Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 31, 2009

Abah: hadiah hari lahir teristimewa

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1 November tiba lagi (walaupun entry ini awal)

Hari ini hari lahir abah yang ke 55..
dan saat ini, abah sedang menjadi tetamu Allah, menunaikan haji di Kota Suci mekah..
saya pasti, ini hadiah hari lahir yang teristimewa untuk Abah..
Keadaan terkini, Abah sudah sampai di Mekah selepas hampir seminggu di Madinah. Namun ditimpa masalah- bagasi Abah yang diuruskan pekerja Tabung Haji hilang entah ke mana.. Maka Abah masih menunggu bagasinya..
Moga-moga dipermudahkan semua untuk Abah..
Kembali bercerita tentang Abah
Saya mula rindukan dia.. pulang ke rumah minggu ini, tiada suara dan wajah abah..selalu ada sama-sama, terutama masa makan ..
dan tahun ini, tiadalah sambutan hari lahir untuk Abah, mungkin tunggu dia balik. Yang penting, dia selamat di sana dan pulang dengan haji mabrur, Insya Allah.
Saya masih ingat ketika di sekolah, masa saya di tingkatan 4- Adik saya Nazifi tingkatan 3, Mimi tingkatan 2. Kami buat kejutan kat Abah. Hantar kek hari lahirnya ke makmal sains. Masa tu Abah tengah mengajar..
Masa saya di tingkatan lima, kami hantar kek ke Bilik Guru lelaki, Abah tengah tanda buku pelajarnya..
Tahun depan Abah akan bersara, mengakhiri tugasnya di SMA Al-Wosto, Insya Allah selepas hampir 21 tahun mengajar di Al-Wosto..
Saya masih rindukan saat-saat sebelum Abah ke Mekah. Saya menolong Abah memeriksa barangan yang ingin dibawa dan memasukkan 'sarung' Tabung Haji pada begnya, menampal tanda nama pada beg..
Saya juga terharu melihat Abah memfotokopi doa-doa dari buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman yang saya belikan untuknya bila dapat tahu Abah bakal menjadi tetamu Allah tahun ini. Kertas yang difotokopi itu dibawa bersamanya ke Mekah..
Doa yang saya kirimkan untuk Abah bacakan di sana sekadarnya; mengharap dipermudahkan segala urusan jodoh,tesis dan pengajian DPLI. Doa menjadi insan yang hampir di sisiNYA, doa tentang tempat posting nanti-moga diberi sebaik-baik tempat- dan satu doa yang saya harap akan dimakbulkan: Untuk saya jadi Tetamu Allah juga satu hari nanti, dalam usia yang masih muda, Insya Allah.
Di rumah, memang keadaan agak sunyi. Emak juga nampaknya resah. 'Boyfriendnya' jauh, sebelum ni tak pernah berpisah sejauh dan selama ini..
Wan (nenek saya, mak mertua Abah) juga nampak resah. dia mula resah sejak beberapa hari sebelum keberangkatan Abah. Katanya, kalau umurnya tidak panjang (tahun ini umur wan 98 tahun) dan ajalnya tiba saat Abah di sana, akan kuranglah seorang untuk solatkan jenazahnya. Sebelum Abah ke Mekah, Wan mengirim duit untuk saya belikan dodol di Pekan Sehari temerloh, untuk Abah bawak bekal katanya. Sebab dia tahu Abah sangat suka makan dodol.
Yang paling penting, dari satu sudut, saya melihat bahawa Abah adalah menantu yang sangat disayangi Wan. Sebab: Abah amat baik melayani Wan, lebih-lebih lagi ketika usia Wan kian menginjak tua..
Abah amat rajin melayan makan minum wan. Wan agak cerewet. Maklumla,selera orang tua.. maka setiap kali sebelum ke pasar, Abah akan tanya Wan, apa yang ingin dimakan. Abah juga amat rajin melayan Wan berbual itu dan ini.Amat sabar dia melayan kerenah Wan. Wan dah tua, jadi pendengarannya kurang. Namun abah tetap sabar melayannya berbual, walau terpaksa mengulang cerita yang sama 2 3 kali..
Entry saya melompat-lompat kan? tak apalah, saya sekadar menulis apa yang terlintas..
Untuk Abah..
semoga Abah beribadah dengan tenang di sana.. Doakan kak Ngah yer..
Selamat hari Lahir , moga Allah panjangkan umur Abah supaya Kak Ngah dapat berbakti pada Abah dan Emak dan supaya Abah dapat tengok kejayaan Kak Ngah nanti...
اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Saturday, October 10, 2009

melankolik

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

2 3 hari ini, saya sangat melankolik.. tidak tahu mengapa.. Saya mencari ruang untuk mencari diri dan mengembalikan momentum dalam diri. Syukur Ya Allah, waima di sebalik melankolik itu, 2 peperiksaan semalam dapat dijawab dengan baik. ALhamdulillah.

