Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 05, 2007

IPTA Sg Rual, jeli Kelantan

Anak-anak Pos Sg Rual- aqidah mereka harus kita bantu, agar sama-sama
menikmati nikmat Iman dan Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

jumaat 23 nov

6 petang, kami bertolak dari UIA (saya,shariah@k.awa, kak yati, Pok Abu n Hairul). Peserta-peserta lain sudah ke Rual malam rabu lalu. kami rombongan terlewat, kerana hal-hal kerja. sementara kak awa n kak yati perlu menguruskan pendaftaran mereka untuk pengajian sarjana.

2 pagi-kami sampai di rumah kakak Pok abu-Kak Ani di Ketereh, kelantan, bermalam di sana. Terima kasih buah kak ani dan keluarga atas layanan yang baik. keletah anak-anak kak ani yang comel memeriahkan suasana.

sabtu 24 nov

dari ketereh, kami ke Kuala Krai, majlis perkahwinan Pok Lan dan Musfirah (comradean meet comradean). Barakallahu fiikuma wajama'a bainakuma fi khair.

Dan Comradeans yang lain (senior-senior) yang join IPTA Rual turut keluar sebentar dari kampung, memeriahkan majlis. Gegak gempita Rumah pengantin dengan kehadiran rombongan lebih kurang 15 orang, termasuk super senior comrade yang lain (kak wan n abg nazri serta anak mereka, kak julia, kak na)..



dari kuala krai, saya menyertai rombongan peserta dari Pos Sg Rual ke Bandar Kuala Krai, membeli barang-barang yang dipesan catering. Seterusnya kami pulang ke Sr Rual, jeli. Sampai di sana, sudah waktu maghrib. Saya berfikir banyak kali, sama ad ingin pulang esoknya atau tinggal sehingga program habis, selasa nanti. Perancangan asal, rombongan kami yang datang lewat akan pulang ahad, kerana masing-masing bekerja pada isnin. saya juga bekerja pada isnin. Akhirnya saya mengalah, memilih untuk tidak pulang. Yang saya fikirkan- sejauh itu saya datang, tak sempat buat apa-apa lagi, takkan mahu pulang. Rugi. Rugi perjalanan yang panjang, rugi masa yang terbuang, tapi tak sempat menjana saham di sana. Dan saya tekad, malam itu saya mencari kawasan-kawasan yang ada network telefon, menghantas sms kepada office mate, minta pesan pada K.Sham (boss) saya ambil cuti isnin dan selasa.


Malam itu, saya menghadiri mersyuarat harian, seterusnya diminta PM (program manager) -Dik Jali mempengerusikan sharing moment bersama peserta. Peserta diminta meluahkan kesulitan dialami sejak program bermula khamis lalu, untuk diberi pandangan dan dibincangkan bersama-sama, cara mengatasi masalah-masalah tersebut.

kebanyakan peserta (terutama 1st timer) mengalami masalah dalam mendekati keluarga angkat masing-masing. Nature kaum jahai, dari suku kaum Negrito, lebih kurang sama dengan kaum Bateq (juga dari unjuran Negrito)- amat pemalu. Peserta menghadapi kesukaran mendekati keluarga angkat masing-masing. Apabila rumah dihampiri, mereka menutup pintu, atau menjauhkan diri. Soalan ditanya, tidak dihiraukan. Lalu, bagaimana ingin mengajar sesi Fardhu Ain jika marhalah taaruf sendiri belum melepasi tahapnya??? Dan pelbagai situasi lagi diberikan adik-adik tentang kesulitan mereka.

Majlis bersidang, bertukar-tukar pandangan dan pendapat, para senior memberi tips untuk dikongsi berdasarkan pengalaman-pengalaman baru. Esok menjanjikan harapan, moga hati-hati mereka dapat didekati.

25 okt- Ahad

Pagi, ada gotong royong pembersihan kampong dan kawasan perkuburan. Kaum bapa bergotong-royong, bersama anak-angkat masing-masing. Saya sibuk di dapur. Hari ini nama saya naik untuk membanti catering memasak untuk makanan tengahari. Sup ayam dan sayur kubis. Untuk orang kampong (lebih kurang 400 orang) dan peserta (dalam 70org). Waktu makan tengahari, orang kampong datang beramai-ramai. ‘Gerai Che da’ laris. Rupa-rupanya, jumplah penduduk kampong yang datang pada hari ini lebih ramai dari jangkaan, ramai dari hari-hari sebelumnya. Jenuh catering di dapur memasak. Sup ayam tak ckup. Back up dengan sardin. Dan peserta sendiri, kebanyakannya hanya makan jam 3.30 petang, mendahulukan orang kampong.


Biro Modul meneruskan aktiviti pendidikan bersama anak-anak penduduk, sementara biro keceriaan meneruskan aktiviti menceriakan kampung dengan mengecat batu-batu berhampiran sungai dan melukis mural.


RnD pula giat menjalankan kajian, menemu ramah orang-orang penting di Kampung untuk menghabiskan keperluan kajian yang masih berbaki.

Petangnya- sukaneka untuk kaum lelaki. Tarik tali, sumpit belon, gusti lengan. Meriah dan ramai sekali orang kampong turun. Kaum ibu pula diadakan HELWANI (hal ehwal wanita), meraut lidi kelapa sawit untuk dijadikan penyapu- (satu ‘didikan halus’ supaya mementingkan kebersihan. Lazimya, suku kaum negrito kurang mementingkan kebersihan. Ini dapat dilihat dari persekitaran kawasan kampong dan sekitar rumah yang kurang memuaskan)


Malam- makan malam bersama penduduk kampong lagi. Fardu Ain- tak ramai penduduk yang hadir. Cuma kehadiran anak-anak mereka mengubat kehampaan. Juang terus juang, jangan patah semangat. Mereka akan terpanggil untuk hadir nanti.


Sesi mesyuarat seperti biasa, berjalan lancar. Usai meeting, brothers ada meeting khas untuk persembahan malam kebudayaan esoknya. Saya dan akhawat yang lain, mengadakan sesi heart to heart sesame sendiri. Saya senang, berjumpa anak-anak muda (adik-adik, terutama first year, new comers dalam COMRADE), berkongsi pengalaman dalama perjuangan dan pelajaran, menitip nasihat dan harapan, agar perjuangan dalam dakwah ini diteruskan mereka selagi punya kesempatan. Jika tidak kita, siapa lagi? Jika tidak sekarang bila lagi? Dunia islam diserang dari luar dan dalam. Kristianiti, Bahaisme, Hindraf, Aluj.. Dakyah mereka merentasi sempadan dan hutan. Lalu, masihkah ada sebab untuk kita katakan tidak pada panggilan mempertahankan agama tercinta??
pakaian terpakai.. ini je yang mampu diberi..
sedang gerakan kristian- material mereka hulurkan melimpah ruah

26 okt- Isnin

Bangun pagi. Jadilah barisan tentera yang terpilih menyertai angkatan Salahuddin Al-Ayyubi. .

Persiapan acara penutup dimulakan dari pagi. Tiap biro ada tugas tersendiri. Saya membantu Program Coordinator menyelaraskan segala-galanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancer. Mujur, VIP yang turun bukan orang-orang besar ( tidak suka terikat dengan protocol itu dan ini). Majlis penutup berjalan lancar, diikuti kenduri besar-besaran.

Lepas Asar- satu pengalaman baru, dan agenda baru yang tak pernah dilakukan warga COMRADE dilakukan. Dato’ Dr Razak (mantan pengarah HKL- aktivis dakwah ABIM) menyumbangkan 1000 anak getah kepada penduduk kampong. (sejarahnya, penduduk kampong ini diislamkan oleh kumpulan pimpinan Dr Razak beberapa tahun lalu).

Maka bermulalah kerja-kerja secara bergotong royong, mengisi tanah dalam poly bag, menanam anak getah, menyiram dengan air. Lewat petang itu, hampir 700 anak getah disemai.


Malam- malam kebudayaan. Orang kampong bersewang. Sewang ala moden yang melepasi ‘piawaian comrade’. Diikuti persembahan nasyid anak-anak muda kampong. Peserta UIA (brothers) sendiri menyampaikan rangkaian lagu-lagu nasyid.

27 oktober- Selasa
Tazkirah Subuh pagi itu disampaikan Dr Razak. Mengalirkan semangat juang untuk berdakwah pada hati-hati anak muda. Beliau sendiri, selepas bersara dari berkhidmat dengan kerajaan (tahun 2004) terus berkhidmat sebagai daie sepenuh masa. Punya Rumah anak yatim di Kelantan. Juga rumah anak yatim di aceh. Meyumbangkan tenaga n harta masuk ke kampong-kampung orang asli di semenannjung. Juga ke Borneo. Memberi inspirasi pada kami dalam gerak kerja dakwah.

Selepas sarapan, AJK tertinggi melakukan post mortem program. Peserta-peserta lain pula menghabiskan penanaman anak getah.

Berkemas untuk pulang. Ziarah Wida’. Anak-anak angkat dikejutkan dengan cenderahati-cenderahati pemberian keluarga angkat masing-masing. Sungguh, mereka menjauh dan malu-malu bila dihampiri, mereka menutup pintu bila rumah didekati, tapi bila saat perpisahan itu, mereka memandang anak-anak angkat dengan sedih, kemesraan dan kasih sayang, tautan hati itu wujud sebenarnya, Cuma tidak terzahir. Jika tidak, masakan mereka mengerah tenanga,mencari/membuat pelbagai cenderahati untuk anak angkat masing-masing? Dari hasil hutan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Kemuning, hinggalah kraftangan- Sikat buluh, tikar mengkuang, malahan sumpit, dan ada juga yang ingin menghadiahi anak-anak dengan telefon bimbit! Anak-anak terkedu, ada yang menerimanya, ada yang terpaksa menolak dengan baik (telefon bimbit- bukankah harganya mahal? Mereke mengorbankan sebahagian besar pendapatan mereka untuk anak-anak angkat)..

Alasan penduduk kampong- anak-anak dan buat macam-macam pada kami, tapi kami tak mampu balas apa-apa. Untuk itu, mereka berusaha memberi apa yang termampu.

Moral-dalam kekurangan, mereka berusaha memberi penghargaan. Kita?? Seringkali alpa dalam menghargai, hatta mengucapkan ‘terima kasih’ kepada orang di sekeliling kita.

Rual ditinggalkan dengan 1001 pengajaran. Sementelahan ini kali pertama comrade melakukan aktiviti di sini, saya melihat kemesraan di penghujung program adalah satu pencapaian. Apatah lagi, mendekati kaum Jahai bukanlah satu perkara yang mudah, tidak semudah mendekati Temiar dan Semai.

Pesanan buat adik-adik, lihatlah natijahnya, malam itu kalian luahkan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi menghampiri dan mendekati mereka. Dan di penghujung perjuangan di sini, kalian sendiri mengalaminya. Tatap bening mata mereka, mengharapkan kalian datang lagi, dengan misi pada marhalah setesnya, selepas marhalah taaruf ini dikira berjaya.Paksikan ikhlas dalam diri, doa tanpa henti pada Ilahi. La Hawla wala quwwata illa billah. Kita akan datang lagi nanti, Insya Allah dan saya yakin, misi kali seterusnya akan lebih mudah kerana misi pertama ini telah menautkan hati-hati kita semua dengan mereka. Allahu Akbar!


....
rupa-rupanya, 'kesenyapan' saya pada program kali ini diperhati. Hingga officer yang mengiringi menegur, kenapa saya lebih banyak berdiam diri.
jawab saya- saya sudah tua, dulu saya memimpin program, riuh menegur dan menyapa tiap peserta,melarik kemesraan dan kerukunan, memberi arahan dan menegur kesilapan,
kali ini, saya lebih senang menjadi pemerhati, bercakap apabila perlu, menasihati bila keadaan memanggil. selebihnya, saya percaya pada pimpinan adik-adik baru, mereka ada cara mereka sendiri, selagi cara itu masih menuju hadaf, saya persetujui.

dan buat akhawat, persoalan mereka tentang 'keseriusan' saya telah terjawab pada sesi heart to heart malam itu. Mereka yang mengenali saya, mereka tahu, siapa saya.

1 comment:

A.I said...

salam...

kite baca blog nih dari page comrade.

iA, kalo tak dak aral, ada kosong kite nak pi jugak kpg rual hujung sem nih.


this is my third times masuk kpg, first time masuk rual. baru gak join2 comrade nih.


meleleh air mata baca yang saat perpisahan. thats the most scary thing to face bila pegi sana.
sedih, sangat sedih!! =(


semoga semua ok2 belaka. iA.....