Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 14, 2007

banjir oh banjir

bandar mentakab dinaiki air.
Ini gambar Pasaraya TF. Ini sebenarnya laluan kereta,
(nampak tak ada traffic light?) banjir melanda, peringatan untuk kita,
ihsan: berita harian online
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Semalam,seperti selalunya, emak menelefon. Memang tiap 2 hari, mak akan telefon, kami akan berbual panjang, perihal rumah dan keluarga tentunya. Khabar wan, adik-adik, emak dan abah sendiri. Selain bercerita tentang study dan kehidupan di kampus ni. Dari saya, yang baik-baik aje tentunya. Timbunan masalah (jika ada) lebih senang memikul sendiri, tidak mahu membebankan mereka..


Mak memberi khabar gembira, kak chik sudah semakin sihat, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!. boleh dikatakan 99% sihat. Boleh solat sendiri, tanpa apa-apa gangguan, boleh masuk ke dapur, lincah membuat kerja-kerja rumah. Tentu saja khabar yang amat menggembirakan, saat yang kami sekeluarga nantikan sejak 2 tahun ini..


dan khabar buruknya, tentulah keadaan banjir di negeri kelahiran, tambah-tambah lagi di Mentakab dan temerloh sendiri. Kata mak, bandar mentakab dinaiki air. Tong Fatt (pasaraya) dinaiki air sampai ke pinggang. Dari Taman Saga, terputus hubungan dengan bandar-bandar di sekitar. SAya kira, abah tentu telah bersedia menghadapi keadaan ini, saya masih ingat, tahun-tahun sudah, tiba musim hujan, abah akan ke bandar, membeli segala jenis makanan, membanyakkan stok beras dan makanan lain, sebagai persediaan menghadapi banjir. Jika banjir teruk begini, kami akan terputus hubungan dengan bandar. Tapi tahun-tahun sebelum ini, tidak pernah banjir seteruk ini.Tahun ini, banjir teruk melanda. Dari gambaran yang diberi, yang terburuk sejak saya lahir. Tidak pernah seumur hidup ini,seingat saya, bandar mentakab ditelenggami air seteruk ini.


Mak sendiri, sudah 3 hari tidak pulang ke rumah. Jalan tutup kerana dinaiki air ketika beliau berada di pejabat di Bentong. Maka terpaksa bermalam di Rumah Mak Long di Chamang. (berada di bentong, tidak merisaukan. Ramai adik beradik emak menetap di sana)

Di rumah, bekalan air terputus. Adik2 (3 yang bongsu) tinggal bersama wan dan abah. Keadaan agak sulit. kesian kat wan. Orang tua, dia sangat banyak bergantung pada air untuk mengurus diri. 3 hari bekalan air terputus, dan terputus juga laluan ke bandar, abah yang kalut mengurus rumah, mengurus wan. Moga Allah mudahkan semuanya untuk mereka.


Khabarnya, bekalan air dan elektrik terputus. Bandar mentakab dan temerloh lumpuh. saya menyelak helaian berita harian hari ini, ada gambar bandar mentakab ditelenggami air. sedih. tiba-tiba saya jadi sayu. Inna lillah, wainna ilaihi raajieun.. seperti kata seorang sahabat- mungkin banjir dijadikan oleh Allah untuk menyuci segala dosa dan sampah.


membuat saya berfikir, benar, 2 3 tahun kebelakangan ini, Temerloh bukan lagi bandar yang 'damai' seperti dulu.. Dulu, tiada konsert, tiada pesta hiburan. 2 3 tahun ini, mudah benar melihat poster-poster persembahan artis di kawasan sekitar. Konsert jadi acara tahunan. Bumi tanah tumpah tempat saya membesar kian ternoda.. Mungkin inilah 'peringatan' dari DIA, atas kelalaian sendiri.. moga jadi ingatan dan ikhtibar..



***

saya akan bercuti panjang, dari selasa sebelum raya haji hingga 25- hari krismas. tidak sabar pulang ke laman ayahbonda. sudah lama saya tidak menghabiskan masa berlama-lama di rumah. Ini untuk mengotakan janji pada emak. dan alhamdulillah, kebetulan cuti itu memang lama.. within the days, i'm yours..

No comments: