Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 19, 2007

ADEB CAMP 06


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


PROGRAM: MUKHAYYAM AL-ARABI LILMUNAZHARAH II
(ARABIC DEBATE CAMP)
VENUE: SRI MALAYSIA HOTEL, PORT DICSON
DATE: 16-18 FEBUARI 2007

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti ADEB II 2007. selepas kejayaan ADEB 1 di Tg Bidara Resort, tahun lepas. Program yang menghimpunkan 50 peserta, termasuk para trainers dan keluarga mereka. mewujudkan biah ‘arabiyah.mumarasah dan bertujuan untuk melahirkan penutur bahasa arab yang tholaqah (fasih). Menghimpunkan peserta lebih dari 8 negara (Malaysia,sudan, mesir, kemboja, arab Saudi, Bangladesh,Eriteria,Singapura,Indonesia) menjadi medan taaruf dan bersilaturrahim.
Jika tahun lepas, saya merupakan salah seorang jawatankuasa program, kali ini saya mengikutinya sebagai peserta.. tahniah buat sahabat-sahabat dalam naadi munazarah yang meneruskan perjuangan ini. Barakallahu fii kulli juhuudikum .

Kenangan indah ADEB07:

My group:
Nama Group LUghatu Ad-Dhod (antara nama lain untuk bahasa Arab. Nama ini menunjukkan keistimewaan bahasa arab sendiri iaiutu satu-satunya bahasa di dunia ini yang mempunyai huruf Dhod)
MOto group: mumarasah.. tholaqah ( melazimi dan seterusnya menjadi fasih)

Alhamdulillah, jika tahun lepas kumpulan saya memenangi kumpulan terbaik, tahun ini sejarah yang sama berulang.. setiap pendebat diberi amanah untuk menghulu kumpulan masing-masing dan setelah kumpulan dibentuk, ahli kumpulan saya terdiri daripada 2 lelaki dan 3 perempuan, termasuk saya sendiri. Diletakkan bersama Hafizullah (master IRK/Bangladesh), EklimRedha (master IRK/Bangladesh), Shahida (BARB/4th year/kelantan) n Azimah (Barb/4th/kelantan) adalah satu kesempatan terbaik, terutama berkongsi pengalaman dengan 2 orang student master yang juga ex student Al-Azhar. Alhamdulillah, sepanjang program, banyak yang dikongsi dan mereka berdua yang fasih berbahasa Arab banyak menunjuk ajar kami. Thanks to all atas kerjasama yang diberikan hingga kumpulan ini dipilih sebagai kumpulan terbaik.



Treasure Hunt:
Oleh kerana aim sebenar untuk belajar, bukan untuk kemenangan, maka kami pun menggunakan pendekatan untuk lebih banyak berjalan dari mengejar waktu, maka kumpulan kami adalah kumpulan yang terakhir samapi di check point. Sampailah urusetia sendiri bimbang ke mana sesatnya kami. Antara yang best adalah tugas untuk susun satu bait yang agak berbelit-belit:
Ma takakkaktum ‘alayya, kataka’kuikum ‘ala zi jinnah, ifraquu ‘annii



Taqdim as-thaqafi:
Kami memilih yang paling simple- nasyid. Hafizullah menjadi penghulu dan kami sekadar mengikut. I like that song (nahnu muslimin wa allughah al-arabiyyah) coz maknanya yang mendalam dan bahasanya yang indah. Tahniah buat kumpulan lain dengan persembahan yang sangat kreatif walaupun masa untuk bersedia sangat sekejap.ada lakonan, ada dikir barat, ada sketsa.. semuanya dalam bahasa arab..

Al munazarah baina al-mudarribin
Trainers berdebat?? Sungguh meriah dan hebat!! Bila Ustaz Husain, Ustaz Fouad, ustaz Majdi selaku pencadang dengan tajuk (ta’addud az-zawaj afdhal- berkahwin lebih dari satu baik) menentang barisan pembangkang yang terdiri dari Ust Salah, Ustaz Hassan dan Ustaz Ibrahim. Sungguh gamat suasana.. hujah kedua-dua pasukan pun sangat mantap. Jurinya adalah semua penonton termasuk zaujah ustaz2 tadi.. dan kerana penontonnya ramai perempuan, tentulah kemenangan kepada pembangkang. Tapi kalau fikir2 balik hujah kerajaan tu, memang banyak benarnya. Mungkinkah aku juga akan masuk dalam ‘geng sarah’??



Al-munazarah li fasl at-tadrib:
Pasukan aku kalah di separuh akhir. Alhamdulillah. Satu kemenangan juga. Yang penting mumarasah lughah itu sendiri.

ADEB 1 & 2..
Sentiasa akan jadi manis dalam ingatan. ADEB 1 tahun lepas adalah titik tolak permulaan aku melibatkan diri dalam debat. Kali pertama aku berdebat depan jumhur coz setelah dipilih secara rawak, aku dikehendaki untuk mempersembahkan mock debate untuk tajuk ‘usbu’ attaaruf fi dukhu al jamiah dhorurah’ (minggu suaikenal ketika masuk ke universiti penting) dan untuk pertama kali ini, aku berlawan dengan pendebat2 yang jauh lebih berpengalaman, termasuk pendebat2 untk kategori Arabic as first language yang merupakan penutur bahasa Arab. Di sinilah bermulanya. Aku dipilih sebagai best debater dalam perlawanan tersebut dan trainers memohon aku untuk terus berkecimpung dalam bidang ini…

Keterlibatan ini mengubat rindu.setelah sekian lama aku meninggalkan gelanggang pidato ketika di sekolah menengah dulu. Setahun berlalu dengan pantas. Berkat didikan trainers yang tekun, hari ini aku akan tinggalkan gelanggang ini. Dan tentunya aku amat bersyukur. Banyak sangat yang aku pelajari. Mumarasah lughah,tambah pengetahuan semasa, vocabulary yang pelbagai bidang, kawan2 yang ramai, bernaung bawah trainers yang sangat bersungguh, meyertai pertandingan, dan pelbagai anugerah yang diberi Allah ketika menyertai bidang ini.terutamanya mengembalikan keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri, setelah sekian lama kepercayaan itu hilang dek taufan yang merusuh. Alhamdulillah, hari ini aku tahu aku tidak tersilap memilih bidang ini untuk menghiasi zaman kampus. Dan hari ini, jika berjumpa para trainers, mereka lahirkan kesedihan coz aku akan meninggalkan mereka.dalam masa yang sama, mereka gembira kerana hari ini, aku dah banyak peningkatan berbanding mula-mula masuk dulu.. Barakallahu fiikum ayyuhal mudarribin.. di tangan kalianlah, semua anugerah ini dapat hadir hingga ke tahap ini, dengan izin Allah.. dan aku pasti merinduinya nanti, seperti mana hari ini aku merindui didikan Cikgu Zaki dan Cikgu sarimah yang melatih aku pidato dulu.

subahanallah... indah alam ciptaanMU..
more pictures??

http://dhiyauqalbii.fotopages.com






2 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Salam kak tikah,

entry yg panjang, tp belum belum cukup jelas utk sy tahu perkhabaran terkini kesihatan kak chik. salam buat keluarga kak tikah. dah lama sgt tak jumpa.

'geng sarah'..sy pun rasa sy berada dlm geng tu jgk.. masuk syurga nanti, takdela masuk melenggang kosong.. mulianya 'geng sarah' ni nanti dipayungi dgn payung emas oleh wanita2 penghuluwati syurga.

'org yg sibuk adalah org yg paling bijak mengurus masa'. ni lah kata-kata ayah sy dulu. semoga jd motivasi utk kita bersama. mmg klu nak ikutkn, masa yg ada ibaratnya tak cukup utk kita sudahkn kehidupan harian. tp klu kita bijak, masa yg ada tu, yg x kan berubah menjdi 25j-8hari tu, akn betul2 cukup utk kita penuhi dgn tgjwb n rehat ruhani yg secukupnya.

semoga kita sentiasa thabat di atas jalan ini. kerana kita adalah pilihan-Nya...

dhiyauqalbii said...

waalaikumsalamwarahmatullah sarah...

di saat ini, kak chik masih belum sihat.. insya Allah akan akak postkan entry terkini..

baru2 ni jumpa fatimah waktu sukan di Mukmin..

akakpun dah masuk 'geng sarah'.. insya Allah.. untuk ummah..untuk islam..

moga sarah juga sentiasa thabat atas jalan ini..

barakallahu fiiki