Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 13, 2005

sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabat
masih ada waktu untuk kau dan aku
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali
menyinarMenghiasi taman-taman kasih
Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini
Dan masih ada waktu bagi kita
untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni
Moga ukhuwwah yang dicita ini
Kan terjadi bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam
hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

*dipetik dari frienster adik hussaini..

Wednesday, October 12, 2005

countdown- final exam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

a week before final exam..

weekend lepas- mengikuti TRIP ke kg terisu, Cameron Highland.. pengalaman baru.. nanti QA akan posting cuter di sana.. antara yang menarik- tak dibenarkan naik ke rumah oleh sebuah keluarga kristian.. n QA akan post kan juga gambar2 menarik sekitar program..

salam ramadhan yang kian menghampiri pertengahannya.. masjid macam dah semakin kurang orang waktu tarawikh... istiqamah dalam perjuangan.. ALLAHUAKBAR..!

membesarlah dengan senyuman..


wajah2 yang ditinggalkan- mak, nisya n hakim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

si atuk memimpin tangan si kecil menuju tanah perkuburan itu.. tempat persemadian insan tersayang bertemu Ilahi. dalam jalan yang agak goyah, dipaksa jua kekuatan meredah hangat mentari pagi sayyidul ayyam yang tenang. tiba di pusara, si kecil didudukkan di sebelahnya. sejenak, ada rindu menusuk kalbu. kerinduan seorang ayah pada anak yang pergi dahulu. anakku, moga kau aman di sana. seraya naskhah yasin dikeluarkan, terdengar suara kecil mulus

"mama, kenapa mama tidur lama sangat?? mama.. mama bangunlah.. hakim nak main dengan mama.. mama suapkanlah hakim makan.."

suara si kecil yang memecah kesepian pagi.. sambil tangannya menepuk2 tanah pusara yang kaku.tiada balasan. yang ada sedu sedan seorang ayah yang kerinduan.seorang atuk yang kesayuan. anak kecil itu tidak mengerti apa-apa.. dan deraian manik jernih mengalir jua di tubir mata.membasahi pipi seorang atuk yang kian dimamah usia..

hakim n nisya.. moga membesar dengan senyuman.. meskipun mama kalian tiada.. kami di sini masih ada untuk memberi secebis kasih sayang yang kalian dahagakan...

Wednesday, October 05, 2005

ramadhan kariim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hujung minggu lepas.. pulang ke laman ayahbonda.. ada kenduri menyambut hadirnya Ramadhan. Alhamdulilla, seronok berjumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa..

penhujung syaaban- appreciation night for all the committies of 3rd intervarsity arabic debating championship.. nice to remember.. berjumpa semula dengan kawan2 yang sama2 memeriahkan kejohanan dulu. n staf2 yang banyak membantu esp. dr RAhmah, kak shamila n bro lathif.. thanks to all..

salam ramadhan buat semua.. moga ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.. malam tadi berkesempatan menunaikan tarawikh di masjid UIA.. sedari azan Isyak, berduyun2 manusia memenuhi masjid.. rasa tersentuh hati.. tak sedar titik jernih melangkaui tabir mata.. melihgat lautan manusia menghamba diri padaNYA dan mencari keberkatan Ramadhan yang mulia.. tempat solat muslimat penuh.. hingga ada yang perlu memanjat le level 4.. tempat solat muslimin juga hampir dipenuhi sampai ke saf belakang.. Ya Allah, kami datang menagih kasihMU..

moga terus istiqamah sampai ke penghujung ramadhan.. dan sama2 mencari lailatul Qadar...



Ya Allah.. moga ada ksihMu mengiringi tiap ujian ini.. akukah yang tidak kuat atu Engkau masih ingin menguji.. ?? ku mohon kasihMU mengiringi dalam tiap dugaan itu.. di kala hampir rebah diduga likuan kehidupan, KAU sambutlah aku dengan erti ketabahan agar aku tahu erti kesabarab n kesyukuran.. Ya Rabb izinkan aku bermukim di situ.. di lembah kasihMU..

Friday, September 30, 2005

kenangan.. survey pelantuk






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ... ni gambar masa survey pelantuik dulu... gambar adik2 kg kenang yg happy mandi sungai....

bersama kak fi berlatarbelakangkan sungai di kg kenang...


bersama adik2 kg kenang...

di depan tadika sg pelantuk bersama hardee, kak fi, dan ustaz zamri (penggerak JAIP)

dan last one gambar surau di sg pelantuk.. di atas bukit.. masa ni hari nak ujan..

Tuesday, September 27, 2005

shooting raya





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ha ni la gambar2 semasa shooting raya alhidayah tv3 di asrama baitul ummah..
sempat bergambar ngn kak yan ( pengacara al- hidayah) n antara pose2 menarik semasa shooting..

nice weekends

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hujung minggu yang bermakna

sabtu- survey pelantok

qa n kawan2 seCOMRADE- kak fi, hardee, shukri, abg nasif ( mo'ana n shariah tak dapat ikut serta last minute) pergi ke Kg Sg Pelantok, sg siput, Perak untuk survey tempat program Islamic Practical Teaching for Aborigines (IPTA) 11-18 november nanti...

singgah sekejap di Kg Kenang untuk jumpa ustaz Halim (penggerak JAIP).. masa kat sana tetiba terdengar teriakan " kak atikah ker..??" rupa2nya adik2 kg kenang yg menyertai AMC bulan lepas.. terharu rasa diorang masih ingat lagi kat QA lalu amik kesempatan bersembang dengan mereka yang ketika itu sedang mandi sungai...

then perjalanan diteruskan ke kg sg pelantok.. yang paling penting jumpa tok penghulu untuk minta izin buat program n tanya apa yang patut.. kg sg pelantok cam kg lebir jugak.. luas tapi rumah dekat2 compare to lebir yang kedudukan rumahnya agak jauh... kampung ini didiami suku temiar.. n penganut islam n kristian 50-50.. so cabaran menanti kami di sini nanti...


ahad- ke asrama baitul ummah (dulunya asrama kasih sayang darul fitrah) untuk menjayakan rakaman alhidayah tv3 edisi hari raya bersama anak2 ABU.. hmm susah jugak rupanya shooting nie.. sian tengok adik2 berpeluh2 bila ada scene yang diambil berulang kali.. tak raya lagi tapi dah rasa cam beraya.. bakar lemang.. takbir.. dsb..

yang paling penting seronok menghulurkan secebis kasih sayang pada mereka.. qa dah lama tak ke sini.. sampai ada adik2 yang merungut 'akak dah lama tak datang'..

then minggu nie,.. bertungkus lumus untuk siapkan ass.. moga DIA permudahkan..

Friday, September 16, 2005

putaran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

dah lama qa tak posting.. tak berkesempatan ke lab.. assignment n mid term yang berderet.. Alhamdulillah hari ini punya waktu menjengah 'umah' nie..

::penghujung Ogos: kepadaNYA kita kembali.. ::

Penghujung ogos- 29 ogos- pulangnya ke Rahmatullah ayah amily, rafik akrabku. 4 pagi di pangkuan amy sendiri on the way ke hospital.

31 Ogos- cikgu siti jaleha- guru qa di wosto kembali ke Rahmatullah, diiringi doa anak didiknya. Budimu guru menyambung jariahmu di sana,moga aman di sisi DIA. Satu masa kami juga akan ke sana.

Amy sahabatku yg tabah. Kian matang n kian cekal. ku yakini itu. Sehari menghabiskan masa di rumah amy selepas pemergian ayahnya, kian ku yakini sahabatku kini kian matang meladeni masalah hidup. Alhamdulillah rezeki amy murah. Habis study dapat kerja as retail excecutive di guardian pharmacy, sea park. Berita baik juga mendengar amy bahagia and bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Yang pasti, kagum dengan semangat amy setelah segala jerit payah yang dilalui selama ini. Dan jauh di sudut hati, kasih sayangku pada amy tak berubah, macam dulu2 jugak even jarang jumpa n berjauhan. Namun itu semua bukan alasan untuk merungkai ikatan ukhwah kami. Moga terus berjaya, sahabatku.

::merdekakah kita?::

Sambutan bulan kemerdekaan bagi diisi dengan program Asli Motivational Course untuk adik2 anak org Asli kg kenang n kg Husin, perak dan adik2 asrama silaturrahim nurul qanaah. Pengalaman mendidik menghargai kehidupan. Sebagai ketua biro modul, tugas qa menyelaras semua modul sepanjang program berlangsung. Ingin qa petik kata2 Ustaz Ismail Chong semasa opening ceremony

jika kita ingin merdeka, letakkan Allah di hati kita. Sebab Allah MAha Besar maka jiwa kita akan menjadi besar. Orang yg berjiwa besar adalah orang yang benar2 merdeka. Selagi DIA di hati kita, kitalah insan yang merdeka’

Juga masih ku ingat ucapan Puan Martinelli Hashim semasa closing ceremony

;
saya berbual dengan antara pengasas COMRADe yang mengatakan bahawa comrade ni macam orang gila. Kenapa? Sebab tiap kali cuti, comrade gila masuk kg orang asli. Sanggup berjalan kaki sehingga 6 jam untuk masuk ke dalam hutan semata2 ingin berjumpa dengan orang asli. Bukankah itu satu kegilaan?? remaja sekarang ada pelbagai kegilaan, kegilaan pada mawi, kegilaan pada malaysian idol, kegilaan pada mentor.. tapi saya harapkan para pelajar uiam mempunyai kegilaan seperti yang comrade miliki- kegilaan membantu masyarakat yang memerlukan, bukan sahaja orang asli tapi juga masyarakat lain- anak2 yatim, saudara2 baru. Agaknya apa yang ada di tengah hutan di perkampungan orang asli yang menyebabkan kegilaan comrade ni yer..?? ’

Dan qa punya jawapan itu.. kegilaan ini adalah kegilaan luar biasa, demi membantu saudara2 seagama kita yang kehausan ilmu agama, yang ketandusan iman, yg kekontangan rasa pengabdian. Di sinilah sayap agama ingin dikembangkan, di saat tiada siap mahu melaksanakan, jika tidak kita siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi?


