Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 27, 2007

separuh masa pertama kita mengejar piala Taqwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kuintai sinarMU
di malam-malam bulan kekasih
masih malu-malu aku di situ
meski kasihMu terhampar
tak pernah ragu diseru

kuintai cahayaMU
dalam sujud di sepertiga malam
sarat dengan dosa di tikungan
berat berlabuh di malam suram
mohon keampunan dan kasih sayang

kuintai kasihMU
dalam larut doa yang panjang
dalam impian yang tak pernah berkurang
dalam harapan yang kian menjulang

kuintai cintaMU
meneguk taqwa misi sepurnama
menjadi bekal sepanjang usia
hingga kala terpejam mata
tenangkan aku bertemu Pencipta

naj_qa2401- 15 ramadhan
iium gombak

*****

"wahai orang-orang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa,seperti mana diwajibkan kepada mereka sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertaqwa"

teringat sesi forum dalam bahasa Arab sempena program Ihya Ramadhan anjuran Arabic Language Association minggu lalu,yang mengumpulkan pelajar-pelajar BABR undergraduate dan postgraduate.bermula dengan sesi forum dalam bahasa Arab oleh ustaz-ustaz di department usai Solat Jumaat,diikuti tadarus selepas asar hingga waktu berbuka,dilanjutkan dengan tarawikh pada malamnya. Pelajar dan ustaz-ustazah berkumpul,seronok rasa.

sesi forum tentang ramadhan mengujakan,bila ahli2 panelnya semua pakar lughah, ayat-ayat al-quran dikupas penuh berisi,cantik dan terasa 'zauq' di hati.. antaranya tetang misi taqwa di hujung ayat perintah diwajibkan puasa..

La'alla- harfu tarajji- menunjukkan pengharapan.. bagi manusia, la'alla membawa maksud boleh jadi,atau kemungkinan. maknanya,boleh jadi bertaqwa,boleh jadi tidak..

tetapi bagi Allah, yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, yang ada adalah janji yang pasti,seolah2nya 'kamu pasti bertaqwa'- janji Allah itu benar..

tetapi- semuanya tidak mungkin diberi percuma..
sungguhpun tidur orang yang berpuasa dianggap ibadah,tentulah tidak sama dengan orang yang berpuasa dan benar-benar beribadah..

takah taqwa yang ingin kita capai,mujahadahlah dengan diri sendiri.. ruginya andai ramadhan berlalu sepi,tanpa perubahan diri..

dan misi taqwa ini,bukan sekadar di bulan Ramadhan,perlu sepanjang masa,sepanjang usia.. Ramadhan umpama masa untuk charge bateri, supaya makin kuat.. tapi kalau bateri rohani itu sudah lemah,jangan tunggu ramadhan akan datang baru nak charge semula.. charge berterusan.. supaya kekuatannya berterusan.. dan kita ini,lemahnya kita,lebih-lebih lagilah,perlukan charge yang berterusan...

Moga Ramadhan ini yangterbaik.. dan moga ada kesempatan lagi bertemu ramadhan akan datang..

***
minggu lepas,iftar COMRADE.. yang istimewa, macam biasa,makan dalam dulang,satu dulang berkongsi 5/4 orang.. menunya- setengah ekor ayam percik setiap dulang,dengan sayur kacang boto masak pedas.. dan ikan kering..

teringat kalau masuk kampung.. dalam dulang yang dihadap 5/6 orang, takkan merasa ayam 'bergolek' kat situ.. yang ada cuma ikan kering,atau ikan sardin yang pelbagai menu..
Alhamdulillah 'ala kulli hal...

tahun ni..Ramadhan rasa lebih bermakna.. mengapa yer?? entahlah.. tapi 'cahaya' Ramadhan rasa terang menyuluh.. mungkin kerana usia yang kian menginjak.. kian faham erti hidup.. kian faham makna taklifan..

Ya Allah.. hanya yang terbaik kumohon..

No comments: