Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 20, 2009

di Ambang Ramadhan...




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1

Minggu demi minggu berlalu amat pantas..

Aik, dah hari Jumaat? Itula dialog saya selalunya bersama kawan-kawan sekelas.. Amat pantas masa berlalu..dan sesungguhnya masa yang berlalu itu mengingatkan kita tentang firmanNYa:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-‘Asr)

2

Petang tadi kelas Dr Kamal di batalkan. Maka kami sekelas mengambil keputusan untuk membuat aktiviti keceriaan. Ye cikgu-cikgu, jangan malas-malas hias kelas, nanti kena jadi cikgu kelas kena fikir jugak bagaimana nak ceriakan kelas. Aktiviti berlangsung dengan meriah sekali.. Let the pictures tell more..

Seriusnya Teacher Mastura??...

Teacher Mastura kepenatan.. Ustazah-ustazah khusuk lagi mewarna...

khusyuknya Teacher Doris? Ustazah Hafizah,Ustazah Syuhada dan Ustazah Elya senyum jer...

Teacher Stephanie dan Ustazah Baizura.. Warna ke conteng tu ? ;-)

Teacher Mona dan Ustazah Halimah.. lekat betul-betul, jangan cabut sudah...

HASILNYA?

kelas pun dah berubah rupa.. nanti saya tunjukkan bagaimana..

Sebab ada beberapa perkara yang tak siap lagi .. ;-)

3

Selamat Pagi Auntie Tikah..

Seronok betul pagi-pagi dapat MMS dari Amjad. Semakin comel la kamu Amjad! Ni Auntie geram tengok nie..Hopefully nanti dapat jumpa Amjad. Buat Abi dan Ummi Amjad, Selamat berpuasa. Kirim salam untuk keluarga di Kelantan dan Johor.

4

Ahlan Ya Ramadhan…

Selamat datang bulan pesta Ibadah.. Ayuh kita rebut sebanyaknya peluang Ramadhan.. Ayuh Imarahkan Ramadhan, umpama ia yang terakhir untuk kita.. Siapa tahu, kita tak punya peluang lagi bertemu Ramadhan akan datang..?

Saya rindukan Ramadhan 2 tahun lalu, saat saya baru bergelar pelajar sarjana. Kerja yang banyak. Subjek yang susah . Assignment yang bertimbun, presentation yang terhimpun. Dan keinginan mengisi Ramadhan dengan pesta Ibadah. Namun Alhamdulillah, DIA memberi kekuatan yang luarbiasa. Masa bagai terhenti. Satu persatu kerja disiapkan dalam hambatan waktu. Dalam segala kekangan itu, saya merasai manisnya Ramadhan tahun itu. Biarpun hanya mampu melelapkan mata sejam dua saban hari, namun DIA sesungguhnya telah mengurniakan masa dan Ramadhan yang amat istimewa kala itu. Dan kemuncaknya, keputusan peperiksaan berterbangan warna di penghujung sem itu. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Saya inginkan semangat itu kembali lagi untuk saya mewarna Ramadhan tahun ini. Mohon diberi kekuatan menyiapkan segala tugasan dan tanggungjawab. MOhon dihadiahkan Ramadhan seistimewa,malah lebih istimewa dari itu. Ya Allah, jemputlan hambaMU ini menjadi tetamu istimewa Ramadhan kali ini. Moga-moga diberi kekuatan..

FASTABIQUU AL-KHAIRAAT…


1 comment:

Syakira said...

assalamualaikum....

saya mohd mustaqim...from temerloh..skang study kat uitm pahang..
nak minta tolong...dulu kat sma al wosto ada wat album nasyid kumpulan ILHAM...dulu sy ada beli album tu tapi skang dah hilang...
boleh tak kalau ustazah dapat upload lagu 2(full album) dan hantar kat emel sy..mymus@live.com/mymus_91@yahoo.com.my ....sy dah lame cube suruh kawan sy mintak tapi takdapat...harap sgt2 dapat tolong....sekian..