Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label mukmin. Show all posts
Showing posts with label mukmin. Show all posts

Saturday, May 08, 2010

semalam...

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1
Mengambil barang-barang di rumah bilik sewa di Taman Gombak, Greenwood... Nabhan Hakimi demam.. kesian sungguh tengok dia terbaring.
Kata umminya, sejak kami balik, dia selalu bertanya,
"Ummi, mana kak Tikah? mana Kak Su?"

Kasihannya dia...

2
Ke IJN..Ayah Saudara dihantar ke sana selepas mengalami komplikasi jantung di HSAS. Memikirkan kos yang mahal, dia gelisah ingin pulang.

Pak Cik: Dr, saya nak balik
Doktor: Kenapa pak Cik? Pak Cik tah sihat lagi, duduk sini, rehat dan sihatkan badan dulu
Pak Cik: Saya risau saya tak mampu nak bayar kos
Doktor: Pak Cik jangan risau, kalau pak cik tak mampu bayar, saya akan bayar.Pak Cik jangan risau, rehat sampai sihat dulu ye.

Baiknya hati doktor. Moga dia dirahmati Allah selalu.

3
Semalam. Semalam yang lampau. Kami sekelas. Tidak Ramai, cuma 21 pelajar dalam kelas tersebut. Kami akrab. Dari barisan hadapan hingga barisan belakang, kami semua adalah adik beradik.

Hari ini saya menerima perkhabaran dia terlantar koma di Hospital Temerloh. Jangkitan kuman di otak menyebabkan dia koma dan mata serta telinga tidak berfungsi lagi. Doktor berusaha dan meminta persetujuan doktor untuk mengambil air tulang belakang. Isteri yang sarat mengandung seakan berat hati.

Itu setakat yang saya terima. dan saya terasa menyesali. Ukhwah kami hampir 20 tahun usianya. Berbanding rakan-rakan lain yang masih saling berhubung, dia antara sahabat yang amat lama tidak bersua muka. Amat lama dan hanya mendengar khabar dari jauh. Itupun melalui orang lain. Semalam. Ukhwah itu ada. Namun adakala ukhwah itu sekadar pada nama. Terasa ingin kembali pada semalam...

Ya Allah, kami memohon dariMu, moga dia sihat sejahtera.

Thursday, August 06, 2009

Ahlan Ramadhan.. kami merinduimu..

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

1) Ramadhan kian menghampiri.. Miss Ramadhan so much. Moga Ramadhan yang akan datang membawa sinar, seperti ramadhan-ramadhan yang lalu.. yang selalunya membawa 'semangat' luar biasa dalam perjuangan.

2) Tahniah buat rakan se'Mukmin' Nurul Haida Mohd Salleh dan suaminya Muhammad Syairuz Zamri atas pernikahan mereka minggu lalu. Maaf tak dapat nak datang kerana ada kelas hari sabtu dan ada masyaqqah di rumah. Baarakallahu fiikuma wajama'a bainakuma fi khair. Dari kecik, gelaran Haida dari saya adalah 'anak dara dah besar', kerana itu ucapan saya padanya setiap kali tuba hari lahir Haida - 24 Julai. Tahun ni, pada tarikh tersebut, beliau selamat dinikahkan dengan lelaki yang dicintainya.. So pasni kena tukar nama- Mak Dara lah pulak :-)


3) Mok Ana menantii hari melahirkan si Amjad. Amjad, cepat-cepat tengok dunia.. All COMRADEANS sedang menanti dengan penuh kasih sayang. Buat Ummi dan Abi Amjad, moga dipermudahkan semuanya...

4) 1.2.3.4. 4 hari lagi saya nak gi UPM.. for 'his' day..

5) Moga keadaan di rumah semakin baik. Mak, Abah n adik2.. Berdoa n jangan pernah berhenti berharap.. DIA sedang berbicara dengan kita makna sabar...

Saturday, June 13, 2009

coretan dari Taman Ilmu dan Budi

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pejam celik pejam celik.. cuti sekolah selama 2 minggu dah nak habis.. dan saya akan kembali semula kepada tugas sebagai seorang guru di tepi sungai Pahang itu. Cuti 2 minggu banyak dihabiskan dengan menulis tesis. Sungguhpun belum sempurna namun saya lega adala 'bergerak' juga.

Sekembalinya saya ke SMAW nanti, degup hati mengatakan saya tidak akan lama lagi di sana kerana saya sedang 'menunggu' masanya untuk saya meninggalkan bumi Wosto yang tercinta, meneruskan perjalanan saya untuk masa depan..

berikut beberapa perkara untuk coretan:

1) minggu lepas outing dengan sahabat tersayang sejak di Mukmin- Fairuza yang kini seorang akauntan di Kementerian Pelajaran,Putrajaya. Kebetulan saya bermalam di rumah abang ketika itu. Makan di Taman Warisan Pertanian sambil bergebang macam2 cerita. Persahabatan yang merimbun sejak usia kami 7 tahun (kini saya sudah 25 dan dia 26) moga-moga sentiasa dirahmatiNYA. I Love you. Moga dipermudahkan segala urusan awak. apa khabar seorang lagi kembar kami- Fatimah yang kini bertugas di Sarawak? semoga ceria dan dipermudahkan juga tiap urusan.

2) Outing dengan Dik Jaie, kak Awa dan Nurul. Meraikan hari ulangtahun K.Awa n Dik Jaie. Moga Allah merahmati kalian sepanjang usia.

3) menghadiri walimah ayahcik@Hafizul- adik kepada ustazah Hamdah. Berkesempatan menemui keluarga ustazah yang ramai itu dan beberapa guru saya ketika di Mukmin.
"Eh lainlah atikah. dah besar rupanya"
oh, sudah tentu. saya sudah menyambut jubli perak umur saya. Bukan lagi budak Mukmin yang memakai kain putih dan baju hijau itu.

4) Adik ke-5 saya Izzati telah menamatkan semester keempatnya di IKIP Kuantan. 4 SEmester berikutnya - bermula ogos akan datang akan diambil di Universiti of Yarmouk, Jordan. Sekarang dia sedang bercuti. Spend your time with us before u fly dear.. :-)

5) Adik ke4 saya mimi telah menjawat jawatan tetap (N17) di Agensi Nuklear Nasional, Bangi. Tahniah mi, leh belanja ngah pasni.. hehe..

6) Tahniah buat Sarah adik kepada sahabat Mukmin saya Fatimah yang kini bergelar Dr. Sarah. Tahniah Sarah. 1st batch Mukmin tak ada yang jadi doktor. Then 2nd batch- Sarah wakilnya. U make us proud of you. Selamat kembali ke Malaysia dan berbakti kepada agama bangsa dan negara.

6) Selepas seminggu di UIA, esok saya akan pulang.. Rinduu..

Wednesday, December 03, 2008

biarlah gambar berbicara...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entry kali ini- biarlah gambar yang berbicara...


Majlis perkahwinan Ikmal Azwar-sahabat saya di Mukmin. Dalam kesibukan menjadi juri debat diraja (bahasa Arab), saya sempat 'melarikan diri' pada hari Sabtu (29hb nov) untuk menghadiri majlis ini yang berlangsung di Dewan Tun Razak Temerloh.Usai majlis makan, nama saya,Fatimah dan Fairuza diumumkan supaya memberi ucapan kepada pengantin. Saya memberi ucapan ringkas. Fatimah dan Fairuza pula'mengelat'. Tak aci sungguh! Azwar (pengantin lelaki) kini bertugas di SYABAS , sementara isterinya bertugas dengan MIDA di Switzerland. Moga bahagia hingga ke syurga!



Antara warga Mukmin yang ditemui di majlis tersebut- dari kiri- Syafiah Hanisah (kini menuntut di Al-Azhar,Mesir) Nawwar (kini sedang menjalani praktikal), Erry (baru melapor diri sebagai Majistret di Istana Kehakiman- graduan undang-undang UIAM), Farhan (ni batch adik saya), Ustaz Aris (guru kami di Mukmin dulu, kini pegawai JAIP) Fatimah (bakal guru KPLI yang sedang menunggu posting awal tahun depan-graduanUKM), Fairuza (Akauntan di Kementerian Pelajaran-graduan UKM), dan saya.



EFFA- 3 sahabat baik -saya, Fairuza dan Fatimah Usia persahabatan yang mencecah 17 tahun bersama Ustaz Aris dan Ustazah Hamdah serta putera puteri mereka.Lama tak jumpa Ust dan Ustazah,dah besarpun anak-anak mereka. Ustazah Hamdah ibu angkat kami di Mukmin. Jika Pak Balia menjadi pendorong Ikal dan Arai mengembara menuntut ilmu hingga ke Sorbonne (Sang Pemimpi), Ust Aris adalah insan yang banyak mendorong saya dan biiznillah menjadikan saya jatuh cinta dengan bahasa Arab.




JUri debat Bahasa Arab.. yang perempuan cuma kami ber7.. selainnya adalah lelaki.. Gambar di bawah ni, saya bersama Ustazah Khairiah (KISAS), Ustazah Ummu Hani (UKM) dan 2 sahabat Alumni UIAM. DEngan kenalan baru (k.Khairiah dan K.Ummu Hani), kami menjadi rapat walaupun baru kenal. Memang sekepala. Moga ukhuwwah ini berkekalan.



Final debat diraja kategori bahasa Arab-UIA1 menentang UIA2. Hebat dan panas.
Johan DEbat diRaja-Bahasa Arab-UIA1. Tahniah buat semua, termasuk para jurulatih dan pengurus pasukan yang bertungkus lumus.(waktu berita di TV1, ada laporan majlis penutup ini, kata seorang kawan,wajah saya muncul di kaca TV,(maklumlah, duduk saf depan)


Pendebat Terbaik perlawanan akhir- Salman. Tahniah dik, seperti komen beberapa juri - Salman 1 dalam sejuta. Moga terus sukses dan teruskan tawadhuk itu.






























Friday, November 21, 2008

Laskar Pelangi: Muhammadiyyah vs Al-Mukmin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Laskar Pelangi. Dah lama saya mencari novel ini kerana komentar rakan-rakan yang membacanya, memberi gambaran ini novel yang mesti dibaca. Namun setiap kali mengunjungi kedai buku, novel ini tiada. Malah saya cuba menempah online dari beberapa gedung buku besar Namun dinyatakan bahawa tiada stok. Baru-baru ini saya mengunjungi Ko-op UIA. Kebetulan singgah. Maka ternampaklah novel tersebut. Saya tidak melepaskan peluang. Terus membeli (Nampak sangat koop ni jarang dikunjungi, novel yang laris di luar masih ada stoknya di sini ;-) ). Ada potongan lagi.

Ya, kredit untuk Adrea Hirata. Saya sukakan susur galur Lintang & rakan-rakannya anak-anak Melayu Belitong yang miskin bergelut dengan jatuh bangun kehidupan untuk mencari cahaya hidup bergelar ILMU. Kisah yang amat memberi inspirasi. Saya berpendapat para pendidik amat perlu membaca novel ini . Ia kisah pentingnya pendidikan. Kisah pentingnya seorang pendidik membuka mata hati untuk melihat potensi anak-anak murid dan menggilapnya. Pentingnya Azam dan kesungguhan. Indahnya persahabatan.

“al-Mukmin Al-Mukmin Al-Mukmin
Padamu harapan Ummah dan Agama

Engkaulah cahaya alam
Hidayahmu menyinari kelam
Engkau ibarat pelita
Menyinari gelap gelita

Engkau pejuang yang unggul
Penegak manhaj yang syumul
Engkaulah benteng suci
Pembela hidayah Ilahi "


Laskar Pelangi mengingatkan saya kegigihan guru-guru Al-Mukmin mempertahankan & membangunkannya di awal penubuhan dulu. Seperti yang pernah
diceritakan, saya generasi pertama AL-Mukmin. Sekolah swasta yang lahir atas kesedaran memberi pendidikan agama untuk anak-anak dari kecil di Temerloh. Dengan misi ‘Membina Generasi Muttaqin’, awal penubuhannya penuh dengan ranjau duri.Berdiri atas sumber kewangan yuran pelajar rm35 sebulan, para guru ketika awal penubuhannya Cuma 3 orang. Ustazah Fatimah, Ustaz Ibrahim. Ustaz Osman. Merekalah guru yang mengajar 13 mata pelajaran ketika itu. Dan hingga kini, guru-guru Mukmin masih tidak ramai, dan masih dibayar gaji berdasarakan yuran para pelajar. Malah baru-baru ini dikhabarkan ada guru yang tidak menerima gaji hingga 2 bulan lamanya kerana kelewatan ibu bapa melunaskan yuran anak-anak. Namun mereka tetap ‘kental’ bersama Mukmin. Kerana melihat anak Mukmin mengenal agama lebih mulia bagi mereka.

Awal penubuhan dulu, kami tidak punya bangunan sekolah seperti sekolah lain. Cuma menumpang di sebuah banglo. Di situlah adanya kelas, kantin dan bilik solat zuhur berjemaah sebelum pulang. Tapi hari-hari di Mukmin amat indah bagi saya. Segala subjek yang diajar terasa seperti air sejuk yang mengalir, terus ke hati. Subjek Feqah, Sirah, Aqidah, Akhlak, Al-Quran, Bahasa Arab, semuanya umpama makanan rohani yang lazat, melekat di hati. Mungkin inilah kuatnya ‘kekuatan IKHLAS’ dari guru-guru terdahulu.

Subjek akademik juga begitu, meski yang mengajarnya bukan guru-guru lulusan universiti,apatah lagi guru-guru yang memiliki diploma perguruan, kami tetap belajar dengan sempurna. Awal penubuhan, ada 32 pelajar batch saya (1991), namun menjelang darjah 6, kami Cuma tinggal 18 orang. Ini kerana ada khabar angin bahawa pelajar Mukmin tidak dibenarkan menduduki UPSR. Tiada kebenaran dari Kementerian kononnya. Maka ibubapa yang lebih mementingkan UPSR itu dari mutiara-mutiara agama yang digali di MUkmin satu persatu mengeluarkan anak mereka dari Mukmin. Namun khabar itu ternyata meleset. Ketika darjah 6, saya dan rakan-rakan lain menduduki UPSR. Dan natijahnya ternyata membanggakan, saya dan 5 rakan-rakan lain dari 18 calon pada tahun itu (1996) memperoleh 4A (ketika itu UPSR Cuma ada 4 subjek, tiada sains).

Seperti sekolah lain,kami juga punya peluang melakukan aktiviti ko-kurikulum. Saya sukakan subjek Pendidikan Jasmani (PJ) kerana ketika subjek ini, saya mengasah bakat dalam Bola Jaring. Meskipun tidak sehebat mana tetapi ketika di sekolah menengah saya saban tahun mewakili sekolah dan memenangi beberapa kejohanan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-sekolah Agama Pahang (MASISUPA). Malah ketika di tingkatan 3, saya diserap ke pasukan senior (kategori A- untuk pelajar tingkatan 4 & 5).

Malah kami juga dilatih menjadi berani di khalayak ramai. Saya pernah terlibat dengan pertandingan bercerita, menjadi solo nasyid dan mempersembahkannya di depan khalayak ramai di atas pentas ceramah agama di Padang Besar Mentakab, menyertai pertandingan kupasan hadis dan masuk pertandingan syarahan ketika melalui hari-hari di Mukmin.

Aktiviti Pasukan Seragam- kami tiada pengakap atau Pandu Puteri, tetapi kami ada Syabab Mukmin (untuk pelajar Muslimin) dan Al-Baraim Al-Mukminah (untuk Muslimat). Saya masih ingat lagi, antara lencana keahlian kami adalah Lencana Al-Quran dengan keperluan mengetahui sejarah Al-Quran dan kemampuan membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul sebelum dianugerahkan lencana ini. Sangat menarik bukan?

Sesungguhnya kegigihan guru-guru dalam Laskar Pelangi benar-benar mengingatkan saya kegigihan guru-guru Al-Mukmin.

Ustaz Ibrahim
Ustazah Fatimah
Ustaz Osman
Ustaz Aris
Ustazah Hamdah
Ustazah Hasyimah
Ustazah Zalizan
Ustazah Zainab
Ustazah Hasfanizah
Ustazah Saadiah
Ustaz Toha
Ustaz Abdul Nabi
Ustazah Rodiah
Ustazah Syazwani
Ustazah Zamila
Ustaz Mahyudin
Ustazah Jamilah
Ustaz Arif
Ustazah Selamah & kakaknya (tak ingat nama).
Ustazah Norliza.
serta beberapa nama yang mungkin tercicir. Juga buat guru-guru Mukmin sekarang.

Terima kasih atas didikan kalian. Moga warga Mukmin yang sudah melata di serata pelusuk dunia memegang erat falsafah ‘generasi Muttaqin’ dan melestarikannya buat generasi-generasi mendatang.

Entry ini juga penghargaan buat guru-guru Mukmin kerana sepanjang 17 tahun ini (1991-2008) mendidik saya dan 5 adik-adik saya (Mimi, Izzati,Syuhada,Amran & Izyani) generasi demi generasi. Berakhir sesi persekolahan 2008 bermakna berakhirlah generasi kami adik beradik di Mukmin. Adik bongsu saya telah menamatkan pengajian darjah 6 nya di Mukmin. Seperti kata emak, rasa sayu juga. Dan amat sangat berterima kasih pada guru-guru Mukmin yang silih berganti mendidik 6 dari 8 anaknya. Generasi kami berhenti di sini, tetapi jika ada rezeki mungkin generasi ‘cucu-cucu’ mak pula nanti akan menjadi warga Mukmin.

Baarakallahu fiikum jami’an.

Monday, November 22, 2004

al-mukmin dalam kenangan (91-96)



Persoalan demi persoalan..
Mengapa..?? mengapa? Mengapa?

Masih basah dalam ingatan.. masa tu saya skolah rendah di SRA Al-Mukmin ( sekarang Pusat Pengajian Al-Mukmin).. sekolah kami serba kekurangan.. masa ihtifal (hari penyampaian hadiah) saya baca sajak di atas,, dengan pelbagai persoalan tentang kedhaifan sekolah kami.. kami takde padang besar.. sekolah tu cuma sebuah banglo yang biliknya dijadikan kelas ( masa darjah 1 n 2) pastu masa darjah 3 pindah kat sebuah rumah (yang sekarang jadi nursery buah-buahan n bunga2an).. rumah tu cam kota sesat.. bersegi2.. kat mana2 ruang yang boleh dijadikan kelas.. kelas didirikan..
Sangat dhaif masa tue.. cikgu pun kurang.. kami anak2 murid selalu Tanya cikgu.. kenapa sekolah kita kecik.? Takde padang? Lain macam sekolah orang lain… maklumla.. tengok sekolah orang lain semua besar2 n lengkap…

Oh ya.. lupa nak bagitau.. sekolah ni sekolah swasta.. dan saya adalah murid generasi pertama Mukmin.. maknanya masa darjah satu cuma ada kami sekelas.. bila naik darjah dua.. ada kami-darjah dua n ada adik2 kelas darjah 1…

Ingat lagi masa tu macam2 dugaan.. kami kecik lagi tapi dah mampu memahami.. masa tu heboh org kata sekolah kami takleh amik upsr.. sekolah situ takleh masuk ting. 1 sekolah kerajaan.. mukmin nak tutup.. macam2 la cerita tak baik.. kesannya dari 3o lebih pelajar. Kami tinggal 21 orang masa darjah enam,, semua mak ayah bawak anak2 keluar.. tapi kami leh berbangga bila kami (generasi pertama) ambil UPSR dr 18 calon, 6 orang dapat 4A (masa tu 4a jer..) .. di sebalik kedhaifan tula Mukmin perlahan2 merangkak n bertatih..

Kenapa Mukmin istimewa?? Sebab sukatan pelajaran menggabungkan ulum syariah n akdemik.. maknanya dari darjah 1 kami belajar 18 subjek.. (beg sekolah berat giler..) ulum syariah termasuk b,arab, quran, sirah, feqah, aqidah, dsb.. cikgu2 walaupun gajinya kecil tapi mereka semua adalah wira kami coz di sebalik tohmahan n kritikan masyarakat, dgn gaji yg kecil itu mereka tetap punya semangat juang yg tinggi untuk mendidik putera puteri bangsa dengan ilmu Allah..

Bangga jadi budak Mukmin,,kalau peljaran Quran kami hafal separuh juz amma masa darjah 1 n habis hafaz juz amma masa darjah 2.. diikuti juz 29 n 28 ( masa tu kecil lagi.. senang nak ingat n hafal.. hati masih suci.. skang banyak dah hilang.. betul nabi kata.. hafalan Quran umpama ikatan unta.. snang terlerai..bila dah terlepas susah nak kejar blik.. )

Masa darjah tiga dah hafal tasrif 14 nahu.. lumba baca siapa paling laju… kataba katabaa katabuu…. Seronoknya masa tue… masa darjah 4 belajar fiqh dah mula ada separuh sukatan dalm b.arab ( cam budak2 sm agama hafal masa ting. 1- assolat lughatan: addua’ .. kiranya dari kecik lagi asas tu dah ok… masa tu belajar seronok sangat.. orang nampak bangunan kami buruk.. tapi dalam kedhaifan tu kami jumpa mutiara2 yang banyak membantu kehidupan hari ini.. bagi saya sendiri.. banyak yg Mukmin beri.. di Mukminlah lahirnya kecintaan terhadap b.Arab.. yg akhirnya saya ambil terus untuk amik degree.. even ramai Tanya napa tak amik law atau lain2 course coz result ok.. tapi kecintaan pada lughatul Quran ni sangat mendalam.. ingat lgi masa darjah 4 ada satu hadis yg mafhumnya bermaksud.. org arab bukan dari keturunannya-ibu atau ayahnya berbangsa arab tapi adalah org yg bertutur dlm bahasa Arab.. so Nabi junjungan kan berbangsa Arab.. atas kecintaan pada bagindalah lahirnya kecintaan pada bahasa ini..

Kat mukmin gak belajar kepimpinan.. sebagai generasi pertama, saya n kawan2 sentiasa dilatih supaya jadi ának sulung yg bertanggungjawab pada adik2 n bertanggungjawab untuk menjaga maruah n nama mukmin.. Alhamdulillah kami dah buktikan.. rasanya saya n kawan2 rasa lega dah tunaikan t.jawab tu dulu dgn kejayaan demi kejayaan.. n kat mukmin lagi kami diasuh untuk bersaing dalam bentuk yg positif.. dari dulu lagi kami dilatih berani tampil di khalayak ramai.. bercerita, syarahan b.arab dsb.. n masa darjah 3 dulu, kalau ustaz Ibrahim (mudir kami) dijemput memberi ceramah kumpulan nasyid mukmin diberi peluang buat persembahan.. (masa tu saya solo ngn Zaiti.. hehe.. dah lama pencen) so rasanya masa tu la semangat m keyakinan diri dibina.. maklumla kalau buat persembahan kat pentas di padang besar bandar mentakab/dewan Tun Razak temerloh tu penonton ramai giler.. tanpa keberanian, leh tak kuar suara langsung.. n hasilnya Alhamdulillah.. menda ni terus saya bawa ke wosto.. masuk pidato, forum dsb.. paling manis jadi finalis forum remaja negeri n dapat no 3 pidato piala diraja pkt. Negeri 2001.. dengan izinNya- segalanya bermula di Mukmin..

Pasal kepimpinan.. kepercayaan guru2 di Mukmin melatih diri jadi pengawas dr darjah 3, seterusnya PKP masa darjah 6.. saya bawa ke wosto lagi.. dari f1 sampai f4 n dilantik PKP masa f5.. n bawak ke matrik UIA masa ditaklif Presiden CRC ZC,, segalanya dengan izin NYA bermula di Mukmin..

Dalm netball pun sama.. dulu masa PJ kat Mukmin.. padang terhad n satu2nya perkara yg seronok adalah dapat main netball dilatih oleh ustazah hamdah.. sampai saya bawa kemahiran tu terpilih wakil wosto dalam MASISUPA ( majlis sukan sekolah2 Agama Pahang) dr f2-4 jadi johan negeri.. masa f5 jer kalah.. tapi sampai bila2 saya ingat bakat n kemahiran tu saya dapat dengan izinNYA di sini.. di Mukmin..

Hari ini.. saya percaya.. ustaz2 n ustazah yg dulunya tersenyum dalam getir mempertahankan mukmin kini tersenyum bangga.. kalau dulu masyarakat menjangkakan mukmin hanya mampu bertahan 2 tahun,, sampai hari ini, hampir 14 tahun.. Mukmin kian membangun n terus menyumbang bakti mendidik anak2 putera-puteri agama..

Malah kini mereka pasti berbangga dengan anak2 mukmin yang telah bertempiaran menjelajah ke seluruh pelusuk dunia untuk terus menanam benih2 yg mukmin tnamkan dulu..bukan sahaja dalam bidang agama malah dalam bidang2 lain sebagai memenuhi tuntutan fardhu Kifayah.. generasi pertama.. - saya (b.Arab) n Erry (law) di UIA.. fatimah (pure chemistry) n fairuza ( akaun) di UKM, sodiq (Tesl) di maktab perguruan cheras, n ramai lagi .. malah mukmin bangga dengan Sarah (generasi ke2) yang kini di Rusia mendalami bidang perubatan n Syed ( generasi ke3) yg sedang buat persediaan ke Australia juga untuk perjuangan dlm bidang perubatan di sana… juga nama2 lain di ipta/s seluruh Negara.. anak mukmin menuju jalan menabur bakti..

Sesungguhnya.. saya bangga diberiNYA peluang menjadi antara pelajar Mukmin.. hari ini, kami melihat sendiri di sebalik kedhaifan itu, benih yang ditanam mengeluarkan bunga 2 yg kian mengharum di segenap pelusuk alam.. dan sesungguhnya perjuangan demi agama Allah memang penuh cabaran.. tapi kecekalan guru2 kini terbayar.. terima kasih guru2ku.. ustaz ibrahim, ustaz Aris (kini pen.pengarah di Jaip), ustz osman, ustzh hamdah,ustazah fatimah, ustzh zainab,ustazah zalizan, ustazah hasfanizah n nama2 lain atas kecekalan kalian, hari ini kami berdiri di sini..

Buat kawan2 n adik2 mukmin sekalian,, ukhwah kita masih teguh.. jangan kita robohkan.. kita teruskan perjuangan ini… jalan kita berbeza.. tapi matlamat kita sama.. jangan kita sia2kan… dan saya harap.. syawal ini.. di kesempatan kita berkumpul.. rasanya dah tiba masanya untuk kita buat sesuatu untuk mukmin.. rancangan dah ada.. cuma saya tuntut kerjasama n pengorbanan kalian…

Selebihnya.. kita kembali kepada motto Mukmin.. ke Arah pembinaan generasi muttaqin.. moga kita dijadikanNYA hamba yg bertaqwa..

Hari ini.. persoalan demi persoalan itu telah terjawab.. dan segalanya atas skrip ciptaanNYA.. bermula di sini..

Inna maál u’sri yusra..