Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 15, 2005

kau pergi jua..

selepas 2 tahun menderita... akhirnya kak mawar menghembuskan nafas terakhirnya jumaat lalu, tepat 1.10 t.hari.. masa tu baru kuar dr toilet berhampiran kyros kebab.. panggilan dr mak menyatakan khabar buruk ini.. terus terpana.. alam bagai terhenti.. makan pun dah tak lalu.. sibuk2 fikir camner nak balik cepat.. rasa cam nak terbang terus balik ke Mentakab.. Alhamdulillah.. terima kasih sahabat2 yang sudi hantarkan.. syukri drive ditemani husni, jah n syud..

sampai di sana.. aku sendiri tak sempat tengokl arwah buat kali terakhir coz waktu tu orang tengah bersiap untuk solatkan jenazah.. paling sedih bila memeluk emak (emak kepada arwah yang aku panggil emak).. sangat derita wajah ibu tua itu.. aku sendiri tak mampu menahan sebak... erat pelukan emak menyatakan akak dah tinggalkan kami... aku hanya mampu membalas pelukan emak dengan erat.kejap. tak terluah apa2...

mencari anak2 akak.. neesha (4tahun) n hakim.. anak2 kecil ini tak mengerti apa2.. neesha memerhati semua orang.. membisu tanpa berkata apa2.. bila ditanya tentang mamanya, dia cuma kata.. mama dah tak ada... hakim pula seperti kehairanan melihat ramai orang datang ke rumah...

aku memimpin emak menaiki kereta untuk mengiringi jenazah ke persemadian abadi.. sungguh dia tak berdaya.. abah (ayah arwah yang aku panggil abah) turut membantu isterinya .. emak lemah sangat.. aku memimpin naik ke kereta n sampai ke kubur..

bila semua dah selesai n semua orang ingin pulang.. emak tak mahu pulang.. dia duduk di sisi kubur n membaca surah Al-Mulk.. aku mengikutinya.. lama kemudia..selesai membaca.. dia bangun n aku memimpinnya.. pulang ke rumah meninggalkan arwah bertemu munkar n nakir..

di rumah.. suasana hiba lagi dengan kepulangan kak ima.. (adik bongsu arwah).. bila dia memeluk emak.. sungguh aku tak mampu menahan sebak.. kak ima tak sempat ngn arwah coz dia baru sampai dari rompin.. memandangkan hari dah lewat, keputusan diambil untuk terus kebumikan arwah tanpa berlengah lagi.. so kak ima tak sempat... suasana pilu mengisi ruang..

aku?? hanya mampu menahan sendu n satu persatu kenangan bersama arwah mengisi ruang mata...

Ya Allah... tempatkan dia di sisi hambaMu yang dikasihi..

Ayu Mazhana binti Hajah Maznah, ( 20 jun 1975- 11 mac 2005 )
selamat bertemu tuhanMU..
Al-Fatihah buat akak tersayang...

No comments: