Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 24, 2008

jauh...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..

agak lama saya menyepikan diri dari mencoretkan sesuatu di rumah ini. Sibuk?Alasan yang klise. Semua orangpun sama. 24 jam yang kita ada. Namun yang penting bagaimana kita menggunakannya. Anda bagaimana?

Saya tidaklah sesibuk mana. Cuma tiada berkehendak untuk menulis. Tiada berperasaan untuk menulis. Atau dalam erti kata lain (tiada mood)- apa terjemahan terbaik untuk 'mood' yer?-

Untuk entry kali ini, mungkin sedikit imbasan dari aktiviti seharian saya beberapa minggu sudah.

11-13 Julai
saya di Bandaraya Shah Alam. Dijemput menjadi jurulatih debat bahasa Arab pasukan UiTM untuk menghadapi Kejohanan Debat BA IPT ASEAN. Penginapan disediakan. Hotel De Palma, SA. Alangkah jemunya saya berada sendirian di sana ( Latihan 9am-6pm). Suasana yang berbeza sekali dengan 2 minggu sebelum itu-ketika saya di Pos Lebir. Tilam yang empuk dengan penghawa dingin. Sedang minggu sebelumnya- tidur di lantai beralaskan sleeping beg, dengan 'penghawa dingin' ciptaan Allah yang tak mampu diturun naikkan suhunya, mencucuk tulang hingga ke pagi.

Saya lebih rindukan Pos Lebir. Jiwa saya ada di sana. Malam2 di Hotel De Palma membuat saya berfikir panjang. Saya kenal erti 'profesionalisme' yang mereka bayar untuk bantuan sedikit saya. Saya belajar erti perjuangan- seperti yang selalunya saya dan rakan-rakan lain lakukan- Masuk kg Orang Asli, mencari 'susah' untuk senang di sana. Lalu saya mencari jiwa saya ditengah-tengah 2 jalan yang amat berbeza itu. Dan saya sedari, niat yang betul akak memandu tiap jalan jalan tu menjadi saham jua di sana. Dan saya memilih untuk bersederhana. Ternyata kedamaian hati bukan ada pada bilik yang mewah dengan kemudahan yang sedia ada di depan mata, tetapi kemewahan hati dan ketenangan jiwa itu yang utama. Kredit untuk Saba' Islamic Media yang meyumbangkan Al-Quran terjemahan kepada setiap bilik di Hotel De Palma yang saya diami. Melepaskan gundah jiwa kala sendiri, selepas kegopohan saya bermusafir menyebabkan saya tertinggal mushaf kesayangan.

Terima kasih us Wan Ahmad- trainer debat BA UiTM yang banyak membantu. Tahniah buat Nadia,Wani,Izzati dan Helmi atas semangat juang anda yang tidak pernah mengalah. Saya kagumi semangat kamu semua. Belajar bahasa Arab sebagai Bahasa ketiga (mereka pelajar TESL, Sains Makanan n Undang-undang) tapi tidak jemu malah tidak gentar berdebat dengan mereka yang belajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Baarakallahu Fiikum Jamii'an.

Terima Kasih Sarah yang banyak amat membantu dan banyak meluangkan masa menemani saya dan membawa saya berpusing-pusing ke Shah Alam. Hinggalah petang Ahad-waktu ulang ke Kuala Lumpur, Sarah menghantar saya ke KL untk saya pulang ke UIA. Waktu itu, kesakitan yang sering saya alami sebelum ini menyerang tiba-tiba. Dan Allah membantu- menghadiahkan kehadiran Sarah untuk saya. Dear Sarah, hanya Allah mampu membalas jasamu. Terima kasih banyak-banyak. Waaupun kami hanya kenal 'gitu-gitu' aje sebelum ini, kami tiba-tiba menjadi akrab dan senang sekali berkawan bersama.

18 Julai
Saya ke USIM, Nilai untuk menyaksian Pertandingan Debat BA IPT ASEAN. Saya ditawarka mejadi hakim kerana saya telah 'melibatkan' diri sebagai jurulatih namun saya menolak. Lebih senang menjadi pemerhati. Saya hadir untuk memberi semangat kepada anak-anak buah saya. Sekadar termampu, disamping memberi sokongan kepada pasukan UIA.

Saya ke Nilai bersedirian. Menaiki komuter menuju ke Seremban di KL Sentral lalu menaiki teksi ke USIM. Amat terkejut kerana tambang ke USIM yang tidak sampai 15 min dari Stesen Komuter Nilai itu mencecah rm15! Saat itu saya bersyukur menjadi warga UIA. Kemudahan pengangkutan awam di UIA jauh lebih murah. Bas Rapid KL ke Terminal Putra Gombak cuma RM1- dan tiket itu boleh digunakan sepanjang hari. Malah jika memilih Metrobus ke KL terus, tambangnya cuma RM2. Pergi dan balik cuma rm4. Alangkah beruntungnya warga UIA berbanding warga USIM yang amat susah menggunakan perkhidmatan pengangkutan Awam.

Di pertandingan ini- saya berjumpa rakan sepasukan saya- Kak Yuni dan Taufik- pasukan ketika kami menjuarai 4th Intervarsity. Namun kini semuanya bekerja di belakang tabir. Saya membantu UITM, Kak Yuni melatih Madrasah Al-Junaid. Sementara Taufik bergelar tutor di UDM dan melatih pasukan tersebut. Dan pertandingan tersebut dimenangi UIA. 2 pasukan UIA berentap sesama sendiri pada perlawanan akhir. Alfun Mabruk!

Lamaran yang sama. Saya menolak lagi. Anda tetap ayah saya walau saya bukan anak anda. Homat saya pada anda tidak berkurang. Pun menolak bukan kerana saya membenci, cuma telah tersurat begitu. Pastinya DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Baaraakallaahufiikum.

19-20 Julai

Saya sempat mengikuti debat pada sebahagian pusingan awal (pusingan 1-3 dalam pusingan kelayakan). Sabtu- saya perlu menghadiri mass gathering untuk Halaqah- memenuhi tuntutan tanggungjawab saya sebagai Amirah@ Chief Fasi untuk Halaqah sem ini.

Sebaik usai briefing, saya ke Greenwood, menunggu bas Central Pahang menuju ke Raub, berhenti di Genting Sempah. Dengan selambanya melangkah satu demi satu penghadang lebuh raya untuk menyeberangi lebuhraya dan menunggu di depan MCD Genting Sempah. Tidak lama kemudian, kereta DAL mok Ana menjemput saya, bersama kawan-kawan yang lain. kami menuju ke Kem PTS, Janda Baik.

Dakwah and Research Induction Course berlangsung sejak jumaat lagi. Ramai rakan-rakan senior yang seangkatan dengan saya hadir. Lama tidak berjumpa, kali ini kami bertemu dalam proram untuk 'merekrut' ahli-ahli baru COMRADE> Berkongsi pengalaman dengan mereka agar perjuangan ini dapat dilestarikan.

Ahad itu- ada 2 sesi yang memerlukan kekuatan fizikal. Berjalan kaki menziarahi Kg Orang Asli Ulu Chemperoh dan Jungle Trekking. Saya mengalah. Kesihatan saya belum pulih sepenuhnya. Sebelum melarat, saya tidak mahu merenyahan diri. Fizial ini menuntut haknya untuk berehat. lalu saya memilih berada di dapur, membantu pihak catering menyediakan makanan.

Saya sukakan Janda Baik, persekitaran kampung yang cukup tenang dan mendamaikan. Sebab itulah agaknya di sini ada banyak rumh-rumah orang kaya- yang memilih untuk memiliki rumah persinggahan di sini untuk melarikan diri dari kekalutan kotaraya.

Kem PTS yang kami gunakan sepanjang program- kali kedua dikunjungi selepas ANTRAXX 2 tahu lalu. Pemiliknya- Pn Ainon Abdullah & suaminya- Prof. Abdullah Hasan. Penulis buku-buku ilmiah PTS Publisher.

Pn Ainon- Ummu Hurairah, di kem PTS, banyak sekali kucing terbuang yang dipelihara, (lebih 50 ekor semuanya) diberi makan friskies, dirawat apabila sakit, diberi ubat batuk,ubat selsema,vitamin dan sebagainya. Kucing-kucing ini dijaga sebaik-baiknya. Dirawat di hospital apabila sakit. Saya berbual dengan Pn Ainon- katanya, murah rezeki kita menyayangi kucing-kucing ini kerana setiap satu darinya mendoakan kita kerana kita menjaga kebajikan mereka. Subhanallah.

Oh ya, tempat yang kami gunakan, lengkap dengan 'open hall' dan dapur memasak serta penginapan untuk lelaki da perempuan- bayarannya adalah Rm0.00> ya, percuma. Kata Pn Ainon- beliau senang tetamu datang, kerana tetamu datang bersama rahmat, dengan harapan turunlah rahamat di rumah beliau. Bila solat jemaah dan majlis ilmu dilangsungkan, turunlah para malaikat di sekeliling rumahnya, bawa rahmat lagi. Maka itu adalah lebih besar dan lebih penting dari wang ringit dan harta benda. Subhanallah!

***
bila diimbas, saya sedari saya adalah pengguna setia pengangkutan awam. hehe. akan kekal sampai bilakah begitu? menuju alam pekerjaan, saya sudah mula berjinak-jinak untuk mengambil lesen kereta. belajar dari zero. Akan kekalkah saya sebagai pengguna setia pengangkutan awam selepas ini? Wallaahu A'lam.

***
Ogos- berderet kad jemputan walimah saya terima. Wan dan Faheem. Mok Ana & Abg Zul. Fatimah Salwa & Pasangan. Fatimah Syarha & Pasangan. Kak Jawahir & Pasangan. Naim & Pasangan. (seseorang lupa @ sengaja tidak menjemput saya untuk walimahnya 08.08.08 ini?)
Insya Allah, undangan-undangan akan dipenuhi mana yang termampu. Rumah saya akan berkenduri juga 2 hb nanti. Bukan kenduri perkahwinan @ pertunangan siapa-siapa. Kenduri menyambut Ramadhan Al-Mubaarak. Jiran-jiran n mak-mak sedara mengajak mengadakan makan-makan.

***
bukan main-main. saya pergi jauh untuk dapatkan ini.
yer. saya tau itu. mohon panjatkan doa selalu. tenang dan tabah hadapi duga.
***

No comments: