Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 30, 2004

welcome back to campus..

salam.. selamat kembali ke kampus.. untuk perjuangan yang tak pernah selesai.. selamat memulakan sem baru.. moga sentiasa bersemangat n ikhlas,, jangan lari dari niat .. yakin pada diri..

selamat menamatkan alam kampus dalam mengenggam ijazah pertama.. terutama buat senior2 wostorian, akak2 n abg2 comrade.. jangan lupa datang jenguk2 adik2 bawah umur di sini...

alhamdulillah semua hal berkaitan registration course/ college dah settle tanpa sebarang masalah..

fahabli ya Wahhab, i'lman wahikmatan, warzuqnii ya Razzaaq, kun li musahhilan..

selamat hari lahir bonda..

salam buat bonda.. selamat hari lahir.. moga kasih sayang Allah akan mengiringi hidup bonda.. moga anak2 bonda menjadi anak2 soleh n solehah..
bonda.. anak bonda sayang bonda.. di sebalik segaris ceria itu sbenarnya tersimpan seribu jalur duka.. ada kegagalan, ada kesedihan, ada kekecewaan. ada penyesalan.. tapi demi bonda, anak bonda selindungkan segala..
tapi bonda, anak bonda sebenarnya kuat.. anak bonda ingin bangun setelah berkali2 jatuh.. anak bonda ingin gembirakan bonda..anak bonda ingin kembalikan semua cahaya yang pernah datang n semua cahaya yang telah hilang.. bonda mungkin tak pernah tahu, bonda tak akan tahu sebab anak bonda tak ingin beritahu.. sebab anak bonda tak nak bonda susah hati.. tapi Qa tahu n QA pun tak nak beritahu.. bialah Dia lebih mengetahui sesungguhnya..
bonda, doakan anak bonda.. anak bonda akan buktikan harapan bonda tidak sia-sia.. anak bonda pasti gembirakan bonda..doa bonda pencetus semangatnya, kasih bondalah kekuatannya, sayang bondalah penyinar cahaya..
bonda.. selamat hari lahir yang ke 60..
QA: siapa bonda?? siapa anak bonda??

Friday, November 26, 2004

:happy birthday my dear..

this is a special entry for my dear friend- Asma' Ammar.. selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke **.. ;-) Moga rahmat n kasih sayangNYa akan mengiringi perjalanan hidupmu.. n Moga bahagia bersama orang-orang tersayang.. what can i say about this special friend?? kitorang mula kenal masa 1st day registration kat matric lagi.. bilik dia
depan bilik qa. masa tu kat bilik tu qa sorang jer .. so dia n jah yang duk kat bilik depan pun rajin2 la beramah mesra.. hehe.. then ntah camner memang jadi kamceng,, terutama dalam bab makan coz kalau waktu makan memang pergi makan sama2.. kesyukuran jua milik Allah atas pertemuan yang diaturkanNYA ini.. bukan senang mencari kawan yang sudi menangis dan ketawa bersama.. yang bila kita lihat mukanya, ada kasih bertamu di jiwa.. yang sudi meminjamkan telinga dengan rela kala hiba n yang sudi berkongsi ketawa kala gembira.. Terima kasih YA RAHIM atas kurniaanMu ini..


buat my dear friend.. adakala mata salah memandang, telinga salah mendengar, akal salah mentafsir, hati salah mengerti.. mulut ini lancang berbicara.. .. tapi percayalah, tak terniat melukai.. dan dalam tiap afa'l dan aqwal itulah kasih sayangku..
kawan, terima kasih kerana sentiasa sudi mengesat air mata..
terima kasih kerana sudi membuatku tertawa..
terima kasih kerana segala-galanya..

di hari istimewa ini.. tiada hadiah istimewa, cuma seikhlas doa, setulus ingatan, kaulah sahabat, kaulah teman, kaulah kurniaan Ar-Rahman.. moga ukhwah ini,, kasih sayang penyubur iman.. LOVE U DEAR..

Adakala gembira menjelma

Seikhlasnya kaupinjamkan telinga
Mendengar bicara penuh rela
Agar gembira dirasa bersama

Adakala duka bertamu
Masih kau setia tanpa jemu
Masih mendengar rasa hatiku
Agar lara segera berlalu
Rakan, teman, Engkaulah itu...

ps: my dear..,rindu nak pergi makan mee bandung kat cafe aishah
college cam dulu.. tiap2 petang.. tu la tempat paling best lepak kan..??

Thursday, November 25, 2004

roda kehidupan..

:ukhwah itu indah::
baru beberapa hari lepas.. citer pasal Mukmin.. kuat tul naluri ni ingat kat kawan2 semukmin.. malam berikutnya tetiba ada diorang datang ke rumah... esoknya sebahagian lagi,, dan hari berikutnya QA membalas kunjungan mereka.. petang tu pulak.. kawan2 mukmin yang brothers lak beraya ke rumah.. thanks to all yang sudi berkunjung ke rumah.. Fatimah, Nawar, Haida, Erry, Isma n Azwar..

::yang sedih yang gembira::

"putaran hidup ibarat roda, kekadang di atas di bawah ke atas semula , redha dan syukur atas kehendakNYA, itulah tanda kasih sayang kita.."

semalam cek result.. at the first sight memang rasa kecewa coz result menurun sket tapi bila difikir secara positif.. maybe ni 'warning' dariNya coz dah banyak main2 sebelum nie..sekali jatuh bukan jatuh selamanya..so nak kena naikkan semangat semula.. muhasabah balik 2 sem yang berlalu n fikir bagaimana nak perbaiki keadaan.. dari time management sampaila semangat n kekuatan dalaman.. so jangan putus asa Qa.. Allah beri setimpal ngan apa yang kita buat.. n He knows the best for us. Learn from mistakes ok..

