Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 28, 2007

pesan pak long

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

minggu sudah, pulang ke rumah..


ahad tengahari

on the way pulang ke uia, mak n abah hantar ke Bentong. Wan ikut sama dan hantar dia ke rumah aki haji (adik dia) di Jambu Rias. Dia nak bermalam di sana. Kami meneruskan perjalanan ke Bentong. Memang plan nak pergi ziarah Pak Long yang terlantara di hospital. Sampai di bandar karak, mak n abah singgah di ATM. saya dapat mesej dari mimi (adik) memberitahu keadaan pak long yang makin tenat. mimi kata, better saya balik dan tengok pak long. mimi yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari KUIS terus ke hospital bentong dan ziarah pak long waktu tu. dia tak tahu saya on the way ke sana. saya maklumkan,saya on the way bersama mak dan abah. lantas mimi maklumkan, pak long berkali-kali menyebut ingin berjumpa wan (nenek saya, mak mertua pak long)..

maka, kami pusing ke JR. ambil wan n menuju ke hospital bentong.

hospital bentong
PaK Long masih tenat. menantu/anak dan cucunya mengelilingi. sebaik bersalam dengan wan, pak long menitiskan air mata.laju.bercakap dalam bahasa yang tidak jelas (sebelah badan lumpuh, so susah nak faham dia cakap apa).. wan menasihati pak long bersabar..

giliran saya mendekati pak long.
+ pak long..
- hmm.. sapa nie?
+ angah.. anak jah..
- hmm, angah...tak kira la anak saper2, semua anak pak long juga
+ pak long, sabar yer.. ingat Allah banyak2
- hm.. ingat Allah, hidup kita kerana Allah, pak long nak mati pun kerana Allah..

(saat ini semua yang ada menitiskan air mata)

+ pak long sabarla..
- angah.. belajar rajin-rajin.. buat baik2.. pak long ni jahat.. banyak buat jahat.. angah kena banyak buat baik..

*****

di saat ini, Pak Long masih terlantar di hospital..

mak dan abah menghantar saya ke stesen bas bentong petang ini.. sepanjang perjalanan ke uia, pesanan pak long menemani...

separuh perjuangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

separuh perjuangan selesai. next paper seminggu dari sekarang..
lepas exam principle teaching tadi.. tetiba rasa blur sangat2.. saat2 begini yang saya cuba hindarkan waktu2 exam begini..

malam ini, lebih senang menjenguk 'rumah' ini sebentar.. melepaskan lelah.. rumusan exam yang dah lepas:

Modern Islamic Literature>> Alhamdulillah, even masa macam tak cukup nak elaborate semua, tapi puas hati..

Islamic Ethics>>> Alhamdulillah juga.. puas hati gak sempat buat research untuk gender isue-homosexual untuk jawab soalan analisis tu.. cuma kadang2 pening cari english wodr.. sebelum tu exam dalam arabic.. so nak 'tukar' kamus kat kepala ni macam lembap sikit..

Principle Teaching Arabic as Second Language>>> pening nak 'tukar' semula kamus ke Arab.. Cuma agak sedih.. soalan terlalu banyak (5 soalan, tiap soalan ada 2 anak= 10 soalan) yang perlu dijawab dalam masa 2 jam.. tak sempat nak fikir, nak recall, nak tulis lagi.. memang mencabar.. tapi apapun, rasa best study subjek nie.. banyak ilmu dapat.. Thanks Us.Saupi..

3 paper akan datang.. moga dipermudahkan semua, Insya Allah..

lagi..???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

isnin 19 mac
menerima picture msg dan ucapan good luck dari seorang kawan yang lama menyepikan diri. gembira yang amat. bangun pagi, saya mencapai hset dan membukanya. la, saya bermimpi rupanya!
memarahi diri sendiri. kerana masih memikirkan hal orang yang dah tak pedulikan saya. pun saya memarahi lagi diri, kerana mudah kalah pada keadaan. marah pada diri lagi, kerana kebodohan mempercayai mimpi. pun dalam masa yang sama, saya sempat mengucap syukur. mungkin DIA tahu, pelbagai masalah yang menghimpit menjadikan saya tertekan dengan keadaan.sementelahan exam yang kian hampir, momentum diri perlu dicari. mungkin apa yang saya mimpikan itu satu cara untuk DIA membantu saya, memulihkan semangat diri. pun mungkin DIA tahu, di alam realiti, keadaan itu tak mungkin berlaku.. maka biarpun dalam mimpi, DIA ingin saya gembira.. kerana ianya hampir pasti mustahil di realiti. masakan kawan yang seorang ini akan tahu saya akan menghadapi exam? telah lama dia memilih untuk 'menguzlah'kan diri. dan mendiamkan diri.. tanpa khabar berita, tak mungkin dia tahu saya akan menduduki exam. selintas kesan hati bersuara, kalau di alam realiti itu benar-benar terjadi, sekurang2nya tekanan ini pasti berkurang..


selasa 20 mac
revision week.tapi masih ada kelas. back up kelas, dan juga kelas terakhir. pagi-pagi saya bangun dan bersiap.usai mandi dan pulang ke bilik. kelihatan ada mesej diterima.hand set dicapai.picture massage received.sebaik melihat mesej dan pengirim,terkesima. spontan saya mencampak hand set kembali ke atas meja.Subhanallah!picture message yang sama dari orang yang sama, dengan ucapan yang sama seperti mimpi semalam!..

saya bersiap dan terus ke kelas. tidak menghiraukan mesej tersebut. balik dari kelas, saya kembali mencapai hand set. berfikir panjang, masihkah saya bermimpi?? (cuba cubit pipi, sakit tak?? sakit. sah bukan mimpi)


Maha Suci Engkau Ya Allah. tak tau nak kata apa. ruang bilik tiba2 terasa sepi. sunyi. Ya Allah, tak terkata sebenarnya. banyak persoalan yang bermain di kepala. Apakah yang ingin Engkau uji kali ini??? 'selintas' doa saya dimakbulkan.. sungguh, ada kegembiraan di hati. Ya Allah, berikan saya momentum diri untuk bersemangat kembali. Saya mencari hikmahNYA.. Betapa dalam kesusahan begini, DIA menghadirkan bantuan untuk menggembirakan hati.. mencari hikmahNYA lagi.. persoalan 'mengapa' kembali menerjah.. namun saya tak ingin mencari jawapannya.. dan saya kembali memohon.. YA Allah, janganlah aku diuji lagi..

Ya Allah, hanya Engkau tahu segala yang terbaik untuk hambaMU. banyaknya nikmatMU yang Kau kurniakan padaku. tak terhitung sesungguhnya. namun banyak juga laranganMU aku mungkiri. sesungguhnya aku malu. malu untuk memohon lagi dan lagi.. malu meminta yang baik-baik dariMU kerana jahilnya aku masih tidak menjadi pencintaMU yang agung.. Namun, jika bukan padaMU, pada siapa lagi harus aku minta dan aku memohon? sedang hanya Engkau memiliki segala-galanya.. menguasai dan menentukan.. maka dengan rendah diri dan hinanya, padaMU jualah kuadukan segala kesedihan ini...

YA Wahhab, Ya Razzaq..
...dalam langkah lesu, kucari sekudus restu...
...dalam langkah goyah..padaMU segala harapan terarah...
jangan Kau jadikan aku jemu bersabar...

Friday, March 23, 2007

doakan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

posting dari sebuah daerah di pahang. on the way pulang ke rumah, waima di tengah exam begini. 2 sebab utama :

1) Pak long saya terlantar di hospital diserang strok. lumpuh separuh badan dan tidak mampu berkata2 lagi
2) something bad was happened to kak chik minggu lepas. saya jadi gelisah. sementelahan nexp paper ari selasa so saya memilih untuk puang walau sekejap. doakan semua ok.

minggu lepas, Dr Zul datang ke rumah. jam 3 pagi membawa seorang rakannya untuk mengubati kak chik. ubat cara macam orang lain, nak buang ;makhluk' tu. tapi tak berhasil. degil sungguh. dan dia mengubah kaedah lain. tak semena2 muka kak chik berubah menjadi hitam legam. disuruh kak chik mengucap. makin banyak kak chik mengucap, hitam di muka berkurangan, cuma yang tinggal akhirnya- tanda salib hitam melintang di dahi dan mengufuk dari dahi ke hidung. masya Allah. semua yang melihat terpaku.. pengubatan dilakukan sehingga hari siang..

saat ini, kak chik sudah kembali ke sekolah.. tapi selepas dua hari, dia kembali tidak ke sekolah kerana penat..

doakan adik saya

Saturday, March 17, 2007

busyra

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

:;Busyra::
busyra (khabar gembira) dari result CAM beberapa subjek..

khabar gembira dari penstrukturan semula subjek untuk Master Arabic as Second Language(YA Allah, seakan Engkau menjawab doa hambaMu ini.. moga ini yang terbaik.. Insya Allah)

dan khabar duka- dari akaun bank rakyat yang hingga hari ini masih belum terisi. Ya Allah, ujian apakah ini..?? Tak sanggup saya menambah kerungsingan mak dan abah di rumah.. YA Allah, yassir wala tua'ssir..

:: Final Exam::
Final Exam UIA untuk sesi ini bermula 22 mac- 6 April.

Untuk saya pula:

22 mac- Modern Islamic Literature
27 mac- Islamic Ethics
28 mac-Principle Teaching Foreign Language
4 April- Language drills
5 April- Malay Islamic Literature
6 April- Islamic Aqidah

maknanya, exam bermula hari pertama dan berakhir hari terakhir. Yang bestnya coz ada banyak selang, so ada masa untuk ulangkaji dengan baik. Yang tak bestnya, jarak masa dan tempoh 'menunggu' yang lama tu amat menuntut kesabaran yang tinggi. MOga dijauhkan dari sebarang tekanan. Blog mungkin berehat untuk seketika demi meberi laluan kepada musim exam ni.. doakan saya. Moga semester terakhir ini yang terbaik.. Insya Allah..


PENGUMUMAN:COMMUNITY RESEARCH FOR ABORIGINAL DEVELOPMENT (COMRADE) IIUM AKAN MENGADAKAN ISLAMIC PRACTICAL TEACHING (IPTA) DI POS LEBIR, GUA MUSANG KELANTAN PADA 16-21 APRIL 2007. SEBARANG SUMBANGAN DALAM BENTUK WANG RINGGIT, PAKAIAN, MAKANAN ATAU ALAT TULIS AMAT DIALU-ALUKAN. SAUDARA-SAUDARA SEISLAM KITA DI SANA AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DAN KEPRIHATINAN ANDA.

walimah yan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tahniah buat my schoolmate masa kat wosto dulu- Yan yang selamat diijabkabulkan dengan ust. Herman@ angah. Pasangan muda ni, kedua2nya baru 23.. Moga Allah berkati kalian.
Menghadiri walimah Yan adalah satu janji yang perlu ditunaikan. Masa sekolah dulu, masa tingkatan 1 dan 2, yan duduk sebelah dalam kelas. Memang kami rapat, terutama masa form 1 coz kami ni geng-geng budak berulang (tak duduk asrama). So, dari hari raya ari tu lagi, Yan dah jemput dan harap sangat saya datang.


Alhamdulillah, kehadiran ke walimah Yan tidak sia-sia, memberi ruang saya melepas kerinduan kepada kawan-kawan zaman sekolah dulu. Kak Kin datang dari Tearengganu bersama anaknya- Shadiya. Eibe juga datang dari Kelang. Shafawati dan suami, serta permata mereka- Nurin Amirah pun datang dari Kuantan. Tu kawan-kawan yang dah berkeluarga. JUmpa jugak dengan Dek MAi, Nana, Kak Ema, fizah, Aizam, dan lain-lain. Seronok rasa. Ukhwah ini terasa manisnya. Dan yang paling menggembirakan adalah berjumpa dengam Cikgu Zaki dan keluarga serta Cikgu Sarimah! Dalam entry lepas, saya luahkan kerinduan pada mereka.. dan kali ini, dapat bersua muka dengan mereka,Alhamdulillah, seronok rasa.


Cikgu Zaki terus memberikan semangat dan dorongan bila saya maklumkan hasrat untuk menyambung master.. 'saya tahu awak akan dapat capai cita-cita awak'. Terima kasih cikgu. Cikgu Zaki memang rapat dengan saya waktu sekolah. Selain mengajar, beliau dan cikgu Sarimah adalah jurulatih saya dalam pidato dan forum. Cukup senang dengan mereka kerana 'kepercayaan' mereka pada saya. SEmua itu membuah keyakinan dalam diri.


Malah ketika saya menggantikan Cikgu Sarimah yang bersalin (masa cuti sem 3 saya 1st year) Cikgu Zaki menjadi rakan setugas. dan saya banyak belajar dengan dia cara menjadi guru yang baik untuk subjek Bahasa Melayu. Ketika itu juga, kami sama-sama menjadi jurulatih forum dan pidato sekolah dan berjaya sampai ke peringkat negeri. Masa pertandingan debat bahasa melayu peringkat daerah, cikgu zaki menamakan saya sebagai guru pengiring. begitu juga ketika MASISUPA PUSAT di STASAB, PEKAN, cikgu zaki menamakan saya sebagai ketua pegawai pengiring sekolah. Dari situla, Cikgu Su memberi komen 'tengok ni, Cikgu Zaki sangat percaya pada awak'. Dari situ saya belajar erti tanggungjawab dan keyakinan. Terima kasih cikgu, tak terbalas jasa cikgu..


Berbicara tentang penglibatan saya dalam debat bahasa Arab di UIA, cikgu zaki memaklumkan kegembiraannya. Katanya, tiap kali ada laporan akhbar tentang debat bahasa Arab, hatinya meyakini, mesti saya masuk. Rupa-rupanya doa dan restu cikgu selalu mengiringi saya.. terima kasih cikgu..

bergambar bersama cikgu zaki dan keluarga..tepi sekali: safawati, suami n anak mereka

Hal yang sama dengan Cikgu Sarimah, berceloteh panjang kami.. Malah sempat dia mencabar saya mendapatkan pHD sebelum umur 30.. Insya Allah, dengan Izin Allah dan doa cikgu, tiada yang mustahil. Penglibatan dalam debat- cikgu kata 'awak tu memang, bukan reti duk diam pun'.. hehe.. cikgu lagi tau anak murid cikgu ni macam mana.. ;-)


Seronok, nikmat yang tak terhingga dari Allah.. Doa restu guru-guru dan rakan-rakan mengiringi perjuangan saya. rakan-rakan memberi dorongan, saya menyambung perjuangan mereka yang terhenti.. Insya Allah, harapan mereka takkan saya hampakan.. Ya Allah, sentiasa kurniakan saya kekuatan melalui jalan yang di hadapan ini..



Barakallahu fiikuma.. Yan n Ust Herman @ angah

antara kawan-kawan yang hadir.. semua senyum lebar coz kak kin sempat melawak 'cepat, ni ambil gambar dalam bilik exco nie' (merujuk bilik exco-tempat kami berkumpul ramai-ramai zaman sekolah dulu..) err .. kat bilik exco tu shadiya n amirah takder.. hehe



bersama kawan-kawan yang dah bergelar ibu- kak kin dan puterinya- shadiya dan safawati bersama amira.. eibe - coming soon Insya Allah.. yang kat hujung tue?? hmm..??? (assukut 'alamatu rido??)

Al-Mukmin: budimu merentas waktu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Di sini kami berkumpul

Sama dalam pengajian

Kami belajar membaca menulis

Semoga Allah berkati
Ilmu itu jadi cahaya

Menerangi hati yang buta

Pembela Rohani akhlak mulia

Marilah kita suburkannya

***
Al-Mukmin

Padamu harapan ummah dan agama
Engkaulah cahaya alam

hidayatmu menyinari kelam

engkau ibarat pelita

menyinari gelap gelita


engkau pejuang yang unggul

penegak manhaj yang syumul

engkaulah benteng suci

pembela hidayah ilahi


*Petikan 2 lagu rasmi Al-Mukmin masa zaman saya dulu.. lagu Di sini Kami Berkumpul dan lagu Al-Mukmin.. rindu pulak zaman muda-muda dulu...


Pulang kali ini melepas kerinduan pada Al-Mukmin dan guru-guru yang masih berkhidmat di sana. Menemani dan meraikan 2 orang adik bongsu saya- Izyani dan Munawar ke sukan tahunan di Mukmin. Sempat bertegur sapa dengan Ustaz Osman, Ustaz Ibrahim, Ustazah Zalizan, Ustazah Zainab, Ustaz Arifin dan Ustazah Jamilah (dah 3 orang anak mereka).. Teringat zaman kat Mukmin dulu. Tak banyak yang berubah time sukan gini. Cuma kalau dulu ada 4 rumah sukan (S.Abu Bakar (Hijau), S.Uthman (Kuning), S.Umar (Biru), dan S.Ali (Merah), kini cuma tinggal 3 rumah je. Rumah Abu Bakar dah tak ada. Sebab tu Fatimah agak sedih ari tue.. tapi takperla, coz baju sukan adik-adik ni semua dah baju hijau.


Semangat adik-adik ni bersukan, walaupun dalam keadaan padang yang tak seberapa. Yang penting semangat kesukanan tetap ada. Betul kata ustaz Ibrahim, hanya baru-baru ini, terutama selepas Rukaiya- atlit muslimah yang menutup aurat memenagi emas di DOha masyarakat buka mata tentang pakaian sukan yang menutup aurat. Sedangkan di Mukmin, Sudah 17 tahun, pakaian seperti itu digunakan, dan anak-anak Mukmin masih boleh bersukan seperti anak-anak di sekolah lain..


Waktu acara khas- acara lari bawa bola ping pong dalam sudu, kami bekas-bekas pelajar dikerah membentuk satu team untuk mencabar team guru dan team ibu. Maka nak tak nak masuk jugaklah acara tersebut dan kalah. hehe.. saja je nak meraikan jemputan ustaz Ibrahim yang beria-ia nak kami masuk. siap announce nama lagi kat microfon..


Jumpa jugak dengan Fatimah.. Lama dan panjang boraknya.. Tapi tak sempat nak bergambar coz tiba-tiba bateri kamera habis.. sempat ambil gambar adik-adik jerla. Gambar nak cikgu-cikgu pun tak sempat..




gambar ni untuk sarah melepaskan rindu pada azizi ;-)

syafakillah ya habibti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Keadaan kak chik ketika saya pulang ke laman ayahbonda minggu lepas semakin teruk. Ada masanya dia tidak sedarkan diri -berada dalam dunia sendiri. Matanya tajam menyorot pandang. Tanpa makna.Kosong.Berkali-kali dipanggil, baru dia tersedar kembali. Ayat-ayat manzilat dibacakan dan jika dia sedar, saya minta dia membaca sendiri ayat manzilat tersebut.

Abah dan mak membawa Kak Chik ke sebuah klinik swasta di Temerloh. Klinik panel keluarga. Doktor yang cukup kami kenali. Selain memiliki ilmu rawatan moden, Doktor Zul turut mengikuti rawatan Islam- pengubatan dengan ayat-ayat Al-Quran. Kesimpulan yang dia buat atas sakit Kak Chik- sakit ini tidak boleh dirawat dengan cara perubatan moden. Kerana sakitnya berpunca dari kerja jahat jin dan syaitan. Lantas, apa sakit Kak Chik sebenarnya?

Ikhtiar lagi. Sementelahan anak murid Harun Din cukup ramai melata di muka bumi ini, Kak Chik dibawa berjumpa salah seorang darinya. Natijahnya, kata beliau Kak Chik diganggu oleh JIN ORANG ASLI BUKIT RENGIT. Dan tujuannya- menurut jin itu adalah untuk menjadikan Kak Chik MURTAD kerana menurutnya, kak chik terlalu baik!

Kami mengimbau perjalanan hidup kak chik. Memang benar, Kak Chik pernah ke Bukit Rengit, Lanchang tahun lepas mengikuti program kerohanian anjuran Nisa' Pahang. Memang selepas itulah Kak Chik mengadu ada gangguan menyuruhnya murtad (seperti entry saya terdahulu).

Saya berjumpa kawan-kawan sekelas kak chik ketika menghadiri Sukan Tahunan Al-Mukmin. Menurut kawan-kawannya, selepas program tersebut, kak chik jauh berubah, sering menyendiri, kadang-kadang menangis tiba-tiba di dalam kelas. Dia juga semakin menjauhkan diri dari kawan-kawan, waima kawan baiknya sendiri. Semua itu seringkali mengundang kehairanan di kalangan kawan-kawan hingga ada kawan baiknya yang bertanya, apa masalah atau kesalahannya hingga kak chik sering mengelakkan diri. namun sepatah jawab kak chik- masalah peribadinya sendiri.

Di rumah, kak chik lebih banyak mengurung diri dalam bilik, menghabiskan masa dengan membaca dan study. Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan kami kerana dari kecik kak chik memang tak banyak cakap. Ramai-ramai adik beradik, kak chik memang penyeyap orangnya jika dibandingkan dengan mimi dan saya sendiri. Cuma kak andak yang sbelum ini agak rapat dengan kak chik ada juga mengadu pada saya, hubungan dia dan kak chik tak seakrab dulu, rasa dia dah 'kehilangan' kak chik. Saya pernah bertanya kak chik hal ini, namun dia kata tak ada apa-apa masalah..

Dan setahun berlalu, rupa-rupanya makhluk tersebut telah berumah di dalam diri adik saya dan menjadi agak liat untuk meninggalkannya. Hingga entry ini ditulis, kami masih berikhtiar. Mungkin ikhtiar kami belum cukup. Mungkin kesabaran kami sekeluarga belum cukup. Maka sakit kak chik, walaupun semakin berkurangan saat ini tetapi belum sembuh sepenuhnya. Makhluk tersebut amat degil untuk meninggalkan kak chik. Tapi kami seringkali beriktiar untuk membuatnya serik terus berada di situ, dengan ayat-ayat suci Al-quran yang membuatnya 'panas' dan menjerit. Setiap penyakit dari Allah, maka penawarnya juga dari Allah. Dan setiap makhluk di muka bumi ini tunduk atas kekuasaan Allah, maka kekuasaan Allah sahajala yang mutlak dan mengatasi segala-galanya.

Di saat kak chik sakit begini, saya amat kasihankan mak. Pulang ke laman bonda, raut mak cukup cengkung. Malamnya tidur tak menentu, risaukan kak chik. Pagi-pagi keluar bekerja dan pulang kala senja. Berulang dari Mentakab ke Bentong mengambil masa lebih dari sejam. Ya Allah, tabahkan hati emak. Abah juga begitu. Wajah-wajah insan kesayangan saya yang kian dimamah usia terasa sayu bila dipandang. Kadang-kadang mak dan abah agak terkilan kerana lewat menyedari perubahan kak chik. Kak chik pula seringkali bertanya mak, apa dosa dia pada mak dan abah hingga dia diuji begini. Ya Allah, ujian ini dugaan buat kami, ujian keimanan dan ketaqwaan. Engkau Penyembuh segala kesakitan, PEmberi kekuatan, maka sembuhkanlah dan berilah kami kekuatan. Doakan kak chik dan keluarga kami...

entri I

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

::lagu melankolik di Taman Ilmu dan Budi::
Minggu terakhir sesi pengajian. Lebih tepat, minggu terakhir perjuangan untuk ijazah Sarjana Muda Sains Kesusasteraan dalam Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Dulu, waktu terasa amat lambat berlalu. Namun kini sebaliknya, sepintas lalu macam tak percaya, 3 tahun setengah telah dilalui di sini. Melankolik berlagu di kelas2-kelas terakhir. Apatah lagi mendengar bicara dan pesanan mulus serta doa tulus ustaz-ustaz. Terasa merdu di telinga, tetapi pilu di hati dan sayu di nurani.


::Ustaz Fouad::
Kelas terakhir untuk latihan debat. 'Special muqabalah (interview)' diadakan untuk saya. Di hadapan kelas, berkongsi pengalaman tentang debat, dapatan sepanjang penglibatan, kecintaan terhadap bahasa Al-Quran, perspektif terhadap pengajian Bahasa Arab di Uia, perancangan masa hadapan, dan soalan 'cepu berlian' dari Ustaz Fouad tu, memang susah nak jawab, apatah lagi di hadapan jumhur begitu.. seperti seorang ayah yang bertanya kepada seorang anak perempuan.. tersipu-sipu jerla.. assukut 'alamatu ar-ridho??

Ustaz Fouad.. antara trainer yang saya kagumi. (tiap trainer ada karakter tersendiri..) dalam umurnya 60an, Ustaz Fouad masih gagah mengajar Bahasa Arab. Lagaknya macam seorang ayah, susun katanya teratur. Sangat dedikasi dalam tugas. Pada saya Ustaz Fouad yang berbangsa Arab (Mesir) ini memiliki jiwa Melayu.. sebab tidak seperti Arab lain yang agak 'keras' dan 'kasar', tutur kata, tingkah laku dan attitudenya penuh bersopan, selalu menasihati dan suka berlawak dengan macam-macam jenis lawak jenaka Arabnya.. saya melihat dia dan isterinya- Madam Faezah sebagai pasangan yang sangat ideal. kalau ada apa-apa majlis, mesti sedondon.. Sempat juga menurunkan petua kebahagiaan- selalu muhasabah antara satu sama lain, tentang sikap yang tidak disenangi terhadap pasangan.. katanya berterus terang itu perlu untuk kebaikan, supaya tiada pihak yang memendam rasa dan terluka dalam diam.. hm.. tips bagus ni??

malam itu lagu melankolik berlagu di hati.. nasihat dan doa ustaz fouad dan trainers lain, terutamanya kepada saya yang akan graduasi ini, amat sayu.. Ameen,moga tiap doa tulus mereka diperkenankan. Taqabbalallahu minnaa YA Allah..

::Ustaz Fauzi::
Kelas Language Drills ( TAdriibaat Al-Lughawiyyat) pun berakhir dengan sayu.. pesanan ustaz Fauzi supaya terus belajar dan terus belajar melekat di hati. Insya Allah, kembara ilmu ini tak akan berhenti di sini.


Ustaz Fauzi-sepanjang pengajian ini, kalau tak silap ada 3 subjek yang diambil dengannya. Amat mementingkan pemahaman pelajarnya. Mungkin sebab dah 3 kali ambil subjek dengan dia, dia dah cukup kenal dengan saya. Berpapasan di mana-mana, pasti ada-ada saja yang nak dikenakannya. Ustaz yang baik. Moga ilmu yang dicurahkan diberkati.

::Ustaz Saupi Man::

'The students are our sons and daughters". inilah pegangan Ustaz Saupi yang mengajar subjek 'Principle Teaching Foreign Language'. Setiap pelajar dianggap seperti anak. Sangat suka kalau ada pelajar yang kerap menemuinya waktu dia di bilik. Untuk berkongsi masalah dalam pelajaran dan dalam apa-apa jua masalah. Selalu nasihat suruh kahwin awal (bab ni memang tak larat nak dengar) :-) ..

Kelas terakhir, ustaz mengingatkan tentang tanggungjawab yang cukup besar, 'kalian adalah orang-orang terpilih, yang diutuskan Allah untuk menyebarkan Bahasa Arab di muka bumi, supaya masyarakat faham Bahasa Arab, membantu mereka memahai Al-Quran dan islam sendiri'. Terasa masuliyyah itu terlalu berat, terasa segulung ijazah yang bakal dipikul itu hadir bersama tangggungjawab yang kejap. Ya Allah, permudahkan kami meneruskan perjuangan ini..


::ar-ru'yah assadiqah::
ternyata, mimpi yang 3 malam berturut-turut itu sadiq. satu sms yang ringkas sudah cukup membenarkan mimpi itu di alam realiti.hammu wal hazan. dan seperti dalam mimpi itu juga, penawarnya bukan di tanganku.

*suara 1*
untuk apa dikutip cebisan kaca yang berserakan
Sedang katamu
Takkan mungkin bercantum kembali
Untuk apa diusik hirisan kaca yang berderai
Jika niatmu sekadar menyentuh luka
Kelak nanti terluka lagi
Dan yang sakitnya adalah kita
Kerana parutnya tetap ada
Walau tak berdarah
Lukanya tetap perit di jiwa

Kerana katamu
Esok tiada milik kita
Untuk apa hari ini kembali mendekati
Seperti semalam yang makin jauh pergi
biar kita juga menjauh
Kerana esok
Aku dan engkau
Bukan kita lagi..


*suara 2*
Insan naif
Damba dahan berpaut
Akarnya taqwa
Tunjangnya iman
Rimbunnya ihsan
Dedaunnya kejujuran
Rantingnya kasih sayang
Buat teduhan
Agar julangnya
Melangit tinggi
Menjunjung warisan nabi
di tengah terik
fitnah dunia

Menjadi, bukan mencari
Ya Wahhab, padaMU segala tawakkal terarah..

Sunday, March 04, 2007

tenang..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

alhamdulillah..
di sebalik kesempitan yang membelit dari segenap ruang..
ada satu ruang yang tetap tenang
hati..
dan tidak pernah aku rasa setenang ini...

terima kasih ya Allah
hijrah ini
dalam restuMU
jangan Engkau palingkan hati ini setelah Engkau beri hidayah..

cuma satu pintaku..
dulu, Engkau tunjukka n jalan 'masuk'
di tengah kebuntuan begini..
aku menunggu hikmahMU..
tunjukkan aku jalan keluarnya
jika benar2 buntu ini bermakna seteru..
mohon sangat2..
agar aku redha..

'..walau tidak dibasahi hujan, namun tempiasnya meredakan..
biarpun rembulan tidak di genggaman
namun cahayanya cukup menyinari bayangan...'

sibukkah???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

:;SAHABAT, MAAFKAN::

Berjumpa Dila di Main Audi semasa menghadiri seminar Ahlu sunnah Wal jamaah?

+” tikah, lama tak jumpa??
-: hm.. yer la, sibuk sikit.. banyak hal nak kena setle
+: so hari ni tak sibukla nie?
-: Alhamdulillah, ok jer, kalau tak tak dapat datang sini,
+: yang saya tahu, kalau tak sibuk, bukan atikah namanya

****
Menerima sms dari seorang kawan

+kawan: hm.. selamt malam.. .. huhu
-: err.. ye ker? Nape nangis nie? Ada sesaper kecewakan XX ker?
+: eh takderla, Cuma rasa sunyi jer..
-: hmm.. kalau gitu carila somebody yang boleh hilangkan sunyi tue.. tapi ingat, Allah sentiasa ada untuk kita rindui?
+: hm.. tu yang susah tue.. hmm betul la, Allah sentiasa ada.. Cuma XX je yang tak ingat DIA
-: hm.. tula, cinta DIA sentiasa ada untuk kita kejar.. jom, kita kejar sama2..
+: hm.. XX dah tak macam dulu skang, dah lama tak dengar tikah membebel kat XX? Solat dah selalu tinggal, tudung bukan perkara yang wajib bagi XX skang..
-: eh? Mana boleh gitu, yang wajib tetap wajib, DIA kan dah bagi macam2 free jer, udara, nafas, takkan kita nak curang ngn DIA?
+: hm.. tul, XX tak kuat, doakan XX yer?? Rindu nak dengar tikah membebel kat XX, rasa lemah sangat skang
-: kuatkan semangan XX, bukan senang nak mujahadah. Maybe kita dah lama tak jumpa, tap tikah selalu ungat kawan2.. kuatkan semangat k?
+: hm.. tq.doakan XX. Jadi kuat macam tikah? Hope eh jumpa bila2 masa yang tak busy..

Sibuk.. sibukkan aku?? Ya Allah, rasa beratnya tanggungjawab.. pada kawan2, pada ukhwah umpamanya, kesibukan ini selalu dijadikan alas an.. YA Allah, jangan kesibukan ini melalaikan aku dari tanggungjawab… Ya Allah, janganlah kesibukan ini membuatkan aku lupa pada sahabat2 dan kawan2 yang sentiasa mengharapkan bantuan..

Bersalahnya rasa, membiarkan ‘kesibukan’ membelit diri.. masuliyyah (tanggungjawab) akan selalu dan tetap jadi banyak daripada awqat (masa)..
Tanggungjawab= hari ini menanggung, mampukah esok, di depan DIA menjawab???

Bank Rakyat vs UIA = saya jadi mangsa (bukan.. ada hikmahnya..)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya adalah seorang pemegang biasiswa bank rakyat. Kebiasaannya, wang saku saya akan masuk 6 bulan sekali, iaitu pada minggu pertama januari dan minggu pertama julai.

Untuk kali ini, sampai hari ini- 4 mac. Wang saku saya belum dimasukkan lagi.sedih L

Minggu ketiga January, selepas tiap2 hari cek akaun, duit belum masuk lagi, maka saya mengambil keputusan untuk menelefon bank rakyat, apa masalah yang menyebabkan wang saku saya tak masuk2??

+Pegawai Bank Rakyat: Ya . boleh saya bantu?
-Saya: saya XXXX dari UIAm, saya nak tanya kenapa ya wang saku saya belum dimasukkan lagi, ada apa2 masalah ker?


+ : oh, macam ni cik, kami pendingkan kemasukan wang saku sebab kami tak dapat kesan status cik di UIA. Untuk pengetahuan cik, UIA tak pernah tuntut apa2 bayaran yuran cik dari pihak kami. So, kami perlu tahu status cik di UIA, sama ada masih pelajar atau tidak. UIA hanya tuntut sekali jer, pada jun 2004.

-: oh, macam tu ke, eh pelikla pulak, saya dapat result exam setiap sem. Biasanya kalau tak bayar yuran, result akan ditahan.

+: hmm. Tak tahulah saya, tapi en berurusan dengan pihak uia dulu supaya kami boleh pastikan status cik.

-: ok, hm, kalau dah dapat tuntutan yuran dari uia tu, agak2 lama tak baru setle hal wang saku saya?

+: tak lama cik, seminggu jer.


-: ok, terima kasih.

Hari itu juga, saya bergegas ke finance unit, untuk update financial account saya. Saya diminta seorang pegawai dan beliau menjelaskan.
‘oh, awak sponsored by bank rakyat yer? Macam ni, kami ada masalah sikit pasal tuntutan, saya baru je siapkan tuntutan ni, sya akan fakskan hari ni juga pada bank rakyat’ kata pegawai terbabit sambil menunjukkan surat tuntutan tersebut kepada saya.
_ok, terima kasih. Harap selesai segera. Wang saku saya disekat selagi tuntutan ini tidak buat.
+ok, hari ni juga saya saya uruskan

Maka saya pun lega, dengan harapan, paling lewatpun 2minggu hal ni akan setle. Yang menjadi kehairanan saya adalah, rupa2nya sejak saya belajar kat sini, hingga sem yang final nie, saya tidak pernah membayar apa2 yuran, kecuali untuk sem pertama. Ish, ‘baik’ hati sungguh UIA nie… memang satu menda yang ‘pelik’..

2 minggu berlalu.. wang saku saya masih belum masuk lagi.. tension juga.. apa yang paling saya tak suka buat adalah minta duit dengan mak @ abah.. rasa berat hati sungguh nak susahkan mereka.. untuk menghantar sms ‘mak, masukkan duit yer.. biasiswa tak masuk lagi’ adalah satu menda yang saya selalu cuba elakkan. Dah tua2 begini, rasa malu nak minta duit ngn mak n abah..

Saya sekali lagi menelifon bank rakyat. Dan alas an yang saya trima- kami dapati, cik belum menghantar slip keputusan peperiksaan terkini.

Subhanallah! Perkara pertama yang saya buat stiap kali result exam diterima adalah pos ke bank rakyat. Begitu juga untuk result exam yang terkini. Saya dah pos, macam mana leh tak sampai pulak?
Maka hari itu, sekali lagi saya pos result exam, pos ekspres lagi!


2 minggu berlalu, setiap kali saya cek akaun bank rakyat, setiap kali saya hampa. Oh Tuhan, tak sanggup saya nak hantar sms minta duit kat mak @ abah lagi. Tebal jer muka rasa.. rasa malu sangat2.. saya lihat dalam dompet, tinggal RM5.. dan prinsip saya- selagi duit tu tak tinggal RM2, jangan mintak duit kat mak n abah… entahla, nak susahkan mak n abah ni rasa bersalah sangat walaupun tu tjawab mereka, tapi dalam diri saya dah memang ada sifat gitu, tak suka betul nak minta duit..

Petang itu, saya ke matrik PJ, ada perlawanan persahabatan debat B.Arab dengan Matrik. Ingatkan lawan biasa2 ajer, tapi sampai di sana kami disambut dengan sambutan yang sangat hangat. Dan perlawanan persahabatan di Al-Malik faisal ditonton oleh ramai hadirin. Akak lawan adik, for sure akak menang kan? Tak disangka2 pemenang perlawanan bukan sahaja menerima Trofi Kemenangan, trofi iringan, malah menerima wang tunai RM 200 untuk pasukan. So, kami berempat dapatla rm50 sorang.
Bagi korang, nilai RM50 tu memang kecil, tapi bagi seorang saya, subhanallah, rasa baru dapat rezeki dari langit! Tengah2 memerlukan begini, tak disangka2 pulak Allah bagi rezeki. Subhanallah! Sepanjang perjalanan pulang dari matrik, saya tak sedar air mata saya menitik. Rm50 ini sangat besar nilainya bagi saya. Rm50 ini telah selamatkan saya dari meminta duit dari mak n abah. N rm50 ini telah mengelakkan saya dari membuat mak n abah susah. Dan saya berharap, untuk tempoh seminggu ini, kes biasiswa saya akan selesai..

Minggu berikutnya, belum masuk jugk??
Saya telefon lagi..
Jawapan mereka: ok, kami dah terima slip exam tue, dan tengah tunggu nak masukkan duit tu ke akaun cik jer..dalam hujung minggu ni, masuklah duit tu.

Seminggu berlalu, tak masuk lagi?saya telefon, kata mereka: slip exam belum dihantar lagi

Ha?? Minggu lepas kata dah diterima. Minggu kata tak terima pulak?? Huh.. hilang sabar rasa.. (sabar..sabar..) macam mana ni?
Bank rakyat: oh, yer ker? Nanti saya call cik semula..

Tunggu punya tunggu.. tak call pun saya semula..

N saya yang call mereka semula:

Jawapan yang diterima: ok, dalam minggu depan, kami masukkan duit cik. Pihak uia baru buat tuntutan, dan kami baru selesaikan tuntutan dari uia. Dalam minggu depan setle la masalah cik..

Dan hingga hari ini, 4 mac 2007, duit saya belum dimasukkan lagi.. dan saya terpaksa mengulang meghantar ayat yang paling saya tidak suka itu pada mak n abah.. Ya Allah, maafkan aku menyusahkan mereka..

Huh, memang nak terbakar rasa dengan kerenah UIA n Bank rakyat ni, menyusahkan orang betul! Macam mana la diorang ni buat keje?? Suka2 hati jer.. rasa macam dipermainkan ketengah ke tepi.. kalau minggu ni tak masuk gak lagi duit tu, tak tau la nak cakap apa. Sayapun dah tak larat nak telefon diorang tiap2 minggu..

Kawan saya kata- leh lantik Karpal Singh ni, coz UIA n Bank Rakyat dah menafikan hak awak..

Saya kata: nak cari duit mana nak gaji karpal singh? Nak print ass pun kena korek duit tabung.. nasib baik ada tabung teko Jacobs tue.. promote: MENABUNG AMALAN MULIA..
HUH, tensen betul! (sabar2.. Allah nak uji nie.. kat palestin, kat Somalia, orang asli kat kampung nu.. lagi susah tak makan berminggu2…ada hikmah nanti...)

Hm.. kena tambah doa dhuha nie..

“Ya Allah, jika rezekiku di langit, Engkau turunkanlah, jika rezeki ku di bumi, keluarkanlah, jika jauh, dekatkanlah, jika susah, mudahkanlah, JIKA DALAM AKAUN BANK RAKYAT, MASUKKANLAH DALAM AKAUN AKU….” Ameen..


Alhamdulillah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Melimpah ruah kesyukuran ini.. setelah berjaya melalui minggu yang kritikal ini dengan tenang dan jaya. Alhamdulillah..
La hawla wala quwwata illa billah..
Tidak ada daya upaya melainkan dengan izinMu ya Allah..

****
Alhamdulillah, kak chik dah beransur baik..
Kak chik sakit apa sebenarnya??
Selepas mengikuti seminar sehari tentang Aqidah ahlu sunnah wal jamaah dan cabarannya di era globalisasi semalam, saya dah dapat jawapan apa sakit yang kak chik alami, daripada apa yang disampaikan oleh Dr Uthman El-Muhammady:

‘persoalan tentang tauhid, jika ada syak dan ragu-ragu, segeralah cari jawapan, tanya ustaz-ustaz yang pakar. Jangan biarkan.jangan cari jawapan sendiri, kerana jika kita biarkan dan terlalu berfikir untuk mencari jawapannya sendiri, syaitan akan datang untuk was-waskan kita. Saya ada seorang kawan, seorang paderi bertanya pada dia satu soalan tentang Allah, dia tidak bertanya kepada ustaz-ustaz sebalinya berfikir sendiri jawapanya. Akhirnya sekarang, kawan saya itu gila. Kerana bisikan-bisikan syaitan telah menyesatkan dia.”

Kak chik..
Adik saya yang ke6. usianya baru 15 tahun..
Kami 8 beradik, setiap orang punya karakter yang berbeza.sangat berbeza.. kak chik pada saya adik saya yang paling lurus. Apa yang ditanya, itu yang dijawab. Tak pandai nak pusing2. sangat lurus orangnya.

Masa dia masuk tingkatan 2, saya nampak banyak perubahan pada dia. Dia menjadi seorang yang suka membaca. Setiap kali pulang ke rumah, apa yang saya perasan, buku-buku agama koleksi abah memenuhi bilik saya . (saya berkongsi bilik dengan kak chik).maka tahulah saya, kak chik telah membina minat baru dalam dirinya-minat membaca. Maka, saya tidak meletakkan apa-apa kebimbangan. Malah saya gembira coz dia punya minat untuk menelaah kitab-kitab abah yang berat-berat itu. (bukan berat pada jisimnya, tapi pada kandungannya). Seingat saya, selain abah dan saya, tidak ada adik2 lain yang berminat menyentuh kitab-kitab itu. sekurang-kurangnya minat kak chik menjadikan buku-buku itu kembali ‘hidup’. Minat itu membuatkan kak chik yang sememangnya pendiam makin pendiam. Masanya banyak dihabaiskan di bilik. Menelaah satu persatu kitab tua abah.

Minat juga menjadikan kak chik rajin bertanya. Macam2 pesoalan yang ditanya.sesekali pulang ke laman bonda, adik yang ke 5 (izzati) mengadu. Kak chik suka tanya benda pelik2. tanya pada dia. Tanya pada mak. Dan mereka sendiri tak tahu jawapan kepada soalan2 itu. sesekali, ada juga kak chik bertanya saya. Dan saya akan menjawab sekadar yang saya tahu. kadang2 soalannya membuatkan saya terpinga coz saya juga tak tahu jawapannya!. Soalan tentang syirik.tentang ikhlas.tentang tauhid.

Saya masih ingat tahun lepas, ketika itu isu murtad azlina jailani hebat diperkatakan. Mak menelefon memberitahu sejak kebelakangan, kak chik selalu tidak tidur malam. Ada bayangan2 mengganggu lenanya.bayangan paderi yang mengajaknya memeluk kristian.bayangan atung2 menyeru dia menyembahnya. Bayang2 itu membuatkan kak chik tak berani lagi tidur di bilik seorang. Selepas dibawa berubat dengan seorang ustaz (perubatan islam), masalah kak chik selesai. Dia sudah boleh tidur lena.tiada lagi bayangan mengganggu.

Awal tahun ni, kesihatan kak chik kembali terganggu. Selalu lemah dan pening keepala. Bawa ke hospital, doktor suspek dia dijangkiti hepatitis. Setelah ujian darah dibuat, negative.tak sakit apa2. bawa lagi jumpa doctor, doctor kata gastrik. So kena berhati2 soal pemakanan. Bagi mak, soal kesihatan anak2 pastilah satu hal yang merisaukan, tambahan pula bila menjejaskan persekolahan. Kak chik lebih2 risaunya, tahun ni dia akan menduduki PMR. Dan saya tahu, adik saya yang seorang ini amat tinggi cita-citanya..

Rabu -21 febuari 2007.

Pagi-pagi mak menelifon, ada kebimbangan di hujung suara mak. Keadaan kesihatan kak chik semakin merosot. Sudah seminggu, dia tidak ke sekolah. Sudah seminggu juga malamnya menjadi siang- tidak boleh tidur. Badan menjadi lemah kerana kurang tidur. Ada bisikan2 yang mengganggu. Bisikan menyuruhya menyembah bulan, bintang, matahari. Bisikan yang mempersoalkan keimanannya kepada Allah. Dan bukan setakat bisikan.bisikan itu diikuti sentakan di bahu kirinya. 2, 3 kali sentakan setiap seminit. Dan sentakan makin kuat kala solat, 12 tengah hari, waktu maghrib dan 12 tengah malam.sudah beberapa hari juga mak saya mengambil cuti untuk menjaganya. Selepas dibawa mengikuti rawatan tradisional bersama Ust Suhaimi (mantan pengetua pusat tahfiz al-Mukmin), keadaannya masih begitu. Menurut ustaz, syaitan sedang mempermainkannya. Dan sentakan2 itu adalah kerana syaitan tersebut telah meresap masuk ke urat saraf. Adik saya diminta tidak meninggalkan zikir dan membaca “Auzubillahiminassyaitannirajim” 1000 kali sehari. Ustaz tersebut memberi tempoh seminggu untuk melihat perkembangan seterusnya.

Rabu itu, hati saya sudah pulang ke laman ayahbonda. Cuma jasad masih berada di uia menekuni hari2 sebagai seorang pelajar. Saya ingin pulang.meronta amat hati ini. Namun terlalu banyak tugas yang perlu saya bereskan. Saya melihat list ‘things to do’ saya. Banyak hal yang important n urgent perlu saya bereskan. Minggu depan ada 3 ass yang perlu dihantar. Saya telah memperuntukkan khamis-ahad untuk final editing tiap ass tersebut. Ada juga 3 exam dan 1 presentation. Minggu yang amat kritikal untuk saya. Namun panggilan di rumah membuatkan hati saya tidak tenteram.

Khamis-22 feb

Pagi2 saya sudah bersiap.saya mesti pulang juga hari ini.semala m, saya dah membereskan semua rujukan/keperluan untuk saya bereskan segala ass dan menelaah pelajaran untuk dibawa pulang bersama.mampukah saya bereskan semuanya? Hanya pada Allah saya mohon kekuatan di tengah kekalutan ini. Pagi saya ke kelas Modern Islamic literature. Ustaz membuat keputusan untuk buat kelas back up malam keesokannya (jumaat) memandangkan silibus masih banyak belum dihabiskan. Saya terdiam,saya memang tak mampu nak hadiri kelas tu.saya pperlu pulang!

Pukul 2 petang-kelas Modern Islamic literature. Sekali lagi, ustaz nak buat kelas back up untuk subjek ni petang jumaat, 2-5 petang. Sekali lagi juga saya agak tertekan.saya tak boleh nak datang!saya perlu pulang! Rasa kerugian terpaksa ponteng kelas tu. Tapi, saya boleh baca dalam buku untuk kelas yang saya tak datang, pun boleh bertanya rakan2, sedang adik saya yang bernama nurul shuhada itu Cuma ada seorang! (tiru uslub ceghah)

Lepas kelas Malay, saya terus ke pekeliling. (saya ponteng kelas Principle teaching arabis as second language) coz kalau saya tunggu hingga kelas habis jam 5, agak sukar untuk saya balik petang tu. Maklumlah, dari uia nak ke pekeliling, nak tunggu bas lagi.. apatah lagi untuk seorang saya yang perempuan ini nak bermusafir seorang diri di lewat petang, tentulah tak sesuai. Maka kelas principle adalah kos lepas yang perlu saya tanggung.

Menaiki bas ke mentakab jam 5.30. sepanjang perjalanan, buku silibus usrah comrade yang diberi kepada tiap naqibah saya buka, membelek bab gangguan jin n syaitan. Dari tahun lepas, cadangan tajuk itu dimasukkan dalam silibus usrah. Maklumlah, masuk kg orang asli, tempat jin bertendang. Apatah lagi pengalaman2 di Leryar, peristiwa ‘hitam’ di Tuel dan banyak adegan2 ‘misteri nusantara’ yang berlaku sebelum2 ni menjadi pengajaran agar sentiasa bersedia. Ahli comrade perlu dibekalkan dengan pengetahuan, pencegahan n rawatan berkaitan masalah tersebut. Alhamdulillah, banyak yang saya perolehi dari silibus tersebut, moga bila sampai minggu untuk sesi usrah tajuk tu, saya akan bersedia untuk menerangkan kepada ahli2 usrah saya..

Mega merah langit senja menyambut kepulangan saya. Berhenti di simpang Taman Saga. Abah jemput di simpang. Azan maghrib berkumandang sebaik saya melangkah masuk ke rumah. Abah terus ke masjid. Usai mengerjakan solat maghrib, saya mendekati kak chik yang masih di atas sejadah. Emak di sisi memerhati. Jelas kelihatan bahu kak chik menyentak2. seiring dengan zikir yang dibaca,makin kuat pula sentakan tersebut. Menurut mak, begitulah selalunya keadaan kak chik waktu senja begitu.

Saya dan adik2 yang lain (mimi yang sedang praktikal di mahkamah syariah temerloh, izzati yang sedang menunggu keputusan SPM, ) mengelilingi kak chik. Kami membacakan surah yasin beramai2. sambil kak chik tak henti berzikir melawan kesakitan di bahunya… dari tubir mata mak, ada air jernih yang mengalir… ibu mana yang mampu melihat anaknya menahan kesakitan??

Menjelang isyak, keadaan kak chik semakin ok. Sentakan di bahu agak kurang.. kami semua tidur beramai2 di tengah2 ruang tamu rumah supaya senang menjaga kak chik. Sebelum tidur, sekali lagi risalah usrah comrade saya buka. Ayat2 untuk penawar gangguan jin n syaitan saya salin dan tulis mengikut tertib. Tafsir saya buka untuk memahami ayat2 tersebut.


-al-fatihah
-al baqarah 1-5
-al-baqarah 163-164
-al-baqarah 255-257
-al-baqarah 285-286
-ali Imran 18-19
-Al-A’raf 54-56
-Al-Mukminun 115-118
-As-Shaffat 1-10
-Al-Ahqaf 29-32
-Ar-Rahman 33-36
-Al-Hasyr 21-24
-Al-Jin 1-9
-Al-Ikhlas 1-4
-Al-Falaq 1-5

Kebanyakkan ayat-ayat tersebut adalah tentang tauhid. Tentang kekuasaan Allah dan betapa setiap makhluk di muka bumi ini tunduk patuh di bawah kekuasaan Allah.saya rasa amat tepat ayat2 ini untu mengubati adik saya. Kerana bisikan2 yang diterima adalah bisikan supya menyembah matahari, bulan, bintang dsb.sedang ayat2 tadi menceritakan semua makhluk itu tunduk patuh pada Allah.

Sebelum tidur, saya berpesan pada adik2 yang lain supaya tanamkan keyakinan kepada Allah, apa2 kuasa juga tunduk di bawah kuasa Allah. Hanya Allah punya kuasa memudaharatkan yang lain. Sempat juga berpesan mendinding diri dengan ayat2 suci. Kerana malam sebelumnya, adik2 saya yang lain juga mengadu tidak boleh tidur.

4 pagi, saya yang tidur tak berapa tidur lihat kak chik menggelisah. Saya tahu, dia tidak tidur lena.. saya selalu ingatkan supaya jangan henti berzikir, jangan bagi ruang walau sedikit untuk bisikan itu hinggap di telinga. Memandangkan dia semakin menggelisah, saya ajak dia bangun qiyamullail.kak chik bangun. Selesai ambil wudhu, dia berdiri di depan almari.merenung saya dengan dalam sekali. Saya bertanya kenapa? Lama dia berdiri di situ tanpa menjawab apa2. saya menarik dia ke atas sejadah, menyuruh dia soalt tahajud. Dia macam terpinga-pinga.kak chik bertanya, solat tahajud tu apa? Solat hajat tu apa?kenapa nak buat semua tu?macam mana nak buat?

Astaghfirullah al-azim. Kenapa soalan2 itu yang ditanya? Seolah2 olah dia tak tahu apa2.sedangkan sebelum dia sakit dulu, kak chik selalu bangun malam untuk mengerjakan qiamullail. Saat itu saya tahu, bisikan2 syaitan itu telah meracuni pemikiran dan ingatan adik saya. Satu persatu saya menjawab soalannya, dan lambat2, acuh tak acuh kak melakukannya…

Lepas subuh, alhamdulillah, kak chik dah boleh tidur.sebelum2 ni, siang malam, memang dia tak tidur..setiap kali nak pejam mata, bisikan2 itu datang. Bisikan2 apa?

‘buat apa sembah Allah?sembah matahari”
Tuhan awak bintanglah'
Tuhan awak bulanlah

Bila adik saya nak solat”
Ha, buat apa nak solat, awak dah syirik
Ni ikhlas ke solat nie? Awak tak ikhlas, tak payah solat

Bila ayat quran dibacakan oleh kami adik beradik/dipasang melalui computer:
“boringlah. Takde ayat lain ke nak baca?”
Atau
‘bacalah? Tak takut pun?”

Dan kadang2 ada macam lawak juga..
Bila adik saya (mimi) dduduk dekat kak chik
‘ha, budak gedik dah datang’

Dan bila saya duduk dekat kak chik
“nyampah betul budak ni.sibuk jer’
Atau
‘aku nyampah budak ni’

*bisikan ini hanya didengari oleh kak chik.dan dia menceritakan kepada kami



Sabtu 24 feb

Saya masih di rumah. Menjaga kak chik disamping mak n adik2 yang lain. Dia tidak boleh dibiarkan berseorangan.dan perlu selalu dipesan supaya tidak tinggalkan zikir.kalau alpa sikit jer, dia dah terlalai dalam dunia dia. Saya turut mengikut petua yang diajar Che Da, supaya membaca ayat kursi dalam makanan, minuman dan air mandi kak chik. Dan setiap kali saya melakukan begitu, kak chik merenung saya dalam. Sambil bisikan ‘budak penyibuk’ didengarinya-tanda protes atas apa yang saya buat.

Rumah kami tak henti2 dikunjungi jiran tetangga dan saudara mara yang turut bersimpati. Terima kasih buat semua yang memberi sokongan.sekurang2nya ringan beban mak n abah. Buku2 yang saya bawa pulang tak berusik. Saya tak ada kekuatan untuk menyiapkan tugasan2 tersebut. Rasa tak tergamak nak membuka buku di saat melihat mak yang setia mendampingi kak chik. Moga Allah permudahkan tiap urusan saya..

Malam itu, hampir jam 11. kak chik mengadu sakit belakang. Sentakan di bahunya pula makin kuat. Kami adik beradik berkumpul mengelilingi kak chik dan membaca ayat-ayat suci quran. Dia semakin mengerang kesakitan. Mak, mimi, izati sudah mula menangis. Munawwar dan izyani terpinga-pinga. Abah memerhati sambil membaca ayat suci Al-Quran. Ish2 saya tak boleh betul tengok orang nangis ni.. nanti termenangis sama. Saya kuatkan semangat.kalau saya nangis, nanti kak chik akan rasa tak kuat kalau sume orang tak kuat. Maka saya kuatkan semnagat. Ayat2 dari rujukan silibus comrade saya ambil. Mula2 ragu2 juga. Coz kat situ ada peringatan- SEORANG MUALIJ DIANJURKAN SEORANG YANG SUDAH BERKAHWIN.

Namun melihat kak chik yang sedang kesakitan, saya tak sanggup membiarkan. Saya minta abah yang bacakan.tapi abah menolak, ayat2 tu tak biasa dibacanya, dia bimbang bacaanya tidak betul pada tajwid dan tartil.,maklumlah, orang tua..

Saya kuatkan semangat.saya percaya, BISMILLAHI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARD WALA FI SSAMA’

Insya Allah, saya percaya tidak ada apa2 yang akan berlaku pada saya kecuali dengan izin Allah, walaupun saya seorang mu’alijah yang belum berkahwin.

Tangan diletakkan di ubun2 kak chik. Satu persatu ayat itu say abaca dengan tartil dan penghayatan pada makna. Makin dibaca, makin kuat kak chik mengerang.sentakan di bahu makin kuat.

Hingga usai membaca ayat al-falaq, kak chik keletihan.. dan abah n mak mengambil keputusan untuk membawa kak chik ke rumah ustaz suhaimi, malam itu juga.

11.45 malam, kami sampai di rumah us di belakang masjid batu 1.. menurut ustaz, keadaan dah makin teruk keran syaitan mendiami tiap urat saraf..

Selepas membaca ayat2 tertentu, kak chik diminta tidak meninggalkan zikir LAILAHA ILLALLLAH dan YA SALAM… kalimah syahadah perlu dibaca dengan nafi dan itsbat sepenuh hati..

Sempat juga ustaz berpesan.. sabar n terus sabar. Allah nak uji sejauh mana kita bersabar. Insya Allah, kesabaran akan membantu menghilangkan kesakitan. Dan merupakan kemuncak segala kepahitan.jangan mengeluh. Jangan merungut. Ada hikmahnya ujian ini.

Pulang ke rumah, buat pertama kalinya setelah hampir seminggu, kak chik boleh tidur dengan lenanya…

Ahad 25.2

Kak chik semakin sedar. Lepas zohor, saya pulang ke uia. Mak n abah menghantart ke stesen bas mentakab. Berat hati untuk tinggalkan rumah. Namun hati saya sedikit lega coz dah banyak perubahan pada kak chik.sempat saya titipkan pesanan supaya yakin sepenuh yakin kepada Allah. Dan kuatkan semangat melawan ujian ini. Kak chik pun kuat semangatnya. Selalu berpesan pada kami dan pada mak, supaya jangan sedih. Supaya sabar menerima ujian yang Allah turunkan untuk dia…

Lewat petang ahad, saya sampai di UIA. Bersyukur sangat bila dimaklumkan kedua-dua back up kelas yang dijaduallan petang dan malam jumaat lalu batal.Alhamdulillah, saya tidak rugi apa2.. Maha Suci Engkau Ya Allah!

Malamnya, saya membuka semua ass yang perlu diedit. Tak tahu nak mula dari mana. Kepala pulak semakin berat. Esok pagi jam 8 ada test untuk subjek aqidah. Saya tak baca apa2 lagi. Kepala makin berat. Maklumlah, menjaga adik yang sakit, tidur tak menentu.. akhirnya saya semua ass ditutup. Buku aqidah juga tak terusik.Kepala makin berat. Saya dah tak mampu buat apa2. tidur.

Isnin 26.2.07

Kepala masih berat.saya gagahkan ke kelas. Jam 8, kelas aqidah.Saya pasrah.tak bersedia apa2 untuk menjawab test.hanya mengharap pemahaman dalam kelas sbelum ni.. tiba2, TEST DITANGGUHKAN. Subhanallah, bersyukur sangat. Ya Allah, bantuanMu datang lagi. Syukur yang amat. Masih ada peluang utuk saya membaca n membuat persediaan. Selepas kelas, saya ke pejabat Dr Saufi untuk meminta bantuan menjadi referee untuk permohonan master saya. Saya perlu selesaikan hari ini juga coz tarikh tutup permohonan adalah pada 28hb, 2 hari lagi. Dah acapkali saya ke biliknya, tapi selalu dia tiada. Kali ini pun sama, dia tiada di bilik. Saya cuba cari pensyarah lain, entah apa malangnya, semua pensyarah yang ingin saya jumpa tiada di bilik waktu itu. hampa juga.saya perlu selesaikan hari ini juga. Maklumla, masa amat sedikit untuk saya. Dah tak sanggup nak berkeliaran di kawasan bilik2 pensyarah ni coz ass yang 3 itu perlu diedit. Dari level 4, saya ke level 5. masih hampa, tiada seorangpun lecturer yang saya kenali di bilik mereka. saat itu, saya sudah penat. Dan tiba2 sms diterima dari seorang kawan yang baru balik dari post graduate study centre dan memaklumkan, permohonan untuk master dilanjutkan sehingga minggu depan. Subhanallah! Sekali lagi, bantuanMU tepat pada waktunya. Sekurang2nya saya masih ada masa untuk menyiapkan ass saya dulu..

SELASA 27.07

2 ass yang perlu diedit berjaya diselesaikan. Saya telah memulakan kedua-dua ass ini sejak hampir dua bulan yang lalu… Alhamdulillah, proses edit berjalan lancar dan saya rasai kepuasannya menyiapkan kedua2 ass nie..

1) PENGARUH SEJARAH PARA ANBIYA’ DAN SAHABAT DALAM NOVEL 1515

Ass untuk subjek malay Islamic literature. Saya mengkaji pengaruh sirah para anbiya’ dan sejarah para sahabat dalam novel karangan Faisal Tehrani. Bermula dari memahami isi novel yang memeningkan (plot yang macam jigsaw puzzle, bahasa yang tradisional) hinggalah mengeluarkan babak2 yang dipengaruhi sirah anbiya’/sejarah sahabat. Rujukan dibuat dengan menelaah Sirah Annabawiyah (ibn hisyam), Fiqh Al-Sirah (Al-Buthi), HAyatus Sohabah n kitab2 tafsir ayat2 berkaitan kisah anbiya’ dalam al-quran. Kesimpulannya:
Terdapat 2 bentuk pengaruh dalam novel ni, iaitu pengaruh secara langsung (Nyemah Mulya boleh lembutkan besi-Nabi Daud, Sultan Melaka diganti tempat tidur-Nabi Muhammad diganti oleh Ali dalam peristiwa Hijrah, burung membawa api menawan Lisbon-burung ababil mengalahkan Abrahah, dan lain2) serta pengaruh tak langsung iaitu dari segi konsep ‘sebab n akibat’ ( kalah perang uhud sebab tak dengar arahan, musnah kaum Ad kerana leka dalam kemewahan, dll)-kalau nak tahu selanjutnya, bacalah novel ni..

2) ‘Aidh Al-Qarni- untuk subjek Modern Islamin Literature. Saya mengkaji tokoh ini sebagai seorang sasterawan Islam. Jika sebelum ini, ‘Aidh al-Qarni hanya dikenali sebagai penulis buku2 dakwah, saya melihat dari aspek yang lain-syair2 beliau. Bermula dengan mencari siapakah beliau, hinggalah kerja2 menterjemah syair2 beliau dan melihat sama ada syair beliau menepati konsep sastera islam itu sendiri. Nak terjemah syair ni pun, ada banyak peringkat. Mula2 terjemah harfiah then bila dah paham, try untuk jadikan bahasanya juga bahasa syair.. supaya takderla terjemah tu janggal sangat bunyinya dan nak kekalkan ciri2 syair tue. Jenuh gak nak buat.. dan saya fokuskan kepada syair tauhid, syaur tentang nabi Muhammad, syair ibadah, akhlak, dan akhir segala terhadap isu semasa- perjuangan umat islam di iraq, palestin, Afghanistan serta isu penentangan terhadp sekularisme. Maka, saya dapati A;idh Al-Qarn telah menepati konsep sastera islam seperti yang dinyatakan oleh ibnu Miskawaih, Syed naquib Al-Attas, uthman el-Muhammady, Prof kamal hasan, Shahnon Ahmad, Afendi Hassan dan lain2..

Alhamdulillah rasa puas sangat dapat ssiapkan kedua2 tugasan ni dengan berjaya dan banyak yang saya pelajari sepanjang menyiapkannya.

malamnya, saya edit pula slide power point untuk presentation ethics- Islamic law and ethics: comparison study with the secularized ethical systems. Dan menelaah tajuk ni untuk presentation esoknya. Meneliti law n akhlak islamiyyah dan membandingkan dengan utilitarianism, perfectionis, Kant, egoism. Indahnya islam kerana syumulnya akhlak islamiyyah dan tiada keraguan..

selesai bacaan ethics, menghadap pula buku aqidah, exam yang tertunda akan diadakan esok.. Rabbi Yassir wala Tuassir..

rabu:

pagi-Alhamdulillah, exam aqidah berjaya dijawab dengan baik. Dan presentation ethics selesai dengan jayanya. Tiba2 ustaz minta presentation tersebut dihantar dalam bentuk research paper selewat2nya hari khamis (esok). Terpinga2 kami, coz pada awalnya ustaz memberi keizinan hingga hari jumaat. Lelah rasa. Baru je nak tarik nafas lega. Yang membimbangkan saya bukan tak mampu siapkan sebelum esok, tetapi adalah kerana saya mempunyai 2 test seok. Untuk subjek modern Islamic literature dan malay Islamic literature. Aduh, cukupkah masa yang saya ada??

Alhamdulillah, saya berjaya siapkan research paper ethics pada jam 10 mlm. Buku modern Islamic literature ditelaah.untuk subjek modern Islamic literature, tak sempat untuk ditekuni sedalamnya. Ala kadar aje. Kepala saya dah betul2 tak mampu bekerja non stop begini.. pasrah!

Khamis 1 mac

Exam modern Islamic literature tangguh
Exam malay Islamic literature ditunda
Alhamdulillah!.. sekali lagi saya bersyukur.. masih ada ruang untuk saya tekuni betul2 n membuat persediaan rapi. Maha Suci Engkah Ya Allah, memudahkan aku dalam setiap urusan.

Kelas berakhir jam 5. saya mengikut Che Da ke kuliah yang menelaah kitab Fiqh Awliyyat karangan Al-Qurtubi. 8 malam, saya melepaskan kerinduan di kelas debat. Melepaskan segala tekaanan sepanjang minggu ini. Seronok. Bermunazarah tajuk yang agak mudah dan santai.

11 malam: ingin menelaah subjek modern Islamic literature. Kepala saya terasa berat. Maklumla, dalam minggu ini, tidur saya tidak menentu. Hampir setiap malam, jam 2.30 baru saya tidur dan bangun jam 5.30… hari2 sebelum ini, tak terasa apa2 coz kesibukan demi kesibukan menjadikan saya tegar.. malam ini, terasa amat berat kepala ni.. saya ingin tidur awal.. cuba melelapkan mata..

Namun, ada persoalan yang menganggu..
3 malam berturut2 saya mimpi perkara yang sama..
Derita..sengsara..
Namun penawarnya tiada pada saya..
Di alam nyata
Apa yang berlaku sebenarnya??
Untuk bertanya, saya tiiada upaya (dan tiada perasaan untuk bertanya)
Bila saya ceritakan pada seorang sahabat.
Katanya: Allah ingin awak tahu apa yang terjadi, tapi awak tak ada jalan penyelesaiannya. Bukan awak yang akan selesaikan.

Ya Allah..
Berikan penawar itu pada dia..


Jumaat 2.3 07

Usai kelas jam 9, saya ke library, membaca surat khabar hari ini dan menunggu kalau2 ada lagi classmates yang nak hantar ass. (saya ditugaskan untu mengutip ass dan menyerahkan pada Dr Adli).. hampir jam 11, ada 2, 3 classmates yang menghantar. Selebihnya, pandai2 mereka la. Saya kira saya telah memberi ruang yang lama n mudah untuk mereka mencari saya..

11 pagi-menghadiri talk yang disampai Prof Kamal hassan (mantan Rektor uia) bertajuk ‘influence of Abul A’la Al-Mawdudi in South East Asia’ di At-tabari Conference room. Melangkah masuk ke conference room tersebut, Prof Kamal dah sedia ada, duduk di roun table. Saya terkesima. Tersalah tempat ker?? Coz hadirin yang sekitar 30 orang itu, kebanyakannya adalah prof2..dan lecturer.. mm rasanya saya tak salah baca iklan.. student pun leh join talk tue… yang student ada gak, tapi tak sampai 10 orang.. tupun ramainya adalah student master n phd (pada perkiraan sayala, coz dah tua2 belaka) .. saya memilih duduk di belakang..

Prof Kamal menyampaikan talknya berdasarkan journal yang ditulis beliau yang disiarkan dalam Muslim World Journal pada tahun 2003. pengaruh Al-Maududi terhadap perkembangan Islam di Asia Tenggara sangat banyak sebenarnya, terutamanya melalui buku beliau Towards Understanding islam n Islam is the way of life.

Di MalAysia sendiri, pengaruh beliau meresap masuk ke pergerakan2 islam pada tahun 60an-70an dan movement seperti PAS, ABIM n JIM sendiri banyak menjadikan buku beliau sabagai rujukan n silibus usrah.
Antara punca mudahnya pengaruh beliau adalah kerana ketika itu (60an) buku Towards Understanding islam mudah didapati di Kuala Lumpur, so bagi pelajar2 Malaysia yang berpendidikan di UK n US mereka lebih senang menelaah buku tersebut berbanding buku2 Syed Qutb n Hassan Al-Banna yang pada ketika itu hanya dalam b.arab.
Dan punca bukunya diminati adalah kerana intellectual approach yang digunakan dalam membawa pembaca mengenalpasti the comprehensiveness of islam. Masa tu karya2 tak banyak di Malaysia, kalau adapun, intellectual approach ni ada dalam karya2 Hamka (bahasa Indonesia)..

Prof Kaamal sendiri memiliki pengalaman keranA pernah belajar dengan Al-Maududi semasa beliau menuntut di Colombia University. So, menurut Prof Kamal, antara yang tak pernah dilupakan adalah ketiaka beliau bertanya kepada Allahyarham:
‘What is the best way to implement islam in malaysia’

Dan Al-Maududi menjawab: You know better you country

So, soalan itu telah menjadikan Prof Kamal seorang pemikir terhadap kondisi masyarakat. Maka tidak hairanlah hari ini Prof Kamal antara tokoh akadmik yang dihormati di Malaysia..

Di hujung talk, ada sesi soal jawab. Memang hebat perbincangan n pertukaran pendapat antara Prof2 ni, saya yang duduk di belakang ni tengok jerla.. rasa kerdil betul duduk di kalangan mereka. walaupun masing2 dah bergelar Prof, mereka masih lagi mencari ilmu. Subhanallah. Yang hadir ari tu Prof2 dari political sc, History and civilization, Arabic literature and Kuliyyah Revealed Knowledge sendiri.

PROF KAMAL YANG AKU KENALI

1st time saya bertemu secara langsung dengan beliau adalah ketika perasmian Taaruf Week, masa mula2 masuk UIA dulu. Beliau bagi speech. Masa tu pun dah rasa kagum dengan dia. Pada saya, dia antara orang yang bagus dalam public speaking. Nadanya tersusun sopan, sangat memberi kesan apabila memberi ucapan. Dan sangat nampak karismanya. Selepas itu, mengenali dia sebagai seorang rector juga, sangat kagum dengan sikapnya yang humble. Dari segi ilmunya, masya Allah, dia sangat hebat dan menguasai ilmu. Sangat intelek. Saya pernah menghadiri talk nya tentang Malcolm X (malik syabbas). Dewan dipenuhi oleh student tempatan n international, termasuk para pensyarah bergelar professor, begitulah hebatnya beliau, hingga profesor2 lain pun datang mendengar wacana ilmu beliau.
Dan sejak ambil subjek Malay Islamic literature, dia semakin dekat dikenali melalui pemikirannya tentang sastera Islam. Subhanallah, Allah kurniakan dia peguasaan ilmu yang cukup mengjagumkan.kekaguman saya pada beliau bertambah ketika sesi talk tadi.. seorang Profesor bertanya:

“Al-Maududi was a great Islamic thinker but not as a politician. What do you think?’

Dia dengan jujur menjawab,” I;m sorry, I have no idea to look at him in political perspective, so how if we listen to the Prof XXX ? ” sambil menjemput seorang prof dari political sc untuk jawab.
Pada saya, dia amanah dengan ilmu dia, kalau tak tahu, tanyalah orang yang lebih tahu…

Ya Allah, lautan ilmumu amat luas.. Maha Suci Engkau, tiada yang kami tahu melainkan apa yang Engkau ajarkan pada kami..