Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 16, 2009

Wan vs Ragbi

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minggu baru ini saya pulang ke rumah. Sampai di rumah jam 8malam. Tak jadi menemani emak ke Kuantan. Saya tak dapat pulang lebih awal, maka yang menemani mak adalah Mimi my sis, Abang Long dan Adik saya Munawar.

Maknanya, minggu ini kami 7 beradik berkumpul di rumah. Izzati tiada. Takpela, dia kan jauh nun di sana. Namun saya tetap rasa rumah macam kosong. Terutama sebab Abah dan Izzati jauh. Memang terasa kesunyian itu.

Wan vs Rugby.

Ini kisah wan (nenek ) saya. Umurnya hampir 100 tahun.. Saya sedang menggentel kuih siput di hadapan TV. Yang terpasang Saluran Astro Sport. Sebelum itu saya menyaksikan Chong Wei bermain menentang Peter Hoeg Gade dalam Terbuka Hong Kong. Lepas siaran tamat, malas nak menukar siaran lain. Maklumla, tangan masih dipenuhi tepung. Banyak lagi yang belum 'disiput'kan.

Wan menghampiri, sebenarnya dia nak suruh potong kuku dia. Tu memang kerja wajib kalau pulang ke rumah. Memandangkan kerja saya menggentel kuih siput belum selesai, Wan duduk di sebelah saya sambil menonton TV. Perlawanan Ragbi. England menentang Australia.

Wan yang matanya sudah semakin kabur, telinga yang semakin tidak mendengar menonton dengan khusuk. Lama kelamaan keluarlah satu persatu komen Wan yang membuatkan saya gelak ;-)

"Amboi, pandainya, kuatnya orang ni, kecik-kecik dah main rempuh-rempuh. Kuatla tulang dia.."

- Dia ingat budak kecik yang main sebab yang nampak kat skrin TV tu kan kecil je.. Padahal yang main tu semua badan besar-besar.

"ha, yang ni yang besar pulak, tadi budak-budak sekolah sedang Abang *- ni orang besar pulak sedang Long"*


*Abang ialah adik saya umur 14 tahun, Long pula abang saya (27 tahun).
-Padahal orang yang sama je, cuma kamera close up, maka gambar jadi dekat dan imej nampak besar.

"hui, ramainya orang, baju lawa-lawa pulak. Dulu orang kata kalau pindah duduk Pahang ni susah cari makan. Miskin. Tu, baju lawa-lawa tu, tak susahlah maknanya"

- Komen Wan bila melihat penonton yang ramai, dengan baju berwarna warni.. huhu, tu bukan gambar kat Pahang.. Tu kat England..huhu

"Ha, penat-penat main, rehat. kejap je rehatnya tu"

-Bila Iklan.

"Ha,kan betul,kejap je rehatnya. Dah sambung pulak. Tak letih ke diorang ni?"

-memang iklan sekejap je. Dan siaran tu bulan siaran langsung. So memangla 'diorang' sekejap je rehat.. hehe

Sambil menggentel 'siput' saya hanya mampu tersenyum mendengar celoteh Wan. Dalam usia begini, dia hanya tahu apa yang ada dalam dunia dia.. Kerana telinganya yang sudah tidak dapat berfungsi dengan sempurna, saya memilih untuk hanya mendengar dari menerangkan keadaan sebenar itu dan ini. Sebab? Kalau saya terangkan, cerita akan bertukar menjadi cerita lain sebab Wan tak dengar.. Dan untuk membuatnya dengar, saya perlu menguatkan suara seolah dia berada jauh dari saya. Melaung orang kata. Tapi saya tak suka begitu, nampak macam tidak beradab. Jadi, untuk hal-hal seperti ini, saya hanya membiarkan Wan dengan dunia dia. Kalau ada maklumat-maklumat penting, barulah keadaan sebenar dijelaskan.

***
Kita juga begitu, kian hari, masa akan berlalu.Kita akan semakin tua. Segala anggota, satu persatu akan menjadi semakin 'tua' juga. Hari ini, kita masih gagah. Segala anggota masih berfungsi dengan sempurna. Seharusnya kita gunakan sebaiknya. Sebelum segalanya ditarik balik, moga sempat beramal dengan setiap kurniaanNYA..

No comments: