Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, May 05, 2007

kalian tak akan mengeri..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sedang saya menguli tepung untuk buat kuih badak berendam petang semalam.. mimi (adik ke 4) menghampiri..

“Ngah, kalau Mi cakap, ngah jangan marah yer..” katanya memula bicara.. membuat saya tertanya-tanya.
“kenapa? Cakaplah?”
“mimi terbaca yang awak tulis kat PC awak tu.. dokumen tajuk ‘my life’.. ”
Ha? YA Allah, macam mana saya boleh cuai sangat ni? Memang, PC itu tempat saya mencurah rasa, meluahkan bebanan fikiran dan tekanan hidup. Menulis dan menulis segalanya di ruang computer. Sepanjang berada di kampus, PC itu teman setia. Bila PC itu ingin dibawa ke rumah, usai pengajian dulu, telah saya kemaskini semua dokumen dalamnya. Segala yang berkaitan dengan soal hidup-terutama yang pahit-pahit telah saya simpan dalam satu driver lain- hanya untuk tatapan saya. Memang tidak biasa berkongsi kepahitan dengan adik-adik. Saya ingin mereka tahu yang gembira-gembira sahaja. Segala kepahitan, biarlah saya sendiri yang tahu.. saya telah pastikan, tidak ada satupun dokumen yang tercicir.. tapi, Subhanallah, dokumen yang satu itu- yang paling ‘perit’ tercicir. Cuai sungguh saya!

“so, mimi dah tahu?”
‘Hmm.. bukan mimi jer, andak pun tahu. dia jumpa dulu.. dia panggil mimi baca sama.. ”
Ha? Dua orang baca? So adik-adik saya yang berdua ini dah tahu.. aduss..
Saya cuba tersenyum. Terasa kelat. Mimi memandang saya, penuh simpati.
“dah tahu, takperla, buat-buat tak tahu jer..” kata saya perlahan.
“ tapi ngah, mimi tak sangka.. mimi ngan andak menangis baca..andak kata, dia rasa macam tengah baca novel yang paling sedih..”
Saya cuba tersenyum. Masih terasa kelat.
“takperla, menda dah lepas, ngah ok jer..”
Mata mimi mula berkaca.. “ngah, macam mana awak boleh sekuat, setabah ini?”
Saya hanya mampu tersenyum memandang mimi. Oh adik, kau tak akan mengerti..
Keluhan kecil saya lepaskan..Mencari kata-kata terbaik untuk diucapkan
“ Allah tu Maha Kuat. Kalau kita pilih untuk jadi lemah, kita akan lemah. Jika kita pilih untuk jadi kuat, kita akan jadi kuat.”
Mimi hanya mendiamkan diri dengan jawapan saya. Matanya memandang penuh simpati.
“dahlah, menda dah lepas. Ngah ok jer. Tak ada apa yang nak dikesalkan. Ngah Cuma harap, orang lain berhenti cakap yang buruk-buruk tentang dia. Manusia suka menghukum. Itu bukan kerja kita. Banyak menda yang kita tak tahu. jangan nak hukum sesuka hati kita. Hari ini, dia dah bangun semula, jadi diri dia. Bagilah dia peluang. Diapun nak hidup juga. Ngah harap orang tak cakap yang bukan-bukan lagi. Ngah ngan dia, kami tetap kawan baik. Yang lepas sudah, dah jodoh kami tak ada, ngah redha. DIA tahu apa yang terbaik.”
Mimi Cuma diam. Tak terkata apa…

Dan malam tadi.. dia muncul di kaca TV, seperti yang dimaklumkan, dia berjaya di situ. Saya mendokan dia akan terus berjaya, meneruskan warisan yang ditinggalkan arwah ayahnya.. saya percaya, tidak lama lagi dia akan menjadi public figure… semoga mendung dalam hidupnya akan berakhir. Moga dia berjaya meniti puncak kegemilangan itu semula. Yang berlalu tinggal sejarah, tanpa mungkin kembali, ia akan kekal jadi sejarah.bagi saya, yang lepas biarkan berlalu.. Saya redha dan saya percaya, DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami..


1 comment:

Sarah Mohd Shukor said...

salam kak tikah,

termenitis air mata sy. adakah jln cerita kita sama wlupun wataknya semestinya berlainan. kak tikah, sy sgt faham apa yg kak tikah siratkan dgn ayat2 yg kak tikah guna ni. percayalah kak tikah, sy dulu penah lalui kisah yg hampir sama. betul. ALLAH lebih tahu apa yg terbaik utk kita.

sebak tiba2 dlm hati. salam buat kak tikah n family...