. kita kembali kepada diri, setiap hari,bagaimana kita mentatbiqkan manhaj iman dalam diri, jelaskah kita dengan ahdafnya (tujuannya),bagaimakah kita praktikkannya,cara apakah kita sampaikannya untuk diri dan orang lain,dan adakah kita sering muhasabah dan taqwim diri kita atas manhaj iman itu???

dear friends..
jangan sekali-kali berputus asa, tiap kesusahan ini, inilah perjuangan kita.. dan masih banyak kesusahan yang kan kita tempuh kelak.. tapi percayalah..
inna ma'al 'usri yusra..

dan kerana definisi 'najah' itu tiada takat ukurannya, kita berhak berusaha, 'najah' apa sebenarnya yang kita kejar dalam hidup ini..
mereka yang berkata..biarkan mereka terus berkata..
hidup ini.. tak seharusnya disandarkan dengan pujian
dan tak seharusnya di lemahkan dengan kejian
tapi setiap cabaran yang mendatang..
cukuplah usaha kita,dan tawakkal kita padaNYA
faiza 'azamta,fatawakkal 'alallah!

*****
sebenarnya,saat ini, saya menulis kerana keresahan...
ada sesuatu yang mengannggu fikiran..
Ya Allah, kumohon keberkatan dan kemuliaan ramadhan ini
di ungkaikan setiap simpulan
diberi pengertian setiap kekusutan
dihadirkan jawapan setiap persoalan
biar tenang resah di dada
biar hilang kabut di jiwa..

*****

tadabbur:: kita sering berdoa.. dalam sujud,usai solat..
berdoalah tiap masa dan ketika.. kerana doa yang sebati dalam jiwa akan melahirkan 'power of soul'.. di situlah lahirnya keterikatan jiwa dengan Ar-Rahman, dan penggantungan pada kekuasaanNYA... Allahu Akbar..