Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 13, 2008

tersiat dan terhiris

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

jumaat. penghulu segala hari pada penghulu segala bulan. Hati tersiat.
Saya menghadiri Iftar CCAC- co-curricular rector's message. Dalam buku aturcara yang diedarkan tertulis agenda- pelancaran buku-buku rujukan CCAC untuk Halaqah dan Leadership serta anugerah buat beberapa kategori dalam sistem CCAC. terselit jua di situ- launching of signature dance. Hati tertanya jua, 'dance' apakah ini?

Tuan Rektor tidak datang. Ke Morocco katanya. Tidaka mengapalah, mendengar ceramah DR Akmal dan Ustaz Hamidon pun rasanya lebih enak . Mutiara ilmu dan hikmah yang berharga. Tiba ke acara pelancaran 'signature dance' yang katanya dijadikan IIUM Trademark. Hati menyumpah. marah. geram. tersiata. Trademark apakah? Saya tidak nampak kewajarannya langsung malah amat bertentangan dengan IIUM. Siapakah punya idea ni? Karut. Memang karut.

beberapa wanita dengan 2 lelaki mempersembahkan tarian dengan pakaian putih yang membalut nangka. Malu dan geram sungguh rasanya. Terkinja2 di depan hadirin, di pentas yang selama ini menyaksikan majlis bersejarah seperti konvokesyen para ilmuan. Satu dewan terkejut. Bunyi rungutana di mana-mana. Hati menggelegak. Tapi hanya itu mampu dilakukan. Selemah-lemah iman.

KHabarnya para urusetia dari CCAC sendiri terkejut kerana mereka tidak diberitakan tentang penyertaan acara 'aksi terlebih melampau' beberapa minit sebelum berbuka puasa ini. Maka tidaklah diketahui siapakah yang punya idea.

Usai majlis, katanya ada pelajar yang menulis memorandum dan mengutip tandatangan menentang pengiktirafan tersebut. Sayangnya saya tidak pula terjumpa pelajar-pelajar ini. Mahu juga amenurun tandatangan. 1000 kali pun takpa. Karut. Memang karut!

5 comments:

roslini ashari said...

Wah, kenapa UIA sekarang makin mengarut ni? Ishkh, kalau dulu bangga jugak jadik student UIA, skang ni macam...errrkk...tak yah la cakap. Dengan cerita ashraf tu lagi. With ur stories? What's happening to our university? =(

Ibn Yusof said...

Bismillah,

Selaku saksi di tempat kejadian, sy tidak dapat tidak untuk bersetuju dengan coretan yang saudari nyatakan di atas.Cuma ayat:-

"Saya tidak nampak kewajarannya langsung malah amat bertentangan dengan IIUM. Siapakah punya idea ni? Karut. Memang karut."

Mungkin boleh diubah untuk lebih menghangatkan pernyataan tersebut:-

"Saya tidak nampak kewajarannya langsung malah AMAT BERTENTANGAN DENGAN ISLAM. Siapakah punya idea ni? Karut. Memang karut."

Sekadar luahan sama.(Tiada masa untuk meluahkannya sebagaimana yang saudari nyatakan)

Kami juga dari pihak brothers kecewa dengan semua termasuh pihak atasan yang menontonnya dari awal hingga ke akhir rancangan. Sekurang-kurangnya kami mengharap USTAZ Hamidon atau Bro. Akmal selaku orang yang berjawatan besar menghentikan perkara tersebut.

Apa yang kami dari pihak Bro. mampu buat hanyalah keluar dari dewan sebagai tanda bantahan.(Itupun orang tidak peduli sebab mata kesemuanya tertumpu pada pentas dengan aksi yang 'mengagumkan')

Maka mata mereka 'berbukalah puasa'sebelum mendengar azan.Huhu

Wallahu'allam.

Anonymous said...

Saya dapat membayangkan situasi dan keadaan yang berlaku serta dialami oleh kalian, tapi boleh jelaskan lebih lanjut tak pasal "signature dance" tu? tak berapa fahamla..huhu

Kalau benarlah sebagai dikata bahawa ia akan menjadi IIUM Trademark, ia sesuatu yang memalukan dan memang mengarut sama sekali.

Pihak-pihak bertanggungjawab dalam hal ni akan berdepan yaumal hisab kelak untuk menjawab isu yang bisa membawa fitnah kepada agama Islam itu sendiri.

Buat hari Jumaat, dalam bulan Ramadhan pulak tu..Allah ta'ala lebih mengetahui niat si pelakunya dan balasan setimpal untuknya..

Fai Haneul said...

saya berada di sana juga untuk majlis tersebut, dan selaku kelab yang akan perform semasa tetamu sedang makan, kami duduk di backstange. semasa sedang bersiap sedia, terasa pelik jugak tengok sekumpulan wanita yang berpakaian "pelik" (padahal kat CAC and untuk majlis CCAC).

masa rehearsal takde pulak mereka itu..kami tak kenal pun sapa mereka and agak terkejut, mereka rupanya signature dangers tu..

huhu...kalau tulah dance nye...baik tak payah..baik jadikan turkish dance ke, saman acheh ke..lagi bagus.. takde signature dance pun takpe sebenarnya..huhu~

kami sebagai pelajar agak malu la jugak...

Dini Syarif said...

Assalamualaikum wbt.

Bukankah program Rector's Curricular Message itu ada menghimpunkan pada Nuqaba' Halaqah UIAM? Masakan persembahan sedemikian boleh ditontonkan di hadapan kalian?

Bagaimana pula dengan tindakan para nuqaba'? Ada sebarang protes, atau sekurang-kurangnya protes secara senyap?

Ada siapa-siapa yang ada foto tarian tersebut?

UIAM. Makin hilang seri keislamannya.

- Mantan Naqib CCAC