Pagi tadi ada kelas Pn NOr. Semalam saya sudah menghubungi Pn Nor, minta pelepasan dari kelas. Hari ni (tengahari) ada kenduri di rumah kerana abah akan menjadi tetamu Allah tahun ini. Insya Allah pergi 20 hb nanti. Sayangnya Pn NOr tidak memberi pelepasan. Saya mesti hadir ke kelas katanya.

Sesi pertama kelas (penerangan + tips exam) dari Pn NOr selesai.Lalu dia memberi pelepasan untuk saya balik awal sementara kelas dihabiskan dengan presentation beberapa pelajar lain. Hari ini sesi konvo pertama bagi tahun 2009. Ketika melalui Main Auditorium, saya menjenguk video yang dipasang, siaran langsung dari CAC. Sesi penganugerahan PHD sedang berlangsung. Saya cemburu yang amat. Meremang juga bulu roma melihat satu persatu nama dipanggil menerima anugerah tertinggi dalam akademik. Jeles.Jeles.Jeles. Campur terharu. Berlinang air mata juga. Saya memang begini. Saya mudah terharu dengan satu-satu 'victory'. Saya harap itu satu momentum buat diri. Saya akan rasai juga satu hari nanti, biiznillah.

TAHNIAH!
2pm tadi sesi penganugerahan MA.. Tahniah kawan-kawan yang menerima MA masing-masing tadi, terutama my Dear Asma, Kak Zaiton n Jannah my roomate, kak Salwa,Kak Mardhiana, Kak Nik Mursyidah dan yang lain-lain. Sedih juga tidak dapat bersama kalian. Namun saya percaya perancangan Allah untuk saya lebih baik. Kerana banyak perkara luar kawalan yang berlaku, ditambah kelemahan dan kemalasan saya.. Namun Insya Allah, tahun hadapan saya akan menerimanya.. and double convocation (+ the 'third' one?) Insya Allah..

AGM COMRADE
Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri AGM COMRADE. Tahniah buat board baru. Teruskan perjuangan. Tahniah buat COMRADEAN yang konvo n welcome to Alumni. Harap Alumni lebih aktif lepas ini..

only Allah know how much i miss the comradeans.. Terutama kawan-kawan seangkatan saya....

KHALI..LOMPONG,
Terasa ada lompong di situ. Saya usir setiap keterkilanan dan keterasaan. Saya sisihkan tiap yang memakan hati.. Saya maafkan tiap yang terkhilaf. Namun masih ada lompong di situ. Ya Allah, isi kelompongan itu dengan cintaMU. isi kegusaran itu dengan syukur padaMU. Moga ruang yang lompong itu tidak menjauhkan aku dariMU.

Kenangan Indah di Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Aidilfitri.

Rasa bersyukur sangat dapat meraikan Aidilfitri hari ini dengan penuh kenikmatan.
me and my lovely Ika and Aisyah
1 Syawal

Selepas bermaafan sesama keluarga, kami menyiapkan juadah istimewa untuk kenduri kesyukuran merangkap Rumah Terbuka kami. Selepas Asar, kenduri kesyukuran bermula. Kenduri ini sempena keberangkatan adik saya yang ke -5 Izzati ke Jordan pada 3 Syawal kelak. Alhamdulillah, ramai sanak saudara dan rakan taulan berkumpul di rumah. Terasa ukhwah itu amat indah.Malamnya, sahabat sejati saya dari Mukmin datang- Fairuza, Fatimah dan Nawwar

2 Syawal

Duduk di rumah melayan tetamu yang tidak putus-putus berkunjung.

3 Syawal

Awal pagi lagi kami ke Kuantan. Izzati akan berlepas ke Jordan. Perjalanan Kuantan-KLIA-Doha-Amman akan bermula petang nanti. Petang itu, air mata kami sekeluarga tumpah di Lapangan Terbang Kuantan melepaskan dia memulakan kembara ilmunya sebagai siswi di University of Yarmouk, Irbid dalam bidang Ekonomi Islam. Selamat bermusafir menggali khazanah ilmu, moga kembali dengan ilmu sarat di dada buat agama dan nusa
Me, Izzati and si Bongsu Yani
Family picture with red nose ;-) tarikh salah set pulak..
5 puteri mak n abah.. look like i'm the youngest ? ;-)
4 Syawal

Di rumah. Melayan tetamu. Rakan-rakan sekolah berkunjung ke rumah

5 Syawal

Di rumah lagi. Masih ramai tetamu berkunjung. Sahabat saya Eibe datang bersama anak dan suami

6 Syawal

Selepas Asar- mengunjungi keluarga sahabat saya Fatimah di Temerloh. Diikuti ziarah Dr Sarah yang bertugas di Hospital Temerloh. Sahabat saya ini baru pulang dari Moscow dan baru memulakan housemanship di hospital tersebut. Tiada cuti raya buatnya maka saya dan adik membuat ‘lawatan mengejut’ ke hospital. Seterusnya kami ke rumah guru saya ketika sekolah rendah- Ustaz Osman.
beraya di hospital bersama Dr Sarah
7 syawal

Ziarah ‘istimewa’ sebelum menghadiri 2 majlis kenduri kahwin.

1) Kenalan di Felda Purun

2) Sahabat sekelas saya di SMA Al-Wosto Rafidah di Felda Triang 3. Tahniah kak long (Rafidah) dan suami
Dapat berjumpa ramai Wostorian. Dan kami menyambung ziarah ke rumah kawan-kawan yang berdekatan
antara wostorian yang dapat bertemu hari itu... Safawati dah 2 anak..

8 Syawal

Kenduri kahwin 2 sahabat sekelas saya- Hasnah dan Sidek.Mereka berdua 'mengejutkan' kami kerana tak ada angin, tiba-tiba kad undangan diterima.. Ketika rombongan pengantin sampai, kami beramai-ramai beratur menyambut.. rasa terharu tengok tangan Sidek memimpin tangan Hasnah.. Berseri-seri.. Ramai sekali wostorian batch kami berkumpul. Yang dah berumahtangga datang bersama suami/ anak-anak. Meriah sungguh. Cikgu Zaki turut hadir.


Antara wostorian yang hadir..

Kemudiannya kami berkonvoi menziarahi rakan-rakan yang berdekatan. Alhamdulillah seronok dapat berjumpa rakan-rakan zaman sekolah. Sebahagiannya tidak saya jumpa sejak 9 tahun lalu! Alhamdulillah. Amat manis pertemuan ini. Moga Ukhwah berpanjangan.

2 'beg susu' yang mengiringi konvoi kami.. kerana 2 dari ahli rombongan sudah mempunyai anak.. akan bertambah mungkin beg seperti ini dalam konvoi tahun depan dan tahun akan datang? :-)

Thursday, October 08, 2009

Kuatlah hati...!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kembali menjenguk rumah ini.. ingin melepaskan lelah..

Belum habis bercerita tentang raya yang pelbagai warna.. kalaupun tiada coretan, akan saya tempelkan gambar sekitar suasana hari raya. Amat bersyukur kerana Aidilfitri memberi ruang merapatkan ukhwah.. dan ketemu wajah-wajah yang dirindui.. hatta yang tidak bertemu sekian lama...

Habis raya terus bertungkus lumus dengan assignment dan menyusuk Kem Bina Insan Guru yang amat meletihkan. Syukur, perkara baru yang saya pelajari..

Minggu ini, final exam bermula.. moga dipermudahkan semua.. Malam tadi tangisan ini tumpah jua, setelah sekian lama saya menguatkan diri menempuh setiap bebanan di kiri dan kanan. Sungguh, saya hanya insan yang lemah. Sekuat manapun saya, hanya dengan kekuatan dari DIA yang menguatkan saya. Mungkin malam tadi saya terasa amat penat.Dan tekanan itu amat memuncak. Hari ini saya ingin bangun dengan hati yang berlapang dada dengan setiap ujian . Moga DIA memberi kekuatan yang amat saya perlukan.