pas rasa sedih semalam.. hari ni rasa gembira n bersyukur sangat.. Alhamdulillah.. Ya Razzaaq, Ya Rahim.. Ija'lni minassyakiriin.. tengah jemur kain.. pin pin encik Posmen datang.. menghulurkan sepucuk surat berlogo Bank Rakyat.. kepada cik Nur Atikah Jamaludin.. dah dapat agak dah n terus tersenyum lebar.. n macam yang diduga. Alhamdulillah dapat tawaran Biasiswa bank Rakyat.. Alhamdulillah temuduga ari tu berjaya.. so pas semalam yang dukacita n rasa down sikit, hari ni dah semangat balik.. dapat biasiswa bank rakyat maknanya tak yah fikir pasal pinjaman dah.. n tak yah pikir pasal nak bayar pinjaman bila dah abis grad n kerja nanti, Insya Allah.. hm,, rasa lega sangat.. Thank you Allah atas nikmatMu ini.. so kena lebih rajin.. n lebih usaha,, jangan nak jadi 'sleeping beauty 'lagi kat bilik tue.. jgn nak syahid jer... Allahumma inni au'zubika minal hammi wal hazan wa aúzubika minal ájli walkasl..

Wednesday, November 24, 2004

maaf yer..

salam,, buat semua yang masuk umah saya nie.. sorry yer.. tengah 'semak' sket.. bukan apa.. baru nak tukar çat 'baru so cam serabut sket.. insya Allah nanti dah tul2 kemas.. mesti comel punya.. soryy..

Monday, November 22, 2004

al-mukmin dalam kenangan (91-96)



Persoalan demi persoalan..
Mengapa..?? mengapa? Mengapa?

Masih basah dalam ingatan.. masa tu saya skolah rendah di SRA Al-Mukmin ( sekarang Pusat Pengajian Al-Mukmin).. sekolah kami serba kekurangan.. masa ihtifal (hari penyampaian hadiah) saya baca sajak di atas,, dengan pelbagai persoalan tentang kedhaifan sekolah kami.. kami takde padang besar.. sekolah tu cuma sebuah banglo yang biliknya dijadikan kelas ( masa darjah 1 n 2) pastu masa darjah 3 pindah kat sebuah rumah (yang sekarang jadi nursery buah-buahan n bunga2an).. rumah tu cam kota sesat.. bersegi2.. kat mana2 ruang yang boleh dijadikan kelas.. kelas didirikan..
Sangat dhaif masa tue.. cikgu pun kurang.. kami anak2 murid selalu Tanya cikgu.. kenapa sekolah kita kecik.? Takde padang? Lain macam sekolah orang lain… maklumla.. tengok sekolah orang lain semua besar2 n lengkap…

Oh ya.. lupa nak bagitau.. sekolah ni sekolah swasta.. dan saya adalah murid generasi pertama Mukmin.. maknanya masa darjah satu cuma ada kami sekelas.. bila naik darjah dua.. ada kami-darjah dua n ada adik2 kelas darjah 1…

Ingat lagi masa tu macam2 dugaan.. kami kecik lagi tapi dah mampu memahami.. masa tu heboh org kata sekolah kami takleh amik upsr.. sekolah situ takleh masuk ting. 1 sekolah kerajaan.. mukmin nak tutup.. macam2 la cerita tak baik.. kesannya dari 3o lebih pelajar. Kami tinggal 21 orang masa darjah enam,, semua mak ayah bawak anak2 keluar.. tapi kami leh berbangga bila kami (generasi pertama) ambil UPSR dr 18 calon, 6 orang dapat 4A (masa tu 4a jer..) .. di sebalik kedhaifan tula Mukmin perlahan2 merangkak n bertatih..

Kenapa Mukmin istimewa?? Sebab sukatan pelajaran menggabungkan ulum syariah n akdemik.. maknanya dari darjah 1 kami belajar 18 subjek.. (beg sekolah berat giler..) ulum syariah termasuk b,arab, quran, sirah, feqah, aqidah, dsb.. cikgu2 walaupun gajinya kecil tapi mereka semua adalah wira kami coz di sebalik tohmahan n kritikan masyarakat, dgn gaji yg kecil itu mereka tetap punya semangat juang yg tinggi untuk mendidik putera puteri bangsa dengan ilmu Allah..

Bangga jadi budak Mukmin,,kalau peljaran Quran kami hafal separuh juz amma masa darjah 1 n habis hafaz juz amma masa darjah 2.. diikuti juz 29 n 28 ( masa tu kecil lagi.. senang nak ingat n hafal.. hati masih suci.. skang banyak dah hilang.. betul nabi kata.. hafalan Quran umpama ikatan unta.. snang terlerai..bila dah terlepas susah nak kejar blik.. )

Masa darjah tiga dah hafal tasrif 14 nahu.. lumba baca siapa paling laju… kataba katabaa katabuu…. Seronoknya masa tue… masa darjah 4 belajar fiqh dah mula ada separuh sukatan dalm b.arab ( cam budak2 sm agama hafal masa ting. 1- assolat lughatan: addua’ .. kiranya dari kecik lagi asas tu dah ok… masa tu belajar seronok sangat.. orang nampak bangunan kami buruk.. tapi dalam kedhaifan tu kami jumpa mutiara2 yang banyak membantu kehidupan hari ini.. bagi saya sendiri.. banyak yg Mukmin beri.. di Mukminlah lahirnya kecintaan terhadap b.Arab.. yg akhirnya saya ambil terus untuk amik degree.. even ramai Tanya napa tak amik law atau lain2 course coz result ok.. tapi kecintaan pada lughatul Quran ni sangat mendalam.. ingat lgi masa darjah 4 ada satu hadis yg mafhumnya bermaksud.. org arab bukan dari keturunannya-ibu atau ayahnya berbangsa arab tapi adalah org yg bertutur dlm bahasa Arab.. so Nabi junjungan kan berbangsa Arab.. atas kecintaan pada bagindalah lahirnya kecintaan pada bahasa ini..

Kat mukmin gak belajar kepimpinan.. sebagai generasi pertama, saya n kawan2 sentiasa dilatih supaya jadi ának sulung yg bertanggungjawab pada adik2 n bertanggungjawab untuk menjaga maruah n nama mukmin.. Alhamdulillah kami dah buktikan.. rasanya saya n kawan2 rasa lega dah tunaikan t.jawab tu dulu dgn kejayaan demi kejayaan.. n kat mukmin lagi kami diasuh untuk bersaing dalam bentuk yg positif.. dari dulu lagi kami dilatih berani tampil di khalayak ramai.. bercerita, syarahan b.arab dsb.. n masa darjah 3 dulu, kalau ustaz Ibrahim (mudir kami) dijemput memberi ceramah kumpulan nasyid mukmin diberi peluang buat persembahan.. (masa tu saya solo ngn Zaiti.. hehe.. dah lama pencen) so rasanya masa tu la semangat m keyakinan diri dibina.. maklumla kalau buat persembahan kat pentas di padang besar bandar mentakab/dewan Tun Razak temerloh tu penonton ramai giler.. tanpa keberanian, leh tak kuar suara langsung.. n hasilnya Alhamdulillah.. menda ni terus saya bawa ke wosto.. masuk pidato, forum dsb.. paling manis jadi finalis forum remaja negeri n dapat no 3 pidato piala diraja pkt. Negeri 2001.. dengan izinNya- segalanya bermula di Mukmin..

Pasal kepimpinan.. kepercayaan guru2 di Mukmin melatih diri jadi pengawas dr darjah 3, seterusnya PKP masa darjah 6.. saya bawa ke wosto lagi.. dari f1 sampai f4 n dilantik PKP masa f5.. n bawak ke matrik UIA masa ditaklif Presiden CRC ZC,, segalanya dengan izin NYA bermula di Mukmin..

Dalm netball pun sama.. dulu masa PJ kat Mukmin.. padang terhad n satu2nya perkara yg seronok adalah dapat main netball dilatih oleh ustazah hamdah.. sampai saya bawa kemahiran tu terpilih wakil wosto dalam MASISUPA ( majlis sukan sekolah2 Agama Pahang) dr f2-4 jadi johan negeri.. masa f5 jer kalah.. tapi sampai bila2 saya ingat bakat n kemahiran tu saya dapat dengan izinNYA di sini.. di Mukmin..

Hari ini.. saya percaya.. ustaz2 n ustazah yg dulunya tersenyum dalam getir mempertahankan mukmin kini tersenyum bangga.. kalau dulu masyarakat menjangkakan mukmin hanya mampu bertahan 2 tahun,, sampai hari ini, hampir 14 tahun.. Mukmin kian membangun n terus menyumbang bakti mendidik anak2 putera-puteri agama..

Malah kini mereka pasti berbangga dengan anak2 mukmin yang telah bertempiaran menjelajah ke seluruh pelusuk dunia untuk terus menanam benih2 yg mukmin tnamkan dulu..bukan sahaja dalam bidang agama malah dalam bidang2 lain sebagai memenuhi tuntutan fardhu Kifayah.. generasi pertama.. - saya (b.Arab) n Erry (law) di UIA.. fatimah (pure chemistry) n fairuza ( akaun) di UKM, sodiq (Tesl) di maktab perguruan cheras, n ramai lagi .. malah mukmin bangga dengan Sarah (generasi ke2) yang kini di Rusia mendalami bidang perubatan n Syed ( generasi ke3) yg sedang buat persediaan ke Australia juga untuk perjuangan dlm bidang perubatan di sana… juga nama2 lain di ipta/s seluruh Negara.. anak mukmin menuju jalan menabur bakti..

Sesungguhnya.. saya bangga diberiNYA peluang menjadi antara pelajar Mukmin.. hari ini, kami melihat sendiri di sebalik kedhaifan itu, benih yang ditanam mengeluarkan bunga 2 yg kian mengharum di segenap pelusuk alam.. dan sesungguhnya perjuangan demi agama Allah memang penuh cabaran.. tapi kecekalan guru2 kini terbayar.. terima kasih guru2ku.. ustaz ibrahim, ustaz Aris (kini pen.pengarah di Jaip), ustz osman, ustzh hamdah,ustazah fatimah, ustzh zainab,ustazah zalizan, ustazah hasfanizah n nama2 lain atas kecekalan kalian, hari ini kami berdiri di sini..

Buat kawan2 n adik2 mukmin sekalian,, ukhwah kita masih teguh.. jangan kita robohkan.. kita teruskan perjuangan ini… jalan kita berbeza.. tapi matlamat kita sama.. jangan kita sia2kan… dan saya harap.. syawal ini.. di kesempatan kita berkumpul.. rasanya dah tiba masanya untuk kita buat sesuatu untuk mukmin.. rancangan dah ada.. cuma saya tuntut kerjasama n pengorbanan kalian…

Selebihnya.. kita kembali kepada motto Mukmin.. ke Arah pembinaan generasi muttaqin.. moga kita dijadikanNYA hamba yg bertaqwa..

Hari ini.. persoalan demi persoalan itu telah terjawab.. dan segalanya atas skrip ciptaanNYA.. bermula di sini..

Inna maál u’sri yusra..

Friday, November 12, 2004

penghujung ramadhan ini...

Salam..
Kian hampir menyambut kehadiran Aidilfitri.. QA kat umah masih sibuk membuat persiapan terakhir.. masih buat kuih raya…

Siang tadi ke Bandar ambil handset yang rosak 2 ari lepas.. tetiba takleh on.. nasib baik dah ok.. dan yang bestnya tak kena caj coz still dalam tempoh jaminan.. Alhamdulillah.. so rasa seronok sket coz dah bernyawa ke
mbali handset tue.. Allah tarik jap nikmat..

Ahlan wasahlan kepada pengunjung2 baru ‘rumah’’ ha
mba nie.. terutama geng2 comrade semua.. coretan tu untuk dikongsi bersama.. yg baik ambillah sebagai pengajaran.. yang tak baik abaikan…

Sebenarnya sajer2 nak berkongsi di alam maya nie.. nak kongsi sesuatu dengan orang lain.. nak bagi menda lain tak mmpu.. maybe melalui penulisan di sini, ada sesuatu untuk disu
mbangkan…

Abe Deraman dah 2x telifon,, bertanya khabar n melahirkan kerinduan keluarga di sana.. ga
mbar kat kg husin dah siap cuci.. Insya Allah nanti nak reprint n poskan ke sana.. camner ye persiapan raya mereka??

Okla.. sok nak balik kg… selamat beraya buat semua..
aidilfitri>> kesyukuran.. kegembiraan.. kesatuan hati.. keakraban jalinan.. keutuhan ukhwah n persaudaraan..

Ps: di hari raya,, terkenang daku kepada si dia :-)

Tuesday, November 09, 2004

perkembangan kg husin

ini perkembangan terbaru di kg husin,, maklumat yg diemelkan exco tarbiyah n training comrade- shukri.. syukran atas maklumat ni yer abg de.. sorry coz nak jimat masa.. just copy your email kat sini...

from: Exco tarbiyah n training COMRADE
Assalamualaikum........... baru2 ni(8/11/04), ana&nasif dan 2 staf dr STADD pg kg Husin. penduduk kg husin kirim slm kat semua. Adadi antara abe dan amek yg dmm rindu kat anak2 angkatmrk.Yg anak angkat tak tau la pulak,rindu ke tak.kalaubtl2 rindu hantarla apa yg patut kat raye ke, surat ke& sbgnye. takpun join next prog. keadaan kat kghusin,skrg setiap rumah dh ada elektrik(satu generatoryg mhubungkn ke setiap rumah). Surau dah di cuci.durian pun dh gugur. jd sempatlh kami merasa keenakanbuah durian ketika berbuka puasa. oklah Selamatbercuti & selamat menyambut hari raya... Jgn tidurje........buat2lah apa yg patut.
Insan Prihatin 04

salam aidilfitri

aidilfitri kian mennghampiri... kemeriahan dah terasa... duk kat umah buat 2 3 jenis kueh dah,, tapi ada yg dah tinggal separuh.. biasa la kuarga besar n adik2 yg tak terlarang tue.. takperla nak wat camner kan?? siang tadi dapat 9 kad raya,, gembiranya.. dr kawan2 semua.. rindunya kat sumer.. setaun sekali camni -bila dah duk jauh2 n urusan masing2 so waktu raya camni baru berpeluang nak pos kad raya,, at least sebagai ingatan yg tak pernah terpadam..

kian hampir ke penghujung ramadhan,, berkualitikah ramadhan kita tahun ini?? semoga dipanjangkan usia bertemu ramadhan akan datang.. sahabat2 Rasulullah menangis mengenangkan ramadhan yg berlalu coz takut tak jumpa lagi ramadhan akan datang,, kita???

salam aidilfitri buat semua.. untuk sahabat2 yg tak lupa kirim kad raya.. hasnah, ebi, kak kin, pipah, kak sue, nawar, fairuza, fatimah,nana, jalidah,izah, lokman, dan semua ( sory kalau tak tersebut) juga buat ustazah zaiti yg sentiasa mendorong .. thanks atas ingatan kalian..

selamat hari raya.. sambutlah syawal dengan kesyukuran...
jemput datang umah semua.. insya Allah raya pertama je takde orang kat umah.. selebihnya..
dialu-alukan..

salam aidilfitri
maaf zahir batin

Saturday, November 06, 2004

islamic practical teaching for aborigines

CATATAN PERJALANAN:
Program: Islamic Practical Teaching for Aborigines (IPTA)
Tempat: Kg. Husin, Sungai Siput Utara, Perak
Anjuran: Community Research for Aboriginal Development (COMRADE), UIAM
Masa: 25-30 oktober 2004
Peserta: 53 orang

Maklumat kampong:
Nama kampong: Kg. Hussin
Nama Tuk Batin: Penghulu Adnan b. Alang Samad
Suku kaum: Temiar
Jumlah rumah: 20 buah
Agama: islam (kecuali sebuah keluarga-tiada agama)
Lokasi: terletak di banjaran Titiwangsa dan dikelilingi gunung seperti gunung Korbu, gunung Yong Yap dsb. 3500 kaki dari aras laut.
Kemudahan asas: tiada bekalan elektrik. Air bukit menjadi asas kegunaan harian dengan disalurkan melalui paip getah ke setiap rumah. Jalan tar selebar 8 kaki menghubungkan kg ini dengan Kg Kenang. Kemudahan lain yang terdapat adalah sebuah surau, balai raya ( dahulu dikenali sbg balai sewang), sebuah gelanggang takraw.

Kegiatan ekonomi: mencari hasil hutan spt kayu gaharu, akar2 kayu, bertam, raja kayu dsb, bercucuk tanam (ubi kayu, buah-buahan,petai), berburu, menangkap ikan.

25 okt 04

1.00 ptg: ke kampus. Pos kad2 raya di pejabat pos lalu ke perpustakaan memulangkan buku2 yang dipinjam. Terus balik ke bilik.

2.30 ptg: check out dari bilik.. ramai beratur di kolej ofis. Pinjam kunci bilik transit dan simpan barang.. dah sampai ke bilik tu baru perasan kerani college ofis tersalah bagi kunci.. pecut ke college ofis semula.. maklumla dah terlewat..

3.05 ptg: dah ramai berkumpul di KENMS.. tunggu trak jheoa sampai.. angkat brang2 (banyaknya).. tunggu bas uia pulak..

4.25ptg: perjalanan dimulakan dengan bacaan doa.. moga perjalanan selamat.. konvoi 2 buah bas uia, 2 buah trak jheoa, 1 land rover dan 2 kembara uia. siap2 pasang niat.. Ya Allah, janganlah terpesong niat kami.. on the way, VCD filem Indonesia- Kiamat dah Dekat ditayangkan.. nice story.. banyak pengajarn tersirat (kenapa kat Negara kita takde orang buat cerita camnie yer?? – “hanya Engkau kami sembah dan Hanya pada Engkau kami memohon pertolongan”- (Al-Fatihah :5 )

6.45 ptg: berhenti untuk iftar dan solat di PLUS Tapah..

8.00pm: perjalanan disambung..
9.35pm: tiba di depan Sk jalong, sg. Siput.. rupa2nya salah tempat. Kami sepatutnya berhenti di depan sk Kenang.. so perjalanan diteruskan lagi..

10mlm: tiba di hadapan SK Kg. Kenang. Turun dr bas uia dan menaiki trak jheoa WLH6380 bersama 12 sister.dalam trak penuh dengan beg2 peserta dan barang2 yg kami bawak seperti makanan, pakaian, peralatan memasak dsb. Peserta2 selebihnya menaiki trak jheoa yang lagi satu.. . perjalanan menaiki bukit.. sesekali trak berhenti lama terutama bila melalui selekoh yang tajam. Kegelapan malm menghalang dari menikmati panorama sekitar, namun kesejukan mula mencucuk tulang.. bunyi unggas berselang seli dengan letupan mercun ( saperla yang main mercun nie…?) dalam hati beralun zikir.. jug doa yang tak terhenti.. moga perjalanan selamat.

11 mlm: tiba di kg. husin. Kesejukan kian menggigit.. hujan renyai2 menyambut kedatangan kami.. hujan rahmat di bulan berkat, Insya Allah.. tolong angkat barang2 keluar dari trak..

11.30pm: bawa beg masuk ke rumah.. kami- peserta perempuan- ditempatkan di sebuah rumah penduduk yang telah berpindah ( rupa2nya rumah itu dikosongkan selepas berlaku kematian di situ. Masyarakat masih berpegang pada adat bahawa jika berlaku kematian, rumah itu perlu dikosongkan- amalan yang patut dikikis)..

12tgh mlm: peserta ke surau.. RAMADHAN jgn dilupakan.. mengerjakan solat tarawikh berjemaah.. walaupun keletihan, Alhamdulillah berjaya menunaikannya.. peserta yang terlibat memasak untuk bersahur memulakan kerja2 memasak.
Sejurus selepas tarawikh, ada briefing dripada pegawai JHEOA dan pegawai pengiring dr Uia sendiri- bro. Asri. Pegawai jheoa- en. Wan menekankan tentang misi n visi jheoa untuk membangunkan orang asli dan harapan besar pada comrade untuk membantu menjayakan misi tersebut. En. Asri pula mengingatkan peserta tentang keikhlasan menjayakan misi ini, serta harapan dan doa moga program berjalan lancar. Peserta juga diingatkan supaya menjauhi sentiment politik dan sentiasa menjaga perhubungan baik dengan penduduk kg.

26 okt 04

2.45pg: makanan untuk sahur dah siap so bro. Faizal- head com catering minta makan sahur terus.. menikmati makanan sahur dengan selera.. maklumla semuapun tengah letih..

3.15pg: tidur keletihan.. bacaan yasin beramai2 sebelum tidur.. mohon perlindungan drNYa..

6.00 pg: solat subuh berjemaah. Selepas tu tazkirah disampaikan. (banyak ángguk’ je masa nie.. ) sejurus selepas itu, sessi soal jawab bersama penghulu Adnan diadakan. Penghulu Adnan merupakan seorang tokoh mubaligh orang Asli. Beliau pernah dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul kerana kegigihan n usaha beliau mengislamkan masyarakat org Asli. Banyak perkara dibincangkan untuk mengetahui latarbelakang dan masalah2 penduduk kg. Antara perkara yang aku belajar:

-latarbelakang kg- nama kg. husin diambil sempena nama salah seorang penduduk yang berhijrah dan membuka penempatan di situ.
-antara masalah penduduk kg- masalah pengangkutan ke sekolah yang terletak di kg. Kenang. Ada pelajar yang dihantar bapa ke sekolah dengan motorsikal yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jika cuaca tidak mengizinkan, mereka tidak akan ke sekolah. Walaupun terdapat asrama di sk kg. kenang, ada penduduk yang keberatan menghantar anak tinggal di asrama ( 7 tahun nak duduk asrama?? ) .. jauhnya dr sekolah.. aku ni duk Mahallah Ameenah pun still nak merungut jauh jalan kaki.. masih tak bersyukr lagi??
-masalah kekurangan peluang untuk belajar tentang agama islam (asas fardhui ain) kerana ustaz yang ditugaskan mengajar- U.Abd Halim- hanya datang sekali sebulan ( ustaz terbabit terpaksa mengikut giliran kerana beliau bertugas di 12 kg. org asli dalam waktu yang sama)
-masalah lesen motor.. penduduk acapkali disaman polis kerana tidak memiliki lesen motor.. kemiskinan menghalang mereka mendpatkannya.. dengan pendapatan lebih kurang rm100 sbulan, mendapatkan lessen bukanla satu keutamaan bagi mereka.. apabila disaman, masalah lain pula timbul hingga terpaksa turun naik mahkamah.
-ada peserta tanya tentang mas kahwin bagi anak gadis di situ. Menurut penghulu Adnan, mereka tidak mengenakan mas kahwin yang tinggi dan biasanya mengikut kemampuan pihak lelaki.. namun sepatah katanya, jika dah nak jadikan perempuan tertentu isteri.. takkan tergamak nak bagi seringgit je as mas kahwin.. tul kan???
- masalah kristianisasi- mubaligh kristian pernah datang dan mengajak penduduk memeluk Kristian namun mereka dihalau penduduk kampong. Syabas!

7.30- self preparation
8.30- riadhah.. turut serta adalah anak2 org asli yang sangat lincah..

9am”: sbg ass. Head.com rnd, aku bersama bro. Azli n bro. NAsif membahagikan kumpulan untuk anak angkat. Peserta2 lain mengadakan ziarah umum ke rumah setiap penduduk sebagai permulaan program.

1.30pm: solat zuhur berjemaah. Bro. Azli mengumumkan pembahagian kumpulan anak angkat. Peserta yang pernah datang ke sini dikekalkan di rumah ibubapa angkat mereka. Briefing ringkas turut disampaikan bro. Azli menerangkan bagaimana pengisian program ziarah n cara mendapatkan maklumat untuk mengisi buku maklumat yang diberi kepada setiap kumpulan. Persetujuan dicapai untuk memulakan ziarah rasmi selepas asar memandangkan waktu zuhur waktu istirehat bagi mengelakkan mengganggu penduduk kg.

4.30: asar berjemaah..selepas itu, program ziarah dimulakan.. aku sebagai ass.. head com rnd aku dikecualikan dr mempunyai keluarga angkat bagi menumpukan kerja2 rnd.. aku ikut kak teja ke rumah keluarga angkatnya. Rumah tersebut merupakan rumah yang tertinggi sekali letaknya. Ketika sampai, amek (mak) sedang memasak untuk berbuka puasa.. sesi taaruf dimulakan. Amek tersebut merupakan anak kepada penghulu Adnan berumur 21 tahun,, (alamak.. nak jadi mak angkt kak teja?? Kak teja lagi tua dr dia.. J ) .. sempat meninjau keadaan rumah… dan bertanya serba sedikit… beliau bercerita tentang keinginan belajar agama namun ustaz cuma datang sekali dalam sebulan. Beliau juga menceritakan tentang anaknya yang berusia 5 tahun memintanya membelikan pakaian seragam sekolah kerana ingin pergi ke sekolah. Teringat kata2 seorang senior COMRADE- jika kita tidak mampu membantu masyarakat orang asli sekarang, semoga kita mampu mengubah generasi mereka akan datang, terutama anak2 mereka sekarang.

5.30ptg: pulang ke surau.. membantu pesiapan bebuka puasa.. membungkus nasi untuk diagihkan kepada penduduk kg..

7.02pm: waktu berbuka pusa.. alhamdulillah.. makan dalam talam beramai2.. selepas tu, solat berjemaah… seterusnya solat isyak n tarawikh..

9.30mlm: upacara perasmian pembukaan oleh wakil pegawai jheoa bahagian pembangunan masyarakat dan minda kuala kangsar.. beliau menekankan kepentingan pendidikan sebagai wasilah utama untuk mengubah masyarakat.

10.30; moreh

11.40; MUHASABAH hari pertama.. tiap peserta diminta meluhkan secara ringkas pengalaman pertama mereka.. respons positif.. sebagai salah sreorang peserta baru, terasa dihargai dalam program ni.. at least dapt berkongsi sesuatu..

12.45: tido…

27 okt 04

4.30 pagi: bangun sahur

6.00am: solat subuh berjemaah, tazkirah by p.Lan

8.30: riadah.. menghirup udara segar.. subhanallah!

9.00pg: gotong royong kwasan kampong.. anak2 angkat bertumpu di rumah keluarga angkat masing2 untuk membersihkan semak samun.. aku menolong menebas lalang.. pokok2 bunga ditanam di sekeliling surau..

11.15: ziarah.. anak2 angkat diberi peluang berada di rumah keluarga angkat masing2.. aku mencuci pinggan mangkuk/ periuk di dapur dan mengagihkan bubur lebihan moreh malam tadi kepada anak2 org asli.. atas sebab2 tertentu, aku perlu turun pdang n menjadi anak angkat kepada keluarga pak derahman n amek saloma… berziarah sbentar ke rumah mereka n mengajak ke kelas fardhu ain slepas zohor nanti..

1.15: solat zuhur berjemaah..slepas itu, kelas fardhu Ain dimulakan .. amek2 berkumpul di surau sementara abe2 berkumpul di balai sewang.. ibadah solat diutamakan… dari wudhuk hingglah ke bacaan tahiyat akhir, salam… terasa cabarannya bukan sedikit.. perlukan kesabaran yang tinggi.. sedih brlagu di hati.. naïf sungguh keadaan mereka.. selepas selesai kelas fardhu ain, menolong catering buat onde2/buah melaka untuk iftar nanti… teringat kt umah.. buka puasa apa yer ari nie..??

4.30 ptg: acara sukaneka bersama penduduk kg.. pelbagai acara diadakn.. isi air dlm botol/masuk benang dalam jarum untuk amek, sepak takraw/menyumpit untuk abe n paling meriah acara untuk kanak2 seperti permta yg hilang, tiup belon/ melukis.. aku sendiri masuk acara putera/puteri impian- menghias zaki- adik angkt aku- dengan suratkhabar lama.. ( dapat no. 2 tue..)
timbul rasa kagum tengok beberapa adik yg terserlah kebijaksanaan mereka dalam pertandingan melukis.. moga kebijaksanaan n potensi itu punya peluang untuk terus berkembang…

6.40ptg: siap2 bawak makanan ke rumah amek.. mulai ptg tu, anak angkat wajib berbuka puasa di rumah keluarga angkat masing2.. aku ke sana bersama Deraman – international student dr Camerous-.. abg faizal tak turut serta coz busy serve utk vip. Kat umah amek. Deraman bertanya 2 3 perkara pada amek.. aku jadi translator.. abe pulak tanya beberapa perkara pada deraman n again, aku jadi translator.. bila amek n aber berborak dlm bahasa temiar, aku ngn deraman lak speaking.. hehe.. cam kelakar lak.. tapi.. disebalik perbezaan kaum, budaya. Warna kulit, bahasa n adat itu.. kami disatukan melalui noktah persamaan bergelar KALIMAH TAUHID .. subhanallah.. itulah indahnya Islam…
pas iftar.. solat berjemaah di surau..

