hidupku,matiku,ibadahku,untukMU Rabbal 'Alamin اللهم ارزقنا الجنة وما يقربنا إليها من قول اوعمل ، وباعد بيننا وبين النار وبين ما يقربنا إليها من قول أو عمل اللهم اجعلنا من الذاكرين لك ، الشاكرين لك ، الطائعين لك ، المنيبين لك يا الوهاب يا الرزاق لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Total Pageviews
Wednesday, March 01, 2006
alhamdulillah
afwan.. dah lama menyepi coretan2 di blog nie.. Alhamdulillah, pertandingan debt B.ARAB ipt ASEAN dah tamat n alhamdulillah, natijahnya, QA n kawan2 memenangi tempat ke2 selepas tewaS di tangan univ. islam national sharif hidayatullah, indonesia pada perlawanan akhir. kalah dengan kiraan juri 3-4. pepun, satu pengalaman as this is d first time qa masuk debat n mewakili uia.
so skang fokus teralih pulak pada pelajaran, nak cover semula yang dah banyak tertinggal tu.. exam pun dah semakin hampir.. n rindu nak balik rumah..
pe2 pun, syukran jazilan pada semua.. pada team mates semua, all arabic debaters uia, mudarribiin, dan penyokong2 yang sudi datang.. dan buat semua yang mendoakan.. kejayaan ini milik bersama..
tak lupa buat guru2 wosto yang tak putus2 mendoakan n memberi kata2 semangat.. mak, abah n adik2 yang tak henti meniupkan semangat juang..
thanks to all.. syarrafallahu fiikum..
Wednesday, February 08, 2006
menginjak usia..
Terima Kasih YA Rahim
24 january 1984-24 january 2006
Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan. Moga hari2 di tahun ke 22 ini menjanjikan 1001 keberkatan n bertambahnya hub padaMU.
Dan di sebalik ujian demi ujian yang Kau datangkan,
sewajarnya aku bersyukur
kerana di situlah bercambahnya erti sabar,
makna raja’, nilai khauf dan buah tawakal padaMU.
Moga hari2 mendatang, petunjukMU sentiasa mendahuluiku.
Jgn Engkau biarkan aku walau sekelip mata, atau lebih singkat dari itu.
Jangan Engkau biarkan aku menentukan nasib hidupku sendiri, terkapai2 tanpa bimbinganMU..
Tuesday, January 17, 2006
imbasan 4
interview pengambilan ahli baru comrade





imbasan 3
gerai promosi COMRADE
ITD foyer, UIAM


13 january 2006
usrah mingguan COMRADE
IIUM mosque

14 january 2006
aidul adha mahabbah project
asrama silaturrahim al-qanaah-comrade uiam
(jamuan n barbeque)


imbasan 2
ziarah mahabbah ke Larkin, Johor
melawat abah abg zul yg sakit. SYAFAKALLAH
10 january 2006-hari raya aidil adha
kurban di my kampung
kg jambu rias, karak, pahang 10 & 11 january 2006
ziarah mahabbah aidul adha ke kg husin, sg siput, perak
penyerahan daging qurban dan naskhah al-quran kepada saudara baru (orang asli)
sebahagian ahli rombongan bersama adik2
penyerahan al-quran kepada saudara baru
pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung
lain2 gambar?
Monday, January 16, 2006
imbasan
30 dis 2005
training of trainers- excos comrade 05/06
taman tasik titiwangsa
exco comrade sebelum menjalani training
31 dis- 1 jan 2006
hari keluarga asrama baitul ummah (ABU)
taman ostrich, PD
Ancasa beach Resort, PD
ala2 cowboy- kenangan di tmn ostrich, PD
fasilitator dari uia (gambar atas) gambar bawah: adik2 ABU bertemu 'abu'
Thursday, January 05, 2006
::teruk sangat ker..?::
berkejaran ke kelas.. sesekali berpapasan dengan kawan2..
I (kat hs cafe)
>>: ko sihat ke nie? nampak cam letih sangat? layu jer
QA: (senyum) :-) banyak kerje sket.. :-)
II (kat hs cafe)
>>: ko ok ker? aku tengok serabut jer 2 3 ari nie?
QA: (senyum) :-) yer ker? biasa jer?
III (kat hs cafe)
>>: tikah tak sihat?mcm ada masalah jer?
QA: mm (senyum) ok jer?
IV (kat masjid)
>>: sihat ker nie??
QA: (senyum) Alhamdulillah..
..........................
mm.. macam orang tak sihat ker aku? rasa2nya ok jer.. hati pun dah ok..?? kalau 2 3 ari lepas yerla tak ok sket.. mm sampai ari ni nampak tak ok ker..?
QA: mm hati.. ko ok ker?
qalbii: Alhamdulillah, semua ok.. tenang+redha
QA: badan.. ko sihat ker?
jismii: alhamdulillah, tdo cukup cuma makan tak cukup (sebab semalam lupa nak makan malam).. ish ish cne lupa nak makan nie??
QA: akal.. ko ok ker?
'aqlii.. : alhamdulillah, cuma masyghul banyak nak pikir.. tapi bila hati sihat, insya Allah leh buat kerja ngn baik..
ok ker aku??
ALHAMDULILLAH..
PS: HAPPY BIRTDAY JAH.. DAH TUA KO EK.. MOGA MURAH REZEKI, PANJANG UMUR,. TAMBAH IMAN, BANYAK AMAL N CEPAT +MUDAH JODOH YANG BAIK.. :-)
Wednesday, January 04, 2006
alhamdulillah.. redha
alhmdulillah, seglanya berakhir penuh keredhaan.. dan aku memang telah bersedia dari awal.. alhamdulillah.. bersyukur sangat.dan kulepaskan segalanya yang pernah kumiliki dengan redha..
thanks asma coz membisikkan kata2 semangat untuk aku positifkan kembali keadaan n pulihkan semangat.alhamdulillah, ada ketenangan kini. dan sungguh sesungguhnya, tiada keraguan lagi..
alhamdulillah, akan kuatur langkah ini kembali..
Monday, January 02, 2006
2005 YANG PULANG..2006 YANG DATANG..
Selamat tahun baru buat semua. semoga 2005 yang berlalu menjadi medan muhasabah diri dalam mencari kekurangan merintis jalan bertemu cinta Ar-Rahman.. moga 2006 yang datang, kian kuat keazaman dan esungguhan menggapai cintaNYA
:Training of trainers excos COMRADE:
30 dis- bersama excos of comrade untuk program TOT di tmn tasik titiwangsa. group binding merantai ukhwah, menjelaskan misi n visi, memantapkan organisasi.
balik dlm kul 10 mlm- sakitnya mata banyak 'kereta rosak' n manusia2 berpasangan berduaan dlm gelap. apa nak jadi la dunia nie..
:TAHUN BARU DI PD:
31 dis -1 januari- QA di PD meraikan hari keluarga asrama baitul UMMAH..
Alhamdulillah, terisi hari dengan menjalin kasih sayang bersama adik2 anak yatim/kurang upaya.. memberi secebis kasih anugerah dariNYA..
buat adik2 semua, moga kalian melalui hari dengan keazaman menjadi insan berguna..
meriah hari keluaraga baitul Ummah. Alhamdulilla h adik2 kumpulan QA menang acara sukaneka. best juga Qa n rakan2 masuk acara tarik tali (1st time masuk acara ni n menang :-) )
then malam tahun baru.. bertafakur dari beranda hotel yang menghadap laut ditemani angin pantai... muhasabah diri sepanjang 2005.. mencari keyakinan yang hilang.. membina keazaman melangkah ke hadapan.. insya Allah, moga 2005 aku lebih tabah menghadapinya..
dariMU aku datang, keranaMU aku di sini dan kepadaMU aku akan kembali..
1 januari- nice to remember- naik jet sky dgn nas n puas berendam.. Alhamdulillah.. tiap ciptaanMU ada fungsinya.. dan laut membiru yang luas itu.. mendamaikan hati yang libang libu..