Oktober. Saya memberi masa hingga hujung tahun ini untuk menyelesaikannya. Insya Allah. Saya tahu saya boleh lakukannya. Saya perlu kuat!

Abah akan ke Tanah Suci Mekah, menjadi Tetamu Allah pada tahun ini. Insya Allah akan ke sana 20hb nanti.

ok, cukup sampai di sini. Saya menjeguk hanya untuk meluah rasa. Izinkan saya berundur. Ada banyak tanggungjawab menanti.

Dia.. Terima Kasih kerana tidak henti memberi kata semangat.

الله المستعان

Wednesday, September 16, 2009

tetamu Dataran Syam

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk adik tersayang- Nur Izzati Jamaludin yang akan ke Jordan 3 Syawal nanti, disalinkan semula azimat ini buat bekalan:

TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam

Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995

Kredit kepada www.saifulislam.com

berbuka di mana?....

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semakin berkurang pulak post di bulan Ramadhan ni.. Masa yang ada lebih penting untuk dilakukan aktiviti lain selain berblog.. Sekadar coretan.. Tempat-tempat dan geng berbuka Ramadhan kali ini..

1) Rumah bersama keluarga.. Hampir tiap minggu (kecuali minggu lepas) saya pulang berpuasa di rumah bersama keluarga. Selain kerana keadaan kesihatan adik yang tak berapa baik, pulang untuk bersama adikku Izzati. 3rd Syawal dia dah nak terbang ke Urdun. So ambil kesempatan untuk menghabiskan masa bersama. Lepas ni, 2 tahun pulak baru jumpa. Dan sebab ketiganya- tahun depan belum tentu dapat merasa berpuasa dengan family. maklumla, cikgu to be macam saya mesti sedia berkhidmat di mana-mana..(ayat pasrah) hehe

Puasa pertama istimewa, salah seorang rakan baik masa di Wosto datang dari jauh, bersama anak dan suaminya.. dah lama sangat tak jumpa mak cik ni.. Anak dia si Amirul Fahri pun dah besar.. last sekali jumpa masa dia bujang dulu.. Kahwin dia pun saya tak pergi.. so macam menjejak kasih jugak la ;-)

2) Dengan Syariah- buka puasa di JJ ..dah lama tak bersama rakan-rakan COMRADE.. teringat zaman dulu-dulu, ngan mok ana, jaie, kak engku... kerap bebenor kami berbuka bersama,.. sekarang masing-masing dah berjauhan.. habiskan masa ngan Syariah pun okla.. terubat rindu..

3)Dengan Kak Yati,Hanum, Lin,Shaifura, Shariah, Teh.. Kat Deen's Kubur . Kawasan kubur tu dah terbakar so Deen's dah pindah tempat lain.. So kami berbuka kat situ.. selain Shariah n Teh tu, semua kawan2 satu batch/ satu course di Matrik dan kami sama2 buat setahun setengah di matrik.. so masuk sama2 ke Gombak, kami semua bertiga belas orang masa tu.. sangat happening sebab diberi bilik yang dekat-dekat.. Disebabkan hanya kami yang 1 batch dapat masuk main campus awal, kami jadi akrab dan banyak habiskan masa sama-sama. Yang lain-lain sekarang kebanyakannya dah jadi ustazah di merata tempat. Asma the youngest among us dah habis MA. Ameera ikut suami ke UAE.. Jah dah jadi lecturer UiTM dungun, Nabilah di Sarawak, Che Nah ngajar gak kat Cheras, Kak Siti jadi guru bahasa di UPM.. Suraya pun dah ngajar dan ada anak.. yang tinggal masih 'setia' kat UIA ni sayalah n yang lain2 tu.. Separuh dari kami dah kahwin, dah ada yang ada anak.. ada yang tengah menunggu kelahiran anak.. Saya jugak yang masih singel mingle ;-) kat sini dan masih belajar tak habis-habis.. (Insya Allah tak lama dah nak habis).. Rasa rindu kat kawan-kawan semua.. Moga-moga kalian sentiasa diberkati Allah...

4) Ngan kawan-kawan DPLI.. masa iftar PPU ari tu kat collesseum Kuliyyah of Engineering.. Kawan-kawan baru kebanyakannya.. kena luaskan horizon persahabatan,, no more uia jer.. no more COMRADE je.. ukhwah itu amat luas dan masih ramai orang yang belum kita kenal...

5) Ngan roomate kat bilik.. bila diorang ada kat bilik la...

6) Ngan cik Halimah my classmate DPLI yang tercinta.. selalu spend masa ngan dia tapi baru semalam dapat iftar sama-sama kat Selayang. Apa ntah nama restoran tu tapi bestnya diiringi persembahan nasyid satu group yang bawa lagu The Zikr.. memang best.. Thanks imah bagi hadiah raya..

7) Kat Masjid UIA 2 hari lepas.. bersama pelajar UIA yang belum/tak pulang beraya, terutama pelajar antarabangsa.. rasa macam pelajar antarabangsa pulak.. heheh

8)seorang diri di bilik.. rasanya ni yang paling banyak.. sendiri tapi tak sunyi (ayat pujuk diri) ;-)

9) hari ni? nak ke Putrajaya, iftar dengan Fairuza sahabat tersayang.. Fatimah, jom join sama.. cepat naik belon ke Putrajaya ;-)

Esok akan pulang untuk cuti hari raya.. Adik-adik dah bising, bila nak balik? buat kuih raya.. hehe.. tahun ni kuih rayaku banyak di komputer saja.. kuih kertas assigment yang bertimbun-timbun.. hehe

ok, sampai sini dulu.. Selamat mengimarahkan hari-hari terakhir Ramadhan.

p/s: Dr Sarah, selamat memulakan tugas!

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan yang kian pergi..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kian menginjak Ramadhan ini
Muhasabah diri
masih belum puas dinikmati
Moga2 ada ruang bertemunya lagi
di laluan hari nanti

Ramadhan terakhir di Taman Ilmu dan Budi
Ada sendu bertamu di hati
Ada doa berlagu tak henti
Ada suara hati yang tak didengari
Ada rindu yang ingin dilunasi
Hanya padaNYA munajat diri

اللهم أنت العفو الكريم تحب العفو فاعف عنا

***
GRADUAN UIAM SYAHID DI PALESTIN
BACA DI SINI >>>>>>>

Tuesday, September 08, 2009

Ramadhan ini..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga sejahtera semuanya.. Dah lama saya tidak mengemaskini 'rumah' ini.. Agak sibu dengan rutin harian (alasan klise)....

Sungguh masa amat mencemburui dan Ramadhan perlahan-lahan kian menginjak.. tidak sampai separuh bulan lagi akan pergi meninggalkan kita...

Ramadhan ini.. banyakkan berdoa...
dan saya terus berdoa moga diberi kesejahteraan buat semua ahli keluarga tercinta.. Moga diberi ketabahan buat kami (khususnya bonda dan ayahanda serta adinda-adinda) menghadapi satu demi satu dugaan dalam hidup)
Moga dipemudahkan tiap urusan.. Moga dikeluarkan di tempat keluar yang baik, dan dimasukkan di tempat masuk yang baik....
Moga diberi kekuatan dan ditambahkan iman.. moga diampunkan segala dosa..
Moga dipermudahkan rezeki... diluaskan Rahmat dan kemapunan, dibebaskan dari azab api neraka...

Begitulah kita hamba.. amat banyak yang ingin diminta dari DIA kerana sesungguhnya tidak ada kekuatan melainkan dari DIA
لا حول ولا قوة إلا بالله

Ramadhan tahun ini...
Masih beresempatan bersama keluarga tercinta...
Ramadhan tahun hadapan..
Belum tentu masih ada di dunia fana
Jikapun masih ada...
Entah 'tercampak' ke dunia mana....

اللهم ادخلني مدخل صدق واخرجني مخرج صدق وانزلني منزل صدق

Thursday, August 20, 2009

di Ambang Ramadhan...




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1

Minggu demi minggu berlalu amat pantas..

Aik, dah hari Jumaat? Itula dialog saya selalunya bersama kawan-kawan sekelas.. Amat pantas masa berlalu..dan sesungguhnya masa yang berlalu itu mengingatkan kita tentang firmanNYa:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-‘Asr)

2

Petang tadi kelas Dr Kamal di batalkan. Maka kami sekelas mengambil keputusan untuk membuat aktiviti keceriaan. Ye cikgu-cikgu, jangan malas-malas hias kelas, nanti kena jadi cikgu kelas kena fikir jugak bagaimana nak ceriakan kelas. Aktiviti berlangsung dengan meriah sekali.. Let the pictures tell more..

Seriusnya Teacher Mastura??...

Teacher Mastura kepenatan.. Ustazah-ustazah khusuk lagi mewarna...

khusyuknya Teacher Doris? Ustazah Hafizah,Ustazah Syuhada dan Ustazah Elya senyum jer...

Teacher Stephanie dan Ustazah Baizura.. Warna ke conteng tu ? ;-)

Teacher Mona dan Ustazah Halimah.. lekat betul-betul, jangan cabut sudah...

HASILNYA?

kelas pun dah berubah rupa.. nanti saya tunjukkan bagaimana..

Sebab ada beberapa perkara yang tak siap lagi .. ;-)

3

Selamat Pagi Auntie Tikah..

Seronok betul pagi-pagi dapat MMS dari Amjad. Semakin comel la kamu Amjad! Ni Auntie geram tengok nie..Hopefully nanti dapat jumpa Amjad. Buat Abi dan Ummi Amjad, Selamat berpuasa. Kirim salam untuk keluarga di Kelantan dan Johor.

4

Ahlan Ya Ramadhan…

Selamat datang bulan pesta Ibadah.. Ayuh kita rebut sebanyaknya peluang Ramadhan.. Ayuh Imarahkan Ramadhan, umpama ia yang terakhir untuk kita.. Siapa tahu, kita tak punya peluang lagi bertemu Ramadhan akan datang..?

Saya rindukan Ramadhan 2 tahun lalu, saat saya baru bergelar pelajar sarjana. Kerja yang banyak. Subjek yang susah . Assignment yang bertimbun, presentation yang terhimpun. Dan keinginan mengisi Ramadhan dengan pesta Ibadah. Namun Alhamdulillah, DIA memberi kekuatan yang luarbiasa. Masa bagai terhenti. Satu persatu kerja disiapkan dalam hambatan waktu. Dalam segala kekangan itu, saya merasai manisnya Ramadhan tahun itu. Biarpun hanya mampu melelapkan mata sejam dua saban hari, namun DIA sesungguhnya telah mengurniakan masa dan Ramadhan yang amat istimewa kala itu. Dan kemuncaknya, keputusan peperiksaan berterbangan warna di penghujung sem itu. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Saya inginkan semangat itu kembali lagi untuk saya mewarna Ramadhan tahun ini. Mohon diberi kekuatan menyiapkan segala tugasan dan tanggungjawab. MOhon dihadiahkan Ramadhan seistimewa,malah lebih istimewa dari itu. Ya Allah, jemputlan hambaMU ini menjadi tetamu istimewa Ramadhan kali ini. Moga-moga diberi kekuatan..

FASTABIQUU AL-KHAIRAAT…


Thursday, August 13, 2009

AlFatihah..

Bersama Arwah dan Rabbani- Dinner Tabung Haji dan Asrama Baitul Ummah, Julai tahun lalu...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Al-Fatihah buat Asri Rabbani...

Saya membesar dengan nasyid-nasyid alunan Arwah ketika bersama Nada Murni.. Nasyid- nasyid seperti Mari Mara Menuju cita-cita,Ibu Mithali, Nun Di sana, Di Pondok Kecil amat dekat di hati.. SEmentelahan pula, saya aktif menjadi solo nasyid ketika sekolah rendah.. (Solo Nasyid? huhu).. Maka nasyid-nasyid dendangan Arwah sentiasa bermain di bibir. Malah bukan setakat dendangannya, liriknya juga sentiasa menusuk jiwa dan hati.. Malah saya masih ingat ketika kecil dulu saya mempunyai sebuah buku yang di dalamnya terdapat berpuluh-puluh lirik lagu nasyid Nada Murni. (Mana entah buku tu sekarang, dah hilang). Buku koleksi lagu nasyid itu menjadi buku kesayangan saya.

Buat Arwah, amat banyak jasanya.. Saya percaya ramai antara kita dibesarkan dengan dendangan Arwah dan ramai yang bukan sahaja menghayati kemerduan suaranya tetapi juga menghayati dan menjiwai nasihat demi nasihat yang disampaikan dalam alunan Arwah.

Al-Fatihah, moga Ust ditempatkan di kalangan para Muqarrabiin..