8.30: solat isyak, tarawikh berjemaah. Ustaz Halim- pendakwah yg in charge utk kg2 org asli nie menjadi imam.. diikuti tayangan video aktiviti mahasiswa2 ke kg. org asli dr unit tayangan jheoa.. tapi aku tak berkesempatan nak tengok coz waktu tu dh syahid.. letih sgt siang tu menebas.. maklumla dah lama ( bukan tak pernah yer… ) tak pegang parang,,


4.30 pg: bangun sahur..
6.00: solat subuh berjemaah.. n tazkirah dr bro. shukri: ayat ‘walanabluannakum… ila akhir..”tentang janji Allah bahawa setiap manusia akan diuji - “dan Kami akan uji kamu dengan sesuatu dr ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa dan buah2an…”
teringat lak zaman sekolah lu.. ayat ni la yg aku mula2 hafal masa form 1 dalam pelajaran tafsir.. ustazah norzilan yg ajar.. alhamdulillah sampai skang masih lekat lagi.. malah tiap kali hadapi kesusahan,, aku cuba tadabbur kembali… bukankah DIA dah janji DIA akan uji?? INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN.. ya Allah jadikan aku minassobiriin..

9.00am: gotong royong lagi..
10.00am”: slot khas, PC kendalikan.. peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan.. dan dibekalkan beberapa bahan terpakai.. tiap2 kumpulan diberi modal 3 juta untuk membangunkan sebuah kawasan dgn tujuan kebajikan (konon2nya YB la..) .. tapi mesti dalam lingkungan budget yang diberi… kump aku- mo’ana, k.muni, mad, faizal, ustaz,kak nik,k.wan, fatin..( saperlagi yer??? ) membina model perkampungan penempatan semula org asli.. dilengkapi kemudahan asas di samping mengekalkan hubungan mesra dengan hutan n sumber asli alam... presentation by faizal pun ok… (maklumla org phg ;-) .. jenguk2 kumpulan lain.. mcm2 ide keluar.. antaranya kolam ikan yang boleh bertukar menjadi kolam renang dengan hanya menekn butang, kapal terbang yang dibuat dr bahan tyerpakai, bangunan pentadbiran kerajaan bawah tanah dsb,.. dahsyat tul idea diorg nie.. risik2 kat PC—kumpulan kitorang menang…

11am: ziarah ke rumah kuarga angkat lagi.. tetiba tengok ramai org berkumpul.. rupa2nya ada peraih dr sg.siput datang.. aku menyertai mereka. Berpeluang melihat urusan jual beli kyu gaharu antara penduduk kg ngn peraih sambil amik gambar/ temuramah peraih tersebut.. kayu2 gaharu ini dijual mengikut gred tertentu.. semakin hitam warnanya dan semakin pekat , semakin wangi kayu tersebut maka makin tinggilah harganya.. malah menurut peraih pernah penduduk di situ menjumpai kayu gaharu yang berkualiti tinggi yang mencecah rm10,000 sekilogram.. pada hari itu, ada penduduk yg menjumpai kayu gaharu berharga rm1300 sekilogram,, tapi kerana beratnya tak sampai 100gm.. maka dapatlah sikit jer…
beralih pulak pada penduduk2 nie, menurut mereka kayu gaharu ini sukar didapati n lokasinya jauh di dalam hutan.. pokoknya besar namun kayu yang boleh dijual terletak di teras pokok.. so bayangkanlah betapa sukarnya mereka mendapatkannya.. n nak dapatkan yg benar2 berkualiti bukanlah mudah…
kayu gaharu yg berkualiti tinggi dieksport ke negeri2 Arab untuk dibuat minyak atar sementara yang berkualiti rendah biasanya dieksport ke Taiwan, Thailand untuk dibuat colok yg digunakan dlm upacara pemujaan agama Buddha.
Abe Deraman tak ketinggalan menjual kayu gaharu yg dijumpainya.. dapatla dlm RM30 lebih… er,,, jeling2 sket.. dalam ketidakpandaian mereka dalam urusan jual beli ini.. mungkinkah ada yg mengambil kesempatan??

1.15 ptg: solat zohor berjemaah… pastu kelas fardhu Ain disambung lagi dengan pengajaran tentang puasa lak.. pastu HELWANI diadakan.. kelas memasak untuk amek2.. “chef2” ari tu menunjukkan cara2 memasak agar2 sirap bandung n cara membuat nasi impit n kuah kacang… cayalah.. kalah chef wan gitu.. J

pas asar: ziarah lagi.. luangkan masa di rumah amek..

iftar di rumah amek.. kali ni abg faizal ada bersama.. mula2 kami berpakat utk tidak iftar di sini utk tidak menyusahkan mereka coz masa iftar semalam, amek menghlang anak2nya iftar bersama kami.. kerana anaknya 8 org so ruang yg agak sempit membataskan keadaan.. anak2 amek berbuka lambat sket- pas kami balik.. terasa cam menyusahkan mereka lak.. tapi ptg tue, abe n amek siap jemput pulak iftar sama diorang.. sampai sana lauk pauk dah penuh.. rupa2nya lepas dapat duit hasil jualan kayu gaharu tadi, abe bergegas ke pasar ramadhan di pecan jalong ( lebih kurang sejam ) dan membeli makanan2 utk dijamu kpd kami.. terharu sungguh.. di sebalik kekurangan mereka, mereka masih ingin sediakan yg terbaik… hakikatnya,, selama ini acapkali penduduk di sini berbuka puasa dgn ubi kayu sahaja.. kalau ada nasipun cuma makn dgn sayur pucuk ubi yg dipetik di belakang rumah.. semuanya kerana ketidakmampuan…


8.15: isyak, tarawikh.. pastu ada tayangan Muhammad Utusan Terakhir untuk penduduk kampong. Untuk peserta2 pulak ada slot khas iaitu pertandingan pantun yg dipengerusikan bro. Nasif.. pencarian raja n ratu pantun untuk IPTA kg. Husin bermula… ( pantun hakiki buat pertandingan.. pantun majazi?? J ) .. aku tidak menyertai.. coz malam tu on duty utk siapkan makanan bersahur.. sambil2 ‘tolong’ tengok unit keindahan n keceriaan menyiapkan mercu tanda kg. husin yang diperbuat dari tayar dan terterra di atasnya “ SELAMAT DATANG KE KAMPUNG HUSIN, di belakangnya pula tertera COMRADE UIAM 29 OKT 2004. mercu tanda ini diletakkan di hadapan surau. Pak cik2 yang bertugas memasak meminta aku n kawan2 yang bertugas sahur tersebut membantu memulakan persiapan untuk grand iftar keesokan harinya.. tugas kami adalah menyiang daging n merebusnya.. menggigil kesejukan coz daging tu baru kuar dari peti air batu.. sejuk giler.. hampir 4 pagi.. semua siap n aku bersahur.. pastu balik tidur…

29 okt 04
hari paling sibuk bagi semua peserta.. malam ni ada grand iftar atau kenduri serta majlis perasmian penutup.. antara VIP yang akan turut sama adalah Pengarah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, Ustaz Hamidon dan Puan Martinelli- orang kuat di STADD dan pengarah Jabatan Hal Ehwal orang Asli Kedah/ Perak. Persiapan bermula sejak dari pagi lagi.. aku menolong di dapur..

pas zohor.. aku, Tia , K.long n Kak Murni membantu shidah n Husni menyiapkan teks MC.. pastu aku perlu lengkapkan data2 yang diperlukan oleh JHEOA berdasarkan maklumat yang diperolehi dr anak2 angkat.. kumpul semua maklumat n buat analisis..

sambil2 tu suara2 mo ‘ana, Tia n shariah kedengaran mengajar 7 orang anak orang asli yang terlibat dengan persembahan malam nie.. mereka diajar lagu ABC n anak2 Nabi S.A.W.. sekali pandang cam cikgu2 yang mengajar tadika lak.. hehehe..

pas asar: rombongan VIP dari UIA tiba.. U.Hamidon, Kak Nelli, kak Nasmi- pegawai PERKIM ( yang juga ex-comrade) dan orang kuat PRO office UIa- Bro. Shamsul turun padang.. mereka seterusnya melawat rumah2 penduduk n bermesra dgn mereka.. aku mengikut kak Zura mengambil gambar persekitaran n lawatan mereka untuk laporan R n D. Kak Nelli sempat membeli petai dr mak angkat abg zul.. ( aku pun sama..) ..

iftar: iftar paling best rasanya.. anak2 angkat bebuka puasa bersama keluarga angkat masing2.. di gelanggang takraw.. beratapkan langit membiru.. dikelilingi banjaran gunung..diselubungi kabus banjaran titiwangsa.. subhanallah… semua berkumpul di situ.. Alhamdulillah tak hujan.. persekitaran sangat indah ketika itu…

pas solat maghrib, aku n beberapa exco (baru n lama) berbual bersama U.hamidon. kak nelli n bro. shamsul.. perbincangan ringkas tentang masalah yang dihadapi orang asli/ comrade, harapan uia terhadap comrade n beberapa idea yang mereka utarakan untuk terus menyumbang ke arah pembangunan masyarakat orang asli..
then, majlis peramian penutup diadakan.. acara yang dijadualkan selepas tarawikh diawalkan kerana robongan VIP dari UIA ingin pulang pada malam itu jugaa. ucap utama perasmian penutut oleh En. Norzaimi, Pengarah JHEOA Perak/ Kedah… hadiah turut disampaikan kepada pemenang2 sukaneka.. Abe Rahman senyum lebar menjadi johan acara menyumpit.

Pas selesai majlis perasmian penutup, kami solat isyak n tarawikh berjemaah.. beratapkan langit, bercahayakan bulan ramadhan hari ke 15.. subhanallah..

Sejurus selepas tarawikh, muhasabah bersama ustaz Abdul Halim- pegawai JAb. Agama Islam Perak yg in charge utntuk pengajian agama di kampong tersebut n kampung2 sekitarnya.. R n D mengemukakan laporan.. ustaz pula memberi respons terhadap beberapa persoalan n masalah yg dikemukakan peserta.. banyak maklumat n pengajaran diperolehi.. learn form mistakes n jangan putus asa..hakikatnya; amanah yang digalas terlalu besar n bukan mudah untuk dilakukan.. moga Allah permudahkan jalan ini..

30 okt 04
Sahur, solat subuh n tazkirah..

8.00 pg: pengurusan diri.. mengemas barang untuk persiapan pulang..

9.00pg: mengagihkan barang2 untuk disumbangkan kepada penduduk kg.. antaranya beras, gula, pakaian, biskut, permainan untuk kanak2, tepung, susu, bahan bacaan dsb. Setiap anak angkat kemudiannya membawa barang2 tersebut ke rumah keluarga masing2 semasa ziarah wida’. Aku tidak turut bersama Deraman n Abg. FAizal kerana menguruskan hal lain ketika itu.. Tetiba Abe Deraman cari n berpesan supaya aku ke rumahnya.. ke rumah Abe.. mereka menanti.. menghabiskan masa buat kali terakhir di situ.. berbual, memberi n mengambil alamat.. sebelum pulang, aku, Deraman n Abg. Faisal dibekalkan buah tangan- raja kayu n petai.. syukran jazakallahu khairan kathira..

12.45: semua peserta n penduduk kg bergambar di perkarangan kg. husin. Keluarga angkat menghantar anak2 angkat masing n memberi pesanan terakhir..

1.15 ptg: peserta berangkat pulang dengan 2 trak JHEOA.. perlahan2 meninggalkan kg. Husin.. lambaian n air mata penduduk mengiringi kepulangan. . membawa bersama harapan n persaudaraan.. di sini ukhwah bertaut, demi Islam n kalimah TauhidMU..

perjalanan pulang.. masa pergi dulu waktu malam.. so masa balik ni baru boleh menikmati pemandangan alam yg indah.. subhanallah.. sejuk mata memandang indahnya alam ciptaanMU.. hutan yang menghijau, sungai mengalir deras. Banjaran gunung teguh berdiri.. sungguh hebat kekuasaanMU.. tak terluah kesyukuran ini.. Allahu Akbar!