Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 06, 2005

sem baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

terasa pantas masa berlalu.. dah masuk sem ke 5 di taman ilmu dan budi nie.. maknanya tinggal setahun setengah sahaja lagi, perjuangan di sini akan berakhir, insya Allah..

selamat memulakan sem baru buat sahabat2 sekalian, moga diberkati tiap jejak langkah kita dan diiringi kasih sayangNYA..

lama bercuti.. Alhamdulillah, Aidilfitri hadir bersama kasih sayang dan ukhwah, pertemuan dengan sanak saudara dan sahabat handai berbunga mesra.. kala kemaafan terlerai di telapak tangan, kerinduan diurai dalam pelukan.. mengumtum senyuman, menjalin ukhwah sesama muslim... Alhamdulillah..

cuti juga menghadirkan musim perkahwinan. tahniah buat semua yang menyempurnakan sebahagian agama... tahniah untuk sahabatku, safawati dan zauj, bro taufik n zauj, bro shahrulkarnain n zauj, sepupu2ku- kak long nor n kak su dengan pasangan masing2.. moga ikatan yang tersimpul dengan nama Allah membawa diri menuju ke syurga Ilahi..

......

hari2 yang menginjak.. masih ada sesuatu yang aku cari.. dan tiap harapan n impianh.. pada DIA tersandar.kejap.erat. moga tiap masa, petunjukMU bersamaku..

No comments: