hidupku,matiku,ibadahku,untukMU Rabbal 'Alamin اللهم ارزقنا الجنة وما يقربنا إليها من قول اوعمل ، وباعد بيننا وبين النار وبين ما يقربنا إليها من قول أو عمل اللهم اجعلنا من الذاكرين لك ، الشاكرين لك ، الطائعين لك ، المنيبين لك يا الوهاب يا الرزاق لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Total Pageviews
Tuesday, September 15, 2009
Ramadhan yang kian pergi..
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kian menginjak Ramadhan ini
Muhasabah diri
masih belum puas dinikmati
Moga2 ada ruang bertemunya lagi
di laluan hari nanti
Ramadhan terakhir di Taman Ilmu dan Budi
Ada sendu bertamu di hati
Ada doa berlagu tak henti
Ada suara hati yang tak didengari
Ada rindu yang ingin dilunasi
Hanya padaNYA munajat diri
اللهم أنت العفو الكريم تحب العفو فاعف عنا
***
GRADUAN UIAM SYAHID DI PALESTIN
BACA DI SINI >>>>>>>
Thursday, August 20, 2009
di Ambang Ramadhan...
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1
Minggu demi minggu berlalu amat pantas..
Aik, dah hari Jumaat? Itula dialog saya selalunya bersama kawan-kawan sekelas.. Amat pantas masa berlalu..dan sesungguhnya masa yang berlalu itu mengingatkan kita tentang firmanNYa:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-‘Asr)
2
Petang tadi kelas Dr Kamal di batalkan. Maka kami sekelas mengambil keputusan untuk membuat aktiviti keceriaan. Ye cikgu-cikgu, jangan malas-malas hias kelas, nanti kena jadi cikgu kelas kena fikir jugak bagaimana nak ceriakan kelas. Aktiviti berlangsung dengan meriah sekali.. Let the pictures tell more...jpg)
Seriusnya Teacher Mastura??....jpg)
Teacher Mastura kepenatan.. Ustazah-ustazah khusuk lagi mewarna...
khusyuknya Teacher Doris? Ustazah Hafizah,Ustazah Syuhada dan Ustazah Elya senyum jer...
Teacher Stephanie dan Ustazah Baizura.. Warna ke conteng tu ? ;-)
Teacher Mona dan Ustazah Halimah.. lekat betul-betul, jangan cabut sudah...
HASILNYA?
kelas pun dah berubah rupa.. nanti saya tunjukkan bagaimana..
Sebab ada beberapa perkara yang tak siap lagi .. ;-)
3
Seronok betul pagi-pagi dapat MMS dari Amjad. Semakin comel la kamu Amjad! Ni Auntie geram tengok nie..Hopefully nanti dapat jumpa Amjad. Buat Abi dan Ummi Amjad, Selamat berpuasa. Kirim salam untuk keluarga di Kelantan dan Johor.
4
Ahlan Ya Ramadhan…
Selamat datang bulan pesta Ibadah.. Ayuh kita rebut sebanyaknya peluang Ramadhan.. Ayuh Imarahkan Ramadhan, umpama ia yang terakhir untuk kita.. Siapa tahu, kita tak punya peluang lagi bertemu Ramadhan akan datang..?
Saya rindukan Ramadhan 2 tahun lalu, saat saya baru bergelar pelajar sarjana. Kerja yang banyak. Subjek yang susah . Assignment yang bertimbun, presentation yang terhimpun. Dan keinginan mengisi Ramadhan dengan pesta Ibadah. Namun Alhamdulillah, DIA memberi kekuatan yang luarbiasa. Masa bagai terhenti. Satu persatu kerja disiapkan dalam hambatan waktu. Dalam segala kekangan itu, saya merasai manisnya Ramadhan tahun itu. Biarpun hanya mampu melelapkan mata sejam dua saban hari, namun DIA sesungguhnya telah mengurniakan masa dan Ramadhan yang amat istimewa kala itu. Dan kemuncaknya, keputusan peperiksaan berterbangan warna di penghujung sem itu. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Saya inginkan semangat itu kembali lagi untuk saya mewarna Ramadhan tahun ini. Mohon diberi kekuatan menyiapkan segala tugasan dan tanggungjawab. MOhon dihadiahkan Ramadhan seistimewa,malah lebih istimewa dari itu. Ya Allah, jemputlan hambaMU ini menjadi tetamu istimewa Ramadhan kali ini. Moga-moga diberi kekuatan..
FASTABIQUU AL-KHAIRAAT…
Saturday, July 11, 2009
bicara dengan awan
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pagi Sabtu yang mendung..
Saya berjalan menuju ke kelas..
Awan makin sarat kandungannya..rintik2 mula turun sebaik saya melalui laluan yang tidak berbumbung Mahallah Ameenah.. Perjalanan masih jauh.. kalau hujan turun akan basah kuyuplah saya sebelum tiba ke kelas..
.jpg)
"Awan, sabarlah.. sungguhpun kandunganmu amat sarat, jangan muntahkannya lagi.. Kasihanilah aku, hamba Allah yang berpagi-pagian untuk menuntut ilmu ini..
Ya Allah, bantulah hambaMU ini..."
Alhamdulillah.. dengan izinNYA..rintik-rintik yang mulai turun tadi berhenti.. Sampai di kelas, kelas masih sunyi sepi. Jam dikerling. 8.25 pagi. Selalunya kawan-kawan lain dah ada. Saya mengeluarkan jadual.
Masya Allah, kelas bermula jam 9.00pg rupanya..saya tersilap melihat jadual.. Sementelahan masa masih banyak dan sayapun belum bersarapan, laju saya menuju ke HS Cafe.. Kita minum dulu.. ;-)
Kelas bermula, patutlah kelas ini terpaksa diadakan pada hari sabtu! Pensyarahnya merupakan seorang kakitangan Kementerian Pelajaran. Saya terpesona. Dia sangat cantik dan sangat awet muda. Subhanallah. (saya jarang memuji kecuali saya rasa ia benar2 layak dipuji). Sungguh tak sangka umurnya sudah 47 dan anaknya yang sulung sudah berusia 19 tahun. Saya juga suka mendengar nasihat dan celotehnya. Ada banyak motivasi dan inspirasi. Saya akan terhibur dan pasti bersemangat untuk menghadiri kelas pada hari Sabtu- saat orang lain bercuti..
****
Ini kisah semalam.. Kak Sham- Boss saya sewaktu saya kerja di Ofis Mahallah Asiah mengajak saya dan staff Ofis Asiah yang lain ke Taman Melawati.. dia belanja makan.. sebenarnya saya sedang menghabiskan suapan nasi terakhir ketika dia mengajak.. tapi beria-ia K.Sham mengajak so untuk tidak menghampakan, saya penuhi juga ajakannya.. Di sana- saya pulak yang makan banyak dari orang lain yang tak makan apa-apa.. owh.. scary jugak.. ;-)
Gendang gendut tali kecapi..kenyang perut senang hati7 of us.. Kak Sham @ Mummy berdiri di tengah..
Thank you Mummy!
*****
Saya dah lama tak 'menjelajah' ceruk UIA ni.. hampir 6 bulan saya tinggalkan.. tadi, melalui jalan berhampiran bangunan utama berdekatan tangga besar yang digelar 'tangga Firaun' @ 'tangga Kasih-kekasih' tu.. saya terperasan ada perubahan pada lansdkap taman di situ.. Ada air terjun dan kolam mini! Cantik juga. Di tengah kepanasan diterik mentari, bunyi air jatuh- walaupun tak seberapa kuat tetap medamaikan jiwa.. Oh UIA.. saya akan terus di bumimu sekurang-kurangnya sehingga April depan.. Moga saya tidak jemu. Moga saya tidak bosan. Moga saya terus kuat dan tabah merintis jalan menjadi seorang murabbi. Ya Allah, dalam rasa keterasingan ini, cukuplah Engkau bagiku.. Allahumma Yassir!Thursday, July 09, 2009
Suhanallah
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa terbaik untukku, agamaku,akhiratku dan duniaku...
Lalu Engkau 'menjawab' doa itu dengan 'bahasa'Mu yang amat indah sekali..
Maha Suci Engkau Ya Allah..
Redhalah aku dengan tiap ketentuanMU
Tuesday, June 30, 2009
perpisahan1
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
beberapa gambar sekitar majlis perpisahan saya dan beberapa orang guru SMA Al-Wosto.. 25 Jun yang lalu adalah hari terakhir saya di sana. Perlu pergi untuk meneruskan langkah dalam perjalanan hidup.. buat semua warga SMAW, terima kasih atas segalanya.. Bumi Al-Wosto akan terus segar dalam lipatan kenangan saya.. buat guru-guru saya, yang dari dulu hingga kini tidak pernah jemu memberi kata semangat, budi kalian hanya Allah mampu membalasnya..
Al-Wosto.. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermanja..
Majlis Perpisahan
Ust Suhaimi- bertukar ke SMA Al-Khairiah
Ust Bihe- Bertukar ke SMA Al-Attas
Cikgu Hapidah- Melanjutkan pelajaran ke peringkat Master (tajaan KPM)
Cikgu Nur Atikah- ???
Tuesday, April 14, 2009
menyepi...
Assalamualaikum..
Dah lama saya ‘menyepi’.. sebenarnya ada 2 3 perkara yang perlu dibereskan.. dan sebab yang paling utama adalah masalah kesihatan yang kurang baik sejak 2 bulan ini.. Dugaan sungguh.. Terutama ketika malam menjelma.. Maka banyak aktiviti pada waktu malam yang terganggu- terutamanya penulisan tesis. Sebab pada waktu malam saya hanya mampu makan ubat dan terus tidur. Sangat-sangat tidak larat membuat apa-apa aktiviti.
Baru-baru ini ke UIA, beberapa rakan seperjuangan dah hampir menyiapkan tesis mereka sedang tesis saya masih merangkak amat perlahan.. Cemburu yang amat. Ya Allah, saat ini saya mohon diberikan kekuatan. Dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan ini.
Dah lama tidak menjejak bumi UIA, saya amat rindukan haroma Taman Ilmu dan Budi ini. Semangat yang sentiasa ada jika menjejak kaki ke sini. Mula la rasa macam nak belajar lagi dan lagi. Tapi tak boleh nampaknya. Ada beberapa perkara perlu diselesaikan dulu…
Saya kini warden asrama.. Anak-anak saya seramai 200 lebih orang.. Seronok di sini. Hati dan jiwa saya di sini, menabur bakti dan memberi, selagi diizin DIA.
Sekian dulu buat kali ini. ADa banyak perkara ingin dicoretkan tapi tak kesampaian. Doakan saya! Allah AL-Musta’aan
Friday, April 03, 2009
Setahun berlalu dengan pantas..
Mac yang selalu berbaur duka..
dan April selalunya ada cahaya..
Pusingan yang sama berlalu..
Dan masih saya harapkan..
April akan datang dengan cahaya..
5 Rabiul Akhir..
Kita merancang.. namun perancanganNYA lebih baik..
Kita berusaha mencari kesempurnaan
Tapi hanya DIA Yang Maha Sempurna..
Kala menggenggam erat kasih
Kita terlupa pada Kekasih Agung..
Maka diujiNYA dengan kesakitan
Agar kita kembali mencari DIA..
Maaf.. kesempurnaan itu tetap bukan milikku
Khilaf yang tersandung
Ku pohon ampun..
***
dalam perjalanan menuju Tanah Tinggi Cameron bersama anak-anak murid,, Study Tour organized by Englih Language Society..
Namun tidaklah teruja mana..
Mungkin kerana ini bukan kali pertama mejejakkan kaki ke CH..
atau mungkin kerana bebanan kerja yang banyak perlu ditinggalkan sebentar
atau kerana meninggalkan 'anak' yang akan bertanding selasa nanti, belum sempat membimbing dengan baik untuk persediaannya..
Atau kerana rawan di jiwa yang masih beraja..
Rabbana zolamna anfusana .. wain lam taghfirlana watarhamna lanakuunanna mi al khaasiriin..
Asyhadu an la ilaaha illa anta..
Subhaanaka inni kuntu min azzoolimiin..
***
PAsrah padaMU
Allahu Al-Mustaa'n
Sunday, March 29, 2009
Siramilah hati..
Duhai tanah tumpah penuh barokah..
Siramilah hati..
Turunkanlah hujan-hujan rahmat..
Sejukkanlah jiwa..
tenangkanlah minda dan rasa..
Kerana selagi mata belum terpejam lena..
Duga pasti datang bertimpa-timpa..
dan dalam sulam tawa derita
kutemui insafi diri..
kerdil aku di sisi DIA
Siapa kita tanpa keredhaanNYA???
Tuesday, February 17, 2009
memberi
Modules for English Camp
Syarahan Bahasa Arab
Bahasa Bahasa Arab
Tesis
Antara senarai kerja saya sekarang. Agak sibuk. Berat pun dah turun. Apapun Alhamdulillah tiada tekanan mengiringi tugasan-tugasan ini. Malah gembira yang amat menekuni tiap satu darinya.
Bermukim di sekolah lama, saya memilih tinggal di asrama, rumah warden. Maklumlah, petang-petang saya menekuni para pemain bola jarring, melatih mereka. Maka tinggal di asrama adalah jalan terbaik memandangkan jarak rumah-asrama memakan masa hampir 45 minit jika berulang.
Duduk di sini tenang-tenang. Masanya saya ‘memberi’ dan menunaikan janji pada diri sendiri. Kerana dahulu saya pernah berjanji, jika satu masa saya diberi peluang kembali ke sini, saya ingin ‘memberi’ sebanyaknya. Kerana tanah ini dulunya telah banyak ‘memberi’ kepada saya.
Maka tiap saya dan ketika, hati ini berlagu riang di sini.
PENYAKIT TANGAN
Minggu ini saya bertugas Di perhimpunan sekolah, saya menyentuh tentang penyakit tangan.
1) Suka buang sampah merata-rata
2) Suka menconteng buku teks yang diberi pinjam.
Di penghujung, saya ingatkan diri sendiri dan pelajar juga, bahawa satu masa tangan kita ini akan berkata-kata memaklumkan lakunya di dunia.
“Hari yang ditutup mulut mereka dan berkata tangan-tangan mereka…” (Salah satu ayat dalam Surah Yasin)
Ayuh, sayangi tangan kita dari segala penyakit tangan.
Nota Kaki:
Bimbang. Syafaakallah!
Saturday, January 24, 2009
seorang pendidik
Alhamdulillah, sudah hampir 3 minggu saya mengajar di SMA Al-Wosto, Temerloh, sekolah saya ketika kembara ilmu saat remaja dulu. Bertemu kembali dengan pendidik-pendidik saya dahulu, saya rasa dihargai di sini, 'sense of belonging' itu amat kuat dengan bumi AL-Wosto ini.
Saya mengajar subjek kegemaran saya- NAhu Saraf (tingkatan 3,4 (SMA) dan 5) serta subjel Literasi Arab untuk tingkatan 1.
Alhamdulillah, saya senang 'memberi' apatah lagi untuk bidang yang memang menjadi 'makanan' saya. Terasa ilmu itu benar-benar 'berbuah' ila dapat disalurkan pula kepada anak didik saya.
Banyak yang ingin saya kongsikan namun agak kepenatan. Malam tadi saya berjaga hingga 3 pagi menulis tesis. Tidur lewat bukanlah rutin saya sejak saya mula mengajar,awal tahun ini. Biasanya malam saya peruntukkan jam 9 hingga 12 untuk tesis. Jam 12 wajib tidur kerana saya tidak mahu bangun lewat dan tergopoh gapah pada waktu pagi. Setiap pagi harus dimulakan dengan tenang. Dan saya ke sekolah dengan semangat yang segar setiap hari.
Sangat saya gembira dengan bidang ini. Mendidik. Kerana saya juga telah didik suatu hari dulu. Dan saya sentiasa percaya- guru yang baik akan melahirkan pelajar yang lebih baik dari dirinya. Mudah-mudahan begitu.
Rumah ini mungkin jarang dikemaskini selepas ini. Namun saya masih gembira jika anda masih sudi meninggalkan coretan di sini kala ziarah. MOga ukhwah berpanjangan.
Salam Sayang
Nur Atikah Jamaludin
dua puluh empat yang dua puluh lima
24 januari 1984-24 januari 2009
Usia saya bertambah lagi. Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.Thumma Alhamdulillah.
Terima Kasih YA RAHMAN atas nikmat usia ini. Moga tidak kusia-siakan usia dengan kealpaan. Dan moga tiap denyut nadi dan nafas ini, sentiasa aku jadi hambaMU yang bersyukur.
Terima kasih emak, atas kasih sayang, dan pertaruhan nyawa melahirkan puteri pertamamu ini. Tiap kasih sejak dari dalam kandungan, hingga anakmu menghela udara bumi nan fana, hingga hari ini menginjak ke alam dewasa. Sokonganmu sentiasa ada. Melirih duka, menampung tawa.
Terima kasih abah, tiap penat lelah mencari rezeki. Membesarkan anakanda. Hingga kini, sentiasa mendorong ke arah jaya.
Buat keluarga tersayang, abang, kakak ipar dan adik-adik. Terima kasih atas kasih sayang dan kemesraan. Ayuh kita lestarikan kasih sayang ini, buat bonda dan ayahanda menumpang bahagia.
BUat para guru disetiap kembara pencarian ilmu. Amat banyak mendidik jiwa dan jati diri. Hingga hari ini, rasa teguh melangkah menghadapi tiap onak duri di muka bumi.
Buat teman-teman sepanjang perjalanan, terima kasih atas persahabatan dihulurkan. Budi dan jasa kalian tetap dalam ingatan. Tawa gembira kalian menceriakan kehidupan.
Untuk dia. Terima kasih atas kepercayaan. Moga dipermudahkan tiap usaha mencapai impian.
Untuk semua, doakan moga kejap hati dan jiwa atas landasan kebenaran.
Baarakallahu fiikum Jamiian.
**
Hadiah diri buat diri sempena hari ulangtahun kelahiran ini:
1. KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH- DATO' DR MOHD FADZILAH KAMSAH & AHMAD FADZLI YUSOF
2.THE KITE RUNNER- KHALED HOSSEINI
Saturday, January 03, 2009
hati ibu
Kata bonda..
Lebih mudah bila anak di dalam perut..
ke mana ibu pergi, dia tahu anaknya di mana
duduk si ibu, anaknya tetap di situ..
berdiri si ibu, anaknya tetap di situ..
semakin anak dewasa..
anak-anak membesar membawa haluan diri..
ke sana dan ke mari..
maka berserakanlah hati ibu..
ke sana dan ke mari
8 anak yang dilahirkan..
berserakanlah hati ibu ke 8 tempat..
kerisauan yang tidak kunjung padam..
hanya kerana
kasih seorang ibu
***
اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربباني صغيرا
****
hari ni bumi UIa dilimpahi hujan.. dari malam tadi hingga ke petang tadi.. bukan kat UIA je sebenarnya.. rata-rata tempat hujan hari ni.. Apa saya rasa.. entah.. duk tepi tingkap bilik, layan hujan turun. Macam2 saya fikir. MAcam-macam. Rintik-rintik hujan membasahi bumi. Tapi hati ni rasa sayu je. Tidak mahu meneruskan berfikir yang bukan-bukan. Saya mentartil Kalamullah. Habis satu juzu'. Hati yang rawan cuba memahami tiap kandungan kalamNYA. Moga tiap kesedihan itu hilang.
**
أحاول ما استطعت أن أبشركم جميعاً ولكن قدرتي محدودة
.jpg)
.jpg)
.jpg)
