Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, August 21, 2010

4 kereta, 2 van, 4 pagi, 11 Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lambaian Teji dan Abu menggamit.Amat bersemangat ingin ke sana kerana asbab berikut:

1) Anjuran Alumni COMRADE. Mengumpulkan rakan-rakan seperjuangan yang telah berkerjaya, ingin bertemu rakan-rakan yang dirindui,setelah masing-masing sibuk dbergelut dengan alam pekerjaan selepas kampus ditinggalkan. Ukhwah yang merimbun dalam hati (dalam hati ada ukhwah??) menjadikan diri ini amat merindui mereka.

2) Kampung Teji dan ABu, dalam banyak-banyak kampung yang pernah dimesrai COMRADE, saya belum pernah menjejak kampung ini. Kampung kenangan dan sejarah buat COMRADEAN. Maka amat kuat hati ini,ingin menjejak kaki ke sana.

3) Bulan Ramadhan. 'Amal fillah, di bulan-bulan biasa amat banyak ganjaran di sisiNYA. Apatah lagi di bulan yang mulia ini. hati tiba-tiba menjadi tamak. Tamak merebut ganjaranNYA. Amat kuat keinginan ini.



4) Terakhir kalinya (mungkin) sebelum bertukar status. Bermula september,dengan izinNYA, akan menggalas jawatan sebagai pendidik secara rasmi. Masih belum diketahui di  bumi manakah DIA mentakdirkan diri ini akan berkhidmat. Yang pasti, amanah baru akan digalas, dan menjelang beberapa bulan lagi, saatnya bertukar status, tentu tanggungjawab dan komitmen akan bertambah. Maka keinginan ke sana, bersama mereka amat kuat.

Namun, takdir DIA tiada seiap menghalang. Sejak tamat DPLI, bergelut menyiapkan tesis, saya duduk di rumah,menjaga nenda tercinta. Saat awal perancangan trip ke Teji dan ABu,saya mencongak hari. Sabtu dan Ahad, bonda ada di rumah, menggantikan saya menjaga nenda.

Namun saat Ramadhan memasuki minggu pertama, kesihatan nenda semakin merosot. Nenda yang berusia 97 tahun mula dihambat garis-garis tua dan ketuaan. Jika dahulu, masih mampu bergerak sendiri ke tandas, kini terpaksa dipapah. Jika dulu, lazimnya, siang hari dia duduk, meski memandang jauh,termenung dengan bahasa bisu, masih mampu berbual dan berbicara sekali sekala, rancak bercerita kisah-kisah lama zaman muda. Kini dia hanya terbaring sepanjang hari. dengan mata terkebil-kebil tidak mahu terlelap. Hanya bangun apabila ingin ke bilik air, dengan dipimpin orang sekeliling.

Matanya juga makin mengecil, makin jauh terperosok dalam rengkungan wajah. Dengan kulit yang berkedut seribu,hanya tinggal kulit dengan tulang.

Malam isnin lalu, dia mengadu sakit di bawah rusuk.Jam 10.30 malam. Merengek menangis seperti budak kecil dibuatnya. Amat sakit dia. dan kami juga sakit mehatnya.namun tidak tahu ingin diapakan. Saya berdoa di dalam hati, ya Lathif, Ulthuf bina.. Kasihanilah dia.. Tubuh tua itu tidak mampu menahan kesakitan. saya melihat jam di dinding. bergerak jarum jam ke angka 11 malam. Dia masih mengerang. Ingin dibawa ke hospital dia menolak.Disapu dengan minyak panas, ditungku, segala macam ikhtiar. Masih juga belum berkurangan. Nafasnya turun naik menambah risau. Saya bisikkan di telinga supaya anyak2 ingati Allah dan jangan berhenti mengucap. Wan (panggilan kepada nenda) menurut, tak henti kalimah agung keluar dari bibir tuanya.

Hampir jam 12, baru kesakitannya reda. Dan wan tidur,meski dalam keadaan yang tidak lelap. Hingga hari ini, keuzurannya kian kelihatan. Dibawa berjumpa doktor, tiada ubat diberi melainkan vitamin.Kata doktor, tiada penyakit. Melainkan ketuaanlah yang menjadikannya sakit.

Untuk itu, tidak smapai hati saya ke sana bersama sahabat2 tersayang.. Kasih nendaku.. Masih ingin menemani dia dalam kesakitan itu..

***
Buat sahabat2 ke Teji dan Abu,moga dipermudahkan urusan kalian, diberkati amalan kalian.

***
isnin, 23 Ogos. 10 pagi.
penentuan perjuangan
RAbbi Yassir wala Tuassir

1 comment:

Raihan Farhanah said...

Alhamdulillah selamat semuanya, hee~ Nanti saya buat entri pasal kat sana ya ^_^