بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..masih berkesempatan meneruskan kehidupan di penghujung 2009 ini..
Dititipkan coretan aktiviti beberapa minggu kebelakangan ini;
Minggu lepas saya ke Pangkor, Leadership Trip untuk DPLI. Seronok juga. Waima Tioman lebih memukau, Pangkor punya kenangan tersendiri. Jika dahulu (awal tahun) saya ke Tioman bersama kawan-kawan COMRADE, di Pangkor saya mengukuhkan ukhwah dengan rakan-rakan DPLI. Bukankah bermusafir bersama itu akan membuatkan kita lebih kenal diri rakan-rakan kita?
Alhamdulillah, di samping mendidik diri menjadi pemimpin yang lebih baik, kesempatan ini mengenalkan saya dengan rakan-rakan DPLI, terutama rakan-rakan sekelas. Dah nak habis DPLI, tapi momen bersama mereka indah untuk dikenang, satu 'chapter' baru dalam diari kembara kehidupan.
Tahniah buat Dr Johdi, Ust Jalil dan semua AJK atas kejayaan program ini. Selepas Tioan, Pangkor menambahkan cinta saya pada snorkelling. Seronok bermesra dengan ikan yang amat cantik berwarna warni. Subhanallah, hebat ciptaanMU..
***
Balik dari Pangkor, berkesempatan menghadiri perjumpaan COMRADEANS dengan para senior. Ramai juga senior yang hadir malam tu. Menitipkan beberapa pesanan untuk adik-adik. Binalah diri anda dengan memberi kepada masyarakat hatta masyarakat Orang Asli. Tidak ramai yang ingin melakukannya. Namun yang akan anda dapat nanti, lebih berharga dari segalanya. itulah amal jariah yang akan membantu di sana.
***
Jumpa Muiz Amjad untuk pertama kalinya. Comel sungguh kamu. dan berjumpa kekanda yang dirindui- Mok Ana. Last sekali jumpa masa pergi Tioman dulu, bulan Mei. Biar terpiisah jauh, ukhwah ini tetap mekar di hati. Amjad, Kholah Atikah sayang kamu!
***
Tahniah buat kawan-kawan saya yang mendirikan rumahtangga.. Moga kalian diberkati dan bercinta hingga ke syurga;
wostorian:
Dek Mai & suami
Haikal dan isteri
DPLIans:
Elya dan suami (Faisal)
Aisyah & Suami
Seach & Suami
Khatifah & Suami
Maisarah & Suami
Fairuz & Suami
K.Mastila & Suami
Comradeans:
Nana & Suami
Azuni & Suami
Uia:
Siti Khadijah & Suami
Lokman & Isteri
Khadijah & suami
Dj (roomate) & Suami
Maaf tak berkesempatan hadiri walimah.. dari jauh saya doakan kalian..
Kalau ada yang tertinggal nama kat sini maaf yer..
****
Cerita dulu..gambar akan di upload nanti..
nota kaki: akan pulang ke rumah petang ini. Menanti esok dalam debaran.. Menyelak lembaran baru kehidupan..Allahumma Yassir Lana.. hanya yang terbaik dariMU kuharapkan..
hidupku,matiku,ibadahku,untukMU Rabbal 'Alamin اللهم ارزقنا الجنة وما يقربنا إليها من قول اوعمل ، وباعد بيننا وبين النار وبين ما يقربنا إليها من قول أو عمل اللهم اجعلنا من الذاكرين لك ، الشاكرين لك ، الطائعين لك ، المنيبين لك يا الوهاب يا الرزاق لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Total Pageviews
Showing posts with label walimah. Show all posts
Showing posts with label walimah. Show all posts
Friday, December 25, 2009
Friday, December 05, 2008
tidak sejernih kopiahnya...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lanjutan dari Royal Debate 2008 (kata orang, rumah dah siap namun pahat masih berbunyi)..
Adalah seorang hamba Allah, sengaja meng 'google' tentang debat Diraja 2008. Maka terjumpalah 1 blog -seorang hamba Allah yang merupakan seorang pendebat UM. Dalam blog tersebut hamba ini meluahkan betapa tidak puas hatinya dia dengan isu 'muwallad' yang akhirnya menyebabkan UM menarik diri dari pertandingan (boikot mungkin?)
Al-kisahnya, team A UM termasuk 2 orang muwallad (lahir di Mekah). Maka dalam perlembagaan MADUM (tak silap termaktub sejak Debat ASEAN kali ke2) muwallad ini dikategorikan sebagai native speaker (Penutur jati Arab) dan kategorinya berbeza dengan penutur bahasa Arab sebagai Bahasa kedua.
Dalam pertandingan royal kali ini, dibenarkan seorang penutur jati Arab @ muwallad menganggotai setiap team. Seorang sahaja. Maka pada Royal kali ini (mungkin UM tersilap pandang undang-undang tersebut- wallahu a'lam) team A UM dianggotai oleh 2 muwalladah. Maka penyertaan mereka dibantah. Lalu penganjur memberi kelonggaran supaya seorang muwalladah tadi dimasukkan ke team B. Namun UM akhirnya mengambil keputusan untuk menarik diri dari kejohanan.
Habis satu kisah. Namun yang diceritakan dalam blog 'hamba Allah' tadi pula adalah sebaliknya. Banyak cerita yang diputar belit. Itu tidak mengapa lagi, lebih dikesalkan bahasa yang digunakan amat tidak bersopan. Pensyarah dan pendebat UIA dimaki. Tidak cukup itu, 'hamba Allah' ini tadi meletakkan gambarnya tanpa segan silu dengan isyarat lucah yang ditujukan kepada UIA. Amat tidak bermoral.
Itu satu kisah. BIla saya sendiri melihat blog tersebut, kejutan lebih besar. Perasaan marah saya bertukar menjadi kasihan kepada 'hamba Allah' ini. Dalam blog tersebut, 'hamba Allah' ini tanpa segan silu memaparkan dirinya sebagai lelaki yang meminati kaum sejenis. Nauzubillah. BUkan sahaja blognya yang dipenuhi link ke laman sosial mahkluk bergelara g*y, tetapi juga luahan cintanya kepada insan-insan yang digelarnya sebagai bekas kekasih yang semuanya adalah lelaki! Membacanya, saya beristighfar banyak kali kerana bukan sekadar entry malah tanpa segan silu meletakkan gambar sendiri, menunjukkan identiti. Tiada perasaan malukah dia? Benarlah sabda junjungan:
"jika kamu tidak ada perasaan malu maka buatlah sesuka hati kamu"
Hakikatnya, pelajar itu (berdasarkan latar belakang pendidikan yang ditulis di blog tersebut) adalah pelajar sekolah agama yang kemudiannya mengambil STAM. Lalu menyambung pengajian dalam bidang bahasa Arab di UM. Lalu kita kadang-kadang tertanya, 'agama' yang 'dipakai' dan dibawa sejak sekolah hingga ke pengajian tinggi umpama debuan, dipelajari tapi berserakan di mana-mana. Iman begitu rapuh. Lantas di manakah 'agama' kita sebenarnya?
Sesungguhnya, hari ini susah sekali mencari 'agama' itu. Kerana tempatnya di hati, tempatnya amat sukar dinilai, tidak sejernih kopiah yang dipakai. (Sekadar perumpamaan,memetik komen seseorang kepada 'hamba Allah' tadi. Saya tidak sama sekali memperkecilkan orang yang memakai kopiah)
Berkali-kali saya memikirkan hal ini, saya amat kasihan pada si hamba Allah ini, yang terperangkap dalam dunia yang sesat, yang dia tahu memang dunia itu amat sesat. Moga-moga Allah memberinya petunjuk.
nota: alamat blog tersebut adalah lebih baik dirahsiakan.
**
1
Saya akan pulang ke kampung petang ini untuk berhari raya di laman ayahbonda.
SALAM AIDILADHA
moga kita sama-sama menghayati erti pengorbanan.
2
akan bermusafir ke negeri Cik Siti Wan Kembang pada hari raya kedua untuk menghadiri walimah sahabat baikku-hafizah.
3
Kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya,Batuk2 yang tidak surut. Malam tadi seekor kucing datang ke bilik ingin menemankan saya. Duduk diriba sambil menggeselkan kepalanya. Berkali dihalau tidak mahu keluar. Kasihan pula. Maka biarlah si kucing temankan saya, saya pun cuma sendirian di bilik. Natijahnya, menjelang malam batuk saya semakin teruk gara-gara bulu kucing.. Allahu as-Syaafi..
****kenapa ya? perenggan tak menjadi.. berderet habis semua tanpa perenggan,,
Labels:
debat,
tazkiyah annafs,
ukhwah,
walimah
Friday, November 21, 2008
antara kenduri kahwin, tesis dan cuti
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1
Minggu lepas. Rumah saya kenduri. Kenduri walimatul ‘Urus. Siapa? Pastilah bukan saya. Meskipun saat emak menjemput rakan-rakan dan jiran-jiran, ramai yang terkejut nak berkenduri lagi.
“Kenduri K.Ngah ke?”
Itu soalan paling kerap, kata bonda. Dan jawapanya tentulah bukan. Kata Mak Cik Kinah- jiran saya; jika dah ramai yang menyebut dan bertanya, itu tandanya sudah tidak lama lagi. Benarkah? Sungguh tiada jawapan dari saya. Insya Allah, DIA akan berikan pada masa yang tepat, dengan izinnya. Bila? Hanya Dia yang Tahu.
Kenduri meraikan perkahwinan cucu kepada Arwah Mak We Tam, iaitu kakak tiri emak. Kiranya pangkat cucu saudara kepada emak. Anak saudara saya. Beliau (pengantin lelaki) tidak punya ayah da ibu lagi, juga tiada emak dan bapa saudara. Justeru emak dan adik beradiknya adalah saudara terdekat. Kenduri kecil-kecilan tanda kesyukuran, hasil sepakat dari emak dan adik beradiknya yang lain. Merangkap kenduri keyukuran selamatnya Abang Long bertukar dari Mukah, Sarawak ke Putrajaya.
Kenduri kecil-kecil, hasil masak gotong royong jiran-jiran. Tetapi masih seperti kenduri kahwin layaknya. Ada khemah dipasang di hadapan rumah.Ada telur bingkisan untuk tetamu, ada meja pengantin dengan masakan untuk ‘makan damai’- (saya yang ditugaskan menyediakannya). Malah bilik pengantin juga dihias rapi dan cantik. Menu masakan kampung- Nasi Putih, rending daging, gulai lemak nenas ikan masin, kerabu pucuk paku dan ayam goreng.Ramai juga tetamu yang datang.
***
“Kenduri K.Ngah ke?”
Itu soalan paling kerap, kata bonda. Dan jawapanya tentulah bukan. Kata Mak Cik Kinah- jiran saya; jika dah ramai yang menyebut dan bertanya, itu tandanya sudah tidak lama lagi. Benarkah? Sungguh tiada jawapan dari saya. Insya Allah, DIA akan berikan pada masa yang tepat, dengan izinnya. Bila? Hanya Dia yang Tahu.
Kenduri meraikan perkahwinan cucu kepada Arwah Mak We Tam, iaitu kakak tiri emak. Kiranya pangkat cucu saudara kepada emak. Anak saudara saya. Beliau (pengantin lelaki) tidak punya ayah da ibu lagi, juga tiada emak dan bapa saudara. Justeru emak dan adik beradiknya adalah saudara terdekat. Kenduri kecil-kecilan tanda kesyukuran, hasil sepakat dari emak dan adik beradiknya yang lain. Merangkap kenduri keyukuran selamatnya Abang Long bertukar dari Mukah, Sarawak ke Putrajaya.
Kenduri kecil-kecil, hasil masak gotong royong jiran-jiran. Tetapi masih seperti kenduri kahwin layaknya. Ada khemah dipasang di hadapan rumah.Ada telur bingkisan untuk tetamu, ada meja pengantin dengan masakan untuk ‘makan damai’- (saya yang ditugaskan menyediakannya). Malah bilik pengantin juga dihias rapi dan cantik. Menu masakan kampung- Nasi Putih, rending daging, gulai lemak nenas ikan masin, kerabu pucuk paku dan ayam goreng.Ramai juga tetamu yang datang.
***
2
Kenduri di rumah 15hb. Saya telah pulang ke laman ayahbonda 12hb. 11hb, saya bertemu musyrif tesis saya- Dr Yasir dan dikhabarkan proposal tesis saya akan dibincangkan di peringkat kuliah pada 14hb. Moga-moga dipermudahkan semua.
**
Dr Yasir mengkhabarkan proposal tesis saya ditolak mentah-mentah diperingkat kuliah. Tiada alasan yang diberikan. DITOLAK SEBULAT SUARA. Saya hampa. Dr Yasir hanya memandang saya kasihan. Beliau mengutarakan beberapa tajuk yang dicadangkan pihak kuliah. Tajuk yang langsung saya tak berkenan. Tapi suka atau tidak, saya perlu memulakan semula. Dari ‘zero’. Fikir tajuk baru dan buat semula proposal tersebut. Sedih yang amat.
Tiba-tiba sayup-sayup azan Subuh berkumandang.Terjaga dari lena. Oh, mimpi ngeri rupanya!Mimpi yang amat ngeri. Lalu pagi itu saya terus sms Dr Yasir bertanyakan waktu dia ada di pejabat. Dan dengan debaran saya ke biliknya pagi itu juga, untuk mengetahui perkembangan proposal tesis saya. Penuh debaran.Janganlah mimpi itu satu kenyataan.
Perbualan dimulakan dengan bertanya khabar . (Pertemuan saya dengan Dr Yasir dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Beliau tidak akan bertanya @ menjawab dalam Bahasa Melayu sama sekali). Saya berdebar kerana dari satu topik, Dr beralih ke topik yang lain. Tidak menyentuh langsung tentang proposal tesis saya. Lebih banyak dia menasihat dan berkongsi afkar. Debaran saya makin bertambah kerana beliau seakan-akan tidak mahu menyentuh tentang tesis saya langsung. Nak bertanya lidah saya terkelu. Hingga akhirnya beliau bersuara: (dalam B.Arab, saya terjemahkan)
Kamu nak tahu tentang perkembangan proposal kan? Mesyuarat Kuliyyah minggu lepas ditunda ke Selasa minggu depan. Jadi belum ada apa-apa perkembangan lagi. Tapi kamu jangan risau, saya yakin tiada masalah. Teruskan usaha yang kamu dah lakukan sekarang.
Woooo. Alhamdulillah.. Mimpi saya bukan realiti. Tapi masih belum mampu menarik nafas lega kerana hingga saat ini masih belum secara rasmi tajuk dan proposal tesis saya diterima. ( ini salah satu kelemahan UIA. Proposal tesis mengambil masa minima 2 bulan untuk disahkan.) Tak apalah, menunggu dan berharap. Moga dipermudahkan semua.
3.
UIA sedang bercuti. 5 minggu lamanya. Maka mahallah sunyi sepi. Ramai yang pulang ke kampung. Biasanya Mahallah Asiah meriah dengan pelajar antarabangsa yang tidak pulang ke kampung waktu cuti semester begini. Maklumlah, biasanya cuti 2-3 minggu sahaja. Kali ini sebaliknya, cuti panjang. Maka ramailah pelajar antarabangsa yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya masih di Mahallah. Tidak bercuti, kalau ingin pulang pun hujung minggu 2,3 hari saya akan pulang. Selebihnya saya di sini, sambil bekerja sambilan di Pejabat Mahallah, saya menghabiskan masa menulis tesis. Sehingga tesis ini selesai, tiada istilah ‘cuti’ bagi saya. Moga dipermudahkan semua.
Tuesday, August 26, 2008
selamat menuju mawadah rahmah n sakinah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ogos ini, beberapa sahabat akrab saya mendirikan masjid.. Selamat menuju mawaddah, rahmah dan sakinah..
Naim & Fatimah
Naim & Fatimah

Ramadhan lalu, saat ber YM dengannya, Naim memaklumkan pada saya bahawa dia telah menemui ‘seseorang’ untuk dikongsikan impian dan harapannya. Lalu Naim menyuarakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan. Saya tumpang gembira, dan sebelum Ramadhan kali ini menjengah, Naim dan Fatimah selamat mendirikan rumahtangga. Naim, sahabat yang amat baik, yang sedia menyusahkan dirinya untuk menyenangkan sahabat-sahabatnya. Naim, you told me once- there is no ‘turning back’ in your life. Nasihat yang banyak mempengaruhi Tikah selepas itu. Then, dengan pegangan itu, akhirnya Naim temui seseorang yang terbaik, yang diciptakanNYA untuk Naim. But it’s different in my case. The ‘turning back’ (biiznillah) is my destination, Insya Allah. ;-)
comradean di walimah naimWan & Faheem

Wan, I still remember, u told me that :
At the very first time u saw me when I became your roommate, u told yourself that u believe that girl is a very special person and you wished to be her special friend.. then we became close and u realized how special is ‘the’ girl.
Indeed, u are the one who is very special. To know you and to be close with you is one of the most precious thing in my life. Hamdan Lillah..
Moga Allah rahmati Wan dan Suami dan semoga Allah mengganjari kalian jannah atas segala kebaikan kalian.Ameen.
Mok Ana & A.Zul

Ukhwah yang merimbun dalam COMRADE. Tiada kata yang terbaik untuk menggambarkan indahnya ukhwah saya dan Mok Ana. Kala malam saya menjadi siang- tidak mampu melenakan mata kerana keresahan berdepan masalah, cukuplah 1 miss call atau sms untuk Mok Ana, lalu pasti diberi respon, berkongsi gundah dan meleraikan resah. Juga tidak mampu diukur berapa KM sang kancil DAL milik Mok Ana membawa saya dan sahabat-sahabat COMRADE lain ‘makan angin’ dan ‘mengukur’ jalanraya. Musafir demi musafir yang mengakrabkan kami. Malah Mok Ana merupakan ‘penyimpan mohor besar rahsia-rahsia’ yang amat saya senangi.
Buat Yang ( hehe, pasni takleh panggil Mok Ana ‘Yang’ kot? ) thanks for everything.. Love u very much. I’ll be missing you.. Buat Mok Ana dan A.Zul, selamat menempuh hidup baru, moga diberkati selalu.
comradeans menyerbu pengantin***
Berkongsi kegembiraan mereka, saya juga tumpang gembira, melihat mekar senyumaan mereka di hari bahagia mereka, cukup menggembirakan. Ya Allah, moga kegembiraan ini berpanjangan milik kami, sehingga saat kami bertemuMU nanti.
Rakan datang dan pergi.. namun sahabat sejati tetap dekat di hati…
Labels:
mok ana,
ukhwah,
walimah,
Wan Zuriati
Subscribe to:
Comments (Atom)