Dan di sebalik kegilaan itu, kami menemui erti kehidupan, erti kesusahan, erti sebenar ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Kami temui erti kesyukuran betapa hidup kita yang seringkali kita sulami dengan keluhan itu sebenarnya jauh lebih baik dari kehidupan mereka. Dan kami temui ukhwah islamiah yang sebenar, kami temui agungnya islam yang menyatukan hati2 kami di bawah kalimah tauhid yang mulia tanpa mengira bangsa, rupa, budaya, bahasa dan keturunan. Dan tiap kali titisan air mata mengiringi kepulangan kami selepas 7 hari berkampung di hati hutan itulah buktinya kasih sayang yang anugerahNYA di hati2 kami.. dan sesungguhnya Maha Berkuasa DIA.. ALLAHU AKBAR..! SUBHANALLAH..!

::selamat menjejaki warisan anbiya’ ::

Awal september, sahabat2 qa menjejakkan kaki ke Mesir untuk melanjutkan perjuangan di sana. Istimewa buat sahabat2 dari MA’haad Tahfiz Pahang- hasnah, helijah n rosmawati, moga tabah menghadapi ranjau di rantauan. Selamat meneruskan perjuangan di Ardul Kinanah, semoga pulang sebagai hamlatul quran yang akan membantu mengembangkan sayap agama tercinta. Tak lupa buat ustaz rozairi n ustaz shukri, moga antuma berjaya menjadi mujahid kelak. Jangan lupakan kami sahabat2 di tanah air. Rajin2 hantar berita.

Terkilan juga tak sempat hantar mereka di KLIA. Namun doaku mengiringi kalian, Insya Allah..

::Krisis air di uia::

Uia cuti 2 hari kerana masalah ketiadaan air. QA menumpang kasih di tmn melati, rumah akak kepada my roomate- wan. Akak wan dalam pantang so berada di rumahnya di bangi. Rumah tu kosong so kami ‘bermaharajalela’ :-) . thanks atas budi kalian. It was a pleasure time n most precious gift to have friends like all of you. Kak yati, As, Diyanah, wan, ainin n kak ja.. seronok belajar banyak perkara dari kalian.. terima kasih ilahi.. teman sejati ada di mana-mana di sepanjang perjuangan…


Tuesday, August 23, 2005

::hayaatii::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

moga dipermudahkan semua urusan..

sempena convest.. COMRADE buka restoran kat convest hill.. restoran gitu.. sesekali menyibuk di gerai, buat apa yang patut..

sambil2 bergelumang ngn mid term... minggu ni satu paper jer.. minggu depan ada 4 paper..
sambil2 bermesra dengan buku2 untuk siapkan assignment..
sambil2 siapkan report debat b.arab antara ipt yang tak siap2 lagi..
sambil2 pikir nak balik umah ujung minggu nie.. panggilan laman bonda merentap hati..
sambil2 tengok jadual.. ada TRIP ke terisu 2-5 sept nanti
sambil2 pikir nak pergi hantar hasnah al-hafizah di KLIA utk further study kat mesir 7hb sept nanti..
sambil2 cari idea untuk LDK Asli MOtivational Course yang akan berlangsung 9-11 sept..

sambil2... ?? Insya Allah moga dipermudahkan semuanya..

Monday, August 22, 2005

selamat konvo

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


tahniah n syabas.. buat semua yang menempuh hari konvokosyen

buat abang long.. kejayaanmu inspirasi kami- adik2 mu

buat abang2 n kakak2 comrade.. insya Allah, kami akan teruskan perjuangan kalian, doakan kami.. moga ukhwah sesama kita berkekalan.. jgn lupa jemput kami kalau nak 'kenduri' :-)

buat kawan2 wostorian spm batch 2001 yang konvo .. tahniah semua.. jangan biarkan langkah kalian terhenti di sini.. dapatkan konvo kali kedua, ketiga dan seterusnya..

buat sahabat yg konvo di KTIM.. tahniah n syabas.. awak dah buktikan awak boleh sebenarnya.. bersyukurlah pada DIA di sebalik pelbagai dugaan tu, DIA sebenarnya sayangkan hambaNYA.. kejarlah kasihNYA.. moga terus berjaya pada masa akan datang.. dari jauh, sahabatmu ini sentiasa mendoakan.. tabahkan hidup!

kalam berhenti di sini.. bakal berbicara nanti.. ilalliqa'