Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, April 07, 2007

SPEECH ENHANCEMENT SKILL IN ARABIC

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Waktu revision week ari tu, Arabic Debate Club IIUM adakan one day workshop. Saya dijemput untuk bersama-sama menghadiri dan berkongsi pengalaman sebagai seorang Arabic Debater dalam workshop tersebut. Tujuannya adalah untuk meluluskan cadangan mewajibkan Speech Enhancement Skill in Arabic ( sebagai Credited Course) untuk pelajar-pelajar BARB, IRK dan LAW Shariah, bermula intake next session.

Workshop dihadiri oleh Dean untuk IRK dan LAWS serta setiap head department dalam kedua-dua kuliyyah tersebut, Director Speech Enhancement and Public Speaking Skill IIUM, Head Credited Co-Curricular Unit, IIUM, trainers debat bahasa Arab dan para pendebat bahasa arab uia.

Alhamdulillah, dalam sesi pagi, persetujuan dicapai dari dean dan semua head of department serta Head CCAC untuk menjadikan Speech Enhancemenet Skill in Arabic sebagai credited co- curricular untuk pelajar-pelajar tadi menggantikan system halaqah (study circle) yang ada sekarang.

Kalau system sekarang, semua pelajar sem 1 dan 2 wajib mengikuti halaqah (usrah/study circle). Namun dalam keadaan sekarang, saya sendiri berpendapat sillibus halaqah tersebut sebenarnya adalah perkara2 asas sahaja, so bagi pelajar2 IRK/Law shariah/ Barb yang pastinya datang dari sekolah agama, perkara2 tersebut adalah pengulangan bagi mereka. Bagi pelajar-pelajar yang datang dari sekolah yang bukan aliran agama, memang subjek tersebut penting bagi mereka. tambahan ada tahsin quran dan hafazan separuh juz amma dalam silibus tersebut, sangat membantu pelajar2 yang amat jarang menyentuh, membaca apatah lagi menghafal quran untuk didik mereka..

Berbalik kepada Speech Enhancement Skill in Arabic (SESA) tadi, objektifnya adalah untuk wujudkan biah bertutur dalam Bahasa Arab. Sebab dari rungutan pensyarah-pensyarah, pelajar2 agak pasif di dalam kelas, antara puncanya- kurang confident untuk bertutur dalam bahasa Arab (maklumla, kat UIA ni, subjek agama diajar sepenuhnya dalam B.Arab. Dalam B.I Cuma untuk pelajar2 non-islamic course).. setelah diamati dan dikaji, puncanya bukan tidak tahu bahasa Arab, tetapi kurang keyakinan untuk bertutur. Sebenarnya, mereka menguasai bahasa Arab dengan baik. Mereka membaca kitab-kitab turath dalam bahasa Arab, buku-buku rujukan dan nota dalam BA, lecturer dalam BA, assignment pun dalam bahasa Arab. So, penguasaan ada, Cuma kurang keyakinan.

Budak2 BARB pun sama (termasuk saya).. hakikatnya, kami tidak seghairah budak2 BENL (English language) yang gah berbahasa inggeris di mana-mana sahaja mereka berada. So, pentingnya nak wujudkan biah (suasana) yang boleh encourage cakap arab n mumarasah ni.

Dalam workshop tersebut, kami para pendebat berkongsi pengalaman, betapa bertutur itu sangat membantu membaiki bahasa, dan membantu menjadi aktif dalam perbincangan di dalam kelas..

Syabas untuk Arabic Debate Club. Dalam usia 3 tahun penubuhan, dah mula mengorak llangkah, memberi khidmat untuk lebih ramai pelajar, dan bukan tertumpu pada pendebat2 sahaja.. saya percaya, jika dilaksanakan, gagasan ini akan banyak memberi manfaat kepada semua dan kepada bahasa al-quran yang tercinta ini.

Malah, hal ‘cost-effectiveness’ ni dah sering dibincangkan dalam meeting student leaders sebelum ni. Masa hadiri Mc lead (management course for student leaders) tahun lepas, kami diajak berbincang untuk keluarkan idea, buat program yang boleh bagi manfaat kepada seramai mungkin orang, dengan kos yang berpatutan. Seringkali disebut contoh- debat, kos mahal (yuran penyertaan, elaun trainer dan debater, pengangkutan (kalau kat oversea lagi mahal kos), penginapan dsb) tapi kesan pada pelajar –Cuma melibatkan pelajar yang terlibat jerla.. pada nama UIA memang tak dinafikan tapi yang penting, apa yang student dapat..

Compare dengan program community services (yg UIA agak kedekut keluarkan budget tu).. manfaatnya meliputi jumlah student yang ramai, masyarakat, kos takderla semahal debat.. so, cost effectivenessnya memang tak dapat dipertikaikan..

So saya nampak idea ini adalah gabungan antara 2 hal ni, coz kesannya akan dirasai oleh ramai pelajar. Tambahan pulak silibus digubal mengikut keperluan kursus2 tadi.. so tak mustahil satu hari nanti, akan diadakan moot court dalam bahasa Arab pulak.. saya harap saya akan dapat tengok nanti..

Alhamdulillah, 1st step dah settle, sekarang cadangan ini akan dikemukakan dalam senate meeting. Jika diluluskan, sem depan akan bermula SESA. Dan masa sesi petang workshop tersebut, amanah berat diterima. Sementelahan saya akan menyambung master di sini, saya diharap dapat memberi sumbangan secara aktif untuk perlaksanaan SESA. Menjadi trainer untuk SESA dan membantu trainer sedia ada menyusun silibus SESA, based on experience saya.. Insya Allah, saya ingin membantu selagi terdaya. Sama-sama kita menyebarkan bahasa Arab dalam masyarakat.. Moga dipermudahkan..

No comments: